SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum.Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.


Home­Home­Portal­Calendar­FAQ­Search­Register­Log in
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 BERITA HARI INI

View previous topic View next topic Go down 
Goto page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6  Next
AuthorMessage
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: BERITA HARI INI   Sat Jun 07, 2008 4:24 am

First topic message reminder :

Kebajikan rakyat dijaga dalam penstrukturan semula harga bahan api: Shahrir



SHAH ALAM: Penstrukturan semula harga bahan api semalam hanya bagi mengurangkan beban tanggungan subsidi kerajaan dalam mengatasi lonjakan harga minyak dunia, namun kebajikan rakyat berpendapatan rendah tidak diabaikan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Beliau berkata beberapa demonstrasi yang diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak itu dibuat kerana ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan di atas keputusan kerajaan itu.

"Soal berdepan dengan kemarahan orang, saya tak dapat apa-apa faedah dan kerajaan tak ada untung pun bila tarik subsidi.



"Kita tarik balik subsidi bukan naikkan harga minyak tetapi kita hanya kurangkan perbelanjaan tanggungan kerajaan terhadap subsidi," katanya kepada pemberita selepas program Pemukiman Majlis Tertinggi Umno di sini Jumaat.

Beliau berkata kerajaan membayar balik sebahagian daripada subsidi yang ditarik balik itu menerusi wang tunai sebanyak RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2,000cc dan RM150 kepada pemilik motosikal persendirian di bawah 250cc.

"Pokoknya sekarang ialah macam mana kita nak bayar wang ini dengan lebih segera. Rakyat patut fikir ini (bayaran cepat)...yang buat demonstrasi ni tak nak terima ke RM625 ni" katanya.

Kerajaan mengumumkan akan membayar rebat yang akan diberi dalam bentuk kiriman wang itu menerusi pejabat pos seluruh negara mulai 1 Julai.

Shahrir berkata kiraan purata yang dibuat ialah wang rebat tunai yang akan diberikan itu ialah bersamaan 66 liter minyak untuk sebulan.

"Jadi kalau anggaran 66 liter penggunaan sebulan bagi kereta ekonomikal dengan perjalanan tak jauh, pastilah perbelanjaannya akan sama sebelum kenaikan ini," katanya.

Berkuatkuasa tengah malam Rabu lepas, harga petrol dan diesel dinaikkan, masing-masing sebanyak 78 sen dan RM1 seliter sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula subsidi bahan api itu, menjadikan harga petrol di pam ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Ketika ditanya rungutan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tinggi sebayak 78 sen dalam masa yang singkat, beliau berkata ini merupakan kali pertama kerajaan membuat satu sistem terurus di mana subsidi diberi terus kepada rakyat.

"Buat pertama kali ada satu sistem terurus di mana subsidi dipulang balik kepada rakyat. Dulu bila kerajaan tarik subsidi (rakyat) tak dapat apa-apa. Kalau tarik sikit-sikit rakyat tak dapat apa-apa," katanya.

Shahrir berkata sebelum ini kerajaan membayar kepada pemilik syarikat minyak harga subsidi yang ditetapkan dan subsidi itu hanya dinikmati oleh pengguna semasa membeli minyak di stesen minyak.

"Pada masa itu orang kaya yang membeli banyak minyak dan pemilik kenderaan luar negara turut merasai subsidi yang diberikan kerajaan tetapi kini rakyat negara akan mendapat terus rebat tunai daripada kerajaan," katanya.

Beliau berkata cukai jalan pemilik kenderaan juga akan dikurangkan dan purata kenaikan sebuah kenderaan adalah lebih kurang 45 sen sahaja.

Katanya kerajaan kini masih memberikan komitmen subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter yang dibeli pengguna.

Mengenai syarikat pengangkutan yang dijangka akan mengalami kesan yang teruk akibat kenaikan harga diesel, Shahrir menjelaskan kementerian itu bersedia berjumpa dengan syarikat pengangkutan yang mahukan penambahan kuota subsidi diesel.

Katanya kenaikan diesel tidak sepatutnya mengakibatkan kesan yang teruk kepada syarikat pengangkutan dan kementerian akan memastikan masalah itu tidak berlaku.

"Kalau ada syarikat kata tak cukup kuota, saya akan tentukan mereka dapat sepenuhnya. Ada yang cakap kuota hanya cukup 3 minggu sahaja, kita akan selesaikan masalah itu. Pokoknya kalau semua syarikat pengangkutan tak ada masalah kenaikan diesel, jadi, apa pun tambahan caj yang diminta tidak berkaitan dengan kenaikan harga bahan api," katanya.

Beliau berkata perkhidmatan feri di Pulau Langkawi mengadu tentang perlunya untuk menambah kuota subsidi dan kerajaan akan bantu mereka.

Negara mempunyai jumlah diesel yang mencukupi dan kementerian akan memastikan syarikat pengangkutan ini mendapat kuota subsidi diesel yang sepatutnya, katanya. - Bernama

Back to top Go down
http://www.abctours.com.my

AuthorMessage
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age: 31
location: ANYWHERE AND ANYTIME
Points: 1217
Reputation: 0
Number of posts: 2167

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Thu Jun 12, 2008 11:00 am

blugu wrote:
Berminat dgn latest news mengenai harga minyak terkini... matila kalau naik pergi harga RM3.15 seliter...


apa buli buat bos...nanti saya jadi YB ko vote for me..mcm?
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Thu Jun 12, 2008 11:19 am

RBN76 wrote:
blugu wrote:
Berminat dgn latest news mengenai harga minyak terkini... matila kalau naik pergi harga RM3.15 seliter...


apa buli buat bos...nanti saya jadi YB ko vote for me..mcm?


ba..kami ramai2 vote...hehe
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age: 31
location: ANYWHERE AND ANYTIME
Points: 1217
Reputation: 0
Number of posts: 2167

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Thu Jun 12, 2008 11:26 am

ChristyGwen wrote:
RBN76 wrote:
blugu wrote:
Berminat dgn latest news mengenai harga minyak terkini... matila kalau naik pergi harga RM3.15 seliter...


apa buli buat bos...nanti saya jadi YB ko vote for me..mcm?


ba..kami ramai2 vote...hehe


tunggu saya mau retire dari profession saya mcm kitingan brother atau mojuntin dulu..mungkin saya berdiri mau jadi YB...vote for me...silap2 saya masuk ISA juga wuittsss...takut oooo
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Fri Jun 13, 2008 1:37 am

Ansuran dua kali sebulan tidak bantu kurangkan beban rakyat: Cuepacs

KUALA LUMPUR: Cuepacs berpendapat pembayaran gaji dua kali sebulan bagi kakitangan awam bukan cara efektif menyelesaikan masalah rakyat berikutan kenaikan harga minyak.

"Cuepacs mencadangkan satu mekanisme lain, yang terbaik dan berkesan, bagi membantu mereka," kata Presidennya, Omar Osman yang menyambut baik usaha kerajaan mahu membantu meringankan beban kewangan rakyat.

“Jika diberi ansuran dua kali sebulan, mereka yang berpendapatan RM5,000 atau RM6,000 tidak rasa kesannya tapi mereka yang bergaji RM3,000 ke bawah yang meliputi 650,000 pekerja akan rasa bebanannya,” katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata bayaran gaji secara ansuran jika dilaksanakan secara 50/50 dilihat boleh menambah masalah kerana rakyat akan berbelanja dengan lebih boros jika tidak diuruskan dengan betul.

Omar sebaliknya mengusulkan kemungkinan kerajaan boleh melaksanakan ansuran gaji secara 30/70.

Omar berkata Cuepacs tidak pernah dipanggil memberi pandangan terhadap isu berkenaan. - Bernama
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Fri Jun 13, 2008 1:40 am

Cukai pendapatan individu mungkin dikurangkan dalam Bajet 2009

PUTRAJAYA: Kerajaan mungkin mengurangkan cukai pendapatan individu dalam Bajet 2009 bagi meringankan beban rakyat berikutan peningkatan kos sara hidup akibat harga bahan api dan makanan yang tinggi.

Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata kerajaan menerima banyak cadangan seumpama itu daripada pelbagai pihak dan akan memberi pertimbangan sewajarnya.

"Memang ada cadangan supaya kita kaji untuk mengurangkan cukai pendapatan, ada dan kita kena lihat sama ada ia dapat dilaksanakan dalam bajet kali ini," katanya pada sidang media selepas sesi Konsultasi Bajet 2009 Bersama Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di sini, semalam.


Sesi itu dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Fri Jun 13, 2008 1:44 am

Wanita Malaysia ditahan seludup dadah di Britain

LONDON: Seorang wanita Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Loughborough di Leicestershire bagi pertuduhan mengedar dadah selepas kokain seberat 3.5 kilogram ditemui dalam bagasinya semasa tiba di Lapangan Terbang East Midlands dari Gambia pada akhir bulan lalu.

Susanna Janury, 36, seorang pengasuh kanak-kanak, mendakwa dia tidak tahu menahu mengenai dadah itu, dianggarkan bernilai RM964,500 menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini.

Akhbar tempatan The Chichester Today melaporkan pada 28 Mei lalu bahawa Susanna, dari Selangor, sudah menyatakan bahawa beg itu diberikan kepadanya oleh seseorang yang dia temui di Gambia selepas dia memerlukan beg tambahan untuk barangnya.


Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang dalam rangka lawatan ke sini, merujuk kepada kes Susanna semasa menjawab satu soalan mengenai sama ada Malaysia membenarkan warga asing yang ditahan di Malaysia diekstradisi bagi menjalani perbicaraan di negara lain.

Sebelum itu, beliau menyampaikan ceramah bertajuk “Malaysia in the Face of New Global Challenges” di Chatham House, yang menempatkan Royal Institute of International Affairs, semalam. - Bernama
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Fri Jun 13, 2008 1:46 am

Doktor pelatih maut, lima cedera dua kereta bertembung

GUA MUSANG: Seorang doktor pelatih maut, manakala lima lagi cedera, dengan empat daripadanya parah, apabila dua kereta bertembung di Kilometer 18.9, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, dekat Kampung Mentara Lama, jam 12.10 pagi tadi.

Muhamad Amin Ishak, 25, berasal dari Kampung Bukit Berangan, Kuala Balah, Jeli maut di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala.

Rakannya yang memandu kereta, Ahmad Aziman, 24, juga doktor pelatih, berasal dari Kampung Kok Lanas, Kota Bharu mengalami kecederaan.


Empat lagi yang cedera menaiki sebuah lagi kereta iaitu Bismi Khusaini Ab Rahman, 22, serta Mohd Firdaus Deraman, Nor Ashrol Mohd Noor, Ahmad Suhaimi Ismail, masing-masing berusia 21 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Aziz Hassan, berkata kejadian berlaku semasa Ahmad Aziman dan Muhamad Amin dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur manakala sebuah kereta lagi yang dinaiki empat lelaki terbabit dari Merapoh, Pahang ke Gua Musang.

Beliau berkata apabila sampai di selekoh itu, kereta dipandu Ahmad Aziman terbabas lalu memasuki laluan jalan kanan dan bertembung dengan kereta dari arah bertentangan.

Katanya Muhamad Amin yang tersepit di tempat duduk sebelah pemandu dikeluarkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang.

“Semua mereka yang parah dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk menerima rawatan kecemasan dan keadaan mereka dilaporkan stabil,” katanya.

Aziz berkata mayat Muhamad Amin juga dihantar ke HGM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya hari ini untuk dikebumikan. — Bernama
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
darrengt
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries:
Age: 28
location: kota kinabalu
Points: 1280
Reputation: 0
Number of posts: 1250

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Fri Jun 13, 2008 9:15 am

bah bila kita mo vote si RBN nie...

_________________
Back to top Go down
anip
MODERATOR
MODERATOR


Male
Age: 24
location: kk bah....
Points: 1148
Reputation: 0
Number of posts: 967

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Sat Jun 14, 2008 3:24 am

thanks for da news............

_________________


[IMG] jAngAN tGk LamA2...(MUAH - AHAHA)TEAM KAYU
ID = SFC 02859
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Sat Jun 14, 2008 9:40 am

Pengurangan cukai jalan dilaksana mulai 24 Jun

KUALA LUMPUR: Pengurangan bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan kepada pemilik kenderaan yang layak berkuat kuasa 1 Jun lalu, hanya boleh dibuat secara automatik mulai 24 Jun ini selepas sistem komputer Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikemas kini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ahmad Mustapha Abdul Rashid, berkata ketika ini pemilik terbabit masih perlu membuat bayaran cukai jalan pada harga asal dan kemudian memohon mendapatkan semula perbezaan kos pengurangan terbabit di pejabat dan cawangan JPJ, mulai 23 Jun.

"Permohonan bayaran balik pengurangan LKM boleh dibuat pemilik atau wakil mereka dengan menyertakan dokumen seperti salinan buku/penyata bank, salinan kad pengenalan pemilik dan wakil serta borang JPJ K6," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.


Ahmad Mustapha berkata, borang JPJ K6 boleh didapati di semua pejabat JPJ atau dimuat turun daripada laman web jabatan, www.jpj.gov.my manakala bayaran balik berkenaan akan dikredit terus ke dalam nombor akaun yang diberi.

Pembaharuan cukai jalan pada kadar baru itu juga boleh dibuat di Pejabat Pos atau melalui kiosk/portal My-EG yang dilancarkan untuk kemudahan orang ramai berbuat demikian secara online.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel pada 4 Jun lalu, turut memaklumkan kerajaan akan memberikan rebat tunai subsidi minyak dan pengurangan LKM bagi pemilik kenderaan yang layak.

Perdana Menteri berkata, langkah itu dibuat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan harga petrol dan diesel masing-masing sebanyak 41 peratus dan 63.3 peratus, berkuat kuasa 5 Jun lalu.

Mengikut langkah itu, pemilik kenderaan persendirian termasuk jip dan trak pikap dengan kapasiti enjin lebih 2,000cc, akan diberi pengurangan cukai jalan RM200 dan bagi motosikal persendirian lebih 250cc, ia dikurangkan RM50, tertakluk kepada harga minimum RM2.

Semua pemilik kereta persendirian dengan kapasiti enjin kurang 2,000cc pula layak menerima rebat tunai subsidi minyak pada kadar RM625 setahun, tertakluk kepada lima kenderaan setiap seorang.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Sat Jun 14, 2008 9:52 am

Kebenaran kerja sambilan dibatal jika prestasi terjejas

PUTRAJAYA: Kebenaran bertulis untuk kakitangan awam bekerja sambilan selepas waktu kerja atau hujung minggu akan dibatalkan jika prestasi kerja dan produktiviti mereka terjejas.

Malah, kakitangan terbabit yang masih meneruskan kerja sambilan selepas kebenaran itu dibatalkan akan dikenakan tindakan tatatertib, termasuk ditamatkan perkhidmatan.

Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata, mengikut Peraturan 49, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, ketua jabatan mempunyai kuasa membatalkan kebenaran bertulis bekerja sambilan jika kakitangannya mengabaikan prestasi kerja sehingga menjejaskan sistem penyampaian perkhidmatan.

Beliau berkata, mengikut Seksyen 11, Akta Pencen 1980 pula kakitangan awam terbabit boleh dikenakan tindakan dibersarakan demi kepentingan sektor awam.

"Kakitangan awam bukan tidak boleh bekerja sambilan tetapi perlu utamakan tugas dan tanggungjawab sebagai penjawat awam dan memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam tidak terjejas," katanya semalam.

Mengikut Peraturan 5 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakukan dan Tatatertib) Pindaan 2002, kakitangan awam yang ingin melakukan pekerjaan sambilan hendaklah mendapat kebenaran bertulis ketua jabatan.

Ketua jabatan akan menilai kelakuan serta syarat ditetapkan termasuk tidak dilakukan pada waktu bekerja atau ketika melakukan tugas rasmi dan tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam.

Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman, menasihatkan kakitangan awam yang ingin bekerja sambilan memastikan waktu kerja sambilan tidak melebihi jam 12 tengah malam supaya mereka mempunyai masa rehat mencukupi dan tidak menjejaskan prestasi kerja dan produktiviti.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age: 25
Points: 1490
Reputation: 0
Number of posts: 2385

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Sat Jun 14, 2008 9:55 am

mestila tjejas bha tp macamana jg klu smua barang naik.... Mad
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Sat Jun 14, 2008 9:59 am

Macam-Macam: Tahanan cuba lari tersekat dalam saluran udara

SYDNEY: Seorang wanita yang cuba melarikan diri dari penjara di Sydney, Australia terpaksa diselamatkan polis selepas badannya tersekat di dalam saluran pendingin hawa, kata polis semalam.

Wanita berusia 22 tahun itu pada mulanya dilarang diikat jamin oleh mahkamah Sydney menyebabkan dia cuba melarikan diri tetapi terperangkap selama sejam dalam saluran udara sebelum diselamatkan.

Polis di New South Wales berkata wanita itu kini akan menerima dakwaan tambahan iaitu cuba melarikan diri daripada tahanan. - Reuters
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Sat Jun 14, 2008 10:10 am

Hajat jumpa bapa tak kesampaian
Pemandu lori sempat telefon keluarga Rabu lalu sebelum kena bunuh di Sungai Golok

RANTAU PANJANG: Seorang pemandu lori warga Malaysia yang mati ditembak di Sungai Golok, Selatan Thailand, petang kelmarin, berhajat bertemu bapanya di kampungnya di Cabang Tiga, Kuala Terengganu, hujung minggu ini selepas dua bulan tidak pulang.

Mohd Dahlan Abu Bakar, 40, yang mati akibat cedera parah di leher dan perut selepas terkena dua das tembakan dari jarak dekat yang dilepaskan dua lelaki warga Thailand, menyatakan keinginan untuk pulang bagi mengambil barang penting yang ada dengan bapanya.

Bapa mangsa, Abu Bakar Mohd Amin, 74, berkata Mohd Dahlan, anak keenam daripada 10 beradik itu menghubunginya Rabu lalu dan memberitahu dia akan pulang ke kampung hujung minggu ini di samping melepaskan rindu kepada isteri serta lapan anaknya selepas lama tidak bersua muka.

"Semalam (Rabu) dia hubungi saya dan menyatakan hajat untuk berjumpa kerana dua bulan tidak pulang. Dia nak ambil barang penting daripada saya dan saya minta dia balik hujung minggu ini... rupa-rupanya itulah kali terakhir saya berbual dengannya," katanya ketika ditemui di rumah mangsa di Taman Bakti, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang (5 petang waktu Malaysia) itu, Mohd Dahlan dari Taman Bakti, di sini, ditembak mati di sebuah stor menyimpan kayu di pekan Sungai Golok, kira-kira lima kilometer dari sempadan negara.

Mohd Dahlan yang memasuki Thailand seorang diri kira-kira jam 3 petang itu dikatakan sering berulang-alik ke negara jiran itu kerana menghantar papan ke beberapa stor penyimpanan sekitar Sungai Golok sejak beberapa tahun lalu.

Mayatnya dihantar ke Hospital Sungai Golok sebelum dituntut ahli keluarganya dan dibawa pulang ke negara ini, jam 9 malam.

Mangsa yang berasal dari Cabang Tiga, Kuala Terengganu itu, berkahwin dua dan mempunyai lapan anak dengan isteri pertama yang menetap di Kuala Terengganu, selain seorang anak bersama isteri kedua yang juga warga Thailand dan tinggal bersama di sini.

Abu Bakar berkata, anaknya itu bekerja sebagai pemandu lori dan menghantar papan di sekitar Sungai Golok sejak enam tahun lalu dan sepanjang pengetahuannya, Mohd Dahlan tidak mempunyai musuh kerana tidak suka mencampuri urusan orang lain.

"Sebenarnya saya memang nak sangat berjumpa dengan arwah kerana sudah lama dia tak balik ke kampung, lagipun banyak perkara yang nak dibincangkan dengannya. Saya memang nak datang ke sini, tetapi tak larat kerana sudah uzur.
"Tak tahulah... setahu saya dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa. Kami sekeluarga terpaksa menerima kenyataan ini dengan sabar," katanya.

Katanya, beliau sangat terkejut apabila diberi tahu mengenai kejadian itu dan bergegas ke Rantau Panjang dari Kuala Terengganu selepas Isyak bersama sebahagian ahli keluarga termasuk anak mangsa bagi membawa pulang jenazah.

Jenazah mangsa dibawa pulang ke Kuala Terengganu jam 1.15 pagi semalam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Lama, Cabang Tiga, Kuala Terengganu.

Isteri kedua mangsa, Marani Abdullah, 22, bagaimanapun enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dan masih terkejut dengan kejadian yang menimpa suaminya itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Sungai Golok, Sub Kolonel Wan Seman Wan Salleh, berkata ketika kejadian, mangsa sedang memunggah papan dari lorinya sebelum secara tiba-tiba diserang dari jarak dekat oleh dua lelaki warga Thai yang menaiki sebuah motosikal.

Katanya, mangsa mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan yang dilepaskan dua lelaki terbabit yang kemudian melarikan diri dan dipercayai masih bersembunyi di sekitar Sungai Golok.

"Dua lelaki terbabit dipercayai peniaga di pekan Sungai Golok, motif kejadian belum dapat dipastikan dan siasatan masih dijalankan. Polis Thailand sudah melancarkan gerakan mencari dua lelaki berkenaan," katanya ketika dihubungi, semalam.



Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Sat Jun 14, 2008 10:19 am

Syor gaji mula kena cukai dinaik
Cuepacs, MTUC mahu pendapatan sekurang-kurangnya RM3,500 layak dikira

KUALA LUMPUR: Dua kesatuan sekerja yang mewakili kakitangan awam dan swasta meminta kerajaan menaikkan kadar gaji minimum yang dikenakan cukai pendapatan kepada RM3,500 hingga RM5,000 sebulan bagi meringankan beban kakitangan sektor itu selepas kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan Rabu lalu.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata langkah itu lebih baik daripada mengurangkannya kerana kadar sedia ada RM2,500 dianggap sudah tidak relevan dengan keadaan ekonomi semasa.


"Berdasarkan kepada keadaan sekarang gaji RM2,500 sudah dianggap kecil dan tidak layak dikenakan cukai pendapatan. Mereka yang berpendapatan sebanyak itu sekarang sudah tidak sama dengan keadaan beberapa tahun dulu selepas berlaku kenaikan harga minyak dan barang keperluan yang menyebabkan kos sara hidup meningkat mendadak.

"Kami mencadangkan kerajaan menaikkan kadar gaji minimum kepada sekurang-kurangnya RM3,500 untuk dikenakan cukai pendapatan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau bagaimanapun menyambut baik langkah kerajaan untuk mengkaji bagi mengurangkan cukai pendapatan dan menyifatkannya sebagai kesediaan kerajaan untuk membuka ruang bagi membolehkan perkara itu dibincangkan.

"Ia satu perkembangan baik dan kita akan berbincang dulu pada peringkat kesatuan sebelum membuat tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Khalid Atan, berkata kadar gaji minimum dikenakan cukai pendapatan patut dinaikkan kepada RM5,000 sebulan berdasarkan kepada kos sara hidup yang tinggi.

"Jika dibandingkan dengan keadaan semasa dan kos sara hidup tinggi gaji antara RM2,500 hingga RM4,500 sudah tidak dianggap lumayan dan ia boleh dikira rendah bagi pekerja swasta di negara ini.

"Oleh itu, kami cadangkan kadar minimum gaji sebulan dikenakan cukai pendapatan dinaikkan kepada RM5,000 kerana ia lebih bersesuaian dengan keadaan semasa," katanya.

Semalam akhbar ini melaporkan kerajaan akan menimbang kemungkinan mengurangkan cukai pendapatan individu dalam Bajet 2009 bagi membantu meringankan beban rakyat berikutan peningkatan kos sara hidup akibat kenaikan harga minyak dan makanan.

Selain itu, Bajet 2009 juga akan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam, termasuk kemungkinan memperkenalkan perkhidmatan bas ekspres di lebuh raya utama dengan menjadikan kawasan rehat dan rawat (R&R) sebagai terminal atau perhentian.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Sun Jun 15, 2008 4:03 pm

Mayat bayi lelaki ditemui dalam beg sekolah

REMBAU: Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui dalam sebuah beg sekolah yang ditinggalkan di sebuah masjid di Kampung Sepri dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Mizan Md Dom berkata bayi itu ditemui oleh siak masjid, Hashim Sulaiman pada kira-kira pukul 7 malam, dalam keadaan dibalut dengan kertas surat khabar dan plastik, di dalam beg sekolah yang disangkutkan ke satu tiang masjid itu.

Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.


Hashim ketika ditemui berkata pada awalnya beliau menyangka beg sekolah itu kepunyaan cucunya yang tertinggal di masjid.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila ternampak kaki seorang bayi dalam beg sekolah itu semasa membukanya. Saya kemudiannya terus memaklumkan perkara itu kepada kepada ketua kampung dan polis,” katanya.

Beliau seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil memberi keterangan atau menghubungi talian 06-6852222 bagi membantu siasatan.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Sun Jun 15, 2008 4:09 pm

Kenaikan harga minyak jejas usaha basmi kemiskinan, kata penganalisis

KUALA LUMPUR: Beberapa pakar ekonomi berpendapat kenaikan mendadak harga bahan bakar kebelakangan ini, boleh menjejaskan sasaran kerajaan untuk menghapuskan sepenuhnya kemiskinan tegar di negara ini menjelang 2010.

Mereka yakin kenaikan harga bahan itu sebanyak 40 peratus seperti yang diumumkan baru-baru ini berikutan kenaikan mendadak harga minyak dunia, pasti memberi kesan yang tidak menggembirakan terhadap rancangan itu.

April lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham A. Aziz berkata beliau yakin kerajaan akan berjaya mencapai sasarannya untuk menghapuskan kemiskinan, walaupun harga minyak dunia terus meningkat.

Bagaimanapun, sesetengah ahli ekonomi mempamerkan sikap kurang yakin mereka terhadap prospek itu dengan memberi alasan bahawa berdasarkan kuasa membeli yang ada sekarang, lebih banyak rakyat Malaysia sebenarnya boleh dianggap tergolong dalam kelompok "miskin".

Ahli ekonomi kanan Bank Islam Malaysia Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata andaian ini dibuat berdasarkan kuasa membeli dalam kalangan rakyat yang kini menurun dengan begitu ketara berikutan pelaksanaan langkah penyusunan semula subsidi bahan bakar.

“Seperti sebelum ini, kenaikan harga bahan bakar akan menyebabkan harga semua benda lain turut meningkat, daripada makanan, hinggalah kepada barang keperluan, termasuk perkhidmatan.

“Bagi golongan miskin, kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini memberi pukulan hebat terhadap kehidupan mereka. Sejak setahun lepas, mereka terpaksa bergelut untuk hidup akibat kenaikan kos makanan. Kini, mereka menerima satu lagi pukulan apabila harga bahan bakar melonjak, sedangkan pendapatan mereka tidak bertambah,” katanya.

Sambil mengkategorikan isi rumah yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan sebagai keluarga miskin, Azrul Azwar berkata sebelum ini, kumpulan berkenaan membelanjakan 40 hingga 50 peratus daripada pendapatan mereka untuk membeli makanan dan apabila harga bahan bakar meningkat sekarang, mereka terpaksa mengikat perut bagi memenuhui keperluan lain.

Oleh itu, kata beliau, kaedah yang digunakan sekarang bagi menentukan garis kemiskinan, perlu disemak semula kerana ia tidak mencerminkan hakikat sebenar.

“Saya rasa pendapatan yang dikategorikan sebagai garis kemiskinan sekarang tidak relevan dengan kos sara hidup yang meningkat hari demi hari. Bagi saya, ia sepatutnya jauh lebih tingi, mungkin sekitar RM1,500 sebulan,” katanya.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Sun Jun 15, 2008 4:16 pm

Shahrir yakin pemberian rebat tunai langkah efektif kerajaan pulang subsidi kepada rakyat

JOHOR BAHARU: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata beliau yakin mekanisme pemberian rebat tunai kepada pemilik kenderaan yang dilakukan kerajaan ketika ini adalah langkah efektif bagi memulangkan subsidi kepada rakyat.

Beliau berkata pemberian rebat dalam jangka masa setahun itu walaupun tidak berapa sempurna, namun ia dianggap tindakan yang paling terbaik pernah dilakukan kerajaan sebelum menemui mekanisme baru pemulangan subsidi, tahun depan.

“Sistem ini masih ada kelemahan dan harapan kita selepas tempoh setahun ini, mungkin kita dapat mekanisme yang lebih berkesan dan yang lebih mesra rakyat bagi memulangkan subsidi petrol,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan pelekat keselamatan kenderaan Penduduk Taman Serene, di sini malam tadi. Hadir sama, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Sun Jun 15, 2008 4:26 pm

Penyeludup dikesan guna gudang sebagai transit rokok

PELABUHAN KLANG: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) cawangan Selangor mengenal pasti taktik baru penyeludupan rokok yang menggunakan gudang sebagai transit sebelum mengedarkannya ke pasaran di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pencegahan KDRM Datuk Mardina Alwi berkata taktik atau modus operandi berkenaan dikesan setelah sepasukan anggota penguatkuasaan KDRM Selangor merampas 32,780 kartun rokok di sebuah gudang di Pandamaran di sini, tiga hari lepas.

Rampasan rokok bernilai kira-kira RM3.5 juta termasuk cukai itu merupakan kali pertama membabitkan rampasan di gudang, katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam di sini hari ini.


Mardina berkata dua lelaki berusia lingkungan 40-an yang dipercayai anggota sindiket penyeludupan rokok terbabit ditahan dalam serbuan itu.

Katanya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda duti dan tidak lebih daripada 20 kali ganda duti atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau meminta orang ramai memberi kerjasama dalam membanteras kegiatan penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol KDRM 1-800-8888-55 atau 03-31792321.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Mon Jun 16, 2008 9:28 am

Harga ayam cecah RM8
Shahrir mahu import dari Thailand, Indonesia ditambah bagi stabil pasaran

KUALA LUMPUR: Harga ayam proses di beberapa bandar termasuk di ibu negara dijual melebihi harga siling sehingga ada yang mencecah RM8 sekilogram, sejak beberapa hari lalu.

Selain di ibu negara, kenaikan mendadak harga ayam itu juga dikesan di Putrajaya, Seremban, Alor Star, Shah Alam, Georgetown, Johor Bahru, Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu.



Di Kuching, harga ayam dilaporkan mencecah RM8 sekilo, manakala di Putrajaya, Seremban dan Kota Kinabalu sebanyak RM7 sekilo, berbanding harga siling RM6 bagi ayam standard dan RM6.70 ayam super.

Tinjauan Berita Harian di sekitar ibu kota semalam pula mendapati ayam standard dijual RM6.90 sekilo.

Peningkatan mendadak harga ayam itu dikatakan mempunyai kaitan dengan pertambahan kos pada peringkat ladang, termasuk kenaikan harga bahan makanan ternakan berkenaan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum ini menetapkan harga ayam standard RM6 sekilo (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal), manakala ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kepala, hati dan hempedal) pada RM6.70 sekilo.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, ketika dihubungi berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menambah import ayam dari Thailand dan Indonesia bagi menstabilkan harganya.

"Kita akan minta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menambah permit import (AP) bagi membantu menstabilkan harga ayam dan memastikan ia dijual pada harga kompetitif," katanya.

Mengikut Akta Kawalan Harga 1946, peniaga terbabit boleh didenda maksimum RM15,000 atau dua tahun penjara serta kompaun sehingga RM7,500.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kementerian Pertanian dan Perindustrian Asas Tani, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima maklumat mengenai peningkatan mendadak harga ayam termasuk di Sarawak.

Katanya, maklumat itu diterimanya, kelmarin, berdasarkan pemantauan yang dilakukan pegawai kementerian berkenaan.

"Kita akan mengambil tindakan susulan bagi mengatasi masalah itu secepat mungkin," katanya.

Dr Abdul Aziz berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta KPDNHEP juga akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi mencari jalan terbaik menangani kenaikan harga ayam.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Mon Jun 16, 2008 9:29 am

Askar larikan anak, cucu pengusaha batik ditahan

KOTA BHARU: Anak perempuan dan cucu seorang pengusaha batik di negeri ini menempuh saat cemas selama kira-kira enam jam apabila dilarikan dua anggota tentera sebelum diselamatkan polis, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi itu, polis terpaksa merempuh belakang kereta yang dinaiki suspek dan dua beranak itu selepas arahan berhenti tidak diendahkan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi, berkata wanita berusia 28 tahun dan anak perempuannya berusia empat tahun itu cedera ringan di muka dipercayai terkena serpihan cermin yang pecah ekoran pelanggaran itu dan dirawat di sebuah hospital swasta di sini.



Kedua-dua anggota tentera berusia 24 dan 23 tahun serta bertugas di Pulau Pinang dan Kelantan itu pula ditahan mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam kes samun bersenjata.

Beliau berkata, dua beranak berkenaan sebelum itu disamun seorang daripada suspek terbabit yang bersenjatakan pisau, ketika hendak memasuki kereta selepas membeli makanan di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini, kira jam 6.30 petang kelmarin.

"Lelaki terbabit menyamun wang tunai RM130, dua telefon bimbit serta pelbagai barang kemas milik mangsa dan memaksa wanita itu memandu kereta berkenaan selama beberapa jam di sekitar bandar ini.

"Kira-kira jam 10.30 malam, suspek memaksa mangsa memandu ke arah Jalan Padang Tembak di Pangkalan Chepa sebelum bertemu dengan suspek kedua yang menunggu di situ dengan motosikal.

"Suspek kemudian memandu kereta itu dan membawa bersama dua beranak berkenaan," katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Abd Rahim berkata, suami mangsa membuat laporan polis selepas gagal menghubungi isterinya menerusi telefon bimbit dan kebetulan seorang pekerjanya turut melihat kereta mangsa dipandu seorang lelaki di kawasan Kemumin.

Berdasarkan maklumat itu, polis melancarkan gerakan sebelum mengesan kereta mangsa di kawasan berkenaan.

"Dalam usaha menyelamatkan dua beranak itu, polis terpaksa melanggar kereta terbabit dari belakang. Tindakan itu menyebabkan suspek cedera dan terpaksa berhenti di tempat kejadian," katanya.

Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Mon Jun 16, 2008 9:39 am

Ubah suai tayar ganti untuk seludup minyak

BUKIT KAYU HITAM: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah membongkar taktik baru penyeludup minyak yang mengubah suai tayar ganti untuk dijadikan tangki rahsia bagi menyorok bahan api itu.

Taktik itu dikesan UPP hasil pemeriksaan rapi ke atas lapan kenderaan Thailand, termasuk lima lori di sekatan jalan raya berhampiran kawasan sempadan Malaysia/Thailand di sini pada Khamis dan Jumaat lalu.

Berikutan itu, UPP menahan lapan pemandu berusia lingkungan 40-an serta menyita lapan kenderaan berkenaan untuk siasatan lanjut.



Komanden UPP Kedah, Mohd Noor Idris, berkata pemandu terbabit didapati membalut potongan tayar berkenaan pada bulatan tangki tambahan untuk menyeludup minyak. Difahamkan, saluran paip turut disambung pada tangki minyak sebenar bagi mengalirkan bahan api itu ke dalam tangki rahsia.

Taktik itu terbongkar apabila anggota UPP membuat pemeriksaan rapi dengan mengarahkan pemandu terbabit membuka but kereta selepas mengesyaki mereka menyeludup minyak.

"Hasil pemeriksaan itu, kita menemui tangki rahsia pada tempat meletak tayar ganti dan bahagian tepi tangki itu ditampal dengan tayar yang dipotong," katanya di sini, semalam.

UPP tidak menolak kemungkinan kenderaan terbabit kerap berulang alik ke negara ini untuk membeli minyak dan menjualnya semula berikutan harga bahan api itu di Thailand lebih tinggi, berbanding di negara ini.

Harga petrol dan diesel di negara ini masing-masing RM2.70 dan RM2.58 seliter berbanding RM3.90 dan RM3.50 seliter di Thailand.

Dalam tempoh dua hari pada Khamis dan Jumaat lalu itu, UPP merampas 3,850 liter petrol dan diesel bernilai RM8,177 yang cuba diseludup ke Thailand. Daripada jumlah itu, 1,570 liter petrol bernilai RM2,239 dirampas hasil penahanan tiga kereta warga negara jiran itu, Jumaat lalu.

"Sehari sebelum itu, kita menahan dua kereta yang menyeludup petrol dan merampas 470 liter bahan api itu yang bernilai RM1,269.

"Pada hari yang sama, kita juga menahan tiga lori yang didaftarkan di Thailand dan merampas 1,810 liter diesel yang semuanya bernilai RM4,669," katanya.

Mohd Noor berkata, sejak harga petrol dan diesel di negara ini dinaikkan pada 5 Jun lalu, pihaknya mengesan 14 kes penyeludupan bahan api itu ke Thailand.

Semua kes itu disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh didenda RM15,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya. Kes berkenaan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk tindakan lanjut.

Mohd Noor juga berkata, UPP menahan seorang lelaki Thai berusia lingkungan 30-an kerana disyaki cuba menyeludup tiga butir peluru senapang ke negara ini, Khamis lalu.

Lelaki yang menyorokkan peluru berkenaan dalam laci keretanya dan dipercayai mahu menjualnya kepada penduduk tempatan, ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 yang boleh didenda RM10,000 atau tujuh tahun penjara.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
darrengt
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries:
Age: 28
location: kota kinabalu
Points: 1280
Reputation: 0
Number of posts: 1250

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Mon Jun 16, 2008 10:35 am

bahaya sudah nie kalo selydup minyak dlm tayar... Shocked

_________________
Back to top Go down
boy_charger88
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Age: 21
location: w.p.labuan
Points: 1144
Reputation: 0
Number of posts: 1700

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Mon Jun 16, 2008 11:22 am

ADA2 sj dorg nie..
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Mon Jun 16, 2008 2:24 pm

darrengt wrote:
bahaya sudah nie kalo selydup minyak dlm tayar... Shocked


Creative kan dorang...
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
lentugi
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Age: 22
location: RuNNow ~ Penampang Sabah
Points: 1494
Reputation: 0
Number of posts: 1766

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Mon Jun 16, 2008 2:32 pm

mo buat spare tank nie...p brunei beli minyak Laughing
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Mon Jun 16, 2008 2:45 pm

57 terbunuh, lebih sejuta hilang tempat tinggal banjir di Selatan China

GUANGZHOU: Banjir besar yang sedang melanda Selatan China, mengorbankan lebih 60 orang manakala 1.27 juta penduduk terpaksa menyelamatkan diri, lapor media tempatan hari ini.

Penduduk di enam wilayah dilaporkan terpaksa meninggalkan rumah masing-masing, termasuk di Sichuan, yang masih truma akibat gempa bumi melanda baru-baru ini yang mengorbankan 70,000 orang.

Agensi Berita Xinhua melaporkan, sekurang-kurangnya 57 orang mati dan lapan lagi masih hilang akibat banjir buruk itu.



Sementara itu, hujan lebat diramal melanda bahagian selatan negara itu untuk beberapa hari lagi, kata jurucakap kaji cuaca.

"Ribut petir dijangka melanda dalam masa dua hari ini di Guangdong, Guangxi dan Fujian.

"Paras air kini 24 meter, jauh melepasi paras bahaya iaitu enam meter. Penduduk berhampiran kini sudah dipindahkan ke kawasan lebih selamat," katanya.

Kawasan paling teruk dilanda banjir ialah Guangdong, dengan 20 orang terbunuh dan lapan lagi dilaporkan hilang.

"Seramai 5.76 juta penduduk di 17 bandar di wilayah ini terdedah kepada bahaya banjir," kata Xinhua.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Mon Jun 16, 2008 2:47 pm

Isteri maut dalam kemalangan

IPOH: Seorang wanita terbunuh, manakala suaminya cedera apabila motosikal yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas di Jalan Pasir Puteh di sini hari ini.

Ketua Trafik Daerah Ipoh, DSP Mohd Rodzi Rejab berkata, yang terbunuh dalam kejadian jam 8 pagi ini ialah pembonceng, M Kaliammal, 58, berasal dari Taman Ipoh Jaya.

Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Ipoh untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi hari ini.


Mohd Rodzi berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari rumah mereka untuk bekerja apabila bergesel dengan sebuah bas yang datang dari arah belakang. Akibat kejadian itu Kaliammal terjatuh dan digilis bas berkenaan, manakala suaminya hanya cedera dan dirawat di Hospital Ipoh.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mayat mangsa di bawah bas berkenaan.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Mon Jun 16, 2008 2:49 pm

lentugi wrote:
mo buat spare tank nie...p brunei beli minyak Laughing


buat spare tank..good idea..tank dlm tank..hehe
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Tue Jun 17, 2008 10:09 am

Jurukimpal ditemui mati dengan tiga kesan tikaman

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja bengkel kereta warga Vietnam ditemui mati dengan tiga kesan tikaman di sebuah rumah di Kilometer 9.6, Jalan Gombak di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam mengenai satu pertengkaran membabitkan beberapa lelaki pada kira-kira jam 10 malam.

"Lelaki itu ditemui terbaring di atas lantai di bilik tidur dengan satu kesan tikaman di dada kanan dan dua di perut, serta terdapat kesan calar di bawah perutnya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Beliau berkata, polis menahan empat lelaki warga asing bagi membantu siasatan.

Abdul Rahim berkata mayat juru kimpal bengkel itu sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Female
Age: 23
location: KK
Tag ID:: SFC 2932
Points: 1092
Reputation: 0
Number of posts: 1013

PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Tue Jun 17, 2008 10:16 am

Lapan tuduhan tipu sijil bayi
Doktor didakwa palsu dokumen kelahiran empat bayi dalam tempoh tiga tahun

JOHOR BAHRU: Seorang doktor berusia 62 tahun yang menetap di Singapura, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas lapan tuduhan menipu dan memalsukan dokumen kelahiran empat bayi dalam tempoh tiga tahun lalu.

Dr Robert Luk Tai Kong, berasal dari sini tetapi berstatus pemastautin tetap Singapura, mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan itu dan dikenakan ikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu kes berkenaan disebut semula pada 15 Ogos depan.

Dia yang dihadapkan di dua mahkamah berasingan, juga diarah melaporkan diri di Balai Polis Sentral di sini pada minggu pertama setiap bulan.

Difahamkan, kes itu mempunyai kaitan dengan sindiket menjual dan membeli bayi berusia antara tujuh hingga 12 bulan yang ditumpaskan polis dalam Ops Kasih di bandar raya ini, 22 Mei lalu.

Doktor pusat perubatan swasta itu menghadapi dua tuduhan di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin, iaitu:

  • Memperdayakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan memberi butiran palsu peribadi ibu bapa bayi bernama Fabian Naveen di dalam Borang Permohonan Sijil Kelahiran JPN LM 01 dengan mencatatkan DS Cynthia dan SS Ferliex sebagai ibu bapa sebenar bayi itu.

    Ia mendorong kakitangan JPN, K Nayagie, mencetak dan mengeluarkan sijil kelahiran nombor BX 33581 ke atas bayi itu; dan


  • Secara curang menggunakan sijil kelahiran BX 33581 ke atas bayi Fabian Naveen dengan mengesahkan butiran peribadi ibu bapa bayi itu sebagai ibu bapa kandung walaupun mengetahui ianya palsu.

    Dia dituduh melakukan kedua-dua tuduhan itu di No 33B, Pusat Perubatan Landmark, Menara Landmark pada jam 11.43 pagi, 25 Oktober tahun lalu.

    Bagi tuduhan pertama, doktor itu didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya. Tuduhan kedua juga dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan tetapi dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama yang boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

    Enam lagi tuduhan didakwa di hadapan Hakim Aliman Musri pula ialah:



  • Memperdayakan JPN dengan memberi butiran palsu peribadi ibu bapa bayi bernama Rubhashri Thiagarajan di dalam JPN LM 01 dengan mencatat P Kogula Sundari dan N Thiagarajan sebagai ibu bapa kandung sebenar kepada bayi itu.

    Ia mendorong kakitangan JPN, Suriyani Mohamad Noor mencetak dan mengeluarkan sijil kelahiran nombor BT 97692 ke atas bayi itu. Tuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan;


  • Secara curang menggunakan BT 97692 ke atas bayi Rubhashri Thiagarajan dengan mengesahkan butiran peribadi ibu bapa bayi itu sebagai ibu bapa kandung walaupun mengetahui ianya palsu. Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan hukuman mengikut Seksyen 465 kanun.

    Tuduhan ketiga dan keempat itu didakwa dilakukan di No 33B, Pusat Perubatan Landmark, Menara Landmark, pada jam 10.50 pagi, 23 November 2006;

  • Memperdaya JPN dengan memberi butiran palsu peribadi ibu bapa bayi Loong Yu Xuan di dalam JPN LM 01, iaitu So Sai Hong dan Loong Cher Heong sebagai ibu bapa kandung sebenar kepada bayi itu. Ia mendorong kakitangan JPN K Nayagie mencetak dan mengeluar sijil kelahiran BX 32598 ke atas bayi itu. Didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan;

  • Secara curang menggunakan sebagai tulen dokumen BX 32598 ke atas Loong Yu Xuan dengan mengesah butir peribadi ibu bapa bayi itu sebagai ibu bapa kandung walaupun mengetahui ianya palsu. Didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan hukuman mengikut Seksyen 465 kanun.

    Tuduhan kelima dan keenam itu didakwa dilakukan di No 33B Menara Landmark, Pusat Perubatan Landmark, Johor Bahru pada jam 10.23 pagi, 8 Oktober 2007;

  • Memperdaya JPN dengan memberi butiran palsu peribadi ibu bapa bayi Serena Swathi di dalam JPN LM 01, iaitu DS Evensia Mary dan J Gerard sebagai ibu bapa kandung sebenar kepada bayi itu hingga mendorong kakitangan JPN SH Ramdzan SH Abdullah mencetak dan mengeluar sijil kelahiran BY 76130 ke atas bayi itu. Didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun; dan

  • Secara curang menggunakan sebagai tulen dokumen BY 76130 ke atas Serena Swathi dengan mengesah butir peribadi ibu bapa bayi sebagai ibu bapa kandung walaupun mengetahui ianya palsu. Didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan hukuman mengikut Seksyen 465.

    Tuduhan ketujuh dan kelapan itu didakwa dilakukan di No 33B Menara Landmark, Pusat Perubatan Landmark, Johor Bahru pada jam 3.34 petang, 26 Februari lalu.

    Semua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin. Dalam kes bayi Fabian Naveen, Muhammad Jamil memerintahkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

    Aliman juga menetapkan ikat jamin sebanyak RM20,000 bagi setiap kes dengan seorang penjamin.

    Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani manakala tertuduh diwakili peguam, R K Menon.
  • Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    darrengt
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR


    Male
    Countries:
    Age: 28
    location: kota kinabalu
    Points: 1280
    Reputation: 0
    Number of posts: 1250

    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Wed Jun 18, 2008 8:09 am

    memang best lah info CG semua nie

    _________________
    Back to top Go down
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR


    Female
    Age: 23
    location: KK
    Tag ID:: SFC 2932
    Points: 1092
    Reputation: 0
    Number of posts: 1013

    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Wed Jun 18, 2008 10:06 am

    Pemimpin MIC Johor ditahan kes bunuh Adun

    JOHOR BAHRU: Seorang timbalan pengerusi bahagian MIC di negeri ini ditahan polis semalam kerana dipercayai suspek utama kes pembunuhan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaroh, Datuk S Krishnasamy, yang mati ditembak di kepala pada 11 Januari lalu.

    Lelaki berusia 46 tahun itu ditahan sepasukan pegawai polis dari Bukit Aman serta Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri di rumahnya di Kluang, kira-kira jam 12.30 pagi.

    Sumber polis berkata, suspek ditahan selepas siasatan terperinci melalui operasi khas dikenali Ops Api Tenggaroh, menemui bukti yang mengaitkannya dengan pembunuhan kejam itu.


    "Kita percaya lelaki itu adalah suspek utama kes berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

    Lelaki itu kini direman tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah untuk siasatan lanjut. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret R Rajeswary.

    Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner II Amer Awal gagal dihubungi bagi mengulas penahanan lelaki berkenaan.

    Sebelum ini, polis menahan reman tiga individu, termasuk pembantu peribadi seorang pemimpin MIC Johor berusia 61 tahun bagi membantu siasatan kes pembunuhan Krishnasamy.

    Bagaimanapun, lelaki berusia 61 tahun itu bersama pemandu mendiang Krishnasamy yang berusia 30 tahun serta seorang kerani wanita, 36, dibebaskan selepas polis mengambil keterangan mereka.

    Krishnasamy, 62, yang juga Timbalan Pengerusi MIC Johor, ditembak dari jarak dekat ketika berada di dalam lif Bangunan MIC negeri Jalan Segget di sini untuk menghadiri mesyuarat parti, kira-kira jam 2.30 petang 11 Januari lalu.

    Sementara itu, Naib Presiden MIC, Datuk S Veerasingam ketika dihubungi menasihatkan ahli MIC supaya bertenang dan tidak membuat spekulasi berhubung penahanan pemimpin terbabit.

    "Biarkan polis menjalankan siasatan dan tidak perlu kita membuat kesimpulan sendiri kerana sebelum ini pun tiga suspek sudah ditahan serta dibebaskan," katanya.

    _________________
    TAG ID : SFC 2932



    "iF y0u cAre
    & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w
    tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR


    Female
    Age: 23
    location: KK
    Tag ID:: SFC 2932
    Points: 1092
    Reputation: 0
    Number of posts: 1013

    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Wed Jun 18, 2008 10:12 am

    Gaji 2 kali belum muktamad


    MENTERI Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam (duduk) sempat melihat laman web Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) ketika melawat gerai pameran selepas merasmikan Pesta Latihan PMSB di Ipoh, semalam.


    Kerajaan sedia kaji semula cadangan selepas dapat bantahan kesatuan penjawat awam

    IPOH: Kerajaan sedia mengkaji semula pembayaran gaji dua kali sebulan jika pelaksanaannya tidak disenangi kakitangan awam, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

    "Saya akan bawa perkara ini untuk dibincangkan oleh Kabinet jika pekerja rasa pembayaran itu membawa lebih banyak kesusahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Latihan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di sini semalam.


    Beliau mengulas bantahan beberapa kesatuan dalam sektor awam berhubung pelaksanaan pembayaran gaji secara dua ansuran itu, yang diumumkan kerajaan minggu lalu.

    Tujuh kesatuan mewakili pelbagai sektor dalam perkhidmatan awam yang dihubungi Berita Harian semalam, menolak kaedah pembayaran gaji itu manakala Cuepacs dilaporkan akan membuat keputusan mengenainya pada mesyuarat majlis kongresnya pada 28 Jun ini.

    Mengikut kaedah pembayaran gaji yang bermula Ogos ini, separuh gaji pertama akan dibayar pada pertengahan bulan, manakala separuh gaji kedua pada akhir bulan. Segala potongan termasuk cukai pendapatan dan KWSP akan dibuat pada akhir bulan.

    Subramaniam menjelaskan, pembayaran gaji dua kali sebulan itu diputuskan kerajaan bagi membantu kakitangan awam menguruskan perbelanjaan dengan lebih berkesan berikutan kenaikan harga minyak dan barangan makanan.

    "Kerajaan mahu memastikan kakitangan awam masih mempunyai wang di hujung bulan dan boleh mengagihkan perbelanjaan secara sekata sepanjang 30 hari. Kita tidak mahu mereka menghabiskan wang dua atau tiga hari selepas gaji dan kemudian terpaksa meminjam," katanya.

    Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng, berkata kebanyakan ahli NUTP tidak bersetuju kerana pembayaran gaji dua kali sebulan itu menyukarkan pengurusan kewangan kakitangan awam.

    Beliau berkata, kebanyakan ahli kesatuan yang dianggotai 135,000 guru itu, menghubungi pihaknya bagi menyuarakan bantahan dan kebimbangan mengenai pelaksanaan kaedah itu.

    "Beberapa perkara perlu diambil kira oleh kerajaan termasuk mengenai pemotongan bayaran pinjaman. Adakah ia juga akan dipotong dua kali sebulan? Bagaimana pula masa yang perlu dipatuhi, misalnya bagi yang meminjam dengan bank," katanya.

    Presiden Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia, Ibrahim Ahmad, pula berpendapat kaedah pembayaran itu tidak relevan kerana menyukarkan pekerja menguruskan bayaran pinjaman, yuran dan bil bulanan.

    "Kalau gaji pertama tidak mencukupi, mereka akan tangguhkan dulu pembayaran dan mungkin berdepan risiko dikenakan faedah lewat bayar jika berhutang dengan bank," katanya yang mewakili 4,000 ahli kesatuan itu.

    Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri, berkata tinjauannya mendapati semua 2,000 ahli kesatuan itu berpendapat pembayaran gaji dua kali sebulan itu tidak akan membantu dari segi pengurusan kewangan mereka.

    "Masalah utama yang kami hadapi adalah peningkatan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barang. Walaupun gaji dibayar dua kali, jumlahnya tetap sama dan ia tidak akan meringankan beban kami, malah menyukarkan mereka jika silap mengurus pendapatan," katanya.

    Presiden Kesatuan Pembantu Teknologi Makmal Perubatan Semenanjung Malaysia, Md Saleh Majid, berkata kumpulan sokongan I dan II yang berpendapatan rendah akan terjejas kerana gaji yang diterima dalam satu masa itu sangat sedikit.

    "Setiap kali menerima gaji, kami perlu susun perbelanjaan ikut kepentingan, misalnya yuran bas sekolah, pinjaman kenderaan dan perumahan dan kebanyakan keperluan itu melebihi gaji kami pada satu masa jika ia dibahagi dua. Itu belum masuk keperluan asas lain yang perlu diselesaikan segera," katanya.

    Pandangan yang sama turut diberikan Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya, Husain Mohd Yasin dan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Munian Appoo.

    Presiden Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sub Inspektor Jamal Abdullah, pula berkata secara peribadi beliau tidak bersetuju dengan kaedah pembayaran gaji itu.

    Beliau berkata, kesatuan itu akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi mendapatkan ahlinya sebelum keputusan menerima atau menolak kaedah itu.


    _________________
    TAG ID : SFC 2932



    "iF y0u cAre
    & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w
    tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR


    Female
    Age: 23
    location: KK
    Tag ID:: SFC 2932
    Points: 1092
    Reputation: 0
    Number of posts: 1013

    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Wed Jun 18, 2008 10:24 am

    Projek basmi kemiskinan tegar tidak terjejas: PM



    KRAF TANGAN TRADISIONAL: Abdullah bersama Musa melihat cara membuat 'piring rinagoh seramik' ketika melawat pameran selepas penutup Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Antarabangsa 2008 di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, semalam.

    Kerajaan tetap utama pembangunan luar bandar selagi diperlukan

    KOTA KINABALU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, projek membasmi kemiskinan yang sudah dirancang khususnya di luar bandar tidak akan terjejas dalam pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), akhir bulan ini.

    Perdana Menteri berkata, walaupun kajian itu membabitkan penilaian semula terhadap pelbagai projek besar kerajaan, ia tidak akan membabitkan usaha membasmi kemiskinan kerana kerajaan tetap mensasarkan matlamat menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh dua tahun lagi.

    "Saya beri jaminan projek seperti itu di luar bandar tidak akan terganggu kerana kita ingin menghapuskan kemiskinan tegar pada 2010 dan kemiskinan secara relatif. Kita akan kaji projek besar dan jika kita lihat ia boleh ditangguhkan buat masa ini, kita tangguhkan.


    "Keduanya, kita lihat sama ada ia adalah projek yang sangat diperlukan. Jika keperluannya tidak begitu mendesak, kita tunggu dulu," katanya pada sidang media selepas menutup Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Antarabangsa (ICC) 2008 di Sutera Harbour Resort, semalam.

    Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan dua timbalannya, Datuk Joseph Pairin Kitingan serta Datuk Raymond Tan.

    Bagaimanapun, Abdullah menegaskan, projek yang sudah bermula diteruskan bagi mengelak kerugian.

    Ditanya sama ada penangguhan projek berkenaan membabitkan Sabah dan Sarawak, beliau berkata, butirannya akan diketahui kelak.

    Mengulas 100 hari pentadbirannya sebagai Perdana Menteri buat penggal kedua semalam, Abdullah terkejut kerana tidak menyedarinya.

    "Sudah 100 hari? Anda pasti saya sudah 100 hari menjadi Perdana Menteri untuk penggal kedua? Anda nilaikanlah sendiri, tetapi saya masih bekerja keras untuk semua.

    "Pentadbiran terus rancak dan masih banyak perlu dilaksanakan. Ada lagi perkara dalam Manifesto 2004 yang perlu dilaksanakan dan agenda dalam Manifesto 2008 pun perlu diberi perhatian.

    "Usaha berkenaan perlu ditingkatkan dan saya faham ketika ini kita menghadapi paling mencabar, iaitu kenaikan harga minyak yang turut berjangkit kepada harga barang," katanya.

    Mengulangi kenyataan tindakan menaikkan harga petrol dan diesel baru-baru ini bukan bertujuan menyusahkan rakyat, Perdana Menteri berkata, setiap langkah diambil mempunyai rasional sendiri dan beliau sedia menerima idea rakyat ke arah memantapkan usaha meringankan beban setiap lapisan masyarakat.

    Malah, katanya, beliau meneliti setiap cadangan dan pandangan dihantar rakyat secara bertulis sambil menyifatkannya sebagai sokongan positif untuk memperbaiki keadaan.

    "Kerajaan memberi perhatian berdasarkan keutamaan, tetapi pada masa sama, projek pembangunan perlu terus dilaksanakan dan kita tidak boleh hentikan.

    "Kewangan kita terhad dan kita mesti tetapkan berapa banyak perlu dibelanjakan untuk menangani hal berkaitan kenaikan harga minyak. Kita tidak boleh gunakan 100 peratus wang hasil minyak untuk subsidi hingga tak cukup untuk pembangunan.

    "Kerajaan tetap mengambil perhatian masalah berkaitan harga minyak dan subsidi, maka kita perlu fikirkan masak-masak mengenai pengagihan. Harga minyak akan turun kalau kita beri subsidi terlalu banyak tetapi apa pula halnya dengan projek lain.

    "Insya-Allah, kita akan dapat atasi masalah ini," katanya.

    Sementara itu, ditanya mengenai kewajaran kenaikan gaji 100 peratus Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Seri Che Khalib Mohd Noh, seperti dilaporkan, Perdana Menteri menjawab: "Mereka lebih tahu sama ada ia wajar atau tidak."

    Sebelum ini, beberapa pihak mempersoalkan tindakan Lembaga Pengarah TNB, menaikkan 100 peratus gaji Che Khalib, yang disifatkannya sebagai tidak wajar dilakukan syarikat itu, terutama ketika semua pihak disaran berjimat-cermat.

    Bagaimanapun, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar, ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata, kenaikan gaji Che Khalib adalah sesuatu yang wajar kerana ia berdasarkan kepada prestasinya.

    Beliau berkata, sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), TNB memang mempunyai pakej imbuhan serta ganjaran yang bersandarkan prestasi dan kenaikan gaji Che Khalib itu diberikan kerana beliau berjaya menambah nilai dalam syarikat terbabit.


    _________________
    TAG ID : SFC 2932



    "iF y0u cAre
    & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w
    tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR


    Female
    Age: 23
    location: KK
    Tag ID:: SFC 2932
    Points: 1092
    Reputation: 0
    Number of posts: 1013

    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Wed Jun 18, 2008 10:28 am

    Elak teknologi hasil 'bayi rekaan'



    DETIK CERIA: Dr Ng mendukung Siti Zahirah Mohd Zakaria selepas perasmian majlis Jalinan Kasih 2008, di Kuala Lumpur, semalam.

    Kemajuan sains tidak boleh disalah guna penyediaan perkhidmatan kesuburan

    KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, mahu pihak yang menyediakan perkhidmatan rawatan kesuburan (subfertiliti), termasuk pusat perubatan swasta tidak menyalah guna kemajuan sains dan teknologi bagi menghasilkan 'bayi rekaan'.

    Beliau berkata, kemajuan pesat bidang itu, membolehkan ibu bapa yang menghadapi masalah kesuburan, mendapat anak selain merancang jantina dan sifat fizikal bayi yang bakal dilahirkan.


    Bagaimanapun, katanya, pemilihan jantina diharuskan jika faktor jantina berkaitan dengan penyakit genetik serius yang boleh membawa kematian kepada anak berkenaan.

    "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2005 melarang sama sekali rawatan kejuruteraan genetik ke embrio, membabitkan pengubahsuaian semula jadi seperti rambut, warna rambut, kebijaksanaan, ketinggian dan jantina. Ia menyalahi hukum alam, batasan agama dan etika kemanusiaan.

    "Sehubungan itu, saya berharap kemajuan sains dan teknologi tidak disalah guna, termasuk dalam menghasilkan bayi rekaan yang membolehkan ibu bapa merancang jantina dan sifat fizikal bayi mereka," katanya pada majlis Jalinan Kasih 2008 di ibu pejabat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di sini, semalam.

    Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen.

    Majlis itu bertujuan meraikan anak yang berjaya dihasilkan menerusi khidmat pengurusan kesuburan di samping mempromosi perkhidmatan kesuburan yang disediakan Klinik Subfertiliti LPPKN.

    Sejak 1979 hingga tahun lalu, LPPKN merawat lebih 20,000 pasangan yang mengalami masalah kesuburan dan seramai 2,623 bayi berjaya dilahirkan dalam tempoh berkenaan.

    _________________
    TAG ID : SFC 2932



    "iF y0u cAre
    & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w
    tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR


    Female
    Age: 23
    location: KK
    Tag ID:: SFC 2932
    Points: 1092
    Reputation: 0
    Number of posts: 1013

    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Thu Jun 19, 2008 10:34 am

    Yong Teck Lee belot lagi




    BUAT KEJUTAN: Yong ketika sidang media di Pejabat SAPP Kota Kinabalu, semalam.


    Pernah ketuai kumpulan khianati Pairin sehingga kerajaan PBS tumbang pada 1994

    KOTA KINABALU: Selepas beberapa minggu mengkritik Kerajaan Pusat, Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee semalam mengisytiharkan partinya hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

    Tindakannya itu bagaimanapun tidak mencerminkan keputusan sebulat suara kepimpinan parti apabila Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan, yang bukan saja tidak bersetuju tetapi terkejut dengan pengumuman berkenaan.


    Perdana Menteri, dalam reaksi awalnya menyifatkan tindakan terbaru Presiden SAPP itu adalah disebabkan 'saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya.' Beliau tidak mengulas lanjut tetapi seorang pembantunya memberitahu, Abdullah akan membuat huraian kemudian.

    Yong, ketika mengumumkan pendiriannya pada sidang media di sini, berkata dua Ahli Parlimennya, Datuk Eric Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) akan menyokong usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Isnin ini.

    Soal sama ada SAPP terus kekal sebagai komponen Barisan Nasional (BN) pula, akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi SAPP di sini, esok.

    "SAPP sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri. Peruntukan undi tidak percaya ada dalam Perlembagaan dan menjadi sebahagian daripada proses demokrasi di Malaysia," katanya pada sidang media selama 45 minit di ibu pejabat SAPP di Luyang di sini.

    Dr Chua yang juga Naib Presiden SAPP turut hadir, manakala Eric berada di luar negara bagi tugasan rasmi tetapi menyatakan pendiriannya dalam kenyataan media yang ditandatanganinya.

    Tan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, tidak menghadiri sidang media itu tetapi ketika dihubungi berkata, beliau terkejut dengan tindakan Yong kerana perkara itu tidak pernah dibawa ke peringkat Majlis Tertinggi parti untuk diperhalusi.

    "Ia bukan persetujuan sebulat suara, malah ia sepatutnya dibincang di mesyuarat Majlis Tertinggi terlebih dulu. Saya tidak nampak sebarang sebab ini perlu dilakukan dan ketetapan itu salah sama sekali," katanya yang tidak diundang ke sidang media berkenaan.

    Tan menyifatkan pendirian terbuka membabitkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri sama seperti menyokong pembangkang dan boleh menimbulkan ketidakstabilan bukan saja di Sabah, tetapi Malaysia keseluruhannya.

    "Saya tidak mahu menyokong pendirian yang cenderung menyebelahi pembangkang kerana ia bermakna kita memberi isyarat salah kepada rakyat," katanya.

    SAPP mempunyai dua kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Tanjung Papat (Tan), Likas (Datuk Liew Teck Chan), Luyang (Melanie Chia), Elopura (Au Kam Wah).

    Pengumuman Yong itu bercanggah dengan pendiriannya sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu apabila beliau dilaporkan memuji dan menyatakan sokongan padu kepada kepemimpinan Abdullah. Malah, tindakannya itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau pernah mengambil tindakan serupa 14 tahun lalu.

    Pada 1994, Yong menjadikan 'hilang kepercayaan' sebagai alasan meninggalkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Kitingan, yang bertanggungjawab membawanya masuk dalam politik. Beliau kemudian mengetuai sekumpulan Ahli Parlimen dan Adun China daripada PBS, membentuk SAPP.

    Yong yang juga bekas Ketua Menteri Sabah pada 1996 hingga 1998 mengikut sistem penggiliran, semalam mendakwa BN hanya wujud di Sabah secara dasar tetapi bukan kuasa yang membolehkan pelbagai tuntutan dipenuhi demi manfaat rakyat negeri ini.

    "Selepas pilihan raya umum lalu, beberapa Ahli Parlimen BN dari Sabah turut menganggap BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya kepada negeri ini. Bagi saya, semangat BN di Sabah hilang sejak beberapa bulan lalu dan cuma wujud sebagai nama.

    "Pelbagai pihak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kepemimpinan Perdana Menteri dan kami memulakan langkah dengan menunjukkannya secara terang-terangan menerusi undi tidak percaya.

    "Ada pihak meramalkan SAPP dipecat daripada BN sebelum Jumaat dan ada berpendapat sebaliknya. Kami sudah menyatakan pendirian dan sedia menghadapi apa juga kemungkinan," katanya

    Ditanya sama ada Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman, dirujuk sebelum SAPP membuat ketetapan berhubung undi tidak percaya itu, Yong berkata, segala isu yang dibangkitkan sudah kerap dibincang bersama pemimpin BN negeri.

    "Peluang keemasan ini tidak akan berulang selepas 45 tahun Sabah menyertai Malaysia dan kita mesti menyatakan pendirian sebelum Ogos ini.

    "Mulai Ogos, tumpuan akan beralih kepada pemilihan Umno dan MCA, disusuli kesibukan menyambut puasa dan Aidil Fitri, peperiksaan dan acara hujung tahun.

    "Ketika itu, politik tanah air akan berhenti memperkatakan isu berkaitan Sabah dan SAPP berpendapat sekarang adalah masa terbaik Sabah mendapatkan kembali autonomi, royalti minyak sebanyak 20 peratus dan meminta Labuan dikembalikan," katanya.

    Yong bagaimanapun berkata, beliau tidak menentang Perdana Menteri secara peribadi, malah pertemuan tertutupnya bersama Abdullah di Kuala Lumpur baru-baru ini berlangsung dalam suasana mesra.

    "Tiga kali saya beritahu Perdana Menteri, hanya kerana tiada Ahli Parlimen BN melompat parti pada 14 Mei lalu, ia bukan bermakna perkara itu mustahil berlaku selepas ini. Walaupun kerajaan mendakwa komited menangani isu di Sabah, saya tidak nampak kesungguhan ke arah itu," katanya.

    Mengenai kemungkinan SAPP menyertai Pakatan Rakyat, beliau berkata, isu meninggalkan BN atau beralih kepada komponen lain tidak berbangkit kerana tumpuan parti itu ialah mendapatkan semula autonomi politik Sabah.

    Katanya, SAPP tidak berminat menyerahkan autonomi berkenaan dengan menjadi sebahagian daripada pakatan lain.

    Yong juga mengakui pernah menemui Penasihat Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebanyak dua kali, masing-masing di Hong Kong dan Kuala Lumpur.

    PROFIL: Datuk Yong Teck Lee


    • Dilahirkan pada 1958.
    • Berkelulusan LLB (Hons) University of London dan Barrister-at-Law dari Lincoln's Inn London.
    • Berkecimpung dalam politik menerusi PBS sejak 1985.
    • Menjadi Adun Likas dari 1985 hingga 2002 dan Ahli Parlimen Gaya dari 1999 hingga 2002.
    • Menubuhkan SAPP pada 21 Januari 1999.
    • Menjadi Ketua Menteri Sabah ke-10 di bawah sistem penggiliran dari Mei 1996 hingga Mei 1998.
    • Hilang kelayakan sebagai Adun Likas dan Ahli Parlimen Gaya sejak September 2002 berikutan kesalahan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana rasuah.
    • Tidak dibenar bertanding pilihan raya selama lima tahun dan terlepas Pilihan Raya Umum 2004.


    KRONOLOGI:

    • 19 Januari 1994 - Datuk Yong Teck Lee meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan meninggalkan Parti Bersatu Sabah (PBS).
    • 20 Januari 1994 - Yong bersama Datuk Yee Lung Fook dan Datuk Tham Nyip Shen ke Kuala Lumpur untuk mendaftarkan SAPP sebagai parti dengan Yong bertindak selaku Presiden Penaja.
    • 21 Januari 1994 - Pendaftaran SAPP diluluskan Pendaftar Pertubuhan sebagai parti politik baru.
    • 22 Januari 1994 - Yong sah sebagai Presiden SAPP pertama hingga hari ini.
    • Februari 1994 - menyertai Barisan Nasional (BN).
    • 18-19 Februari 1994 - Pertama kali menyertai pilihan raya negeri berikutan pembubaran DUN Sabah pada 10 Januari 1994.
    • 8 Mac 2008 - Memenangi empat kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12. Yong tidak bertanding.

    _________________
    TAG ID : SFC 2932



    "iF y0u cAre
    & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w
    tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR


    Female
    Age: 23
    location: KK
    Tag ID:: SFC 2932
    Points: 1092
    Reputation: 0
    Number of posts: 1013

    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Thu Jun 19, 2008 10:44 am

    UPP rampas diesel di stor haram

    PADANG BESAR: Unit Pencegah Penyeludupan merampas 700 liter diesel yang dipercayai hendak diseludup ke Thailand apabila menyerbu sebuah stor haram di Kampung Melayu dekat sini semalam.

    Komander UPP Perlis, DSP Zakaria Abdul Rahman, berkata seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun ditahan dalam serbuan pada 4.30 petang itu.

    Beliau berkata, diesel yang disimpan di stor itu diperoleh daripada pelbagai sumber termasuk pemandu lori yang diberi kelulusan untuk membeli bahan bakar itu dalam jumlah yang besar.


    UPP turut merampas dua unit mesin penyedut bersama paip getah, tujuh tong dram kosong dan 14 tong plastik kosong.

    “Sekarang penyeludup sudah tukar strategi, dulu ubahsuai tangki kenderaan tapi sekarang simpan di stor haram baru diseludup,” kata Zakaria.

    _________________
    TAG ID : SFC 2932



    "iF y0u cAre
    & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w
    tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR


    Female
    Age: 23
    location: KK
    Tag ID:: SFC 2932
    Points: 1092
    Reputation: 0
    Number of posts: 1013

    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Fri Jun 20, 2008 3:28 pm

    Amaran angin kencang dan laut bergelora

    KUALA LUMPUR: Angin kencang barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam akan melanda kawasan Laut China Selatan Tengah dan Sabah bermula Ahad ini hingga Rabu depan.

    Keadaan itu akan menyebabkan laut bergelora dengan ombak mencapai setinggi 3.5 meter yang berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini.

    Angin kencang dari arah barat dengan kelajuan dan ketinggian ombak yang sama turut dilaporkan akan berlaku di Perairan Phuket dan Samui, Thailand pada hari berkenaan.


    Sementara itu, ribut petir yang melanda perairan Sabah barat dan Sarawak dijangka berterusan sehingga pagi ini.

    Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 40km sejam dan laut bergelora dengan ombak setinggi 2.5 meter, menurut kenyataan itu

    _________________
    TAG ID : SFC 2932



    "iF y0u cAre
    & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w
    tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR


    Female
    Age: 23
    location: KK
    Tag ID:: SFC 2932
    Points: 1092
    Reputation: 0
    Number of posts: 1013

    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Fri Jun 20, 2008 3:30 pm

    BPR siasat Teck Lee pembabitan rasuah RM5 juta

    KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menyiasat Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee kerana disyaki terbabit dengan salah guna kuasa dan rasuah membabitkan nilai RM5 juta.

    Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull, berkata arahan sudah dikeluarkan supaya siasatan segera dijalankan berhubung kes yang membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah itu.

    _________________
    TAG ID : SFC 2932



    "iF y0u cAre
    & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w
    tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    Fadzliey
    MODERATOR
    MODERATOR


    Male
    Age: 30
    location: Beaufort
    Points: 1633
    Reputation: 0
    Number of posts: 1321

    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Fri Jun 20, 2008 5:32 pm

    tony84 wrote:
    Badawi, Samy Vellu, Ong Kah Teng & Karpal Singh ada meeting semalam.

    Badawi cakap: "Lembu punya harga sudah naik, kita orang Melayu banyak susah".
    Samy Vellu cakap: "Kambing punya harga sudah naik, kita orang India banyak susah".
    Ong Kah Teng cakap: "Babi punya harga sulah naik, kita olang Cina manyak susah".
    Karpal Singh cakap: "Kalau saya punya naik, lu tiga orang lagi susah".

    Laughing Laughing Laughing
    aiya.. lu punya lawak ah mikin wa punya pelut mcm mo picah wooo geek .. ini ah.. klu lu pergi tu hong kong, mulih jadi plakon ganti tu stephen chow loo What a Face

    _________________

    PUTERIKU NURULQISTINA FARHANA BTE MOHD FADZLI
    TAG ID : SFC02017
    http://www.sioloon.com/2008-f187/my-1st-sweet-princess-t4368-105.htm

    http://pdpimping.blogspot.com
    Back to top Go down
    kuai
    MODERATOR
    MODERATOR


    Female
    Countries:
    Age: 23
    location: kota kinabalu
    Tag ID:: SFC 03039
    Points: 1054
    Reputation: 0
    Number of posts: 1253

    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Mon Jun 23, 2008 10:51 am

    adededed...napa la ni dunia skrg ni...apa mau jad ...aduhhh
    Back to top Go down
    darrengt
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR


    Male
    Countries:
    Age: 28
    location: kota kinabalu
    Points: 1280
    Reputation: 0
    Number of posts: 1250

    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Thu Jun 26, 2008 8:16 am

    ya bah kuai saya ingat mcm2 saja jadi dunia sekarang nie.... Very Happy

    _________________
    Back to top Go down
    RBN76
    SUPERIOR
    SUPERIOR


    Male
    Age: 31
    location: ANYWHERE AND ANYTIME
    Points: 1217
    Reputation: 0
    Number of posts: 2167

    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Thu Jun 26, 2008 8:28 am

    inilah ni....orang pentingkan kertas yg kena cetak dengan warna tu yg digelar duit.duniawi dikatakan...bukan boleh bawa mati pun.nanti sudah ada anak cucu cicit,tiada apa yg tinggal.remember,we live in the island yg tidak dpt kita tinggalkan iaitu bumi...so,pandai pandai lah utk keturunan kita.ceh....mcm saya berpolitik pula..hehehe
    Back to top Go down
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR


    Female
    Age: 23
    location: KK
    Tag ID:: SFC 2932
    Points: 1092
    Reputation: 0
    Number of posts: 1013

    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Thu Jun 26, 2008 4:39 pm

    Rakyat harus tabah, bersatu hati tangani kenaikan harga minyak:PM

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat supaya tabah dan bersatu hati dalam menggembleng tenaga bagi menangani krisis kenaikan harga minyak dan komoditi kerana ia kemelut yang bakal memberi impak negatif bukan hanya dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

    "Usaha harus difokuskan ke arah mendepani cabaran ini dan melakukan penyesuaian, bukannya membenarkan pemimpin dan kumpulan tertentu menangguk di air keruh dan mengapi-apikan sentimen rakyat dengan janji palsu," kata Perdana Menteri semasa membentangkan Kajian Separuh Penggal RMK-9 di Dewan Rakyat.

    Beliau berkata kenaikan harga minyak sedunia adalah cabaran terbesar yang menghimpit ekonomi negara dalam menempuh tempoh akhir RMK-9.


    “Di kala saya dan pemimpin kerajaan yang lain bermesyuarat setiap minggu bagi mencari cara untuk meringankan beban rakyat, kumpulan tadi (yang menangguk di air keruh) pula memikirkan kaedah untuk mengaburi mata rakyat.

    “Saya percaya rakyat boleh melihat yang mana benar dan yang mana palsu.

    "Saya percaya rakyat bijak menilai langkah yang diambil bagi memelihara kepentingan rakyat dan bagi menjaga kebajikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Saya percaya pada suara dan hati budi rakyat,” katanya.

    Abdullah berkata hakikatnya, kenaikan harga minyak adalah satu fenomena global dan antara sebab utama yang membawa kepada kenaikan harga minyak yang melampau pada waktu ini adalah keadaan geopolitik dunia yang tidak menentu.

    _________________
    TAG ID : SFC 2932



    "iF y0u cAre
    & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w
    tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR


    Female
    Age: 23
    location: KK
    Tag ID:: SFC 2932
    Points: 1092
    Reputation: 0
    Number of posts: 1013

    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Thu Jun 26, 2008 4:43 pm

    Lans Koperal akan didakwa kes cabul, rogol remaja di balai polis

    SUBANG: Seorang anggota polis berpangkat Lan Koperal dijangka dituduh di mahkamah dipercayai terbabit dengan kes mencabul dan merogol seorang remaja di sebuah balai polis.

    Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata siasatan kes itu hampir selesai dan akan dserahkan kepada Bukit Aman dan Timbalan Pendawaraya.

    "Walaupun laporan perubatan mamgsa belum siap, tapi kita ada alasan munasabah untuk mencadangkan anggota berkenaan didakwa," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

    _________________
    TAG ID : SFC 2932



    "iF y0u cAre
    & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w
    tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR


    Female
    Age: 23
    location: KK
    Tag ID:: SFC 2932
    Points: 1092
    Reputation: 0
    Number of posts: 1013

    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Thu Jun 26, 2008 4:51 pm

    Kerajaan harap syarikat cari penggunaan bahan api alternatif

    SHAH ALAM: Kerajaan berharap yang pelbagai syarikat akan mencari jalan atau mengikhtiarkan terhadap penggunaan bahan api alternatif sebagai cara lain bagi pengguna mengurangkan kos bahan api mereka, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, hari ini.

    Katanya, kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah bagi meringankan beban pengguna dengan memperuntukkan subsidi untuk membiayai sebahagian kos mereka.

    "Antaranya ialah rebat ke atas cukai jalan tahunan bagi kenderaan berkapasiti besar yang sudahpun diagihkan," katanya pada pelancaran kereta Audi A4 1.8T baru di Pusat Audi Glenmarie, di sini.


    Katanya, langkah lain turut dikaji yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat dan ia mungkin termasuk insentif untuk kenderaan yang lebih cekap dari segi penggunaan bahan api.

    Bagaimanapun, beliau berkata secara realitinya, kenaikan harga bahan api harus diterima dan setiap warga Malaysia perlu belajar untuk menyesuaikan diri dan meneruskan kehidupan seiring dengannnya.

    Najib berkata: “Mungkin, pilihan atau alternatif terbaik ialah bekerja ke arah gaya hidup yang lebih sihat, teratur dan lebih ekonomi yang boleh membantu mengurangkan penggunaan bahan api di mana mungkin dan pengeluar seperti Audi mempunyai kepakaran dan kemahiran canggih untuk menjana kecekapan bahan api yang lebih tinggi dalam produk terbaru dan akan datangnya.”

    _________________
    TAG ID : SFC 2932



    "iF y0u cAre
    & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w
    tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR


    Female
    Age: 23
    location: KK
    Tag ID:: SFC 2932
    Points: 1092
    Reputation: 0
    Number of posts: 1013

    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Thu Jun 26, 2008 5:00 pm

    Dua terkorban, seorang parah kemalangan di Kedah

    ALOR STAR: Dua wanita maut manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas di Km37, Lebuhraya Utara-Selatan dari Bukit Kayu Hitam menghala ke Alor Star, tengah malam tadi.

    Pegawai Penyiasat Trafik Daerah Kota Star, Inspektor S Tivagaran, berkata mangsa yang maut dikenali Ooi Sze Yee, 20, dari Taman Sultan Abdul Halim di sini dan Ooi Geok Ling, 20, dari Taman Derga Jaya.

    Manakala yang cedera Ong Ai Cheng, 26, dari Taman Tulasan dan dia sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di sini,” katanya hari ini.


    Beliau berkata, mereka bertiga dalam perjalanan pulang ke Alor Star apabila kereta Toyata Altiz yang mereka naiki terbabas kerana dipercayai dipandu laju.

    _________________
    TAG ID : SFC 2932



    "iF y0u cAre
    & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w
    tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR


    Female
    Age: 23
    location: KK
    Tag ID:: SFC 2932
    Points: 1092
    Reputation: 0
    Number of posts: 1013

    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Thu Jun 26, 2008 5:05 pm

    Kewangan negara semakin terhimpit memaksa kerajaan susun semula subsidi

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan terpaksa menyusun semula subsidi minyak dan gas kerana keadaan kewangan negara semakin terhimpit akibat kenaikan drastik harga minyak di pasaran global.

    Perdana Menteri berkata, negara kini berdepan dengan pelbagai cabaran yang cukup genting akibat faktor luaran yang berada di luar kawalan, yang menyebabkan kerajaan perlu berani membuat keputusan serta cekal melakukan perubahan demi kesejahteraan rakyat dan kepentingan negara dalam jangka panjang.

    “Kerajaan amat sedar bahawa langkah tersebut akan meningkatkan beban sara hidup rakyat,” katanya ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK9)(2006-2010).



    Namun, kerajaan terus komited untuk melaksanakan segala yang termampu bagi meringankan beban rakyat dan memelihara kualiti hidup yang baik, kata Abdullah yang juga Menteri Kewangan.

    Harga minyak petrol dan diesel masing-masing dinaikkan sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter awal bulan ini setelah kerajaan menyusun semula subsidi minyak dan gas.

    Ini menjadikan harga baru petrol di pam kepada RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

    “Langkah tersebut dirasakan perlu agar subsidi yang dimaksudkan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukannya.

    “Selain itu, langkah tersebut dapat memberi fleksibiliti kepada kewangan negada dalam berhadapan dengan risiko berlakunya kemelesetan ekonomi sedunia dalam waktu terdekat ini,” katanya.

    Menjelaskan kenaikan harga minyak yang melampau pada waktu ini, Abdullah berkata antara sebab utama ialah keadaan geopolitik dunia yang tidak menentu.

    Harga minyak diniagakan pada paras AS$134 setong di New York hari ini, selepas melonjak ke AS$140 setong beberapa mingu lalu.

    “Serangan ke atas Iraq oleh Amerika Syarikat pada 2003 telah melumpuhkan salah sebuah negara pengeluar minyak utama dunia, dan menimbulkan keadaan kacau bilau di rantau Timur Tengah yang masih belum redam.”

    “Serangan ke atas Afghanistan sebelum itu dan terkini ancaman Israel untuk menyerang Iran turut menyumbang kepada ketegangan geopolitik yang membawa kepada kenaikan harga minyak,” katanya.

    Beliau berkata, permintaan tinggi oleh negara tertentu seperti China dan India, dan keengganan negara OPEC (Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum) menaikkan tahap pengeluaran minyak secara ketara juga penyebab utama kepada kenaikan harga minyak.

    “Keadaan ini diburukkan lagi oleh kegiatan spekulator pasaran minyak di pusat kewangan antarabangsa seperti New York dan London, yang turut menyuntik ketidaktentuan dalam suasana harga minyak yang semakin meruncing,” katanya.

    Menyentuh mengenai peruntukan RMK9, beliau berkata siling keselurahan peruntukan pembangunan akan ditambah kepada RM230 bilion daripada RM200 bilion.

    Tambahan ini bagi menampung kenaikan kos pelaksanaan projek sedia ada ekoran harga bahan binaan serta keutamaan baru seperti pembangunan wilayah koridor dan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk negara.

    _________________
    TAG ID : SFC 2932



    "iF y0u cAre
    & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w
    tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR


    Female
    Age: 23
    location: KK
    Tag ID:: SFC 2932
    Points: 1092
    Reputation: 0
    Number of posts: 1013

    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   Thu Jun 26, 2008 6:47 pm

    Stesen minyak operasi 18 jam

    KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa 1 Julai ini, stesen minyak di seluruh negara akan beroperasi selama 18 jam mulai 6 pagi hingga 12 tengah malam, kecuali di sepanjang lebuh raya yang masih dibenarkan dibuka 24 jam.

    Ini adalah antara tiga langkah baru yang diumumkan kerajaan semalam bagi mengurangkan beban pengusaha stesen minyak berikutan peningkatan kos operasi.

    Dua lagi langkah ialah:


  • Menaikkan margin komisen jualan petrol kepada 12.19 sen seliter manakala diesel 7 sen seliter mulai semalam, berbanding 9.5 sen dan 4.5 sen sebelum ini.


  • Melaksanakan sepenuhnya Sistem Khidmat Layan Diri (SKLD) di semua stesen minyak berjenama, kecuali stesen mini tanpa jenama di luar bandar mulai 1 Ogos ini.

    Mengumumkan langkah itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, bagaimanapun berkata pengusaha stesen minyak boleh memohon kepada cawangan kementerian di peringkat negeri jika ada keperluan untuk beroperasi 24 jam.


    Dalam kenyataannya, Shahrir menjelaskan penstrukturan semula subsidi bahan api yang diumumkan kerajaan 5 Jun lalu menyebabkan peratusan komisen pengusaha stesen minyak semakin kecil hingga tidak dapat menampung kos operasi.

    "Masalah ini memberi kesan negatif kepada pengusaha stesen minyak dan ia boleh menjejaskan pembekalan petrol dan diesel untuk kegunaan orang ramai.

    "Bagi menangani isu berkaitan, kerajaan memutuskan untuk mengambil tiga langkah berkenaan," katanya yang turut menggariskan tatacara pelaksanaan SKLD.

    Kelmarin, Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Tempatan (PDAM) yang dianggotai 3,500 ahli menghentikan sementara urus niaga menggunakan kad kredit sehingga kerajaan memenuhi tuntutan mereka berhubung kenaikan komisen jualan minyak.

    Presiden PDAM, Mejar (B) Abdul Wahid Bidin, berkata tindakan itu diambil bagi mengurangkan beban pengusaha stesen minyak berikutan peningkatan kos operasi, termasuk caj kad kredit yang dikenakan bank.

  • _________________
    TAG ID : SFC 2932



    "iF y0u cAre
    & LoVe s0me0ne d0nt l0se a grip 0n tHe pers0n, y0u'll never kn0w
    tHe 0ne y0u Let g0 might bE tHe 0ne y0u've waited f0r aLL y0ur LiFe.."
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
     

    BERITA HARI INI

    View previous topic View next topic Back to top 
    Page 2 of 6Goto page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

    Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
    SIOLOON FUN CLUB :: FORUM OVERVIEW ::   :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
    Post new topic   Reply to topic