Pengumuman Sasaran permulaan program ini adalah sebanyak 200 ahli yang berdaftar dan mempunyai kereta. Sekiranya lebih banyak penyertaan adalah lebih baik. Taklimat lanjut akan diberikan kepada ahli-ahli yang mendaftar dan setelah kad telah diperolehi oleh ahli-ahli yang berkenaan. Untuk tempoh yang terdekat sila berhubung dengan pihak admin dan mod sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan. Program menggunakan minyak Petronas melalui kad Smart PayObjektif:a)Menyumbang pendapatan Negara melalui pembelian minyak
Petronas melalui kad Smart Pay.
b)Menjalinkan kerjasama bersama Petronas untuk program
Sioloon yang akan datang.
Kebaikan:a)bagi setiap penyertaan ahli dalam program ini Petronas
akan menyumbangkan insentif berbentuk tunai untuk aktiviti kelab.
b)Petronas akan mempertimbangkan sumbangan dalam bentuk
tunai/voucher/barangan bagi menyokong aktiviti Sioloon untuk program-program yang terpilih. Sebagai contoh program Family Day Sioloon.
Perkara yang perlu di lakukan oleh ahli Sioloon:Sila kemaskinikan butiran peribadi ahli seperti :a) nama penuhb) kad pengenalanc) jenis kereta dan plat No. (cthnya Proton Wira SAA1234F)d) jumlah anggaran (RM) penggunaan minyak Petrol atau Diesel atau kedua-duanya dalam sebulanPemberitahuan/Peringatan:
Program ini masih di dalam perbincangan awal .Bagi ahli-ahli Sioloon
sila jangan dedahkan dahulu perancangan ini kepada pihak yg tidak berkenaan. Sebarang perbincangan atau persoalaan hendaklah di bincangkan di panel ini sahaja.Anda tidak dibenarkan membuat sebarang pernyataan media secara terbuka dan berhubung secara terus dengan pihak Petronas. Sebagai contoh membuat pertanyaan terus kepada stesen-stesen minyak Petronas.Sebarang bentuk komunikasi hendaklah melalui pihak Admin dan persetujuan dengan wakil pihak Petronas yang berkenaan sahaja.Terima kasih atas sokongan ahli Sioloon bagi menjayakan program ini demi kebaikan kelab kita. Maju lah Sioloon di persada permotoran Negara.
_________________
