SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum.Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.


Home­Home­Portal­Calendar­FAQ­Search­Register­Log in
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 bacalah untuk kebaikan kamu kaum hawa.cegah sebelum trlambat

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
budak bakau
JUNIOR
JUNIOR


Male
Countries:
Age: 23
location: sem4na
Points: 813
Reputation: 0
Number of posts: 157

PostSubject: bacalah untuk kebaikan kamu kaum hawa.cegah sebelum trlambat   Tue Apr 21, 2009 4:34 pm

Rogol

Sejak kebelakangan ini, jenayah rogol kerap berlaku, melibatkan mangsa pada peringkat umur yang masih terlalu muda untuk mengenal erti hidup. Jenayah ini bertambah ngeri apabila mangsa dibunuh selepas dirogol. Bagi yang masih hidup, mangsa akan membayangkan kehidupan masa depan yang gelap, dipenuhi kekeliruan emosi, fobia dan syak wasangka.

Bagi menghindari rogol, sedikit tips pencegahan digariskan agar kaum wanita boleh berwaspada sentiasa:-


Bagaimana boleh berlaku?

  • Perogol biasanya menyerang mangsa yang berseorangan di tempat sunyi
  • Menerima pelawaan perogol untuk bersiar-siar, bermalam di hotel atau rumah dan sebagainya.
  • Makanan atau minuman yang mengkhayalkan atau tidak sedarkan diri.
  • Mempercayai bomoh yang berjanji menyembuhkan penyakit dengan hubungan seks.


Bagaimana mengelakkannya?

  • Pastikan tiada orang lain di dalam kereta ketika anda hendak memandu sendirian.
  • Sentiasa berwaspada ketika menuju ke kereta di lapangan letak kereta yang terbuka.
  • Ketika hendak menggunakan pengangkutan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.
  • Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam (tandas, stesen bas dan sebagainya).
  • Pastikan anda berteman ketika memasuki lif di tempat-tempat yang sunyi dan terpencil.


Apakah langkah-langkah pencegahan dari menjadi mangsa rogol?

  • Sentiasa gunakan jalan yang dilalui oleh orang ramai, jangan mengikut jalan yang dekat tetapi gelap dan sunyi.
  • Cuba berada di tempat yang sibuk dengan orang ramai.
  • Berpakaian dengan sempurna kerana pakaian yang menjolok mata atau memberahikan menarik perhatian perogol.
  • Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar-siar, makan/minum, menonton wayang atau menghadiri majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali/baru dikenali.
  • Jangan layan teguran atau pelawaan untuk minum air semasa berada di dalam bas, teksi atau keretapi
  • Elakkan balik rumah larut malam dan berseorangan.
  • Jika ketinggalan bas, teksi atau keretapi, jangan tumpang kenderaan lain atau tidur di perhentian bas.
  • Biasakan diri bersiar-siar atau berjoging dalam kumpulan.
  • Ibu bapa atau penjaga janganlah menyuruh anak-anak perempuan pergi ke kedai untuk membeli barang berseorangan.
  • Jerit minta tolong jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali.
  • Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau menggigit badan perogol untuk melepaskan diri.
  • Lapor kepada polis dengan segera apabila anda diganggu.



Jika Berlaku Ancaman

  • Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
  • Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
  • Tidak lakukan sebarang tindakan yang terburu-buru.
  • Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan dan kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
  • Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan.
  • Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.
Back to top Go down
otai_queen
MODERATOR
MODERATOR


Female
Countries:
Age: 26
location: Kudat
Tag ID:: SFC 03014
Points: 4204
Reputation: 25
Number of posts: 6312

PostSubject: Re: bacalah untuk kebaikan kamu kaum hawa.cegah sebelum trlambat   Tue Apr 21, 2009 5:12 pm

byk sekali faktor yg blh membawa ke arah itu...

apa yg pntg, jgn menjuruskan diri ke arah itu....

_________________
Photobucket
* Suci * Bermineral * Beroksigen *Kesan Terapi

Hai – O Marketing Sdn Bhd (Sedang diiklan di TV3)
Pengedar :019-8704321/013-5588893
Back to top Go down
>Butterfly<
SENIOR
SENIOR


Female
Countries:
Age: 24
location: Selangor
Tag ID:: SFC 05070
Points: 1004
Reputation: 12
Number of posts: 610

PostSubject: Re: bacalah untuk kebaikan kamu kaum hawa.cegah sebelum trlambat   Tue Apr 21, 2009 6:50 pm

sentiasa berjaga-jaga & berhati-hati...

_________________

S.I.O.L.O.O.N = Friend & Foes
Back to top Go down
babylie89
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries:
Age: 20
location: Papar, sabindo
Tag ID:: SFC 03942
Points: 1135
Reputation: 3
Number of posts: 2659

PostSubject: Re: bacalah untuk kebaikan kamu kaum hawa.cegah sebelum trlambat   Wed Apr 22, 2009 8:10 am

owez hav 2 bcareful especially when u r alone..
must hav some1 dat u trust or ur best fren 2 accompany..

_________________
do da best among da best..
never give up until u satisfied wut u do..




Back to top Go down
http://www.friendster.com/babylie89
usman
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Countries:
Age: 27
location: labuan n kb
Tag ID:: SFC 05218
Points: 2984
Reputation: 7
Number of posts: 2392

PostSubject: Re: bacalah untuk kebaikan kamu kaum hawa.cegah sebelum trlambat   Wed Nov 04, 2009 3:08 pm

tips yang bagus tuk kaum hawa..

_________________
wira orange TRANSFORMERS....... aNd Mitsubishi GRANDIS 2.4 .....
Sporty Vs VIP Executive Car....
http://www.sioloon.com/display-your-car-f6/wira-standard-with-pegasus-t12671.htm?highlight=pegasus
Back to top Go down
 

bacalah untuk kebaikan kamu kaum hawa.cegah sebelum trlambat

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: FORUM OVERVIEW ::   :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Post new topic   Reply to topic