SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum.Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.


Home­Home­Portal­Calendar­FAQ­Search­Register­Log in
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 TEKANAN DARAH TINGGI

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
deeyan
MODERATOR
MODERATOR


Male
Countries:
Age: 29
location: Putatan - KK - Nabawan
Tag ID:: SFC 03516
Points: 1560
Reputation: 3
Number of posts: 1767

PostSubject: TEKANAN DARAH TINGGI   Thu Dec 18, 2008 12:25 am

Apakah itu darah tinggi?
Setiap orang mempunyai tekanan darah. Apabila darah dipamkan melalui arteri, daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita.

Tekanan darah dicatatkan dalam 2 angka. Angka di atas (tekanan darah sistolik) mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. Angka yang di bawah pula (tekanan darah diastolik) mengukur tekanan apabila jantung berehat.

Tekanan darah berbeza-beza mengikut masa tertentu dalam sehari dan aktiviti yang kita lakukan. Ia perlu diperiksa beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah tinggi yang tepat.

Apakah itu tekanan darah tinggi?

Apabila anda dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi, ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu. Bila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis.

Jantung sekarang terpaksa berkerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini. Oleh yang demikian, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm hg untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi atau bersamaan 90mm Hg untuk tekanan diastolik, walaupun dalam masa rehat. Kadang-kala darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar).


Tanda dan gejala
• Tekanan darah tinggi dikenali sebagi "pembunuh senyap" kerana ia tidak menunjukkan sebarang gejala. Ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius dan kadang-kala boleh mengancam nyawa seseorang itu jika tidak dirawat. Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik.

• Jadi, bagaimana anda akan tahu yang anda menghidapi tekanan darah tinggi? Cara yang terbaik adalah melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap tahun dengan kakitangan kesihatan bagi menentu dan mengesan lebih awal masalah ini.


Kenapa kita perlu memahami tekanan darah tinggi?
Kebanyakan orang yang menghidap tekanan darah tinggi tidak tahu menahu mengenainya. Anda tidak dapat merasainya dan kerana itulah ianya sangat merbahaya. Pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit-penyakit kardiovaskular dan kerosakan beberapa jenis organ tertentu dalam badan.

Didapati antara 20 hingga 50% dari kematian biasa adalah disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Bahkan, 20% dari orang dewasa di seluruh dunia menghidapi masalah ini dan 5% dari kanak-kanak juga turut terlibat. Di Malaysia (mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi 1996) prevalens tekanan darah tinggi adalah sebanyak 24%.

Bagaimanakah tekanan darah diukur?
Doktor atau kakitangan kesihatan akan mengambil tekanan darah anda. Ukurannya perlu dibuat dengan betul sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Terdapat 3 peranti yang biasanya digunakan dan diterima pakai:

• Alat sfigmomanometer, sama ada yang menggunakan lajur raksa atau aneroid.
• Peranti elektronik yang disahkan.
• Peranti tekanan darah ambulatori automatik


Langkah-langkah lain yang perlu dipatuhi untuk mendapat ukuran yang betul ialah:
• Berehat selama 5 minit dan duduk dengan selesa. Tangan hendaklah terdedah dan diampu pada meja atau permukaan yang rata pada paras jantung.

• Jangan mengambil minuman yang mengandungi kafein atau merokok 30 minit sebelum prosedur ini.

• Jangan melakukan aktiviti/kerja yang berat sebelum tekanan darah diambil.

Tekanan darah tinggi tidak boleh didiagnoskan dengan hanya mengambil ukuran sekali sahaja. Ia perlu disahkan dalam masa sebulan. Walau bagaimanapun, jika tedapat faktor-faktor risiko yang lain seperti penyakit organ tertentu atau diabetes, rawatan hendaklah diberi tanpa berlengah-lengah.


Kenapa seseorang itu mendapat tekanan darah tinggi?
Anda boleh mendapat tekanan darah tinggi sekiranya anda merupakan seorang lelaki atau seseorang yang mempunyai latar belakang keluarga mengalami serangan jantung atau angin ahmar (strok) pada usia muda. Faktor lainnya mungkin disebabkan keturunan seperti kecenderungan menghidap darah tinggi atau kegemukan. Bagaimanapun sesetengah faktor risiko ini merupakan sesuatu yang anda sendiri lakukan (pilihan) seperti merokok, suka memakan makanan yang tinggi lemak atau berminyak dan tidak bersenam secukupnya.

Terdapat beberapa faktor yang boleh dikawal dan ada juga faktor yang di luar kawalan anda. Perhatikan senarai yang tercatat di bawah ini dan lakukan sesuatu untuk menurunkan tekanan darah anda.

Faktor yang anda boleh kawal
• Berhenti merokok- untuk mencegah penyempitan saluran darah anda.

• Senaman- boleh membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan darah.7 Memakan makanan rendah lemak dan seimbang - untuk mengawal berat badan7 Kurangkan pengambilan alkohol - alkohol meningkatkan tekanan darah anda7 Kurangkan pengambilan garam - natrium boleh meningkatkan tekanan darah.7 Kurangkan stres - tekanan mental atau stres boleh meningkatkan tekanan darah. 7 Pil perancang keluarga - sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.

• Memakan makanan rendah lemak dan seimbang- untuk mengawal berat badan

• Kurangkan pengambilan alkohol- alkohol meningkatkan tekanan darah anda

• Kurangkan pengambilan garam- natrium boleh meningkatkan tekanan darah.

• Kurangkan stres- tekanan mental atau stres boleh meningkatkan tekanan darah.

• Pil perancang keluarga- sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.


Faktor di luar kawalan anda
• Jantina- kaum lelaki lebih mudah mendapat tekanan darah tinggi

• Umur- darah tinggi meningkat mengikut umur

• Bangsa- kajian telah menunjukkan sesetengah kaum/bangsa lebih mudah mendapat penyakit ini.

• Keturunan- risiko mendapat tekanan darah tinggi adalah lebih tinggi

• Diabetes- bagaimana diabetes membawa kepada sakit jantung masih belum jelas, tetapi kita tahu bahawa diabetes mencetuskan pembentukan aterosklerosis yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan mengurangkan peredaran darah ke bahagian kaki.



_________________
....................SFC 03516....................
Back to top Go down
RedWolf
JUNIOR
JUNIOR


Male
Age: 27
location: Keningau, Kudat
Points: 916
Reputation: 0
Number of posts: 102

PostSubject: Re: TEKANAN DARAH TINGGI   Fri Dec 19, 2008 11:20 pm

tapi bro.. pesakit sya ckap, 'bagus lagi tinggi darah daripada tinggi diri'.. betul ka 2 bro? hehe.. What a Face ... Anyway, thanks for the info..
Back to top Go down
deeyan
MODERATOR
MODERATOR


Male
Countries:
Age: 29
location: Putatan - KK - Nabawan
Tag ID:: SFC 03516
Points: 1560
Reputation: 3
Number of posts: 1767

PostSubject: Re: TEKANAN DARAH TINGGI   Sat Dec 20, 2008 1:47 am

RedWolf wrote:
tapi bro.. pesakit sya ckap, 'bagus lagi tinggi darah daripada tinggi diri'.. betul ka 2 bro? hehe.. What a Face ... Anyway, thanks for the info..


2 kita blh...renung2 kn...sebaik2nya dua2 2 tiada kn....kekekeke cheers

_________________
....................SFC 03516....................
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Countries:
Age: 59
location: Lb. Ft. @$. këtïbæ$
Tag ID:: SFC ziro five three four two
Points: 1554
Reputation: -6
Number of posts: 1058

PostSubject: Re: TEKANAN DARAH TINGGI   Mon Apr 27, 2009 8:45 am

info yg bagus.
Back to top Go down
deeyan
MODERATOR
MODERATOR


Male
Countries:
Age: 29
location: Putatan - KK - Nabawan
Tag ID:: SFC 03516
Points: 1560
Reputation: 3
Number of posts: 1767

PostSubject: Re: TEKANAN DARAH TINGGI   Tue Apr 28, 2009 12:37 am

sasukey wrote:
info yg bagus.



TQ bro...kita share pa yg ada Very Happy

_________________
....................SFC 03516....................
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Countries:
Age: 59
location: Lb. Ft. @$. këtïbæ$
Tag ID:: SFC ziro five three four two
Points: 1554
Reputation: -6
Number of posts: 1058

PostSubject: Re: TEKANAN DARAH TINGGI   Wed Apr 29, 2009 8:44 am

Wink apa pun good info tongue
Back to top Go down
bod_supersperm
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries:
Age: 28
location: kota kinabalu sabah
Tag ID:: SFC 03551
Points: 2579
Reputation: 2
Number of posts: 1709

PostSubject: Re: TEKANAN DARAH TINGGI   Mon May 25, 2009 3:25 pm

darah tinggi ni penyakit atau gejala?

_________________


barang baik..klik sini lum cuba lum tau
http://www.redsunmotorclub.com
http://www.membakut.info
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
deeyan
MODERATOR
MODERATOR


Male
Countries:
Age: 29
location: Putatan - KK - Nabawan
Tag ID:: SFC 03516
Points: 1560
Reputation: 3
Number of posts: 1767

PostSubject: Re: TEKANAN DARAH TINGGI   Thu May 28, 2009 2:05 pm

bod_supersperm wrote:
darah tinggi ni penyakit atau gejala?


pura2 lg ko ni bro..... kan ko PPP Very Happy

_________________
....................SFC 03516....................
Back to top Go down
bod_supersperm
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries:
Age: 28
location: kota kinabalu sabah
Tag ID:: SFC 03551
Points: 2579
Reputation: 2
Number of posts: 1709

PostSubject: Re: TEKANAN DARAH TINGGI   Thu May 28, 2009 2:37 pm

deeyan wrote:
bod_supersperm wrote:
darah tinggi ni penyakit atau gejala?


pura2 lg ko ni bro..... kan ko PPP Very Happy

aik..jgn begitu ba..expose nanti..hehehe..
act tekanan darah tingi kalau gejala adalah seseorang yang memang tiada PENYAKIT Darah Tinggi..di mana High BP (Blood Pressure) terjadi akibat seseorang itu dikenakan satu tindakan terhadapnya, contoh: makan ubat seperti Digitoxin (contohnya)..high kolesterol peringkat awal pun juga..hehehe..pesakit kanak2 yang menghidap AGN (akut Glomurular Nephritis) pun ada GEJALA atau simptom High BP

kalau PENYAKIT pula, diketahui umum bahawa memang org tu di diagnos ada penyait darah tinggi melalui ujian2 klinikal lengkap untuk detect penyakit ini..samada keturunan (faktor penyebab)dan lain2..ada penderita penyakit darah tinggi ini mendapatnya melalui gejala sekunder seperti Diabetes Mellitus (Kencing Manis) dan Penyakit Jantung atau kegagalan Ginjal (buah pinggang)..manisfestasi ini la yang membuatkan seseorang itu mendapat enyakit Darah Tinggi..
p/s :
1.jaga pemakanan anda
2.kenali latar belakang keluarga anda, jika ada keturunan yang mempunyai penyakit ini, kemungkinan anda adalah tinggi..awas dari awal..
3.amalkan cara hidup sihat :bersenam.
4.Fikir positif..NO STRESS!! smile owez!!

_________________


barang baik..klik sini lum cuba lum tau
http://www.redsunmotorclub.com
http://www.membakut.info
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
deeyan
MODERATOR
MODERATOR


Male
Countries:
Age: 29
location: Putatan - KK - Nabawan
Tag ID:: SFC 03516
Points: 1560
Reputation: 3
Number of posts: 1767

PostSubject: Re: TEKANAN DARAH TINGGI   Thu May 28, 2009 3:06 pm

mantap la bro...kekekeke...mcm 2 la support forum ni...nnt ko tlg kasi msk info dlm buletin ni ah...pa2 la yg ko tau...byk 2 ilmu ko...kita kongsi ja cni

_________________
....................SFC 03516....................
Back to top Go down
bod_supersperm
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries:
Age: 28
location: kota kinabalu sabah
Tag ID:: SFC 03551
Points: 2579
Reputation: 2
Number of posts: 1709

PostSubject: Re: TEKANAN DARAH TINGGI   Thu May 28, 2009 9:29 pm

deeyan wrote:
mantap la bro...kekekeke...mcm 2 la support forum ni...nnt ko tlg kasi msk info dlm buletin ni ah...pa2 la yg ko tau...byk 2 ilmu ko...kita kongsi ja cni

boleh ba geng...aku pun tidak jua berapa ingat lagi ni..baru menapak ba ni..kamu tu senior..uhhhu..bah..ada info..aku share.. Very Happy

_________________


barang baik..klik sini lum cuba lum tau
http://www.redsunmotorclub.com
http://www.membakut.info
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
ProjectD
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR


Male
Countries:
Age: 21
location: Kk-Keningau-Beaufort-Kuching
Tag ID:: SFC02081
Points: 3299
Reputation: 10
Number of posts: 6642

PostSubject: Re: TEKANAN DARAH TINGGI   Sun Sep 20, 2009 4:16 am

nice info from doctor deeyan dan doctor bod.....nice info...

_________________


MyViVa OrAnGe TeAm SdN.BhD
ProjectD baby10
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
bod_supersperm
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries:
Age: 28
location: kota kinabalu sabah
Tag ID:: SFC 03551
Points: 2579
Reputation: 2
Number of posts: 1709

PostSubject: Re: TEKANAN DARAH TINGGI   Wed Oct 07, 2009 2:45 pm

kalau kereta rosak pub boleh darah tinggi
kalau tengok chicks pun boleh darah tinggi (tu la berdarah hidung terus)

_________________


barang baik..klik sini lum cuba lum tau
http://www.redsunmotorclub.com
http://www.membakut.info
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
 

TEKANAN DARAH TINGGI

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: FORUM OVERVIEW ::   :: BORAK CENTRE :: BULETIN KESIHATAN :: Penyakit Tidak Berjangkit-
Post new topic   Reply to topic