Chelsea tidak perlu beli penyerang baru: Scolari

AYAM tambatan Chelsea, Didier Drogba (kiri) gagal melepasi kawalan pertahanan Southend United, Osei Sankofa pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stamford Bridge, kelmarin.
LONDON: Pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari berkata dia tidak perlu membeli penyerang baru pada jendela perpindahan bulan ini selepas melihat pasukannya memulakan kempen Piala FA dengan keputusan mengejut seri 1-1 di tempat sendiri dengan Southend.
The Blues, di tangga kedua Liga Perdana Inggeris, tampak mudah ke pusingan keempat Piala FA di Stamford Bridge sehinggalah pemain yang menyambut hari jadinya pada hari sama, Peter Clarke, menanduk masuk gol penyamaan pelawat pada masa kecederaan.
Chelsea, ketinggalan kepada pendahulu liga, Liverpool, selepas keputusan seri dengan West Ham, Everton dan Fulham, mendahului pada separuh masa pertama menerusi gol tandukan Salomon Kalou.
Tetapi mereka mensesiakan peluang demi peluang ketika berdepan pasukan yang menduduki 55 anak tangga di bawah mereka - mendedahkan kepada Scolari di mana masalah perlu ditanganinya.
Namun pengendali Brazil itu berkata dia tidak semestinya perlu membawa muka baru untuk mencerahkan peluang Chelsea memenangi gelaran Liga Perdana dan Liga Juara-Juara Eropah.
“Saya punya skuad yang amat bagus,” kata bekas pengendali Brazil dan Portugal itu. “Jika Lembaga Pengarah mahukan pemain, ia bagus, jika tidak, saya masih ada skuad bagus, tetapi saya tidak perlukan seorang lagi penyerang.
“Kami mahu pemain untuk menyumbat lebih gol. Kami perlu untuk mempertajamkan sentuhan penyudah ketika latihan. Saya percayakan pemain-pemain ini. Saya perlu cakap apa yang tidak betul dan mungkin selepas seminggu, satu bulan atau setahun, kami akan lebih baik.
“Saya 100 peratus yakin dengan apa yang saya buat. Saya hanya cuba melakukan yang terbaik. Adakah kami terkeluar daripada kejohanan? Kami terpaksa berjumpa mereka sekali lagi ketika ada pasukan yang sudahpun tersingkir.”
_________________
* Persatuan Skinhead Felda Sg.Koyan, Raub, Pahang
* Geng Brasel Merah Kuala Lipis 2003 - 2004
* Kelab Vespa Satu Kerusi
* Kesatuan Boot Merah Jeans Senseng
* PEKIDA
* PERSATUAN SENI SILAT KUNTAN 9 SABAH