Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: BERITA HARI INI Sat Jun 07, 2008 4:24 am
First topic message reminder :
Kebajikan rakyat dijaga dalam penstrukturan semula harga bahan api: Shahrir
SHAH ALAM: Penstrukturan semula harga bahan api semalam hanya bagi mengurangkan beban tanggungan subsidi kerajaan dalam mengatasi lonjakan harga minyak dunia, namun kebajikan rakyat berpendapatan rendah tidak diabaikan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.
Beliau berkata beberapa demonstrasi yang diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak itu dibuat kerana ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan di atas keputusan kerajaan itu.
"Soal berdepan dengan kemarahan orang, saya tak dapat apa-apa faedah dan kerajaan tak ada untung pun bila tarik subsidi.
"Kita tarik balik subsidi bukan naikkan harga minyak tetapi kita hanya kurangkan perbelanjaan tanggungan kerajaan terhadap subsidi," katanya kepada pemberita selepas program Pemukiman Majlis Tertinggi Umno di sini Jumaat.
Beliau berkata kerajaan membayar balik sebahagian daripada subsidi yang ditarik balik itu menerusi wang tunai sebanyak RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2,000cc dan RM150 kepada pemilik motosikal persendirian di bawah 250cc.
"Pokoknya sekarang ialah macam mana kita nak bayar wang ini dengan lebih segera. Rakyat patut fikir ini (bayaran cepat)...yang buat demonstrasi ni tak nak terima ke RM625 ni" katanya. Kerajaan mengumumkan akan membayar rebat yang akan diberi dalam bentuk kiriman wang itu menerusi pejabat pos seluruh negara mulai 1 Julai.
Shahrir berkata kiraan purata yang dibuat ialah wang rebat tunai yang akan diberikan itu ialah bersamaan 66 liter minyak untuk sebulan.
"Jadi kalau anggaran 66 liter penggunaan sebulan bagi kereta ekonomikal dengan perjalanan tak jauh, pastilah perbelanjaannya akan sama sebelum kenaikan ini," katanya.
Berkuatkuasa tengah malam Rabu lepas, harga petrol dan diesel dinaikkan, masing-masing sebanyak 78 sen dan RM1 seliter sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula subsidi bahan api itu, menjadikan harga petrol di pam ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter. Ketika ditanya rungutan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tinggi sebayak 78 sen dalam masa yang singkat, beliau berkata ini merupakan kali pertama kerajaan membuat satu sistem terurus di mana subsidi diberi terus kepada rakyat.
"Buat pertama kali ada satu sistem terurus di mana subsidi dipulang balik kepada rakyat. Dulu bila kerajaan tarik subsidi (rakyat) tak dapat apa-apa. Kalau tarik sikit-sikit rakyat tak dapat apa-apa," katanya.
Shahrir berkata sebelum ini kerajaan membayar kepada pemilik syarikat minyak harga subsidi yang ditetapkan dan subsidi itu hanya dinikmati oleh pengguna semasa membeli minyak di stesen minyak.
"Pada masa itu orang kaya yang membeli banyak minyak dan pemilik kenderaan luar negara turut merasai subsidi yang diberikan kerajaan tetapi kini rakyat negara akan mendapat terus rebat tunai daripada kerajaan," katanya.
Beliau berkata cukai jalan pemilik kenderaan juga akan dikurangkan dan purata kenaikan sebuah kenderaan adalah lebih kurang 45 sen sahaja.
Katanya kerajaan kini masih memberikan komitmen subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter yang dibeli pengguna.
Mengenai syarikat pengangkutan yang dijangka akan mengalami kesan yang teruk akibat kenaikan harga diesel, Shahrir menjelaskan kementerian itu bersedia berjumpa dengan syarikat pengangkutan yang mahukan penambahan kuota subsidi diesel.
Katanya kenaikan diesel tidak sepatutnya mengakibatkan kesan yang teruk kepada syarikat pengangkutan dan kementerian akan memastikan masalah itu tidak berlaku.
"Kalau ada syarikat kata tak cukup kuota, saya akan tentukan mereka dapat sepenuhnya. Ada yang cakap kuota hanya cukup 3 minggu sahaja, kita akan selesaikan masalah itu. Pokoknya kalau semua syarikat pengangkutan tak ada masalah kenaikan diesel, jadi, apa pun tambahan caj yang diminta tidak berkaitan dengan kenaikan harga bahan api," katanya.
Beliau berkata perkhidmatan feri di Pulau Langkawi mengadu tentang perlunya untuk menambah kuota subsidi dan kerajaan akan bantu mereka.
Negara mempunyai jumlah diesel yang mencukupi dan kementerian akan memastikan syarikat pengangkutan ini mendapat kuota subsidi diesel yang sepatutnya, katanya. - Bernama
Author
Message
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Dec 31, 2008 11:28 am
Perbicaraan skandal susu tercemar bermula
BEIJING: Perbicaraan bekas pengerusi sebuah syarikat pengeluar susu yang dikaitkan dengan skandal susu tercemar di China, bermula pagi ini.
Agensi berita Xinhua, melaporkan perbicaraan terhadap Tian Wenhua, bekas pengerusi yang juga pengurus besar Sanlu Group Co serta tiga eksekutif kanan syarikat diadakan di Mahkamah Rakyat Shijiazhuang di utara China.
Tian Wenhua dan eksekutif kanan syarikat itu didakwa mengeluar dan memasarkan susu formula yang tidak mematuhi standard piawaian. Sejak skandal susu tercemar yang mengandungi bahan kimia industri - melamin - sekurang-kurangnya enam kanak-kanak maut manakala lebih 300,000 yang lain jatuh sakit.
_________________ TAG ID : SFC 2932
"iF y0u cAre & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Dec 31, 2008 11:30 am
Gempa landa Bengkulu, Sumatera
JAKARTA: Gempa berukuran 5.9 skala Richter melanda kepulauan Sumatera, awal pagi ini namun tiada laporan segera mengenai kerosakan dan mangsa yang terbabit.
Gempa melanda jam 2.49 pagi (1949 GMT) itu berpusat di 136 kilometer di barat daya Bengkulu, lapor Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii tidak mengeluarkan amaran tsunami berikutan kejadian itu.
_________________ TAG ID : SFC 2932
"iF y0u cAre & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Dec 31, 2008 11:37 am
Perompak larikan wanita, jongkong emas RM1.4 juta
GEORGETOWN: Isteri pemilik sebuah premis membuat barang kemas diculik dua lelaki hampir sejam dalam rompakan membabitkan lapan jongkong emas serta barang berharga bernilai RM1.4 juta di Kawasan Perusahaan Jelutong 2 di sini, malam kelmarin.
Mangsa berusia 22 tahun dikatakan diculik perompak terbabit ketika hendak memasuki keretanya selepas ke pasar malam di Desa Green, Jalan Van Pragh di sini sebelum dibawa ke premis berkenaan, kira-kira jam 11 malam.
Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakub, berkata sebaik tiba di premis yang terletak di tingkat satu bangunan rumah kedai kawasan perusahaan berkenaan, perompak bersenjata pistol dan pisau itu memaksa mangsa membuka peti besi. “Selain jongkong emas seberat satu kilogram setiap satu bernilai RM769,000, perompak turut melarikan barang kemas lima kilogram bernilai RM497,000, wang tunai AS$20,300, komputer riba, telefon bimbit dan Toyota Vios milik mangsa,” katanya di sini, semalam.
Perompak turut merosakkan kamera litar tertutup di premis berkenaan dan meninggalkan mangsa di situ.
Setakat ini, seorang lelaki dan seorang wanita berusia 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
_________________ TAG ID : SFC 2932
"iF y0u cAre & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Dec 31, 2008 11:43 am
Usah cabar pelaksanaan Sains, Matematik dalam BI
Rakyat perlu beri peluang kepada Menteri Pelajaran buat keputusan
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran meminta semua pihak supaya tidak lagi mencabar atau terus memberi tekanan berhubung masa depan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Ketua Pengarahnya, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata orang ramai perlu memberi peluang kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein membuat keputusan berhubung pelaksanaan dasar PPSMI kerana ia membabitkan masa depan pelajar serta murid di negara ini.
_________________ TAG ID : SFC 2932
"iF y0u cAre & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
Silent_Night CONTRIBUTOR
Age: 22 location: Keningau-Kota Kinabalu Tag ID:: 3910 Points: 1008 Reputation: 0 Number of posts: 1082
Subject: Re: BERITA HARI INI Fri Jan 02, 2009 3:00 am
CG....baru aku terrrrr perasan topik nie..cis...boleh tahan oo kau nie ah..bgs2...aku mau selalu menyelam la d sini nie...smbil ambil informasi...sambil kacau kau...boleh kan? ..boleh la...
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Fri Jan 02, 2009 11:17 am
Pelakon, pembaca berita televisyen antara 26 ditahan positif dadah
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon wanita dan seorang penyampai berita wanita sebuah stesen televisyen swasta, ditahan bersama 24 orang dalam pesta seks dan dadah yang diadakan sempena sambutan tahun baru di sebuah hotel di Jalan P Ramlee di sini, awal pagi semalam.
Dalam serbuan jam 3 pagi di sebuah bilik yang ditempah khas di tingkat 11 hotel berkenaan, polis turut menemui sejumlah dadah pelbagai jenis seperti kokain, syabu, ketamin dan pil ecstacy serta puluhan tin minuman keras dan kondom yang belum digunakan.
Pesta itu dipercayai dianjurkan sepasang suami isteri berumur dalam lingkungan 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan, tiga minggu lalu. Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan pesta itu dihadiri kenalan pasangan berkenaan melalui jemputan khas dalam rangkaian laman web friendster.
Menurut sumber, ketika serbuan tiga pasangan didapati berada di atas katil, manakala selebihnya sedang berhibur dalam keadaan separuh sedar.
Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara berumur 21 tahun turut ditahan kerana dipercayai menjadi pembekal dadah untuk pesta itu.
Semuanya 18 lelaki dan lapan perempuan berumur antara 18 dan 31 tahun ditahan. Daripada jumlah itu, enam lelaki dan tiga wanita termasuk pelakon dan penyampai berita itu didapati positif dadah selepas menjalani saringan pertama ujian air kencing.
Penyampai berita itu dikatakan akan melangsungkan perkahwinan, minggu depan, manakala pelakon berkenaan membintangi beberapa drama yang disiarkan televisyen swasta itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah, ketika dihubungi berkata sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur serta cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras membuat serbuan itu hasil intipan dan maklumat orang ramai.
Beliau berkata, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk diambil keterangan.
Bagaimanapun, 17 orang dibebaskan dengan jaminan polis manakala sembilan lagi yang positif dadah termasuk pelakon dan penyampai berita itu direman dua hari dan akan didakwa mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, sambutan malam tahun baru di Bukit Bintang turut dicemari insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan remaja.
Bagaimanapun, anggota polis bertindak pantas meleraikan pergaduhan itu dan menahan kumpulan terbabit.
_________________ TAG ID : SFC 2932
"iF y0u cAre & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Fri Jan 02, 2009 11:19 am
59 terbunuh kelab malam terbakar
[url=http://www.servimg.com/image_preview.php?i=92&u=12487444][/url] POLIS dan anggota penyelamat mengumpul mayat pengunjung kelab malam di Bangkok selepas pusat hiburan itu terbakar ketika lebih 400 pengunjung sedang meraikan sambutan tahun baru, awal pagi semalam.
BANGKOK: Kemeriahan menyambut tahun baru 2009 bertukar tragedi apabila 59 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah kelab malam di ibu negara Thailand, awal pagi semalam.
Kebakaran di Santika Pub itu, dikatakan berpunca daripada percikan bunga api dan mercun, tetapi beberapa saksi mendakwa insiden itu akibat litar pintas.
Seorang saksi, Oh Benjamas, berkata kira-kira 400 pengunjung yang memenuhi kelab dua tingkat itu diberi bunga api sejurus sebelum tengah malam dan sebaik jam berdetik menandakan permulaan tahun baru 2009, ia dinyalakan disusuli dengan kebakaran besar.
“Kami sedang menari apabila berlaku kebakaran di hadapan pentas dan semua orang berlari ke arah pintu dan memecahkan tingkap,” katanya.
Seorang lagi saksi, Tos Maddy, pula berkata beliau mendengar apa yang dianggap letupan elektrik kira-kira 12.20 pagi, diikuti rempuhan pengunjung yang bersesak untuk keluar.
“Segala-galanya berlaku terlalu pantas dan api cepat merebak,” katanya dipetik agensi berita Reuters. Api dikatakan menyambar siling sebelum merebak dan memusnahkan sepenuhnya kelab yang terletak di Ekkamai, iaitu jalan yang popular dengan pengunjung dari luar negara dan masyarakat kelas atasan Thai.
Kebanyakan mangsa pula rentung dengan berpuluh mayat dibaluti kain putih terbaring di kaki lima di luar bangunan sebelum dialihkan pasukan penyelamat.
Seorang warga Singapura, Teo Sze Siong, adalah antara yang maut tetapi pakar forensik gagal mengenal pasti sekurang-kurangnya 30 mayat.
Warga asing yang cedera termasuk dari Jepun, Australia, Belanda dan Perancis.
_________________ TAG ID : SFC 2932
"iF y0u cAre & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Fri Jan 02, 2009 11:21 am
Israel bunuh pemimpin Hamas, sedia langgar Gaza
GAZA: Tentera Israel yang berkumpul di sempadan Gaza hanya menunggu arahan untuk melanggar wilayah Palestin itu selepas pesawat Israel semalam menggugurkan bom seberat satu tan ke atas rumah pemimpin Hamas, sekali gus membunuh beliau dan 18 yang lain.
Serangan berterusan hari ini dengan pesawat Israel mengebom 15 lagi rumah milik pejuang Hamas sebelum Subuh.
Pihak hospital menyatakan 12 penduduk cedera dalam serangan berkenaan.
Serangan yang mengorbankan pemimpin Hamas, Nizar Rayan, dan semua empat isteri serta sembilan daripada 12 anaknya itu adalah yang pertama terhadap kediaman pemimpin utama pergerakan Palestin itu sejak serangan udara Israel bermula Sabtu lalu.
Sementara itu, tentera Israel menyatakan persediaan untuk kemungkinan serangan darat sudah selesai dan anggotanya bersedia melanggar sempadan Gaza jika operasi untuk menghentikan tembakan roket Hamas perlu diperluaskan.
_________________ TAG ID : SFC 2932
"iF y0u cAre & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Fri Jan 02, 2009 11:26 am
Tali pinggang: 242 disaman
Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS dan MOHD. NOOR FIRDAUS MOHD. AZIL
KUALA LUMPUR 1 Jan. - Sebanyak 242 saman dikeluarkan terhadap pengguna kenderaan yang tidak memakai tali pinggang keledar tempat duduk belakang dalam Ops Ambang Tahun Baru yang dilancarkan serentak di seluruh negara malam tadi. Kesemua saman dikeluarkan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas kerajaan mewajibkan semua penumpang kenderaan persendirian memakai tali pinggang belakang bermula hari ini. Operasi di 28 lokasi di seluruh negara itu membabitkan 500 anggota dan pegawai JPJ bermula pukul 10 malam hingga 2 pagi ini. Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Salim Parlan berkata, negeri Johor mencatat jumlah saman tertinggi iaitu 95 kes bagi kesalahan tersebut. Menurutnya, Pulau Pinang pula mencatat jumlah saman paling rendah berbanding negeri lain iaitu enam kes. "Jumlah saman yang dikeluarkan itu menunjukkan masih terdapat pemandu dan penumpang tidak mematuhi peraturan memakai tali pinggang belakang yang telah dikuatkuasakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. Sementara itu dalam sidang akhbar di Plaza Tol Jalan Duta di sini tengah malam tadi, Salim berkata, selain tumpuan terhadap pemakaian tali pinggang belakang, operasi itu juga bertujuan mengesan kenderaan yang menggunakan lampu High-Intensity Discharge (HID) atau xenon. "Dalam Ops Ambang Tahun Baru ini, sebanyak 181 saman dikeluarkan terhadap kenderaan yang menggunakan lampu xenon sejak ia dikuatkuasakan di seluruh negara pada 1 Disember lalu. "Daripada jumlah itu, 72 saman dikeluarkan dalam tempoh empat jam operasi dijalankan semalam," katanya. Selain itu, kata beliau, 550 saman dikeluarkan bagi kesalahan tiada lesen memandu, 182 saman tidak memiliki cukai jalan dan 59 kenderaan disita bagi pelbagai kesalahan. Salim menambah, JPJ turut memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang mengubah suai enjin atau cermin gelap sebelum dikenakan tindakan. Sepanjang tahun lalu, katanya, sebanyak 896 saman dikenakan terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap yang tidak mematuhi peraturan.
_________________ TAG ID : SFC 2932
"iF y0u cAre & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Fri Jan 02, 2009 11:27 am
Bayaran pinjaman serendah RM50
LABUAN 1 Jan. - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan membenarkan pembayaran balik pinjaman minimum sehingga RM50 kepada peminjam, dalam usaha mendapatkan kembali wang pinjaman yang belum dijelaskan, yang kini menjangkau jutaan ringgit. Selain membenarkan pembayaran minimum, PTPTN juga memutuskan untuk hanya mengenakan caj satu peratus yuran perkhidmatan mulai tahun ini, berbanding empat peratus pada tahun sebelumnya. Pengerusinya, Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman berkata, peminjam itu perlu menghubungi pejabat PTPTN berhampiran terlebih dahulu, bagi mendapatkan maklumat berhubung perkara itu. "Kelonggaran diberikan selepas kami mengambil kira peratus peminjam yang tidak membuat pembayaran balik pinjaman mereka, yang kini menjangkau 49 peratus," katanya ketika ditemui semasa menghadiri taklimat oleh pegawai di Jabatan Pelajaran Labuan.
_________________ TAG ID : SFC 2932
"iF y0u cAre & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Sat Jan 03, 2009 11:19 am
AS beri Israel kebebasan langgar Gaza
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, malam tadi menggesa semua pihak mendesak Hamas menghentikan tembakan roket terhadap Israel dan mengusahakan gencatan senjata yang berkekalan, selepas seminggu serangan udara terhadap Gaza.
Namun, Pentadbiran Bush memberi kebebasan kepada Israel untuk mengerah tentera darat memasuki Gaza biar pun masyarakat antarabangsa kian mengkritik cara ia mengendalikan konflik yang sudah membunuh lebih 400 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita.
"Saya menggesa semua pihak mendesak Hamas untuk berpaling daripada keganasan dan menyokong pemimpin Palestin yang sah yang berusaha untuk mencapai keamanan.
“Amerika Syarikat sedang menerajui usaha diplomatik bagi mencapai gencatan senjata yang bermakna dan dihormati," kata Bush dalam ucapan mingguan di radio.
Teks ucapan beliau dikeluarkan Rumah Putih lewat malam tadi.
Ia adalah kenyataan pertama Bush sejak konflik itu meletus seminggu lalu.
Bush turut menyalahkan Hamas terhadap konflik terbaru itu dan menolak sebarang gencatan senjata sebelah pihak oleh Israel.
Katanya, gencatan senjata seumpama itu hanya membenarkan Hamas meneruskan serangan roket terhadap Israel dari Gaza.
"Keganasan terbaru ini didalangi Hamas, iaitu kumpulan pengganas Palestin yang disokong Iran dan Syria yang menggesa kepada kemusnahan Israel," katanya.
Sebaliknya, Bush mendakwa serangan udara Israel adalah untuk mempertahankan diri selepas Hamas membiarkan gencatan senjata selama enam bulan tamat pada 19 Disember lalu dan menembak roket ke negara Yahudi itu.
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Gordon Johndroe, berkata Amerika sudah menggesa Israel untuk mengelak kecederaan atau kematian orang awam semasa operasi ketenteraan, sama ada dalam serangan udara atau darat.
_________________ TAG ID : SFC 2932
"iF y0u cAre & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Sat Jan 03, 2009 11:24 am
Bekas menteri Sabah kena penjara enam bulan
KOTA KINABALU: Bekas Menteri Kabinet Sabah, Datuk Conrad Mojuntin, dihukum penjara enam bulan selepas didapati bersalah atas tuduhan mengancam untuk mencederakan seorang lelaki tiga tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abdul Rahman Sebli, membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwa raya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret yang membebaskan Conrad daripada tuduhan berkenaan 31 Mac lalu.
Conrad yang juga bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Sabah disabitkan kesalahan terhadap Doughty Disimon, 31, di luar SJD Cafe & Sport, pekan Donggongon, pada jam 3.30 pagi, 23 Oktober 2005.
Tertuduh dan anak saudaranya, David Mojuntin, 45, turut didenda RM2,000 atau tiga bulan penjara atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Chee He Fatt, 46, di belakang Public Bank Pekan Donggongon, kira-kira jam 4 pagi, hari yang sama.
Mereka membayar denda itu sejurus prosiding mahkamah semalam tamat. Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib hadir bagi pihak pendakwa.
Bagi tuduhan pertama, Conrad didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan manakala tuduhan kedua mereka menghadapi dakwaan mengikut Seksyen 323 yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
Mahkamah juga membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dan Conrad dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 bersama dua penjamin.
Majistret Zaini Fishir membebaskan Conrad dan David selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Bagaimanapun, keputusan itu diketepikan Mahkamah Tinggi pada 17 Disember lalu atas alasan
Zaini salah apabila memutuskan pendakwa gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Pada 4 Jun 2007, Zaini memerintahkan Conrad dan David membela diri atas dua tuduhan kesalahan jenayah selepas Mahkamah Majistret mendapati pendakwa berjaya membuktikan wujud prima facie dalam kedua-dua pertuduhan terhadap tertuduh.
Prosiding kes bela diri Conrad dan anak saudaranya itu, berakhir 1 Februari lalu selepas 11 saksi pembela selesai memberi keterangan.
Pada September 2007, Koroner Dean Wayne Daly yang mendengar inkues kematian penjual ikan, Anthony Chang Kim Foot, 20, mendapati Conrad menyebabkan kematian tanpa niat dan melanggar Akta Senjata Api 1960.
Mengikut keputusan inkues, Chang ditembak mati oleh Conrad menggunakan senapang patah antara jam 4.20 pagi hingga 4.45 pagi di depan Perpustakaan Penampang, di pekan Donggongon pada 23 Oktober 2005.
_________________ TAG ID : SFC 2932
"iF y0u cAre & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Sat Jan 03, 2009 11:36 am
10 maut nahas tiga kereta
Sebuah kenderaan gagal memotong di selekoh
GUA MUSANG: Sepuluh orang termasuk ibu bersama tiga anaknya terbunuh, manakala lima lagi cedera dengan dua daripadanya parah, dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga kenderaan ketika hujan dekat Gua Sejuk, di sini pagi semalam.
Kemalangan jam 10.30 pagi di Kilometer 21, Jalan Gua Musang-Kuala Krai itu membabitkan Perodua Kancil dinaiki enam beranak dan Perodua Kenari dinaiki lima sekeluarga yang dalam perjalanan ke Kota Bharu, dengan sebuah Nissan Murano, dinaiki empat orang menuju Gua Musang.
Lapan mangsa terbunuh di tempat kejadian akibat tercampak dan tersepit dalam remukan Kancil dan Kenari, manakala dua lagi maut dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang (HGM).
Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ-II), Kota Bharu untuk rawatan susulan.
Mereka yang terbunuh ialah pemandu Kancil, Hasliza Mat Zin, 32 dan tiga anaknya, Mohd Rahizal Yusua Abdul Rahim, 12; Shaha, 6; Nor Rashidah, 10 serta adik Hasliza, Maziatulshah Lia Mat Zin, 29. Seseorang lagi anak Hasliza, Noraihah Nabila Abd Rahim, 18 bulan, cedera parah.
KEADAAN kereta Kancil yang remuk teruk selepas terbabit dalam nahas ngeri di Kilometer 21, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pagi semalam.
Lima lagi yang terbunuh menaiki Kenari iaitu pemandunya, Lau Sie Eik, 60, dan empat penumpang wanita iaitu Lee Bee Seng, 51; Shareen Lau Ming Min, 15; Lau Chai Soom, 79; Ho Kim Hum, 87, semuanya dipercayai sebuah keluarga dari Chetok Hilir, Pasir Mas.
Pemandu Nissan Murano, Pua Thien Ho, 29; dan penumpangnya, Than Chee Hua, 45; Wong Kee Hooi, 51 dan Law Sooi Lee, 34, terselamat dan dibawa untuk rawatan awal di HGM tetapi kemudian dihantar ke HRPZ-II, lewat petang semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Ahmad Termizi Abd Haq, berkata kemalangan berlaku dalam hujan gerimis ketika Perodua Kancil dan Kenari terbabit ke arah Kuala Krai, manakala Nissan Murano dari arah bertentangan.
"Tiba di lokasi, satu daripada kereta yang datang dari arah Gua Musang itu dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain sebelum bertembung dengan Nissan Murano terbabit. Kedua-dua kenderaan itu turut dirempuh kereta yang cuba dipotong menyebabkan kedua-duanya remuk teruk.
ANGGOTA bomba dan penyelamat cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta yang terbabit nahas, semalam.
"Anggota Bomba dan Penyelamat Gua Musang mengambil masa 40 minit untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit. Polis masih berusaha mengenal pasti sama ada Kancil atau Kenari itu yang cuba memotong di laluan berkenaan," katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Beliau berkata, lokasi kemalangan agak berselekoh itu memang antara kawasan sering berlaku nahas di sini. Siasatan awal mendapati, kemalangan berpunca kecuaian seorang daripada tiga pemandu kenderaan terbabit.
"Polis kini mengambil keterangan daripada pemandu Nissan Murano yang cedera dalam kemalangan itu bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sementara itu, suami Hasliza, Abdul Rahim Jaafar, 35, yang ditemui ketika menemani anak bongsunya dalam rawatan kecemasan di HRPZ-II, berkata ketika kejadian, beliau berada di rumah mereka dekat Kampung Kundur, Kuala Betis, di sini.
"Isteri saya bersama adik ipar dan empat anak kami sebenarnya dalam perjalanan menghantar anak sulung kami ke rumah neneknya kerana perlu kembali ke asrama Sekolah Kebangsaan Tawang.
"Saya tidak sangka mereka terbabit dalam kemalangan dan terbunuh. Segala-galanya di luar dugaan kerana dia tidak menunjukkan sebarang tanda atau perubahan ketika keluar dari rumah pagi tadi (semalam)," katanya.
Abdul Rahim berkata, anak bongsunya cedera di perut dan muka dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi HRPZ-II.
Semua mangsa yang terbunuh dihantar ke Rumah Mayat HGM untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada waris masing-masing.
Jenazah Hasliza bersama tiga anak dan adiknya dijangka dikebumikan dalam satu liang di tanah perkuburan Islam Kampung Beris Gajah Mati dekat Tawang, hari ini.
_________________ TAG ID : SFC 2932
"iF y0u cAre & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Mon Jan 05, 2009 9:41 am
RM175 satu tong tanda aras naik harga petrol
JOHOR BAHRU: Kerajaan mungkin menaikkan harga petrol kepada RM1.90 seliter, jika harga minyak mentah dunia mencecah AS$50 (RM175) setong.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata Disember lalu, purata harga minyak mentah masih di sekitar paras AS$40 setong sekali gus membolehkan rakyat negara ini menikmati harga petrol RM1.80 seliter termasuk cukai RM0.58 sen.
Katanya, jika harga minyak mentah dunia terus mencatatkan peningkatan lebih AS$44 setong, kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol sebaliknya, mengurangkan cukai yang dikenakan kepada pengguna. "Ini bermakna jika harga minyak terus meningkat, cukai yang kerajaan kenakan kepada pengguna kira-kira 55 sen seliter (ketika ini), akan dikurangkan kepada 50 sen dan seterusnya, bagi menampung kenaikan harga minyak mentah dan mengekalkan harga petrol RM1.80 seliter.
"Apabila harga minyak dunia mencecah dan melepasi AS$50, kerajaan tidak dapat mengenakan cukai, baru harga minyak akan dinaikkan semula kepada RM1.90 seliter.
"Pada peringkat itu, kerajaan tidak mengenakan cukai dan tidak memberi subsidi kepada rakyat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Pemantapan Jati Diri anjuran Puteri Umno Johor Bahru, di Dewan Kampung Melayu di sini, semalam. Katanya, jika harga minyak dunia mencecah AS$83 setong, kerajaan perlu memberikan subsidi sebanyak 30 sen kepada pengguna supaya kekal pada RM1.90 seliter.
Beliau berkata demikian menjawab kepada soalan wartawan mengenai kemungkinan penurunan harga minyak dalam tempoh terdekat.
Shahrir berkata, kementerian akan menimbang untuk menaikkan atau menurunkan harga minyak pada mesyuarat Kabinet, Rabu ini.
_________________ TAG ID : SFC 2932
"iF y0u cAre & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Mon Jan 05, 2009 9:48 am
Penyampai berita, pelakon dibebas
Ditahan ketika sertai pesta dadah rai tahun baru
KUALA LUMPUR: Penyampai berita stesen televisyen swasta, Farahrizan Abdul Razak, 23, dan pelakon wanita sambilan yang ditahan bersama 24 yang lain kerana disyaki menyertai pesta dadah pada malam tahun baru di sebuah hotel di Jalan P Ramlee di sini, dibebaskan dengan jaminan polis, kelmarin.
Mereka dibebaskan sementara menunggu hasil ujian air kencing kedua dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata 25 orang termasuk lapan yang positif dadah dalam ujian saringan pertama dibebaskan, kelmarin manakala seorang lagi masih ditahan.
Beliau berkata, pihaknya sedang menunggu hasil ujian HKL terhadap personaliti televisyen dan pelakon sambilan bersama tujuh lagi yang dibebaskan atas jaminan polis sementara yang dijangka diperoleh dalam masa dua minggu.
"Selepas hasil ujian kedua diperoleh, semua lapan yang dibebaskan atas jaminan polis akan dipanggil semula untuk tindakan susulan.
"Bagaimanapun, lelaki berusia 25 tahun yang juga seorang daripada sembilan positif dadah, masih ditahan kerana dipercayai membekalkan dadah yang ditemui ketika serbuan.
"Esok (hari ini), kita akan menyerahkan kes ini kepada pendakwa raya untuk diteliti sebelum tindakan lanjut diambil," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kang berkata, 17 lagi peserta pesta itu yang sudah direkodkan keterangan dibebaskan tanpa syarat kerana tiada kesan dadah ditemui ketika ujian air kencing pertama.
Farahrizan dibebaskan bersama pelakon sambilan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, kira-kira jam 7 malam.
Semua mereka diberkas anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Kuala Lumpur ketika menyerbu bilik ditempah khas di Tingkat 11 hotel berkenaan kira-kira jam 3 pagi, Khamis lalu.
Pesta itu dipercayai dianjurkan sepasang suami isteri berusia lingkungan 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan tiga minggu lalu.
_________________ TAG ID : SFC 2932
"iF y0u cAre & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Mon Jan 05, 2009 4:20 pm
Ibu muda dipenjara dua hari, denda RM300 kerana mencuri keperluan harian
BALIK PULAU: Seorang ibu muda dihukum penjara dua hari dan denda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana kesalahan mencuri di sebuah pasar raya di Bayan Baru pada 2 Januari lalu.
Fariza Mohd Hooron, 23, mengaku salah mencuri 28 jenis barangan keperluan harian, antaranya sebungkus susu Anlene, satu set minyak wangi, sepaket mi segera dan petai yang kesemuanya bernilai RM275.09 pada jam 1.45 tengah hari, 2 Januari lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun. Fariza, ketika memohon hukuman ringan di hadapan Majistret Norhayati Johar, berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan wang selepas kilang tempat dia bekerja ditutup
dan hanya suaminya yang menyara keluarga.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Insp Md Saad Hassan.
_________________ TAG ID : SFC 2932
"iF y0u cAre & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Tue Jan 06, 2009 12:06 pm
Amaran ribut petir dan hujan lebat
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang di Sabah yang dijangka berterusan hingga tengah hari ini.
Antara kawasan di Sabah yang terbabit adalah bahagian Sandakan (Kinabatangan, Sandakan dan Beluran) serta di Wilayah Persekutuan Labuan, menurut kenyataan jabatan itu di sini.
Selain itu, jabatan berkenaan turut mengeluarkan nasihat hujan lebat (peringkat kuning) yang dijangka berlaku di Sarawak, iaitu di bahagian Bintulu, Mukah, Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman, Samarahan dan Kuching.
Hujan lebat di kawasan tersebut dijangka berlaku pada malam Rabu, 7 Januari dan berterusan sehingga Jumaat, 9 Januari ini.
Menurut kenyataan itu, keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dan di tebing-tebing sungai.
_________________ TAG ID : SFC 2932
"iF y0u cAre & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Tue Jan 06, 2009 12:25 pm
[img][/img] MERATAP... lelaki Palestin ini meraung ketika mengecam mayat tiga anaknya yang terkorban akibat bedilan kereta kebal Yahudi di Hospital Shifa, Gaza, semalam.
Malaysia menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi membolehkan masyarakat dunia mengambil langkah berkesan menghentikan kekejaman Israel di Palestin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Wisma Putra telah diarah menggerakkan wakil tetapnya di PBB supaya bekerjasama dengan kumpulan anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) bagi membolehkan perhimpunan khas tersebut diadakan.
Menurutnya, hanya melalui Perhimpunan Agung Khas ‘Perpaduan Untuk Keamanan’ dapat mengetepikan sebarang tindakan penolakan Amerika Syarikat (AS) terhadap usul resolusi mengenai Palestin di Majlis Keselamatan PBB.
‘‘Perbuatan AS itu sungguh tidak wajar dan dunia mesti suarakan dengan tegas dan membuat tuntutan yang tegas untuk menyelesaikan isu tersebut.
‘‘Kita berharap AS dan puak-puaknya tidak cuba menghalang suara dunia kerana apa yang berlaku ini tidak dapat diterima dan tidak membawa kesan yang baik kepada dunia yang sedang mengalami kemelesetan ekonomi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini hari ini.
Abdullah yang juga Menteri Pertahanan mengulas isu keganasan Israel ke atas Palestin yang menyaksikan rejim Zionis itu melancarkan serangan ke atas Gaza sejak 27 Disember lalu.
Sehingga kini, hampir 500 orang terkorban terutamanya orang awam, kanak-kanak dan wanita.
Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif OIC di Jeddah semalam juga telah bersetuju agar OIC memanggil sesi tergempar Perhimpunan Agung PBB di bawah Resolusi 377A (V) iaitu Perpaduan Untuk Keamanan.
Perdana Menteri yang menyelar langkah AS menggagalkan usul di Majlis Keselamatan oleh Libya semalam, berkata, tindakan kuasa besar itu adalah suatu yang tidak boleh dihormati oleh dunia kerana ia dilakukan ketika kekejaman Israel terus berlanjutan.
“Serangan Israel yang berlebihan ke atas Palestin sehingga menyebabkan ramai orang awam terkorban dan memulakan serangan darat semalam akan mencetus keadaan yang lebih buruk kepada dunia.
“Ini tidak akan membantu kepada pemulihan kepada kemelesetan ekonomi yang melanda dunia, ini akan membawa kepada krisis demi krisis dan situasi dunia tidak akan bertambah baik,” katanya.
Abdullah berkata, respons AS bahawa serangan-serangan tersebut adalah disebabkan Hamas hanya sebagai satu alasan untuk memberi laluan kepada Israel bertindak lebih dahsyat bagi membenamkan negara Palestin.
“Sebenarnya, seperti orang kata itulah udang besar di sebalik batu, AS sepatutnya menggunakan pengaruh dan kekuatannya untuk memastikan ada gencatan senjata dan mencari kaedah lain bagi membawa penyelesaian.
“Namun, mereka tidak hiraukan sebaliknya memberikan laluan sepenuhnya kepada Israel untuk melakukan apa saja,” katanya.
Perdana Menteri berkata, AS tidak menunjukkan dirinya sebagai sebuah kuasa besar yang bertanggungjawab apabila memilih jalan membenarkan peperangan dan pergolakan terus berlanjutan.
“Bukan kita tidak tahu mereka mampu menghentikan serangan, semua orang tahu, tetapi AS telah memilih cara lain,” katanya.
_________________ TAG ID : SFC 2932
"iF y0u cAre & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
r3dskai MODERATOR
Countries: Age: 33 location: kk Points: 1581 Reputation: 4 Number of posts: 1060
Subject: Re: BERITA HARI INI Tue Jan 06, 2009 1:41 pm
so then.. USA can test their new weapons! ..
_________________ TAG ID = SFC 02634
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Thu Jan 08, 2009 1:20 pm
Sekolah dibom 48 maut
Sebahagian jemaah menunaikan solat jenazah mangsa yang terbunuh dalam serangan ke atas sekolah PBB di kem pelarian Jabaliya, utara Genting Gaza, semalam.
Tentera darat Israel terus mara ke dalam wilayah Genting Gaza dengan menggempur lokasi-lokasi yang didakwa sebagai tempat persembunyian Hamas walaupun mendapat bantahan antarabangsa. Venezuela semalam mengusir Duta Israel ke negara itu dan menganggap serangan ke atas Gaza sebagai ‘penghapusan bangsa’. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menganggap serangan tentera Yahudi ke atas sekolah di Gaza yang meragut 48 nyawa sebagai perbuatan paling biadab. Seorang bekas pembantu kanan Saddam Hussein dalam rakaman video yang disiarkan semalam berkata, rejim Zionis tidak akan berani menyerang Gaza jika pemimpin Iraq itu masih berkuasa.
p/s: Let us pray for them..
_________________ TAG ID : SFC 2932
"iF y0u cAre & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
under18crew MODERATOR
Countries: Age: 18 location: Kota Belud Tag ID:: SFC 02544 Points: 3121 Reputation: 13 Number of posts: 17135
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Feb 18, 2009 12:44 am
Cg jrg uda on9 kerana sakit..saya tolong lh dia update2 berita yang ada n terbaru..
_________________ Tag ID=SFC 02544
"Vipstyle is all about stance and fitment, everything else (including body kits) are just accessories." Taketomi, from Junction Produce.
under18crew MODERATOR
Countries: Age: 18 location: Kota Belud Tag ID:: SFC 02544 Points: 3121 Reputation: 13 Number of posts: 17135
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Feb 18, 2009 12:44 am
Anwar: Nasib Elizabeth dibincang selepas bercuti KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong supaya bercuti bagi menenangkan fikiran berikutan insiden gambar bogelnya yang kini tersebar. Anwar berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah memaklumkan kepada beliau bahawa Wong telah diminta bercuti berikutan tekanan yang diterima oleh exco Selangor itu terutama daripada beberapa laman web berhubung insiden tersebut. "Menteri Besar telah mengesahkan bahawa beliau telah menerima surat mengenai kedudukan Eli (Wong) dan ini saya serahkan kepada kebijaksanaan Menteri Besar. "Saya faham yang Eli membuat keputusan setelah mempertimbangkan semua opsyen terutama bagi mempertahankan imej dan kredibiliti parti. "Bagaimanapun, opsyen terbaik sekarang adalah beliau bercuti dan memikirkan semula semua opsyen yang ada dan kemudian datang balik dan berbincang dengan kita," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Anwar berkata, Wong telah menemuinya dan juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah dan beberapa pemimpin parti malam tadi di rumahnya bagi menjelaskan perkara itu. "Kita dengar penjelasan beliau dan berasa simpati terhadap apa yang beliau tanggung berhubung usaha untuk menyerang peribadinya yang sangat jahat. "Ini satu mainan politik yang sangat buruk yang berlaku dan kita lihat ada satu paten yang menyerang wakil-wakil rakyat kita, dulu di Perak, Kedah dan kini Selangor. "Saya beritahu pada Eli, kita akan ikhtiar untuk pertahankan nama beliau kerana seperti anda semua maklum, Eli adalah tokoh penting di Selangor dan rekod kerjanya sangat baik sebagai wakil rakyat dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri," katanya. Beliau turut mengecam laman web Agenda Daily yang dikatakan cuba menghina Wong dengar memaparkan gambar yang kurang sopan wakil rakyat itu dan Khalid. "Cara ini merupakan kerja yang celaka dan jahat. Kerja menghina dan mengaibkan orang. Kalau ada bukti, silakan. "Saya mahu tanya pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk bercakap soal moral dan diketengahkan. Jika mereka konsisten, saya minta Timbalan Perdana Menteri bangun dahulu untuk menjelaskan bahawa beliau ada cukup kekuatan moral untuk menjaga moral rakyat. "Jangan paksa kita main isu ini kerana kita tidak fikir masuk gelanggang politik untuk mengaibkan orang terutama dalam kamar sendiri," katanya yang mendakwa insiden yang menimpa Wong didalangi oleh Umno dan disokong oleh parti-parti komponen BN. Ditanya bagaimana beliau pasti bahawa insiden itu didalangi Umno, Anwar berkata: "Buktinya Agenda Daily yang mainkan gambar Eli duduk bersendeng-sendeng dengan MB." "Anda fikir itu bermoral? Itu jawapan saya." Beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan pihak berkuasa yang mengamalkan double standard dalam menyiasat kes-kes yang melibatkan pembangkang. Berhubung isu 'lompat parti' yang telah menumbangkan kerajaan di Perak, Anwar berkata, beliau sebelum ini menawarkan kepada sesiapa sahaja untuk menyertai parti itu. "Saya sebelum ini mengatakan kepada beliau (merujuk kepada ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim), jika mahu menyertai kita, beliau sendiri harus membuat kenyataan dan jika mahu memberi penjelasan kepada rakyat di kawasannya, saya sedia bersama beliau," katanya. Nasarudin kembali semula kepada Umno selepas dua minggu menyertai PKR. "Ia bukan dengan cara memberi menculik mereka selama seminggu dan kemudian tiba-tiba muncul bersama Najib dan kemudian hilang lagi," katanya yang merujuk kepada ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong. Ketiga-tiga ADUN tersebut keluar daripada PKR 2 Februari lalu dan menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.
_________________ Tag ID=SFC 02544
"Vipstyle is all about stance and fitment, everything else (including body kits) are just accessories." Taketomi, from Junction Produce.
under18crew MODERATOR
Countries: Age: 18 location: Kota Belud Tag ID:: SFC 02544 Points: 3121 Reputation: 13 Number of posts: 17135
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Feb 18, 2009 12:53 am
Suspek perogol bersiri ditahan ketika terima rawatan
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki perogol bersiri dan pengedar dadah yang paling dikehendaki ketika dia mendapatkan rawatan di sebuah hospital barubaru ini. Suspek berusia 31 tahun itu ditahan pada 11 Februari ketika sedang mendapatkan rawatan untuk luka lecur akibat dibakar sekumpulan lelaki, dipercayai sindiket pengedaran dadah. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki berkenaan diburu polis kerana disyaki terlibat dalam beberapa siri kes samun dan rogol di sekitar Lembah Klang tahun lepas. "Siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang pengedar dadah dan menggunakan sebuah teksi curi untuk menyamun dan merogol mangsanya. "Minggu lepas teksi curi suspek dibakar oleh sekumpulan lelaki dan mereka juga bertindak membakar suspek di Cheras. "Suspek berjaya selamatkan diri sebelum mendapatkan rawatan di sebuah hospital dan hasil maklumat orang ramai, polis berjaya menahan lelaki itu di hospital berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Ku berkata, lakaran wajah lelaki itu pernah diedar oleh polis bulan lepas, setelah dua mangsa rogol membuat laporan polis terhadapnya. Beliau berkata polis percaya masih ramai mangsa yang belum tampil membuat laporan polis terhadap lelaki itu dan mereka yang ingin berbuat demikian boleh menghubungi talian 0321466689 bagi membantu siasatan. Sementara itu, Ku berkata, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menghantar SMS palsu mengenai sesuatu kejadian jenayah dan yang berbaur perkauman. "SMS palsu yang terbaru ialah mengenai seorang kanakkanak bernama Sherley diculik di Cheras dan ibu kanakkanak itu meminta bantuan orang ramai. "Apabila disiasat, polis mendapati ia adalah palsu dan dilakukan sekumpulan pelajar sekolah," katanya. BERNAMA
_________________ Tag ID=SFC 02544
"Vipstyle is all about stance and fitment, everything else (including body kits) are just accessories." Taketomi, from Junction Produce.
under18crew MODERATOR
Countries: Age: 18 location: Kota Belud Tag ID:: SFC 02544 Points: 3121 Reputation: 13 Number of posts: 17135
Subject: Re: BERITA HARI INI Thu Feb 26, 2009 7:55 pm
Kes Anwar: Mahkamah putuskan 5 Mac untuk semakan permohonan
Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB [DIKEMAS KINI]KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dipindahkan ke Mahkamah Tinggi ataupun kekal didengar di Mahkamah Sesyen akan diketahui 5 Mac ini. Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan demikian dengan menjelaskan bahawa beliau memerlukan masa untuk mendengar hujah-hujah dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan semalam dan hari ini. Sesi mahkamah hari ini bermula kira-kira pukul 9 pagi dengan pihak pembelaan menyambung hujah berhubung peranan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam menandatangani sijil untuk memindahkan kes tersebut dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Semalam, Mahkamah Tinggi menolak bantahan awal Anwar terhadap rayuan pasukan pendakwaan untuk memindahkan kes liwatnya ke Mahkamah Tinggi. Malah semalam Mohamad Zabidin memutuskan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden akan kekal mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat Ketua Pembangkang di Parlimen itu ekoran keputusan pihak pembela untuk menarik balik permohonan menggugurkan beliau. Ketua pasukan peguam Anwar, Sulaiman Abdullah berkata, Mohd Yusof telah menghantar afidavit yang membuat perakuan bahawa beliau tidak mempunyai kertas siasatan insiden mata lebam bekas Timbalan Perdana Menteri itu walaupun beliau menganggotai Suruhanjaya Diraja menyiasat insiden tersebut. SALAHI UNDANG-UNDANG Sementara itu dalam hujahnya semalam, Mohamed Yusof berkata, keputusan Mahkamah Sesyen tidak memindahkan kes liwat Anwar ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan adalah menyalahi undang-undang. Beliau berkata, ia adalah mandatori untuk Mahkamah Sesyen di bawah Seksyen 418A (3) Kod Prosedur Jenayah (CPC), untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi apabila sijil pemindahan telah dikeluarkan oleh pendakwaan. Beliau juga berkata, sijil pemindahan dikemukakan kepada mahkamah itu, sebelum perbicaraan dimulakan, Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah memindahkan kes tersebut. Mohamed Yusof berhujah bahawa Peguam Negara hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan bukan satu fungsi kehakiman atau kuasa kehakiman apabila beliau menandatangani sijil pemindahan di bawah Seksyen 418A CPC. "Sehubungan itu, Hakim S.M.Komathy Suppiah telah tersalah dalam undang-undang apabila memutuskan bahawa sijil pemindahan itu ditandatangani oleh Peguam Negara adalah tidak sah," kata Mohamed Yusof dalam permohonan pendakwaan untuk semakan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen mengekalkan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang itu di Mahkamah Sesyen. Pada prosiding yang bermula 3 petang semalam, Mohamed Yusof dalam merit semakan, berkata bahawa semasa Abdul Gani menandatangani sijil pemindahan itu ia tidak berasaskan satu peraturan yang bertentangan dengan pilih kasih walaupun beliau masih lagi disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) berikutan satu laporan polis terhadap beliau mengenai mereka-reka keterangan dalam siasatan insiden "mata lebam" ketika Anwar ditangkap pada 1998. Mengenai jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Abdul Gani tidak akan secara peribadi membabitkan diri dalam kes ini yang telah menimbulkan harapan yang sah dan munasabah kepada Anwar dan orang ramai, Mohamed Yusof berkata, Abdullah telah berkata dalam kapasitinya sebagai ketua eksekutif. Beliau berkata, Perdana Menteri bukan secara peribadi cekap dalam bidang perundangan dan orang yang sepatutnya mengendalikan perkara berkaitan undang-undang ialah Peguam Negara. PEMBABITAN PEGUAM NEGARA Sulaiman berhujah bahawa pembabitan Peguam Negara dalam kes terkini Anwar dan menimbulkan keputusan berat sebelah oleh kerana Abdul Gani masih disiasat oleh BPR berikutan laporan Anwar serta hubungan kedua-duanya adalah keruh. Sulaiman juga berkata, jaminan Perdana Menteri menimbulkan keyakinan awam bahawa Abdul Gani tidak akan melibatkan diri dalam kes ini. Sulaiman berkata, Perdana Menteri telah memberikan pertimbangan terhadap perkara ini dan mestilah menjadi lebih penting pada keadilan dan proses undang-undang dengan mengatakan bahawa Peguam Negara tidak akan membabitkan diri dengan kes ini. Peguam itu akan menyambung penghujahan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah esok. Anwar, yang dikecualikan daripada menghadiri perbicaraan, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23 di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30petang pada 26 Jun. Jika sabit kesalahan, Anwar, 62, boleh dipenjara sehingga 20 tahun di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan ikat jamin seorang penjamin sebanyak RM20,000. Pendakwaan memfailkan satu semakan serta satu permohonan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 7 November 2008, yang menolak permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi setelah memutuskan bahawa sijil pemindahahan, ditandatangani oleh Abdul Gani, adalah sah. Pembelaan telah mencabar kesahihan sijil pemindahan itu kerana Abdul Gani masih lagi disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
_________________ Tag ID=SFC 02544
"Vipstyle is all about stance and fitment, everything else (including body kits) are just accessories." Taketomi, from Junction Produce.
under18crew MODERATOR
Countries: Age: 18 location: Kota Belud Tag ID:: SFC 02544 Points: 3121 Reputation: 13 Number of posts: 17135
Subject: Re: BERITA HARI INI Thu Feb 26, 2009 7:56 pm
Kadar tol lima lebuh raya naik 1 Mac
PETALING JAYA: Kadar tol di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kl Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan bermula 1 Mac ini. Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad hari ini. Sementara itu, Starbiz melaporkan kerajaan telah dijangka akan membuat keputusan tersebut sebelum hujung minggu ini, kerana telah menangguhkan keputusan untuk menaikkan kadar tol selama dua bulan. "Tiga pemilik konsesi lebuh raya telah mengalami kelewatan untuk menaikkan kadar tol mengikut perjanjian yang telah ditandatangi sebelum ini. "Pemilik konsesi yang terlibat adalah Lebuh Raya Utara-Selatan, IJM Corp Bhd dan Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd (Litrak). "Manakala dua lagi, adalah Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kl Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)," lapor C.S Tan.
_________________ Tag ID=SFC 02544
"Vipstyle is all about stance and fitment, everything else (including body kits) are just accessories." Taketomi, from Junction Produce.
under18crew MODERATOR
Countries: Age: 18 location: Kota Belud Tag ID:: SFC 02544 Points: 3121 Reputation: 13 Number of posts: 17135
Subject: Re: BERITA HARI INI Thu Feb 26, 2009 7:56 pm
PKR juga setuju sambung cuti Wong
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN PETALING JAYA: Biro politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermesyuarat malam tadi bersetuju untuk mengikut keputusan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk melanjutkan cuti Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dalam isu tersebarnya gambar separuh bogel wakil rakyat itu. "Keputusannya masih sama, Biro Politik hanya bincang dan mendengar penjelasan daripada Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor. "Saya tidak boleh dedahkan hasil perbincangan dalam mesyuarat ini kerana semuanya sulit," katanya kepada mStar Online Petang semalam, kerajaan Negeri Selangor mengambil keputusan untuk memanjangkan cuti Wong sehingga siasatan polis berhubung penyebaran gambar separuh bogel ADUN tersebut selesai.Khalid berkata, sebarang keputusan mengenai kedudukan Wong hanya akan dibuat setelah polis selesai menjalankan siasatan. Wong bercuti selama sebulan sejak pertengahan minggu lalu.Pagi semalam, Khalid telah menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat baginda berhubung isu peletakan jawatan Wong sebagai ADUN dan Exco negeri berikutan tersebarnya gambar separuh bogel Wong sejak dua minggu lalu. Baginda bagaimanapun menyerahkan kepada Khalid untuk membuat keputusan mengenai isu itu memandangkan kes Wong masih dalam siasatan polis dan sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik. Dalam pada itu, menurut Syed Husin, mesyuarat malam tadi dipengerusikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, namun ia kemudiannya diambil alih oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mesyuarat yang bermula pada pukul 9 malam tadi berlangsung selama tiga jam di Ibu Pejabat parti. Jelas beliau, bukan hanya isu Wong dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Lapan agenda lain termasuk perkara berkaitan pilihan raya kecil 7 April ini turut dibincangkan secara panjang lebar. Pilihan raya raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau akan berlangsung 7 April dengan penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac. Kerusi DUN Bukit Selambau kosong selepas,penyandangnya, V. Arumugam yang juga bekas ahli PKR mengisytiharkan keluar parti terbabit 8 Februari lalu.
_________________ Tag ID=SFC 02544
"Vipstyle is all about stance and fitment, everything else (including body kits) are just accessories." Taketomi, from Junction Produce.
Fadzliey MODERATOR
Age: 30 location: Beaufort Points: 1633 Reputation: 0 Number of posts: 1321
Subject: Re: BERITA HARI INI Tue May 05, 2009 9:25 am
Sabah contoh terbaik konsep 1Malaysia: PM
KOTA KINABALU: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Sabah sebagai contoh terbaik yang menepati konsep 1Malaysia berikutan keupayaan 45 etnik dan subetniknya hidup harmoni sejak sekian lama tanpa jurang perbezaan ketara.
Perdana Menteri berkata, warna-warni kehidupan rakyat di Sabah yang mampu hidup bersama dalam lingkungan pelbagai kaum mewujudkan suasana `tiada sempadan'.
"Di Sabah inilah letaknya contoh terbaik konsep 1 Malaysia apabila kita saling menghormati tetapi boleh dikatakan 'seamless' (tiada sempadan) antara sesama etnik, seolah-tiada tiada sekatan antara mereka.
"Malah, sukar bagi kita membezakan satu dengan lain. Dalam Umno sendiri ada ahli etnik Kadazandusun yang ada masanya memakai pakaian tradisional masyarakatnya dan ada kalanya menyarung baju Melayu.
"Apa yang penting bukan dari mana asal kumpulan etnik ini, tetapi hakikat mereka adalah rakyat Malaysia, orang Barisan Nasional (BN) dan inilah yang akan menjadikan kita bertaut lebih kukuh," katanya pada majlis makan malam bersama pemimpin BN Sabah di Pacific Sutera Harbour Resort di sini, malam tadi.
Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta barisan pemimpin Kerajaan Persekutuan dan negeri.
Lawatan dua hari itu adalah kunjungan rasmi pertama Najib sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.
Sambil merakamkan penghargaan atas sokongan rakyat dan BN Sabah terhadapnya selama ini, Najib melahirkan keyakinannya untuk terus menerima sokongan dalam menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi BN.
"Sabah memang negeri penting bagi BN terus memegang tampuk pemerintahan negara. Beberapa tahun lalu, saya menyifatkan BN Sabah sebagai 'simpanan tetap' BN dan hari ini saya datang untuk melihat nilai simpanan tetap ini sama ada kekal atau menurun.
"Saya percaya nilainya kekal, insya-Allah. Melihat air muka ahli Yang Berhormat yang masih senyum, saya yakin rakyat Sabah masih terus memberi kepercayaan dan keyakinan terhadap BN.
"Ini adalah kekuatan BN dan kita akan beri suntikan baru supaya ia sentiasa segar," katanya.
Pada masa sama, Perdana Menteri mengingatkan pemimpin pelbagai peringkat supaya tidak mengambil mudah sokongan rakyat dengan menganggap ia bakal kekal selama-lamanya.
Sebaliknya, Najib berkata, sokongan sedemikian hanya berterusan jika pemimpin melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna, baik atas kapasiti jawatan parti, wakil rakyat atau anggota pentadbiran.
Bersandarkan kepada kesedaran ini, katanya, beliau melontarkan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Menyentuh pendekatan 'tinjauan mesra' (walkabout) yang diamalkannya sejak mengambil alih pentadbiran negara sebulan lalu, Najib berkata, kaedah itu membolehkan pemimpin memupuk kemesraan dengan rakyat pada akar umbi.
"Ada banyak bezanya kalau kita mendengar taklimat di pejabat berhawa dingin, berbanding kita turun dan melihat sendiri apa yang dirasai rakyat biasa.
"Kita mesti tahu apa masalah rakyat. Kita mesti ingat untuk mencapai kemenangan Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, kerjanya bukan masa kempen.
"Kerjanya bermula hari ini hinggalah hari mengundi. Rakyat semakin terdidik dan ingin melihat pendekatan yang disenangi mereka, maka kita perlu turun padang dan dengar suara rakyat... bantu mereka selesaikan masalah," katanya.
Age: 30 location: Beaufort Points: 1633 Reputation: 0 Number of posts: 1321
Subject: Re: BERITA HARI INI Tue May 05, 2009 9:31 am
aku rasa mengenai konsep 1Malaysia ni kita sudah terapkan dlm SIOLOON ni yg mana dlm SIOLOON semua bangsa ada. kita brgabung dlm 1 komuniti yg harmoni yg mana penerapan nilai2 murni dan setia kawan mmng d amalkan dlm SIOLOON. so peliharalah apa yg telah kita semua usahakan selama ini. elakkan pertelingkahan, kukuhkan lagi SIOLOON ini agar dapat menajadi satu wadah atau platform dalam menyatukan seluruh masyarakat tidak kira agama, bangsa dan warna kulit. lagi satu dlm SIOLOON x ada istilah prejudis terhadap kaum. ..
Age: 30 location: Beaufort Points: 1633 Reputation: 0 Number of posts: 1321
Subject: Re: BERITA HARI INI Tue May 05, 2009 11:57 am
Bakal mekanik mati dipukul mat rempit
KUANTAN 4 Mei - Hasrat seorang lelaki untuk menjadi seorang mekanik tidak kesampaian apabila dia dipukul hingga mati oleh sekumpulan mat rempit ketika berehat di sebuah taman rekreasi di sini awal pagi Khamis lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, sekumpulan mat rempit terbabit dipercayai memukul mangsa yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu ketika dia dan dua rakannya sedang berehat di Taman Esplanade. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Bahagian Risikan dan Operasi, Supritendan Nordin Mustapha berkata, mangsa yang berusia 42 tahun dan dua rakannya dipercayai datang ke bandar ini kerana mendapat pekerjaan sebagai mekanik di sini. "Setelah tiba bandar ini kira-kira pukul 2.30 pagi Khamis lalu dengan menaiki sebuah kereta, mangsa dan rakan-rakannya berehat di di Taman Esplanade kerana bercadang berjumpa majikannya pagi yang sama," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini. Nordin memberitahu, berdasarkan laporan, sebelum kejadian mangsa dan seorang rakannya dipercayai tidur di kaki lima manakala seorang lagi rakannya berbaring di dalam kereta. Menurutnya, rakan mangsa yang berada di dalam kereta tiba-tiba terdengar jeritan mangsa meminta pertolongan dan apabila keluar dari kenderaan tersebut, dia mendapati mangsa dan seorang lagi rakannya meraung kesakitan. Katanya, rakan mangsa itu mendakwa, dia melihat mangsa dan seorang lagi rakannya dipukul dengan rakus oleh empat hingga lima lelaki dipercayai mat rempit dengan menggunakan topi keledar. Beliau berkata, rakan mangsa yang juga berusia 42 tahun itu cuba menghentikan serangan malangnya dia turut dibelasah oleh kumpulan terbabit dengan topi keledar. "Setelah puas memukul mangsa dan rakan-rakannya, kumpulan itu beredar dan mangsa yang cedera parah dibawa oleh rakannya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk menerima rawatan. "Malangnya, mangsa yang mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pukul 1.30 petang, Jumaat lalu," katanya.
RAZALI Ahmad memeluk dua anak tirinya, Puteri Norasikin Salleh dan Mohamad Khairi Ridwan Salleh ketika menunggu di rumah mayat Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, semalam untuk menuntut jenazah isterinya, Jamilah Selamat (gambar kecil), yang menjadi mangsa ragut di Taman Mekar Air Hitam, Johor. Jamilah yang hamil dua bulan meninggal dunia selepas koma tiga hari.
Wanita hamil diragut mati selepas 3 hari koma meninggal selepas diragut; Mangsa jatuh motosikal akibat beg tangan direntap dua lelaki
JOHOR BAHRU: Seorang ibu yang mengandung dua bulan meninggal dunia semalam, selepas koma selama tiga hari selepas terjatuh daripada motosikal akibat diragut dua lelaki, 70 meter dari rumahnya dalam kejadian di Taman Air Hitam, Air Hitam, Ahad lalu.
Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, kira-kira jam 7.30 pagi akibat kecederaan serius di kepala akibat terhentak di atas jalan.
Suami Jamilah, Razali Ahmad, 41, berkata pada hari kejadian isterinya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja sebagai jurujual di kedai kraftangan di pekan Air Hitam ke rumah di Taman Mekar.
Katanya, isterinya berhenti untuk membeli barang keperluan di sebuah kedai di Taman Air Hitam dan selepas itu menunggang motosikal jenis Honda EX 5 bersendirian sebelum diragut dua lelaki yang juga menunggang motosikal.
"Jamilah dikatakan terjatuh daripada motosikalnya dengan mukanya terhentak pada jalan. Seorang rakan abang saya yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan melihat dua lelaki, terbabit melarikan diri manakala isteri sudah tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui di rumah mayat HSA.
Razali berkata, mereka mempunyai empat anak berusia antara 17 dan lima tahun hasil perkahwinan terdahulu dan Jamilah mengandung dua bulan selepas mereka berkahwin tujuh bulan lalu.
"Saya mempunyai dua anak berusia 17 tahun dan 15 tahun hasil perkahwinan dengan isteri pertama yang meninggal dunia akibat barah, manakala Jamilah mempunyai dua anak berusia tujuh tahun dan lima tahun dengan suaminya terdahulu. Kami berkahwin selepas Aidilfitri lalu," katanya yang bekerja sendiri.
Katanya, Jamilah pernah diragut pertengahan tahun lalu, di Jalan Johor-Air Hitam ketika menunggang motosikal dan turut kehilangan beg tangan yang diletakkan dalam bakul kenderaan itu.
Sehubungan itu, katanya, seorang rakan mengajar Jamilah menyimpulkan tali beg tangan pada cermin sisi bagi mengelak kehilangannya akibat diragut.
"Berdasarkan cerita rakan, motosikal Jamilah terseret beberapa meter, mungkin disebabkan sentapan kuat pada beg tangannya yang disimpulkan pada cermin sisi... ini menyebabkan Jamilah gagal mengawal kenderaannya sebelum terjatuh," katanya.
Razali berkata, arwah isterinya dibawa ke HSA daripada Hospital Batu Pahat pada awal pagi Isnin lalu, bagi menerima rawatan rapi tetapi gagal diselamatkan akibat kecederaan parah pada bahagian kepala serta muka.
Katanya, jenazah isterinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Hiitam, petang semalam juga.
KOTA BHARU 6 Mei - Berulang lagi! Seorang wanita yang hamil hampir empat bulan maut dirempuh kereta selepas terjatuh dari motosikal akibat diragut oleh dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di Kampung Padang Raja, Jalan Melor, Ketereh, dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 pagi, Saripah Mohd. Noor, 34, ibu kepada lima anak berusia dua hingga 13 tahun yang mengalami cedera parah di kepala, kaki dan badan, meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, suri rumah itu menunggang motosikal bersendirian dan dalam perjalanan dari Ketereh menghala ke Melor dipercayai untuk pulang ke rumah suaminya, Mat Zani Awang, 39, di Bachok. Ibu malang tersebut yang dalam proses perceraian dikatakan dalam perjalanan mengambil anak ketiganya dari suami untuk kembali tinggal bersamanya. Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa telah diekori oleh sebuah motosikal ditunggangi dua lelaki lalu meragut beg tangannya yang disilang di badannya. "Kejadian itu menyebabkan mangsa ditarik dan hilang kawalan menyebabkan dia tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah kereta yang sudah terlalu hampir dengannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Katanya, hasil siasatan mendapati, kemalangan berlaku selepas mangsa diragut dua pemuda berusia dalam lingkungan 20-an yang kemudian terus memecut ke arah Melor. "Jenazah mangsa yang berasal dari Kampung Kok Bedullah Tumpat, kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya," katanya. Ahad lalu, dalam insiden hampir sama, seorang ibu yang juga hamil, Jamilah Selamat, 31, di Ayer Hitam, Johor terjatuh daripada motosikal setelah diragut sehingga mengakibatkan dia koma selama dua hari sebelum dan meninggal dunia semalam. Zahruddin berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu kereta terbabit yang tampil membuat laporan selepas kejadian itu. Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Sementara itu seorang penduduk, Zakaria Yaakub, 45, berkata, dia berada di pinggir jalan apabila melihat motosikal yang ditunggangi dua pemuda berkenaan memecut dengan sangat laju. "Kemudian saya ternampak seorang perempuan terbaring di jalan raya dengan sebuah kereta berhampiran dan dimaklumkan dia dirempuh kenderaan itu selepas terjatuh setelah menjadi mangsa ragut," katanya. Penghulu Dewan Undangan Melor (DUN) Melor itu berkata, seorang penduduk kemudian berusaha mengejar motosikal itu tetapi gagal menjejak peragut tersebut.
*makin berani peragut sekarang ni....bahaya betul
Fadzliey MODERATOR
Age: 30 location: Beaufort Points: 1633 Reputation: 0 Number of posts: 1321
Subject: Re: BERITA HARI INI Tue May 19, 2009 12:34 pm
Amaran angin kencang, laut bergelora di Labuan, Sabah
KUALA LUMPUR: Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 km sejam dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Labuan, pantai barat Sabah, Kudat dan Sandakan selama tiga hari bermula esok.
Menurut kenyataan Jabatatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan itu merbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut. - Bernama
Countries: Age: 28 location: kota kinabalu sabah Tag ID:: SFC 03551 Points: 2579 Reputation: 2 Number of posts: 1709
Subject: Re: BERITA HARI INI Thu May 28, 2009 3:36 pm
Nasihat tidak mengundi, seruan Khairy menghasut - Dr Hatta Azamin Amin Thu | May 28, 09 | 2:10:33 pm MYT KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menasihatkan para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak keluar mengundi Ahad ini dianggap keterlaluan dan bersifat menghasut. Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata seruan Khairy itu jelas menyalahi sistem demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk mengundi sekaligus memilih pemimpin mereka sendiri. "Dia kata tidak mahu memperlekehkan institusi demokrasi negara ini tetapi seruannya jelas membuktikan, dia sendiri yang memperlekehkan sampai sanggup mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan itu. Katanya sifat pengecut Umno itu sudah terbawa-bawa sehingga ke tahap 'bahaya' apabila cuba menasihatkan para pengundi yang sudah matang dan bijak berfikir setelah menyertai 12 pilihan raya umum dan kecil untuk tidak keluar mengundi. "Saya minta pihak berkuasa. polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat kenyataan Khairy yang dilihat berbahaya, tidak demokratik dan tidak galakkan rakyat meneruskan amalan demokrasi yang sudah diguna pakai sejak sekian lama dan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada," katanya yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khairy di sebuah akhbar hari ini yang menasihatkan pengundi tidak keluar mengundi kerana menyifatkan pilihan raya kecil yang diadakan di Penanti memperlekehkan institusi demokrasi yang diamalkan di negara ini. Dr Hatta berkata, belum ada mana-mana pihak yang pernah memberi saranan seumpama itu sekaligus membuktikan Ketua Pemuda Umno itu sudah ketandusan idea untuk meraih sokongan sebaliknya mengunakan kaedah yang bertentangan dengan semangat demokrasi yang di dukung oleh semua rakyat dan Pakatan Rakyat. Katanya situasinya pasti berbeza jika pihak Pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan seumpama itu dan sudah pasti pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas. "Saya bimbang jika tidak dihalang dan tidak diambil sebarang tindakan, ianya akan berlanjutan sehingga ada pihak akan membuat ancaman ugutan pula kepada para pengundi. "Kita tidak terkejut dengan tingkah laku parti yang cukup tertekan dan 'desperate' untuk melakukan apa saja untuk memastikan kekalahan Pakatan Rakyat yang kini mendapat tempat di hati seluruh rakyat di Malaysia ," katanya. Sebelum itu, di Penanti 23 Mei lalu Dr Hatta menasihatkan sudah tiba masanya untuk rakyat dan penduduk Penanti 'bercerai susu' daripada Barisan Nasional (BN) dan tidak bergantung harap kepada parti yang sudah goyah dan tidak dapat menunaikan tanggungajawab kepada rakyat. "Rupanya, tanpa BN di Penanti, kita menjadi lebih aman dan tenang. Sudah tiba masanya bercerai susu dengan BN yang tidak memberi manfaat pada rakyat. "Kalau begitu tidak perlulah BN menyertai mana-mana pilihan raya supaya dapat mewujudkan suasana yang ada pada hari ini," katanya sambil disambut sorak sorai ribuan hadirin pada ceramah malam itu di Kubang Semang. Pilihan raya Ahad ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara tiga calon Bebas dengan seorang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR). Empat calon tersebut ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman, 59, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari, 41, dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42. DUN Penanti mempunyai 15,384 pengundi biasa dan 24 pengundi pos dengan 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, _
Countries: Age: 24 location: Sipitang-Sindumin-KK Tag ID:: SFC 04442 Points: 2316 Reputation: 18 Number of posts: 1589
Subject: Re: BERITA HARI INI Mon Jun 29, 2009 6:36 pm
Polis nasihati orang ramai jangan mudah terpedaya oleh penjenayah
26th June, 2009
PENAMPANG: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya oleh mereka yang disyaki penjenayah yang meminta pertolongan menunaikan cek mereka Ketua polis daerah DSP Madang Usat berkata demikian setelah polis menerima dua laporan kes tipu yang membabitkan dua orang wanita yang kerugian RM35,000 dalam dua kejadian berasingan. Kedua mangsa telah ditipu oleh dua lelaki yang dipercayai warga asing yang meminta mangsa membantu mereka menunaikan cek suspek berkenaan telah menemui mangsa pertama berusia 37 tahun di Tambunan dan membawa mangsa menaiki sebuah kereta pacuan empat roda ke Penampang. “Mangsa telah diminta mengeluarkan wang RM5,000 dari akaun simpanan ASB sebagai cagaran sebelumnya suspek menyerahkan cek kepada mangsa,” kata Madang. Mangsa kemudian diminta membuat salinan Mykad di sebuah kedai dan apabila kembali mangsa mendapati kedua lelaki tersebut hilang dari tempat letak kereta. Dalam kejadian kedua, kedua suspek telah menemui seorang wanita berumur 33 tahun di Beaufort. “Mangsa kemudian di bawa menaiki sebuah kereta Proton Iswara ke Putatan untuk me-nunaikan satu cek bernilai RM200,000,” kata beliau. Sebelum menyerahkan cek kepada mangsa, suspek mengarahkan mangsa mengeluarkan RM30,000 dari akaun simpanannya sebagai cagaran di sebuah bank di Putatan. Suspek kemudiannya membawa mangsa ke Papar dan menyuruh mangsa menunggu di dalam sebuah bank di sana. Suspek kemudian melarikan diri bersama wang mangsa. Kedua kejadian telah dilaporkan berlaku dalam masa dua minggu dalam bulan ini dan dalam kedua kejadian suspek berjanji memberi â€sagu hati’ berjumlah ribuan ringgit jika mangsa bersetuju menolong suspek menunaikan cek mereka.
_________________
kidd CONTRIBUTOR
Countries: Age: 24 location: Sipitang-Sindumin-KK Tag ID:: SFC 04442 Points: 2316 Reputation: 18 Number of posts: 1589
Subject: Re: BERITA HARI INI Mon Jun 29, 2009 6:40 pm
40 peratus petugas awam terima gaji bersih tidak sampai separuh
29th June, 2009
KUALA LUMPUR:Seramai 450,000 orang daripada 1.2 petugas awam menghadapi masalah hutang dan golongan ini perlu diberi perhatian khas kerana mereka mudah terjerumus dalam gejala rasuah.
Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin berharap ketua-ketua mereka di jabatan atau kementerian mengambil sikap berperikemanusiaan dalam mengendalikan masalah mengenai kumpulan ini, yang rata-ratanya membawa pulang hanya 40 peratus daripada gaji mereka.
“Kebanyakan gaji mereka dipotong untuk pelbagai pinjaman seperti perumahan dan kenderaan atau mengubah suai rumah,” katanya kepada Bernama.
Ahmad Shah berkata ramai penjawat awam diberi kelonggaran oleh kerajaan untuk membuat kerja sambilan seperti membawa teksi, menjadi agen jualan langsung dan berniaga untuk menampung pendapatan tetapi ini tidak mencukupi.
“Kos sara hidup di bandar adalah tinggi dan ini menyebabkan ramai yang terpaksa berhutang,” katanya.
Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Shaani Abdullah, bersetuju bahawa satu daripada faktor yang menyebabkan ramai petugas awam berhutang ialah perbelanjaan yang tinggi di bandar.
“Untuk mengatakan mereka ini tidak tahu menguruskan kewangan mereka adalah satu tanggapan salah,” katanya.
Yang sebenarnya, kata Muhammad Shaani, ialah gaji petugas awam tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup.
Beliau memberi contoh bahawa 30 tahun lepas, kos untuk satu sarapan ialah RM1.20 tetapi kini ianya melambung lima kali ganda sedangkan pendapatan penjawat awam tidak meningkat selari dengan kenaikan kos itu.
Muhammad Shaani berkata jika kerajaan tidak dapat menaikkan gaji penjawat awam, ia boleh membantu dengan cara lain seperti menjadikan pengangkutan awam lebih murah, menyediakan lebih banyak biasiswa untuk anak-anak mereka dan memberikan potongan bagi kemudahan tertentu.
_________________
kidd CONTRIBUTOR
Countries: Age: 24 location: Sipitang-Sindumin-KK Tag ID:: SFC 04442 Points: 2316 Reputation: 18 Number of posts: 1589
Subject: Re: BERITA HARI INI Tue Jun 30, 2009 1:35 pm
Warga emas mati dalam bilik mak nyah
KUANTAN: Seorang peniaga berusia 78 tahun ditemui mati dalam bilik sewa seorang 'mak nyah' di tingkat satu bangunan rumah kedai di Jalan Tun Ismail di sini petang kelmarin, dipercayai diserang penyakit jantung.
Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, lelaki yang berasal dari Kubang Buaya di sini dikatakan memasuki bilik berkenaan dan berbaring di atas katil apabila tiba-tiba memegang dadanya sebelum tidak sedarkan diri.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan, Zulkifli Taha, berkata ketika kejadian hanya mangsa dan mak nyah berusia 31 tahun itu berada dalam bilik berkenaan.
"Mak nyah terbabit bertindak menghubungi rakannya yang kemudian menghubungi polis dan ambulans," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.
Zulkifli berkata, polis yang tiba kira-kira 10 minit selepas itu, mendapati mangsa berpakaian lengkap dan tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah kerana tiada kesan cedera atau lebam pada tubuhnya.
Polis mengambil keterangan daripada mak nyah itu, yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan dan bekerja sebagai jurujual barangan kosmetik di sebuah kedai, di sini.
Mayat peniaga itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan jam 7 petang kelmarin, untuk bedah siasat dan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.
_________________
bod_supersperm CONTRIBUTOR
Countries: Age: 28 location: kota kinabalu sabah Tag ID:: SFC 03551 Points: 2579 Reputation: 2 Number of posts: 1709
Subject: Re: BERITA HARI INI Thu Jul 02, 2009 2:41 pm
bukan hari ini..Jumaat (26 Jun 2009)
Micheal Jackson meninggal mybe heart attack / cardiac arrest.
Countries: Age: 24 location: Sipitang-Sindumin-KK Tag ID:: SFC 04442 Points: 2316 Reputation: 18 Number of posts: 1589
Subject: Re: BERITA HARI INI Fri Jul 03, 2009 11:53 am
JACKSON DKEBUMI CARA ISLAM Keluarga tunaikan hasrat Mikaeel, majlis pengebumian 7 Julai
LOS ANGELES: Keluarga ikon muzik pop terkenal Amerika Syarikat, Michael Jackson, dilaporkan berkemungkinan besar mengebumikan penyanyi itu mengikut cara Islam.
"Keluarganya menimbang pengebumian mengikut Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut agama barunya," lapor laman web aceshowbiz yang memetik sumber sebagai berkata.
"Abang penyanyi itu, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdulaziz, menerangkan kepada keluarganya mengenai pengebumian menurut Islam kerana berasa penting jenazah adiknya disempurnakan dengan cara Islam," kata sumber itu.
Di sebalik laporan terdahulu majlis memperingati secara umum dan peribadi untuk penyanyi itu ditetapkan pada minggu ini, tiada pengesahan rasmi daripada keluarga Jackson mengenai lokasi pengebumiannya.
Bagaimanapun, aceshowbiz turut melaporkan bahawa pengebumian akan berlangsung pada 7 Julai ini.
Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles, beberapa tahun selepas menyuarakan minatnya untuk menjadi penganut agama suci itu.
Beliau kemudian menukar namanya kepada Mikaeel, sempena nama malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan dan memberi rezeki.
Laporan menyebut, beliau duduk dengan memakai kopiah dan mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam di kediaman rakan penyanyi itu di Los Angeles.
Jackson mengamalkan cara hidup Muslim sedikit demi sedikit serta membaca al-Quran dikatakan menjadi amalan hariannya, malah mengakui menemui kekuatan dan kesungguhan dalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan dalam hidupnya.
Jurucakap penghibur legenda itu memberitahu, pihaknya sudah mengesahkan kepada semua media di seluruh dunia mengenai kebenaran desas-desus mengatakan Jackson memeluk Islam.
Selepas penyanyi itu dilaporkan memeluk Islam, Jermaine memberitahu wartawan, adiknya mula tertarik kepada agama itu sejak 1989. - Agensi
_________________
bod_supersperm CONTRIBUTOR
Countries: Age: 28 location: kota kinabalu sabah Tag ID:: SFC 03551 Points: 2579 Reputation: 2 Number of posts: 1709
Subject: Re: BERITA HARI INI Sat Jul 04, 2009 8:22 am
Kereta tua tak dapat insurans
Oleh Kamarulzaidi Kamis
Syarikat enggan lindung kenderaan bawah RM10,000
KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat insurans kini menolak permohonan untuk memperbaharui perlindungan insurans kenderaan berharga bawah RM10,000, termasuk teksi kerana dianggap merugikan.
Berdasarkan aduan yang diterima Berita Harian, syarikat terbabit memberi alasan kenderaan itu berisiko tinggi untuk diberi perlindungan insurans.
Dianggarkan 4.8 juta kereta berusia 10 tahun dan ke atas yang bernilai bawah RM10,000 berada di jalan raya pada masa ini, termasuk lebih 900,000 Proton dan 300,000 kenderaan keluaran Perodua, iaitu Kancil, Rusa dan Kembara yang didaftar antara 1994 hingga 1999.
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) ketika dihubungi semalam, mengesahkan pihaknya menerima banyak aduan mengenai perkara itu, terutama daripada pemilik teksi yang berusia 10 tahun ke atas.
Sehubungan itu, Fomca menggesa pihak berkuasa khususnya Bank Negara Malaysia dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) memberi penjelasan berhubung perkara itu kerana ia akan menimbulkan masalah kepada pemilik kenderaan terbabit.
Ketua Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata tindakan itu tidak adil kepada pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah yang menggunakan kenderaan bernilai di bawah RM10,000. "Kerajaan masih membenarkan rakyat menggunakan kenderaan berusia lebih 10 tahun. Saya tidak faham mengapa syarikat insurans tertentu enggan menerima permohonan dan pembaharuan insurans bagi kenderaan di bawah RM10,000," katanya.
Mohd Yusof berkata, syarikat insurans tidak mungkin menanggung kerugian selagi kenderaan berkenaan tidak terbabit dalam kemalangan.
"Setahu saya, masih tidak ada statistik rasmi yang menyatakan bahawa kadar kemalangan bagi kenderaan bernilai bawah RM10,000 atau berusia lebih 10 tahun adalah tinggi. Lagi pun, nilai yang dilindungi adalah rendah berbanding kereta baru," katanya.
PIAM ketika dihubungi semalam memberi jaminan akan meneliti aduan itu. Sementara itu, sebuah syarikat insurans terbabit ketika dihubungi menjelaskan keputusan berkenaan dibuat berdasarkan kajian mendalam mengenai risiko dan keuntungan pada peringkat syarikat yang dibuat dari semasa ke semasa.
Jurucakapnya berkata, pihak syarikat sudah tentu mahu menjana keuntungan dan segmen perlindungan kenderaan di bawah RM10,000 dikenal pasti membawa kerugian kerana banyak tuntutan diterima.
Bagaimanapun, kajian peringkat syarikat akan terus dilaksanakan dan kemungkinan segmen itu diberi perlindungan semula jika ia didapati tidak berisiko tinggi pada masa akan datang.
Countries: Age: 28 location: kota kinabalu sabah Tag ID:: SFC 03551 Points: 2579 Reputation: 2 Number of posts: 1709
Subject: Re: BERITA HARI INI Mon Jul 06, 2009 8:20 am
500 juta mohon hadiri majlis peringati raja pop LOS ANGELES:
Laman web memproses permohonan bagi menghadiri upacara memperingati raja pop Michael Jackson menerima lebih 500 juta permohonan dalam tempoh kurang dua jam. Satu kenyataan dikeluarkan wakil bagi keluarga Jackson berkata, satu lagi enjin carian terpaksa ditambah di laman www.staplescenter.com, bagi mengendalikan permohonan. "Sehingga jam 11.30 pagi ini, www.staplescenter.com menerima lebih 500 juta permohonan," kata kenyataan itu. Laman web itu mula 'diserbu' dalam tempoh beberapa minit selepas pegawai mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan sistem loteri 'online' bagi 17,500 tiket percuma bagi menyaksikan upacara memperingati pemergian penyanyi itu di Staples Center dan satu lagi lokasi berhampiran di pinggir Los Angeles. Jackson, 50, meninggal dunia 25 Jun lalu selepas mengalami masalah fungsi jantung terhenti di rumahnya di Los Angeles. Sementara itu, peminat yang menuju ke Los Angeles untuk upacara itu digesa berpatah balik jika tidak mempunyai tiket yang diedarkan sistem loteri online itu. Kematian Jackson secara mendadak, mengejutkan peminatnya di seluruh dunia, manakala beratus ribu lagi dijangka tiba di Los Angeles untuk upacara memperingati beliau, Selasa ini. - AFP
Countries: Age: 24 location: Sipitang-Sindumin-KK Tag ID:: SFC 04442 Points: 2316 Reputation: 18 Number of posts: 1589
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Jul 15, 2009 10:25 am
YAYASAN 1MALAYSIA DILANCAR Saluran Komuniti Rakyat
KUALA LUMPUR: Yayasan 1Malaysia dilancarkan semalam dengan lapan tokoh terkemuka tanah air menganggotai Lembaga Pemegang Amanah, yang dipengerusikan Dr Chandra Muzaffar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai penaungnya, bermatlamat menjadi saluran komunikasi antara rakyat dan kerajaan.
Chandra yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just) berkata, Yayasan 1Malaysia adalah sebuah badan bebas tanpa berasaskan keuntungan dengan tujuan membangun, menyokong dan mengetuai program membabitkan semua rakyat ke arah integrasi nasional.
Beliau berkata, tujuh ahli lain Lembaga Pemegang Amanah yayasan berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Seri Idris Jala; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Seri Tony Fernandes; Presiden Mercy Malaysia, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dan Pengerusi Yayasan SP Setia, Tan Sri Lee Lam Thye.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Razak, Prof Emeritus Datuk K J Ratnam; Ketua Pengarah Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (Isis), Dr Mahani Zainal Abidin dan penyandang Kerusi Sheikh Abdullah Fahim di Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Ismail Ibrahim.
Bekas wartawan kanan TV3, Noorhaina Hirawani Mohd Noor, 31, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pertama bagi Yayasan 1Malaysia.
"Ketika ini, Yayasan 1Malaysia sedang mengatur beberapa rancangan, termasuk untuk mewujudkan laman web di alamat www.1malaysia.org.my.
"Selain itu, kita akan mengadakan perbincangan dengan masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi, universiti, belia, pegawai kerajaan, peniaga, pekerja dan sebagainya. Satu program awal sedang dirancang dikenali sebagai 'My 1Malaysia Story' yang akan dilancarkan bulan depan," katanya pada sidang media di Isis di sini, semalam.
Chandra berkata, program 'My 1Malaysia Story' akan memberi peluang kepada rakyat untuk meluahkan perasaan mereka berdasarkan pengalaman masing-masing mengenai perkara berkaitan konsep 1Malaysia, sama ada dalam bentuk tulisan, video mahu pun audio.
Selain itu, katanya, Yayasan 1Malaysia juga sedang memikirkan idea untuk mengenal pasti kumpulan tertentu yang benar-benar menyumbang kepada perpaduan masyarakat di negara ini dan diberi penganugerahan sebagai satu bentuk penghormatan.
"Melalui perbincangan pada peringkat Lembaga Pemegang Amanah serta maklum balas masyarakat nanti, kita akan cuba mengkaji dan menyelami idea disuarakan oleh rakyat dan menyampaikannya kepada pihak pemerintah," katanya.
"Yayasan ini tidak terbabit dengan politik kepartian tetapi jika isu berbangkit berhubung kait dengan soal perpaduan nasional, kita akan cuba memberikan pendapat. Yayasan 1Malaysia akan cuba mengadakan dialog dengan semua pihak, termasuk pembangkang, kumpulan pendesak dan media baru," katanya sambil menjelaskan yayasan itu mengumpul dana awal sebanyak RM2 juta sumbangan sektor swasta.
Sementara itu, Lee berkata, gagasan 1Malaysia mampu mewujudkan inspirasi kepada semua kaum untuk membina perpaduan utuh di negara ini, manakala Idris dan Tony masing-masing gembira kerana dapat bekerjasama menjayakan penubuhan Yayasan 1Malaysia.
_________________
Last edited by kidd on Wed Jul 15, 2009 10:42 am; edited 1 time in total
kidd CONTRIBUTOR
Countries: Age: 24 location: Sipitang-Sindumin-KK Tag ID:: SFC 04442 Points: 2316 Reputation: 18 Number of posts: 1589
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Jul 15, 2009 10:35 am
UMAT ISLAM PERLU KETEPI PERBEZAAN UTK BERJAYA
Perdana Menteri mahu al-Quran diguna sebagai pedoman
IPOH: Datuk Seri Najib Razak menggesa umat Islam menjadikan al-Quran sebagai pedoman bagi membina kekuatan, sekali gus dapat muncul sebagai Khaira Ummah atau umat yang terbaik. Perdana Menteri berkata, untuk menjadi umat yang terbaik, umat Islam perlu terlebih dulu memperkukuhkan semangat perpaduan bukan saja sesama umat tetapi dengan golongan bukan Islam. Katanya, umat Islam juga perlu menguasai pelbagai bidang ilmu jika mahu menjadi Khaira Ummah kerana ia menjadi satu kewajipan kepada umat Islam. Najib turut menegaskan, usaha pembinaan Khaira Ummah juga bergantung kepada semangat perpaduan dan di negara ini katanya, formula keamanan serta kestabilan politik dibina di atas semangat perpaduan di kalangan umat Islam serta persefahaman antara masyarakat berbilang agama. Beliau berkata, dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, perpaduan di kalangan umat Islam sebagai masyarakat majoriti, serta persefahaman dengan masyarakat berbilang agama menjadi asas penting kestabilan dan keamanan negara. "Alhamdulillah, berkat perpaduan di kalangan umat Islam dan wujudnya persefahaman dan pemuafakatan antara masyarakat berbilang agama, kita dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan politik negara kita. "Hari ini, kita bergerak selangkah lagi dengan gagasan 1Malaysia yang menghasratkan pembinaan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu berasaskan prinsip penerimaan, kesaksamaan dan perkongsian antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-52 bertemakan Wahdah Pemangkin Khaira Ummah di Universiti Teknologi Petronas, Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak, malam tadi.
_________________
kidd CONTRIBUTOR
Countries: Age: 24 location: Sipitang-Sindumin-KK Tag ID:: SFC 04442 Points: 2316 Reputation: 18 Number of posts: 1589
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Jul 15, 2009 11:24 am
JENAYAH PELAJAR PEREMPUAN NAIK
Pertambahan 673 kes dua tahun lalu berbanding 523 pada 2006: Kajian
KUALA LUMPUR: Kajian Institut Sosial Malaysia (ISM) mendapati, kes salah laku jenayah di kalangan pelajar perempuan meningkat dalam tempoh tiga tahun sejak 2005. Pengarah ISM, Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din, berkata peningkatan itu membimbangkan kerana jumlah kes bertambah kepada 673 pada 2007 berbanding 523 kes pada 2006 dan 514 kes (2005). Bagaimanapun, katanya pelajar lelaki kekal sebagai golongan paling ramai melakukan kesalahan jenayah iaitu 6,090 pada 2007 berbanding 5,423 kes pada 2006. Katanya, pada 2001, kes salah laku jenayah membabitkan pelajar perempuan sebanyak 100 dan ia meningkat kepada 600 kes dalam tempoh enam tahun. "Pembabitan pelajar perempuan dalam salah laku jenayah memberi amaran kepada semua pihak supaya mengambil tindakan wajar kerana dikhuatiri akan terus meningkat. "Pelajar perempuan sering dikaitkan sebagai golongan mematuhi disiplin serta tekun dalam bilik darjah dan dilihat mula terkeluar daripada norma hidup apabila turut terbabit dengan jenayah yang lazimnya membabitkan pelajar lelaki," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Mohamed Fadzil berkata, pelajar perempuan berdepan krisis identiti apabila mencecah usia remaja dan dalam proses mencari itu ada antara mereka berdepan kekeliruan yang disebabkan pendedahan kepada beberapa unsur. Katanya, sebagai contoh, aksi lasak dan ganas yang ditonjolkan dalam filem mempengaruhi perlakuan mereka dan pelajar perempuan akan melakukan perbuatan yang dilihat betul seperti bergaduh dan pukul, manakala idola bersifat kasar dan ganas menjadi ikutan. "Kajian juga mendapati, pelajar perempuan yang terbabit dengan kes jenayah berpunca tekanan dan dorongan serta cabaran rakan sebaya "Rakan sebaya adalah golongan yang paling rapat dan pengaruh rakan lelaki juga menyumbang kepada salah laku jenayah," katanya. Sifat pelajar perempuan kata Mohamed Fadzil, cuba menguasai dan mereka lebih berani apabila berkumpulan, termasuk mencari rakan untuk melakukan kesalahan bersama. Paling jelas, beliau berkata, pelajar perempuan tidak akan melakukan kesalahan antaranya ponteng sekolah, vandalisme dan penyalahgunaan dadah berseorangan kerana perbuatan secara berkumpulan lebih selamat. Katanya, pelajar perempuan tidak akan terjebak dengan salah laku jenayah jika mereka mendapat perhatian serta didikan yang betul di rumah.
_________________
kidd CONTRIBUTOR
Countries: Age: 24 location: Sipitang-Sindumin-KK Tag ID:: SFC 04442 Points: 2316 Reputation: 18 Number of posts: 1589
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Jul 15, 2009 11:48 am
KELIBAT WANITA BERKELIARAN PUNCA 5 HISTERIA
ARAU: Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin (SMKSS) di sini gempar apabila beberapa pelajarnya histeria selepas mendakwa melihat kelibat wanita dalam keadaan mengerikan berkeliaran di pekarangan sekolah itu, pagi semalam.
Selain kemunculan wanita muda yang cuba membunuh diri dengan tali meliliti lehernya, beberapa kelibat lain seperti wanita yang mati dirogol dan dibunuh secara kejam turut dikatakan berkeliaran di sekitar kawasan sekolah, dipercayai menjadi punca utama kejadian histeria.
Keadaan itu menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan pelajar SMKSS yang baru pulang dari menyertai Latihan Perkhemahan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di Bukit Ayer dekat sini, meraung, meracau dan menangis secara tiba-tiba.
Malah, ada antara mereka mula bertutur dalam loghat Indonesia sehingga mencetuskan rasa takut di kalangan rakan, sambil menangis meminta tolong ketika cuba dirawat seorang pengamal perubatan tradisional, Nordin Jusoh.
Perkara itu diakui sendiri beberapa pelajar yang menjadi mangsa ketika ditemui. Malah, Nordin yang dipanggil pihak sekolah untuk meredakan keadaan turut mengesahkan apa yang disuarakan pelajar terbabit.
Pihak sekolah ketika ditemui bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen dan mengesahkan usaha membantu pelajar terbabit sedang dijalankan.
Sumber berkata, kejadian selama sejam bermula 10 pagi itu sebenarnya adalah lanjutan kepada serangan histeria yang dilaporkan berlaku di Bukit Ayer di sini, yang turut membabitkan pelajar sekolah sama, petang kelmarin.
Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya lima daripada 32 pelajar SMKSS yang menyertai Latihan Perkhemahan JPAM di Bukit Ayer, dilaporkan mengalami histeria, sebelum dibawa pulang ke sekolah.
"Bagaimanapun, selepas tiba di sekolah, kejadian sama berulang apabila beberapa pelajar mula meraung dan berlari sambil menangis sehingga memaksa pihak sekolah menutup pintu pagar," katanya.
Tinjauan di pekarangan sekolah itu semalam mendapati beberapa pelajar yang baru dipulihkan dilihat berada dalam keletihan di beberapa lokasi bangunan sekolah, selain ada mengalami sakit dan lenguh sendi.
Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu membabitkan sekurang-kurangnya sembilan pelajar.
"Buat masa sekarang, keadaan semua pelajar yang menjadi mangsa dilihat stabil dan persekolahan dijalankan seperti biasa," katanya.
_________________
kidd CONTRIBUTOR
Countries: Age: 24 location: Sipitang-Sindumin-KK Tag ID:: SFC 04442 Points: 2316 Reputation: 18 Number of posts: 1589
Subject: Re: BERITA HARI INI Thu Jul 16, 2009 12:59 pm
[b]BONUS TETAP SEKTOR AWAM
Cuepacs syor kadar faedah pinjaman perumahan dikurang[/b]
KUALA LUMPUR: Majlis Kongres Cuepacs meluluskan cadangan menuntut kerajaan membayar bonus tetap setiap tahun dengan menggabungkan elemen imbuhan itu dalam skim perkhidmatan kakitangan awam.
Ini adalah antara beberapa tuntutan baru yang akan dikemukakan kepada kerajaan sebagai sebahagian daripada kajian semula syarat perkhidmatan penjawat awam.
Pada masa ini, bonus diberi mengikut budi bicara kerajaan berdasarkan kemampuannya, tidak seperti sektor swasta yang menjadikannya sebagai amalan tahunan. Pada waktu yang baik, 1.2 juta penjawat awam menikmati bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000.
Dalam mesyuarat di Ipoh, baru-baru ini, Cuepacs juga mencadangkan supaya kadar faedah pinjaman perumahan dikurangkan daripada empat peratus sekarang kepada satu peratus setiap tahun.
Sumber Cuepacs memberitahu, dalam memorandum yang akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi, kongres itu turut menuntut perubahan bagi bayaran gantian cuti rehat daripada maksimum 150 hari pada masa ini kepada jumlah sebenar cuti tahun yang tidak digunakan yang dikumpul seseorang pegawai.
Gantian cuti rehat adalah bayaran tunai bagi cuti tahun yang tidak digunakan yang dikumpul oleh seseorang pegawai sepanjang perkhidmatannya dengan kerajaan.
Satu lagi perubahan besar yang dituntut Cuepacs ialah berhubung pengiraan pencen.
Cuepacs mencadangkan supaya formula pencen sekarang yang dibuat berdasarkan gaji pokok terakhir, ditukar dengan memasukkan semua elaun.
Ini bermakna apabila pengiraan pencen dibuat, semua elaun perumahan, kos hidup, makanan, perjalanan, pemandu, kesusahan dan keraian juga perlu dimasukkan kepada gaji pokok terakhir.
Tuntutan lain ialah:
Cuti tahun bagi menjaga anak yang sakit dengan tempohnya bergantung kepada tempoh keuzuran itu.
Bayaran balik bagi implan gigi dan rawatan mata.
Sistem kenaikan matriks digantikan dengan sistem linear dengan tambahan lima kenaikan, dan
Mewujudkan skim sub-profesional bagi pemegang diploma.
Sumber itu berkata, pemimpin Cuepacs begitu optimis bahawa kerajaan akan mempertimbangkan cadangan mereka dengan fikiran terbuka.