| Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah | |
|
|
| Author | Message |
|---|
drakult MODERATOR

   Age : 31 Joined : 13 Sep 2007 Posts : 6336 location : SABAH TATAP!!?!! hobbies : TAMBAH KUASA!!
| Subject: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah Thu May 01, 2008 12:06 pm | |
| DATUK Seri Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin negara yang pernah dibenarkan pihak berkuasa Arab Saudi memasuki Kaabah ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah Al Mukarramah pada 1993.
"Perdana Menteri mengerjakan solat dalam rumah Allah itu dan turut berdoa tetapi apa yang didoakan beliau, tiada siapa tahu," cerita bekas pegawai waran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Rosme Hassan, 45.
Apa yang pasti, katanya, Dr Mahathir sehingga kini dikurniakan kesihatan yang baik walaupun usianya sudah mencecah 77 tahun dan berjaya membangunkan Malaysia sehingga dikenali sebagai negarawan ulung negara.
Rosme yang bertugas dalam jet eksekutif Falcon-900 sebagai kuarter master udara antara 1985 hingga bersara pada 1993, berkata beliau dan beberapa ahli rombongan lain turut mengambil kesempatan itu memasuki Kaabah.
"Saya masih ingat ketika itu kira-kira jam 11.45 malam waktu tempatan, saya terlihat beberapa petugas di situ membawa tangga dan terdetik dalam hati hajat untuk memasuki Kaabah akan tercapai.
"Mereka kemudian meletakkan tangga di tepi dinding Kaabah dan kami dengan didahului Perdana Menteri menaiki tangga berkenaan untuk memasukinya. Sebaik berada dalam Kaabah, saya mendapati keadaan di dalamnya samar-samar tetapi apa yang pasti semua yang berada di dalamnya mengerjakan solat mengikut arah kiblat masing-masing kerana kita berada dalam Kaabah," katanya ketika ditemui di Langkawi.
Rosme berasal dari Kuala Sanglang, Kedah dan dibesarkan di Ipoh, Perak, menyertai TUDM pada 1973 dan bersara pada 1993.
Tugas Kuarter Master udara sama seperti pramugara atau pramugari yang melayani penumpang dalam pesawat biasa, cuma bezanya dengan tugas Rosme ialah beliau dipertanggungjawabkan melayani orang kenamaan yang mengikuti penerbangan menggunakan jet Falcon-900. Tiga juruterbang terlatih dan dua krew kabin menyertai setiap penerbangan ke luar negara dengan jet eksekutif itu yang sering digunakan untuk membawa pemimpin negara dan asing.
Menceritakan pengalaman yang sukar dilupakannya di Kaabah itu, beliau berkata, ramai orang Arab yang berada berhampiran Kaabah menarik-narik kain ihramnya dan apabila ditanya kenapa mereka berbuat demikian, orang Arab itu mengatakan mereka mahu mendapat berkat daripada rombongan negara.
Mereka menyifatkan rombongan daripada Malaysia sebagai bertuah dan dirahmati Allah kerana terpilih oleh-Nya memasuki Kaabah sedangkan tidak semua penduduk Arab mendapat peluang itu.
Keadaan yang agak gawat ketika itu, katanya, memaksa pihak berkuasa Makkah membuat pagar manusia bagi memberi laluan kepada rombongan Perdana Menteri.
Rosme berkata, beliau sebelum itu pernah singgah di Makkah bagi menyahut lambaian Kaabah bersama pemimpin negara yang lain tetapi tidak pernah berpeluang memasukinya.
Selain itu, katanya, ramai tidak tahu Dr Mahathir sebenarnya mampu mendaratkan pesawat dengan baik dan itu pernah dilakukannya beberapa kali.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berbuat demikian dengan ditemani juruterbang berpengalaman dan terlatih yang berada di sebelahnya.
Beliau berkata, tugasnya cukup mudah sepanjang mengikuti penerbangan bersama Dr Mahathir kerana beliau adalah seorang yang berdisiplin tinggi dan menghargai masa.
"Bagi hidangan pertama sebaik memulakan penerbangan, beliau lazimnya akan mengeluarkan bekalan yang dibawanya iaitu daging dinding, daging yang dihiris halus dan ditambah serbuk lada.
"Kemudian, barulah kami menyediakan hidangan seterusnya selepas masa makan ditetapkan beliau. Kami juga memaklumkan kepada isterinya, Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengenai menu hidangan," katanya sambil menambah ada sebuah kamar dalam pesawat itu yang dilengkapi dapur untuk memanaskan hidangan.
Jika penerbangan mengambil masa lama, katanya, Dr Mahathir lebih suka duduk berseorangan dan tidak mahu diganggu sambil tangan mencatat sesuatu pada buku nota kecil. Beliau juga tidak mahu diganggu dengan bunyi muzik atau pemain visual dalam pesawat kerana mahukan keadaan yang senyap dan tenang.
Rosme berkata, Dr Mahathir juga pernah memasuki kokpit (kamar juruterbang) ketika penerbangan dalam negara dan bertanya juruterbang masa sampai ke destinasi dan keadaan cuaca ketika itu. Juruterbang juga akan menceritakan mengenai peralatan dalam kokpit. Berdasarkan pengalamannya bersama Perdana Menteri Rosme berkata, beliau secara peribadi menghormati dan menyanjung tinggi keperibadian Dr Mahathir.
Justeru, katanya, cerita negatif yang diada-adakan menyentuh peribadi Dr Mahathir di luar negara disifatkannya sebagai karut semata-mata dan tidak lain hanya bertujuan menjejaskan kewibawaannya sebagai pemimpin ulung negara. _________________ Al-fatihah to beloved Mimie D Haslynda (mimie1010) I will always miss you...
Last edited by drakult on Thu May 01, 2008 12:20 pm; edited 2 times in total |
|
 | |
sdil_trdtoms SIFU MEMBER


   Age : 25 Joined : 29 Sep 2007 Posts : 1129 location : w.p labuan-kk-sdk hobbies : modified car
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah Thu May 01, 2008 12:11 pm | |
| Drakult kasi ubah font saiz tulisan mu tu pyh kan baca...sama kasi wna yg cerah tulisan font tue TQ _________________ SFC01141 MOVING FOWARDS
   |
|
 | |
andypeterh PARTNER


   Age : 28 Joined : 03 Sep 2007 Posts : 4438 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau hobbies : Games + Car
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah Fri May 02, 2008 5:30 pm | |
| Tun Mahathir adalah jauh lebih baik daripada badawi.. _________________
 |
|
 | |
codeng SIFU MEMBER

   Age : 24 Joined : 11 Nov 2007 Posts : 2363
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah Sat May 03, 2008 1:27 pm | |
| Tun Mahathir adalah wira Malaysia.... tanpa dia, xla kita megecapi pembangunan yg begini pesat... |
|
 | |
ProjectD SIFU MEMBER


   Age : 19 Joined : 20 Dec 2007 Posts : 3224 location : Keningau-Kk-Kuching hobbies : Chommmm Chommmm
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah Sun May 04, 2008 12:03 pm | |
| | andypeterh wrote: | | Tun Mahathir adalah jauh lebih baik daripada badawi.. |
bro knapa bgini bro..?aku nda taw pasal politik2 nie...flywheel,cover,lining tau lg aku hehehe.... _________________
  
Cam CREW Team KeniNgaU..!!!!! |
|
 | |
Fadzliey V.I.P Member


   Age : 29 Joined : 13 Dec 2007 Posts : 944 location : Beaufort
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah Wed May 07, 2008 1:28 pm | |
| kereta sama jak mcm pemimpin.. klu pandai bikin makin laju la dia punya lari. pasang g turbo. bah.. secara ringkasnya, klu kereta bagus. jalan pun semacam jak, gitu ga pemimpin. klu bagus pentadbiran, negara pun cantik ja pembangunannya. tp kereta klu sudah buruk.. kasi jual pun org tidak amik. last masuk kedai besi buruk jual ikut kilo. untung juga ma.. <--- apa yg aku mengarut ni  _________________
   PUTERIKU NURULQISTINA FARHANA TAG ID : SFC02017 |
|
 | |
ekinasri256 JUNIOR


   Age : 25 Joined : 24 Jul 2007 Posts : 126
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah Tue Jun 17, 2008 5:35 pm | |
| | he will alwayz be my idol.. |
|
 | |
fantasia FRESHIE


   Age : 38 Joined : 17 Jun 2008 Posts : 13 location : Penampang hobbies : Tidak Fix
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah Wed Jun 18, 2008 9:18 am | |
| Jangan main main Tun Mahathir...George Bush sama George Soros pun gentar kalu jumpa dia ni ....  |
|
 | |
codeng SIFU MEMBER

   Age : 24 Joined : 11 Nov 2007 Posts : 2363
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah Wed Jun 18, 2008 9:25 am | |
| | fantasia wrote: | Jangan main main Tun Mahathir...George Bush sama George Soros pun gentar kalu jumpa dia ni ....  |
sokong ko fantasia bola madu.... Tun still myidol....  |
|
 | |
shalina7981 SIFU MEMBER


   Age : 29 Joined : 06 Dec 2007 Posts : 1530 location : papar-putatan-tg aru-asia city kk hobbies : ubah suai kereta dan memancing
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah Wed Jun 18, 2008 10:28 am | |
| | tun dr mahadir...dulu bilang org jahat tapi klu ada masalah rakyat tak di ketepikan..sekarang..pm baru.. ada masalah negara rakyat yg paling sengsara...contoh harga barang dan minyak..naik..sokong kah kata aku ni... |
|
 | |
kuai CREW MEMBER


   Age : 22 Joined : 16 Jun 2008 Posts : 697 location : kota kinabalu hobbies : sleEp..
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah Mon Jun 23, 2008 11:23 am | |
| | saya sokong dr.mahathir...!!!!!! |
|
 | |
kabul JUNIOR

   Age : 32 Joined : 02 Nov 2007 Posts : 57
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah Thu Jul 03, 2008 10:05 am | |
| kalau ditanya seluruh malaysia...siapa pemimpin yang dikagumi????? pasti TUN MAHATHIR... aku pun sama. |
|
 | |
bumbek SENIOR


   Age : 32 Joined : 03 Apr 2008 Posts : 338 location : kudat/kk/tawau hobbies : tengok kereta
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah Thu Jul 03, 2008 10:25 am | |
| | aku pun....... |
|
 | |
Yakuza CREW MEMBER


   Age : 23 Joined : 22 Sep 2007 Posts : 881 location : penampang,beringgis,papar hobbies : buat bodoh
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah Thu Jul 03, 2008 12:00 pm | |
| hidup tun mahathir _________________
 |
|
 | |
hYNdrAkrAziE SENIOR


   Age : 25 Joined : 14 Apr 2008 Posts : 395 location : Bft-KK hobbies : bwa keta chom-chom
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah Thu Jul 03, 2008 11:42 pm | |
| dia antara orang paling pintar di dunia...ada ranking niee ooo _________________

-Kerajaan Perodua- -G.B.S (Geng Budak Sioloon)- -WWW.SIOLOON.COM- |
|
 | |
drakult MODERATOR

   Age : 31 Joined : 13 Sep 2007 Posts : 6336 location : SABAH TATAP!!?!! hobbies : TAMBAH KUASA!!
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah Fri Jul 04, 2008 7:56 pm | |
| Tun is legend.. _________________ Al-fatihah to beloved Mimie D Haslynda (mimie1010) I will always miss you... |
|
 | |
kelisa_hitachi SENIOR

   Age : 26 Joined : 03 Jul 2008 Posts : 157 location : keningau hobbies : flirting
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah Sat Jul 05, 2008 11:32 am | |
| saya mesti piilih!!!!  |
|
 | |
otai_queen V.I.P Member


   Age : 24 Joined : 11 Jun 2008 Posts : 935 location : Kudat - Terengganu hobbies : masak ketam
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah Sat Jul 05, 2008 11:14 pm | |
| | he is the legend.... im very proud with him... |
|
 | |
| Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah | |
|