Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: BERITA HARI INI Sat Jun 07, 2008 4:24 am
Kebajikan rakyat dijaga dalam penstrukturan semula harga bahan api: Shahrir
SHAH ALAM: Penstrukturan semula harga bahan api semalam hanya bagi mengurangkan beban tanggungan subsidi kerajaan dalam mengatasi lonjakan harga minyak dunia, namun kebajikan rakyat berpendapatan rendah tidak diabaikan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.
Beliau berkata beberapa demonstrasi yang diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak itu dibuat kerana ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan di atas keputusan kerajaan itu.
"Soal berdepan dengan kemarahan orang, saya tak dapat apa-apa faedah dan kerajaan tak ada untung pun bila tarik subsidi.
"Kita tarik balik subsidi bukan naikkan harga minyak tetapi kita hanya kurangkan perbelanjaan tanggungan kerajaan terhadap subsidi," katanya kepada pemberita selepas program Pemukiman Majlis Tertinggi Umno di sini Jumaat.
Beliau berkata kerajaan membayar balik sebahagian daripada subsidi yang ditarik balik itu menerusi wang tunai sebanyak RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2,000cc dan RM150 kepada pemilik motosikal persendirian di bawah 250cc.
"Pokoknya sekarang ialah macam mana kita nak bayar wang ini dengan lebih segera. Rakyat patut fikir ini (bayaran cepat)...yang buat demonstrasi ni tak nak terima ke RM625 ni" katanya. Kerajaan mengumumkan akan membayar rebat yang akan diberi dalam bentuk kiriman wang itu menerusi pejabat pos seluruh negara mulai 1 Julai.
Shahrir berkata kiraan purata yang dibuat ialah wang rebat tunai yang akan diberikan itu ialah bersamaan 66 liter minyak untuk sebulan.
"Jadi kalau anggaran 66 liter penggunaan sebulan bagi kereta ekonomikal dengan perjalanan tak jauh, pastilah perbelanjaannya akan sama sebelum kenaikan ini," katanya.
Berkuatkuasa tengah malam Rabu lepas, harga petrol dan diesel dinaikkan, masing-masing sebanyak 78 sen dan RM1 seliter sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula subsidi bahan api itu, menjadikan harga petrol di pam ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter. Ketika ditanya rungutan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tinggi sebayak 78 sen dalam masa yang singkat, beliau berkata ini merupakan kali pertama kerajaan membuat satu sistem terurus di mana subsidi diberi terus kepada rakyat.
"Buat pertama kali ada satu sistem terurus di mana subsidi dipulang balik kepada rakyat. Dulu bila kerajaan tarik subsidi (rakyat) tak dapat apa-apa. Kalau tarik sikit-sikit rakyat tak dapat apa-apa," katanya.
Shahrir berkata sebelum ini kerajaan membayar kepada pemilik syarikat minyak harga subsidi yang ditetapkan dan subsidi itu hanya dinikmati oleh pengguna semasa membeli minyak di stesen minyak.
"Pada masa itu orang kaya yang membeli banyak minyak dan pemilik kenderaan luar negara turut merasai subsidi yang diberikan kerajaan tetapi kini rakyat negara akan mendapat terus rebat tunai daripada kerajaan," katanya.
Beliau berkata cukai jalan pemilik kenderaan juga akan dikurangkan dan purata kenaikan sebuah kenderaan adalah lebih kurang 45 sen sahaja.
Katanya kerajaan kini masih memberikan komitmen subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter yang dibeli pengguna.
Mengenai syarikat pengangkutan yang dijangka akan mengalami kesan yang teruk akibat kenaikan harga diesel, Shahrir menjelaskan kementerian itu bersedia berjumpa dengan syarikat pengangkutan yang mahukan penambahan kuota subsidi diesel.
Katanya kenaikan diesel tidak sepatutnya mengakibatkan kesan yang teruk kepada syarikat pengangkutan dan kementerian akan memastikan masalah itu tidak berlaku.
"Kalau ada syarikat kata tak cukup kuota, saya akan tentukan mereka dapat sepenuhnya. Ada yang cakap kuota hanya cukup 3 minggu sahaja, kita akan selesaikan masalah itu. Pokoknya kalau semua syarikat pengangkutan tak ada masalah kenaikan diesel, jadi, apa pun tambahan caj yang diminta tidak berkaitan dengan kenaikan harga bahan api," katanya.
Beliau berkata perkhidmatan feri di Pulau Langkawi mengadu tentang perlunya untuk menambah kuota subsidi dan kerajaan akan bantu mereka.
Negara mempunyai jumlah diesel yang mencukupi dan kementerian akan memastikan syarikat pengangkutan ini mendapat kuota subsidi diesel yang sepatutnya, katanya. - Bernama
zerone CONTRIBUTOR
Age: 40 location: Keningau / Kota Kinabalu Points: 1332 Reputation: 0 Number of posts: 1091
Subject: Re: BERITA HARI INI Sat Jun 07, 2008 7:03 am
cayalah ..... correct , correct , correct ............. Hidup BN....
_________________
ikankalui PARTNER
Countries: Age: 32 location: Putatan-Kota Kinabalu Points: 1657 Reputation: 0 Number of posts: 1226
Subject: Re: BERITA HARI INI Sat Jun 07, 2008 8:55 am
Minyak naik - biarkan, biarkan
Ikan Kalui | Jun 05, 08 4:22pm
Minyak naik lagi, biarkan, biarkan Rozmal Malakan Minyak naik lagi 30 sen hari ni Biarkan, biarkan
Tambang bas dah naik, Biarkan, biarkan
Tarif elektrik nak naik Biarkan, biarkan
Rumah kita banjir Biarkan, biarkan
Anak-anak ramai tak sekolah Biarkan, biarkan
Cukai tanah banyak negeri dah naik Biarkan, biarkan
Apa nak kecoh kecoh Zaman Jepun dulu lagi susah Makan ubi kayu, minum air perigi Minyak kita masih murah daripada Thailand, Singapura, Filipina
Biarkan, biarkan Boleh naik lagi... ?
_________________ PROMOSI KEAHLIAN DCL: RM55.00 seumur hidup www.dcl2u.webs.com STOKIS DCL KK Mo jadi member DCL,beli produk DCL,jadi stokis DCL,mo bawa bersukat dsb koll 016 8301909
tony84 CONTRIBUTOR
Age: 25 location: org twu/stay d kgu/jln2 d kk Tag ID:: SFC 02317 Points: 1745 Reputation: 9 Number of posts: 1291
Subject: Re: BERITA HARI INI Sat Jun 07, 2008 9:18 am
Badawi, Samy Vellu, Ong Kah Teng & Karpal Singh ada meeting semalam.
Badawi cakap: "Lembu punya harga sudah naik, kita orang Melayu banyak susah". Samy Vellu cakap: "Kambing punya harga sudah naik, kita orang India banyak susah". Ong Kah Teng cakap: "Babi punya harga sulah naik, kita olang Cina manyak susah". Karpal Singh cakap: "Kalau saya punya naik, lu tiga orang lagi susah".
Age: 25 Points: 1490 Reputation: 0 Number of posts: 2385
Subject: Re: BERITA HARI INI Sat Jun 07, 2008 9:34 am
tony84 wrote:
Badawi, Samy Vellu, Ong Kah Teng & Karpal Singh ada meeting semalam.
Badawi cakap: "Lembu punya harga sudah naik, kita orang Melayu banyak susah". Samy Vellu cakap: "Kambing punya harga sudah naik, kita orang India banyak susah". Ong Kah Teng cakap: "Babi punya harga sulah naik, kita olang Cina manyak susah". Karpal Singh cakap: "Kalau saya punya naik, lu tiga orang lagi susah".
aiya Tony, darimana jg ko dpt joke nie.... banyak betul ooo..... p/s***mau struktur mcmana pun klu minyak suda naik, tatapla smua barang pun naik.....
boy_charger88 CONTRIBUTOR
Age: 21 location: w.p.labuan Points: 1144 Reputation: 0 Number of posts: 1700
Subject: Re: BERITA HARI INI Sat Jun 07, 2008 11:27 am
hahahaha...boleh tahanlah joke ctony nie...hehehe
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Sat Jun 07, 2008 2:19 pm
wa..thanks for replying the post wif nice and wonderful jokes..mantap la..at least baca2 berita ada jua tenang sikit tgk jokes kamu..ba tmrw jgn lupa check berita hari ini...CG will post berita muka dpan jer..
blugu ADMINISTRATOR
Countries: Age: 31 location: Kota Kinabalu-Putatan Tag ID:: SFC02202 Points: 1620 Reputation: 10 Number of posts: 2929
Subject: Re: BERITA HARI INI Sat Jun 07, 2008 3:28 pm
ikankalui wrote:
Minyak naik - biarkan, biarkan
Ikan Kalui | Jun 05, 08 4:22pm
Minyak naik lagi, biarkan, biarkan Rozmal Malakan Minyak naik lagi 30 sen hari ni Biarkan, biarkan
Tambang bas dah naik, Biarkan, biarkan
Tarif elektrik nak naik Biarkan, biarkan
Rumah kita banjir Biarkan, biarkan
Anak-anak ramai tak sekolah Biarkan, biarkan
Cukai tanah banyak negeri dah naik Biarkan, biarkan
Apa nak kecoh kecoh Zaman Jepun dulu lagi susah Makan ubi kayu, minum air perigi Minyak kita masih murah daripada Thailand, Singapura, Filipina
Biarkan, biarkan Boleh naik lagi... ?
Alar taiko, minyak di negara jiran kita Brunei masih murah... itu negara pengeluar minyak mcm kita juga tuh
_________________
guy REGULAR
Age: 23 location: kk Points: 1286 Reputation: 0 Number of posts: 422
Subject: Re: BERITA HARI INI Sat Jun 07, 2008 3:32 pm
ChristyGwen memang bnyk infomasi... maklum lah DIGI kan... ku bersama mu....
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Sat Jun 07, 2008 3:46 pm
guy wrote:
ChristyGwen memang bnyk infomasi... maklum lah DIGI kan... ku bersama mu....
hahaha...bgs buat post bahagian DIGI LATEST PROMOTION kan..haha
lentugi CONTRIBUTOR
Age: 22 location: RuNNow ~ Penampang Sabah Points: 1494 Reputation: 0 Number of posts: 1766
Subject: Re: BERITA HARI INI Sat Jun 07, 2008 3:50 pm
bha....ramai kita bawa luri tangki minyak pi brunei...pas tu stok byk2 di rumah baru syok ndada mo risau sdh
blugu wrote:
ikankalui wrote:
Minyak naik - biarkan, biarkan
Ikan Kalui | Jun 05, 08 4:22pm
Minyak naik lagi, biarkan, biarkan Rozmal Malakan Minyak naik lagi 30 sen hari ni Biarkan, biarkan
Tambang bas dah naik, Biarkan, biarkan
Tarif elektrik nak naik Biarkan, biarkan
Rumah kita banjir Biarkan, biarkan
Anak-anak ramai tak sekolah Biarkan, biarkan
Cukai tanah banyak negeri dah naik Biarkan, biarkan
Apa nak kecoh kecoh Zaman Jepun dulu lagi susah Makan ubi kayu, minum air perigi Minyak kita masih murah daripada Thailand, Singapura, Filipina
Biarkan, biarkan Boleh naik lagi... ?
Alar taiko, minyak di negara jiran kita Brunei masih murah... itu negara pengeluar minyak mcm kita juga tuh
lentugi CONTRIBUTOR
Age: 22 location: RuNNow ~ Penampang Sabah Points: 1494 Reputation: 0 Number of posts: 1766
Subject: Re: BERITA HARI INI Sat Jun 07, 2008 3:51 pm
tony84 wrote:
Badawi, Samy Vellu, Ong Kah Teng & Karpal Singh ada meeting semalam.
Badawi cakap: "Lembu punya harga sudah naik, kita orang Melayu banyak susah". Samy Vellu cakap: "Kambing punya harga sudah naik, kita orang India banyak susah". Ong Kah Teng cakap: "Babi punya harga sulah naik, kita olang Cina manyak susah". Karpal Singh cakap: "Kalau saya punya naik, lu tiga orang lagi susah".
ini lagi la...itu papi pun sula naik oh
sumua naik apa yg turun???
guy REGULAR
Age: 23 location: kk Points: 1286 Reputation: 0 Number of posts: 422
Subject: Re: BERITA HARI INI Sat Jun 07, 2008 4:15 pm
hehehehe... ya lor... klu ada free gift bgtau ja confirm ramai yg p ambil... hehehehe
ChristyGwen wrote:
guy wrote:
ChristyGwen memang bnyk infomasi... maklum lah DIGI kan... ku bersama mu....
hahaha...bgs buat post bahagian DIGI LATEST PROMOTION kan..haha
_________________
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Sat Jun 07, 2008 4:22 pm
Bankrup la bgni..hahaha
anip MODERATOR
Age: 24 location: kk bah.... Points: 1148 Reputation: 0 Number of posts: 967
Subject: Re: BERITA HARI INI Sat Jun 07, 2008 5:27 pm
tony84 wrote:
Badawi, Samy Vellu, Ong Kah Teng & Karpal Singh ada meeting semalam.
Badawi cakap: "Lembu punya harga sudah naik, kita orang Melayu banyak susah". Samy Vellu cakap: "Kambing punya harga sudah naik, kita orang India banyak susah". Ong Kah Teng cakap: "Babi punya harga sulah naik, kita olang Cina manyak susah". Karpal Singh cakap: "Kalau saya punya naik, lu tiga orang lagi susah".
hahahaha lawak TRojennn ko nieh wuahahahaha...apada...aiyoyo
_________________
[IMG] jAngAN tGk LamA2...(MUAH - AHAHA)TEAM KAYU ID = SFC 02859
ProjectD ADMINISTRATOR
Countries: Age: 21 location: Kk-Keningau-Beaufort-Kuching Tag ID:: SFC02081 Points: 3299 Reputation: 10 Number of posts: 6642
Subject: Re: BERITA HARI INI Sat Jun 07, 2008 6:12 pm
kalau beli minyak di negara brunei (untuk kereta berdaftar di malaysia) limit satu kereta petrol $10jak sehari,diesel $6..tuk satu stesen lah....ada stesen2 terpilih jak leh jual minyak tuk kereta malaysia...bkn smua stesen leh jual minyak tuk kreta malaysia...
_________________
MyViVa OrAnGe TeAm SdN.BhD ProjectD baby10
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Sun Jun 08, 2008 12:43 am
Kerajaan prihatin bantu rakyat harungi tempoh sukar: Abdullah PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengumumkan butiran mengenai empat langkah segera awal minggu depan untuk meringankan beban pengguna berikutan kenaikan mendadak harga minyak dan tarif elektrik, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri berkata, empat langkah itu membabitkan tindakan penjimatan kos oleh jabatan dan agensi kerajaan, memperluaskan jaringan jaminan sosial bagi rakyat berpendapatan rendah dan golongan kurang bernasib baik seperti ibu tunggal serta orang kurang upaya, menambah senarai bahan kawalan untuk mengekalkan harga rendah dan meningkatkan jumlah pengangkutan awam seperti bas.
Dalam pertemuan dengan editor kanan di sini semalam, Abdullah berkata, kerajaan amat prihatin dengan beban yang ditanggung rakyat akibat kenaikan harga bahan api dan tarif elektrik.
Beliau berkata, menaikkan harga minyak dan tarif elektrik bukanlah suatu tindakan yang digemari kerajaan tetapi ia terpaksa dilakukan sekarang bagi faedah jangka panjang negara dan generasi akan datang.
Abdullah berkata, pegawai kerajaan yang diamanahkan untuk memperincikan perkara itu akan bertugas sepanjang hujung minggu ini untuk membolehkan langkah berkenaan diumumkan awal minggu depan. Sambil menghuraikan langkah itu, beliau berkata, tindakan penjimatan kerajaan itu termasuk mengurangkan kunjungan ke luar negara dan jumlah pegawai yang terbabit.
Beliau berkata, wang daripada langkah penjimatan di jabatan dan agensi kerajaan akan digunakan untuk perkara lain yang boleh memanfaatkan rakyat.
Mengenai langkah memperluas jaminan jaringan sosial, beliau berkata, ini bermakna memperbesar ambangnya untuk meliputi lebih ramai rakyat dalam golongan berpendapatan rendah dan kumpulan kurang bernasib baik.
Perdana Menteri memberi contoh, jika kini sejumlah kanak-kanak sekolah sudah mendapat pakaian sekolah dan makanan percuma, tetapi pembesaran itu akan bermakna lebih ramai lagi yang boleh mendapat keistimewaan yang sama. Abdullah berkata, kerajaan sedar akan kemungkinan harga makanan turut meningkat berikutan kenaikan harga bahan api dan elektrik, maka bilangan barang perlu dalam senarai harga kawalan akan diperbesar untuk mengekalkan harga rendah.
Langkah itu akan memastikan rakyat tidak dibebani dengan harga makanan yang mahal, katanya.
Perdana Menteri berkata, terdapat bidang lain yang sedang dikaji kerajaan bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat.
Beliau turut mengumumkan penubuhan Majlis Inflasi Negara yang dianggotai wakil kerajaan dan sektor swasta. Ia akan mengadakan mesyuarat pertamanya Isnin ini.
Abdullah berkata, langkah baru itu bertujuan mengurangkan impak negatif terhadap golongan berpendapatan rendah kerana kerajaan sentiasa prihatin akan kebajikan rakyat.
Beliau yakin kerajaan akan berupaya membantu rakyat mengharungi tempoh sukar ini seperti yang berjaya dilakukan ketika kemelesetan ekonomi pada pertengahan 1980an dan krisis kewangan pada 1997.
Katanya, jika kerajaan tidak mengurangkan subsidi minyak, bermakna kerajaan akan terpaksa membelanjakan kira-kira RM28 bilion tahun ini.
Ini adalah langkah kurang bijak jika seseorang itu mengambil kira pendapatan tahunannya kira-kira RM154 bilion, katanya.
Abdullah berkata, kerajaan berjaya dalam mengurangkan defisit belanjawan kepada 3.2 peratus daripada 5.5 peratus pada 2000 tetapi jika ia terus memberi subsidi minyak, maka belanjawan defisit akan meningkat antara 6.0 dan 10 peratus.
Dengan mempunyai bajet defisit yang begitu tinggi akan memberikan impak negatif terhadap penarafan kedaulatan Malaysia walaupun kerajaan tidak sering ke pasaran wang untuk meminjam, katanya.
Bagaimanapun, penurunan rating oleh agensi penarafan akan memberi impak tidak langsung terhadap pinjaman yang dilakukan syarikat Malaysia dan ini bermakna mereka perlu membayar lebih.
Menyentuh saranan sesetengah pihak supaya kerajaan menggunakan dananya untuk memantapkan ekonomi kini, Abdullah berkata, ia bukan suatu tindakan yang wajar dilakukan sekarang.
Katanya, jika berlaku krisis besar ekonomi global atau kemelesetan dan Malaysia telah menggunakan sebahagian besar dananya hanya untuk memberi subsidi minyak, maka akan dilihat negara telah kehabisan modal atau usaha.
Abdullah berkata, dana hanya patut digunakan untuk tujuan memantapkan bagi merangsangkan ekonomi jika berlaku kemelesetan global.
Beliau berkata, sebelum ini ketika kerajaan memberikan subsidi yang besar harga minyak, ramai yang bukan dalam golongan sasarannya seperti rakyat asing, mengambil kesempatan menipu dan penyeludup meraih keuntungan yang lebih daripada skim subsidi itu. - BERNAMA
zerone CONTRIBUTOR
Age: 40 location: Keningau / Kota Kinabalu Points: 1332 Reputation: 0 Number of posts: 1091
Subject: Re: BERITA HARI INI Sun Jun 08, 2008 4:09 pm
Kota Kinabalu: The latest fuel price increase is unacceptable and an insult to the people of Sabah who gave almost 100 per cent support to the Barisan Nasional (BN) in the last general election to stay in power, said Sabah Progressive Party (SAPP) stalwart, Datuk Tham Nyip Shen. "The people of Sabah would not have imagined that this is what they would be getting for supporting the BN in the last election," he said in a statement, Friday.
_________________
Ridzal REGULAR
Age: 35 location: Putatan, Sabah Points: 1131 Reputation: 0 Number of posts: 345
Subject: Re: BERITA HARI INI Sun Jun 08, 2008 8:57 pm
Subject: Real Oil Price for Oil Producing Countries
Date: Thu, 5 Jun 2008 13:35:09 +0800
Our "piggy brain" govt always compared our petrol to non oil-producing
countries like Singapore and Thailand but got no balls to do the comparison
with other oil producing countries like below. Check for yourself: (price after converted to RM)
UAE - RM1.19/litre
Eygpt - RM1.03/litre
Bahrain - RM0.87/litre
Qatar - RM0.68/litre
Kuwait - RM0.67/litre
Saudi Arabia - RM0.38/litre
Iran - RM0.35/litre
Brunei - RM1.10/litre
Nigeria - RM0.32/litre
Turkmenistan - RM0.25/litre
Venezuela - RM0.16/litre
MALAYSIA - RM2.70/litre ( wow...matailah mcm ni.................)
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Mon Jun 09, 2008 10:18 am
RM800j lagi untuk subsidi Peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah RMK-9 dikurang
KOTA KINABALU: Kerajaan mengurangkan RM800 juta peruntukan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), bagi menampung beban membiayai pelbagai subsidi yang diberikan untuk rakyat.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pengurangan peruntukan itu dibuat Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana kerajaan memerlukan dana yang besar untuk subsidi, khususnya makanan.
Bagaimanapun, beliau berkata, pengurangan peruntukan itu tidak akan menjejaskan operasi dan rancangan jangka panjang semua agensi kementerian terbabit kerana pemotongan berkenaan masih kecil berbanding RM18.2 bilion keseluruhan peruntukan kepada Kementerian Pengajian Tinggi di bawah RMK-9.
Katanya, sebahagian besar peruntukan yang dipotong itu membabitkan pembiayaan bagi pelbagai projek pembangunan untuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dikenal pasti dalam kajian separuh penggal RMK-9 sebagai tidak wajar diteruskan.
"Kita di ambang kajian separuh penggal RMK-9 bagi setiap rancangan jangka panjang kerajaan. (Kajian) kali ini tidak meningkatkan peruntukan tetapi mengurangkannya kerana kerajaan memerlukan dana yang besar bagi tujuan memberi subsidi, termasuk makanan. "Ada antara projek yang dicadangkan sudah meningkat kosnya dan mungkin tidak boleh dilaksanakan, manakala yang lain pula didapati tidak diperlukan serta bertindih," katanya selepas majlis pecah tanah Sekolah Perubatan Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini semalam.
Hadir sama, Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Dr Zulkefli A Hassan dan Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin. Projek bernilai RM259 juta itu akan dimulakan tidak lama lagi dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir 2011.
Mohamed Khaled berkata, dalam kajian separuh penggal itu, EPU mendapati ada sesetengah projek di bawah kementerian yang tidak dapat diteruskan antara lain kerana tidak berdaya maju, kosnya meningkat malah mungkin tidak diperlukan.
Kenaikan harga minyak dan krisis makanan yang melanda dunia menyebabkan pelbagai komoditi utama, termasuk beras berkurangan sehingga memaksa kerajaan mengambil langkah segera bagi memastikan bekalan makanan itu mencukupi. Bulan lalu, kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengumumkan pemberian peruntukan tambahan RM803 juta bagi meningkatkan pengeluaran padi dalam jangka masa pendek, termasuk menyediakan bantuan bekalan racun serangga serta baja.
Kerajaan turut bersetuju menambah import beras dari Thailand bagi meningkatkan stok penimbal bahan itu, manakala negara jiran berkenaan pula bersedia memenuhi permintaan Malaysia membeli 500,000 tan beras dengan penghantaran segera antara 100,000 dan 250,000 tan.
Sementara itu, kenaikan harga minyak mentah di pasaran global menyebabkan kerajaan terpaksa mengumumkan langkah drastik menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 78 sen serta RM1 kepada masing-masing RM2.70 dan RM2.58 seliter berkuat kuasa Khamis lalu.
Bagaimanapun, langkah itu masih belum cukup untuk menampung subsidi bahan api yang diberi kerana pada masa sama, kerajaan turut mengumumkan pembayaran rebat kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah serta nelayan.
Mohamed Khaled berkata, walaupun peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi dikurangkan, pihaknya akan tetap memberi perhatian serius kepada program pembangunan modal insan di negara ini khususnya dalam bidang strategik.
Sebagai contoh, katanya, pihaknya akan meneruskan cadangan pembinaan hospital yang menyediakan peluang luas untuk pelajar Kursus Perubatan mempraktikkan ilmu berkenaan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Katanya, langkah itu perlu kerana daripada sembilan IPTA yang menawarkan kursus perubatan di negara ini, hanya Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) mempunyai hospital berkenaan.
"Ia penting bagi melahirkan lebih ramai doktor perubatan berbanding hanya 1,300 setahun sekarang. Kementerian mahu nisbah seorang doktor untuk 1,350 penduduk sekarang ditingkatkan kepada seorang doktor bagi 650 penduduk pada masa depan," katanya.
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Mon Jun 09, 2008 10:26 am
Seludup kanak-kanak NEGARA dikejutkan dengan kes penjualan dan pembelian bayi didalangi sindiket yang turut membabitkan doktor klinik swasta, kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan warga asing di Johor Bahru, baru-baru ini.
Kes terbabit terbongkar selepas polis berjaya menyelamatkan empat bayi berusia antara tujuh bulan hingga setahun dan menahan 23 individu, termasuk tiga rakyat Singapura dalam satu operasi - Ops Kasih.
Rentetan kes itu timbul pelbagai persoalan termasuk isu pengambilan anak angkat, kes pembuangan bayi dan sindiket menggunakan khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan bayi dan penyeludupan kanak-kanak.
Hakikatnya, isu jual beli serta penyeludupan bayi dan kanak-kanak bukan hanya isu tempatan malah ia menjadi topik besar yang sering dibincangkan pada peringkat global.
Bayi perempuan lebih mahal
PENYELUDUPAN manusia adalah jenayah perniagaan ketiga terbesar di dunia selepas penyeludupan dadah dan senjata api yang dianggarkan menjana pendapatan antara RM224 juta hingga RM320 juta (AS$7 hingga AS$10 juta) setahun bagi setiap orang yang diseludup.
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pula menganggarkan RM48 bilion (AS$15 bilion) setahun diperoleh daripada pendapatan sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak.
Kedua-dua angka berkenaan jelas menunjukkan perniagaan orang menguntungkan walaupun risiko untuk menjalankan kegiatan itu tidak setinggi penyeludupan senjata api dan dadah.
Mengikut laporan Unicef, penyeludupan bayi dan kanak-kanak dijalankan sindiket untuk tujuan dijual bagi dijadikan buruh, pengemis, pekerja seks, tentera upahan atau pekerja ladang selain memenuhi kehendak kemanusiaan - membantu pasangan yang tidak dapat anak dan menyediakan kanak-kanak dengan kehidupan lebih baik.
Di negara maju, permintaan terhadap bayi dan kanak-kanak ini meningkat kerana permasalahan reproduktif seperti sukar mendapat anak kerana masalah kesihatan, kahwin lewat dan keengganan mengandung. Selain itu, langkah mengambil anak angkat adalah usaha kemanusiaan bagi membantu mengurangkan beban keluarga miskin yang mempunyai ramai anak atau jaminan kehidupan lebih baik kepada bayi yang lahir di negara dunia ketiga.
Ini termasuk apa yang dilakukan artis Hollywood seperti Madonna dan Angelina Jolie yang mengambil anak angkat dari rumah kebajikan di benua Afrika. Mereka mahu memberikan kehidupan lebih bermakna kepada bayi berkenaan yang datang dari keluarga miskin.
Mengikut laporan akhbar The Telegraph UK, kebanyakan pasangan Nigeria menjual bayi dan kanak-kanak masing-masing kerana mahu memastikan kehidupan lebih baik diperoleh anak berbanding mereka yang hidup dalam kemiskinan.
Seorang bapa Kola Woniye, 32, mengakui beliau sekeluarga hidup selesa selepas menjual dua bayinya kepada seorang ejen dengan harga RM30,000 (£5,000).
Beliau berkata, tindakannya itu bagi memberikan kehidupan yang lebih baik kepada anak yang dijual itu.
“Ejen yang menjual anak kami memberi jaminan anak kami yang dijual itu akan mendapat kehidupan yang lebih baik di Eropah, maka saya tidak ragu menjualnya” katanya.
Mengikut laporan akhbar itu, seorang bayi dan kanak-kanak dijual pada harga 1 juta naira (£2,500) atau RM15,000 manakala bayi 10 bulan ke bawah pada harga RM12,000 (£2,000). Gadis remaja termasuk yang mengandung pula bersedia menjualkan bayi mereka dengan harga kurang RM6,000 (£1,000).
Sementara itu, kumpulan sindiket penjualan bayi antarabangsa yang beroperasi dari Lagos, Nigeria ketika ditemui mengakui mereka menjual sekurang-kurangnya 5,000 bayi dan kanak-kanak setahun ke seluruh dunia termasuk Britain.
Washington Post Foreign Service pula melaporkan sejak sedekad lalu, ramai rakyat Amerika Syarikat mula menjadikan bayi dan kanak-kanak dari benua China sebagai anak angkat, menyebabkan permintaan terhadap bayi berkenaan meningkat.
Jika dulu, pasangan China lebih suka mendapat anak lelaki berbanding perempuan kerana kepercayaan tradisi mereka, kini semuanya berubah apabila harga yang ditawarkan untuk bayi perempuan menjadi anak angkat lebih mahal bayarannya.
Dilaporkan, pada 2005, Amerika Syarikat mengeluarkan 8,000 visa untuk anak warga China yang dijadikan anak angkat oleh pasangan negara berkenaan dan laporan turut menyebut, lebih 50,000 kanak-kanak meninggalkan China sejak 1992.
Mengikut laporan China pula, lebih 10,000 kanak-kanak dihantar ke negara lain untuk dijadikan anak angkat dalam tempoh yang sama.
Harga yang ditawarkan bagi seorang bayi atau kanak-kanak perempuan mencecah RM9,300 (AS$3,000) manakala bayi lelaki pada harga RM6,200 (AS$2,000).
Permintaan yang tinggi itu kemudian menyebabkan bertambahnya kes penculikan membabitkan bayi perempuan di wilayah pedalaman China. Dipercayai, pusat perlindungan kanak-kanak turut bersubahat dengan penjenayah menculik bayi perempuan bagi dijual untuk dijadikan anak angkat.
Bagaimana penyeludup berjaya memboloskan bayi dan kanak-kanak untuk penyeludupan tanpa disedari penguat kuasa?
Ada dua teori diberikan Unicef, iaitu sindiket yang turut didalangi pegawai kerajaan atau kegiatan rasuah di pintu sempadan dan di pejabat kerajaan selain kebijaksanaan penyeludup yang menggunakan pelbagai taktik hasil kemajuan pengangkutan dan telekomunikasi.
Bagi penyeludupan membabitkan negara dalam satu benua, biasanya bayi dan kanak-kanak ini diseludup melalui jalan laut seperti mana berlaku di benua Afrika, yang mana anak-anak kecil dari Benin, Togo dan Nigeria dihantar ke Gabon dengan kapal atau bot.
Kanak-kanak dari Mali dan Burkina Faso di seludup ke Cost Ivory melalui darat, begitu juga ke Asia Barat dan negara Teluk, anak-anak kecil dibawa melalui padang pasir menyeberangi sempadan.
Di Eropah, kebanyakan bayi dan kanak-kanak yang diseludup dari Eropah Timur seperti Romania, Albania dan Republik Czech, malah dari benua Afrika juga didalangi mereka yang ada kaitan dengan pihak berkuasa dan agensi kerajaan.
Kebiasaannya, bayi dan kanak-kanak yang mahu diseludup ini tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, namun, mereka dapat bolos merentasi sempadan kerana adanya dokumen palsu atau mereka disahkan oleh pegawai kerajaan seperti imigresen menjadi warga negara atau masuk dengan visa yang diselewengkan.
Menurut laporan Unicef, bayi yang diseludup masuk ke Eropah mempunyai visa sebagai pelajar, pelancong atau diisytihar sebagai pelarian dibawa masuk mengikut laluan yang sama bagi penyeludupan orang dewasa.
Begitu juga di Singapura, yang mana anak dari Malaysia, Sri Lanka, Indonesia, Vietnam dan China dibawa masuk secara sah menggunakan dokumen dan visa yang diseleweng menggunakan khidmat pegawai kerajaan yang dirasuah atau pegawai itu sendiri yang mendalangi kegiatan yang menguntungkan itu.
anip MODERATOR
Age: 24 location: kk bah.... Points: 1148 Reputation: 0 Number of posts: 967
Subject: Re: BERITA HARI INI Mon Jun 09, 2008 11:53 am
sudala seludup barang...mau seludup bayi dan kanak2 lagik huh.......
_________________
[IMG] jAngAN tGk LamA2...(MUAH - AHAHA)TEAM KAYU ID = SFC 02859
jaguar SUPERIOR
Countries: Age: 25 location: kk,Run-Now,Brunai Points: 1255 Reputation: 0 Number of posts: 2130
Subject: Re: BERITA HARI INI Mon Jun 09, 2008 11:54 am
wau banyak cerita hangat terkini....teruskan CG...
_________________ *www.sioloon.com*
boy_charger88 CONTRIBUTOR
Age: 21 location: w.p.labuan Points: 1144 Reputation: 0 Number of posts: 1700
Subject: Re: BERITA HARI INI Mon Jun 09, 2008 11:57 am
seludup bayi lg.........aduh mcm2lah dunia sekarng
RBN76 SUPERIOR
Age: 31 location: ANYWHERE AND ANYTIME Points: 1217 Reputation: 0 Number of posts: 2167
Subject: Re: BERITA HARI INI Mon Jun 09, 2008 12:03 pm
bla..bla..bla..bla..apa buli buat,kita byk komen dan cakap,inda guna dong....bukan dapat balik apa yg telah dikecapi..tapi merana seumur hidup.siapa lahir..plup....hutang mula hinggap.dari dulu sampai sekarang,hidup utk byr bil2 dan utanggggggg....hahahaha
shalina7981 SUPERIOR
Age: 30 location: papar-putatan-tg aru-asia city kk Points: 1437 Reputation: 0 Number of posts: 2048
Subject: Re: BERITA HARI INI Mon Jun 09, 2008 12:04 pm
menteri senanglah tak tangung susah kereta dr kerajaan minyak makan pun semua kena bagi...kita mkan pasirlah..atau tu tayar kereta saja..........
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Tue Jun 10, 2008 5:30 pm
ya ba kan..sakit sakit..minyak naik..elektrik naik..beras naik...soma naik..tapi...gaji nda pndai naik..mcm ni...
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Tue Jun 10, 2008 5:37 pm
Mayat wanita tanpa identiti ditemui ditikam di ladang kelapa sawit
NIBONG TEBAL: Mayat seorang wanita dipercayai warga asing ditemui dengan beberapa kesan tikaman di badan dan leher di dalam parit di sebuah ladang kelapa sawit di Changkat Dain, Sungai Jawi di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat, berkata mayat tanpa identiti itu ditemui orang awam yang lalu di kawasan itu pada kira-kira jam 10 pagi.
Mangsa, yang berseluar jean biru, berbaju-t berwarna coklat dan memakai kasut sukan, dipercayai berusia lingkungan 30-an, katanya.
"Terdapat beberapa kesan tikaman di leher, badan dan dada mangsa yang berketinggian kira-kira 1.5 meter dan bertubuh gempal itu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.
Katanya, wanita itu dipercayai terlebih dulu dibunuh di tempat lain.
"Mangsa mungkin dibunuh beberapa jam sebelum ditemui di kawasan itu berikutan keadaan mayatnya yang masih elok,” katanya. Shafien berkata, pihaknya turut menemui dua bilah pisau berhampiran mayat mangsa dan siasatan dibuat untuk memastikan sama ada senjata itu digunakan dalam kejadian itu.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah SPS melalui talian 04-5824222. - Bernama
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Tue Jun 10, 2008 5:46 pm
Kerajaan galak rakyat bekerja sambilan untuk tambah pendapatanKUALA LUMPUR: Kerajaan akan menggalakkan rakyat melakukan pekerjaan sambilan bagi menambah pendapatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Amirsham Abdul Aziz, hari ini.
Beliau berkata, langkah itu antara pendekatan jangka panjang dalam menangani krisis makanan dan kenaikan harga barang yang sedang dihadapi ketika ini.
Sehubungan itu, beliau meminta pentadbiran kerajaan dan swasta melonggarkan syarat bagi membolehkan rakyat memperoleh pendapatan tambahan dengan menceburi kerja sambilan.
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Tue Jun 10, 2008 5:55 pm
'Brazil' Mahu Hadiah Euro Buat Sepanyol NEUSTIFT (Austria): Negara yang paling berjaya dalam dunia bola sepak tidak mempunyai tempat dalam Kejuaraan Eropah, namun bagi seorang pemain kelahiran Brazil, dia masih berharap untuk mengecapi kejayaan dalam Euro 2008.
Marcos Senna yang bermain di bahagian tengah untuk kelab teratas liga Sepanyol, Villarreal, dilahirkan di Rio de Janeiro, 31 tahun lalu tetapi sudah mendapat kerakyatan baru dan kini menyimpan hasrat menjadi pemain Brazil pertama menjulang piala berprestij itu.
Ini kerana, seorang lagi pemain kelahiran Brazil, Deco yang turut mendapat kerakyatan Portugal, gagal dalam misinya empat tahun lalu apabila pasukannya tewas di final.
Senna memenangi Kejuaraan Kelab Dunia dengan Corinthian pada 2000 dan menjadi salah seorang daripada lima bintang samba pada tahun ini yang beraksi di Euro 2008, bersama dengan Deco dan Pepe yang mewakili Portugal, Roger Guerreira dari Poland serta pemain Jerman, Kevin Kuranyi.
Jumlah itu sepatutnya enam orang, tetapi bintang Arsenal yang memiliki kerakyatan Croatia, Eduardo terlepas saingan kali ini akibat kecederaan.
“Memang saya berhajat untuk menjadi orang Brazil pertama memenangi Kejuaraan Eropah,” kata Senna. “Brazil mengeksport ramai pemain hampir ke seluruh dunia. Selepas menghabiskan masa beberapa tahun di negara baru, mereka merasakan sudah sedia untuk menjadi rakyat negara baru itu.”
Senna tidak memikirkan sama ada dia masih berpeluang untuk menyarung jersi Brazil.
“Ia tidak pernah ada dalam fikiran saya. Saya suka bermain untuk Sepanyol,” katanya.
“Ramai pemain meninggalkan Brazil pada usia muda disebabkan tarikan wang di negara lain dan mereka berhijrah sebelum mendapat peluang untuk bermain di peringkat antarabangsa bersama Brazil,” katanya. Marcos Antonio Senna Da Silva datang ke Sepanyol pada 2002 dan membantu Villarreal merebut tempat ke Liga Juara-Juara selepas mereka menamatkan musim di belakang Real Madrid.
Sebulan sebelum musim tamat, dia menjaringkan gol selepas melakukan tendangan lambung dari jarak 50 meter apabila mendapati penjaga gawang meninggalkan gol dan dia menyifatkan jaringan itu adalah yang paling cantik dalam kerjayanya.
Senna hanya menjaringkan empat gol pada musim berkenaan. Namun kini dia dianggap alternatif utama bagi menggantikan pemain kelab Liga Perdana Inggeris, Xabi Alonso dan dia kelihatan berjaya memikat hati jurulatih Luis Aragones untuk diturunkan bagi menentang Russia hari ini. - AFP
anip MODERATOR
Age: 24 location: kk bah.... Points: 1148 Reputation: 0 Number of posts: 967
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Jun 11, 2008 3:09 am
kerajaan nie patut di ganti ba ..... tension ba jimat apakan mau kita pakai beskal....org2 dia sanang2 ja kumpul harta naik keta mewah ....umah besar...rakyat macam itu hamba abdi jak huh......
_________________
[IMG] jAngAN tGk LamA2...(MUAH - AHAHA)TEAM KAYU ID = SFC 02859
RBN76 SUPERIOR
Age: 31 location: ANYWHERE AND ANYTIME Points: 1217 Reputation: 0 Number of posts: 2167
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Jun 11, 2008 8:00 am
wah..life betul buliten utama ni....inda payah tengok tv3 lagi lah ni....
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Jun 11, 2008 10:54 am
Telefon bimbit jejas tumpuan remaja LONDON: Satu kajian terbaru mendakwa remaja yang menghantar lebih lima Sistem Pesanan Ringkas (SMS) sehari dan kerap berbual menerusi telefon bimbit, berdepan masalah sukar tidur atau menikmati tidur berkualiti.
Malah, sekumpulan penyelidik Sweden itu turut memberi amaran, remaja yang kerap menggunakan SMS dan telefon bimbit itu juga mengalami tekanan yang boleh menyebabkan mereka menjadi perokok atau minum arak bagi mengatasi masalah itu.
Laman web akhbar Daily Telegraph melaporkan semalam, kajian penyelidik di Akademi Sahlgren di Gothenburg, Sweden juga mendapati golongan muda itu mengalami masalah tidur yang menjejaskan tumpuan berbanding rakan sebaya yang tidak banyak menggunakan alat perhubungan itu.
Kalangan pengguna telefon bimbit yang tegar itu didapati berasa lebih letih dan lesu pada siang hari dan terpaksa meminum kopi bagi memastikan mereka dapat terus berjaga.
“Ramai di antara mereka ini yang berdepan tekanan untuk menamatkan perbualan mereka biarpun sudah melepasi waktu tidur.
“Lebih membimbangkan, tekanan sedemikian menyebabkan mereka lebih mudah untuk merokok atau minum arak,” kata ketua penyelidik, Dr Gaby Badre ketika membentangkan hasil penyelidikan itu pada mesyuarat tahunan ke-22, Persatuan Penyelidik/Profesional Masalah Tidur (APSS) di Baltimore. “Remaja itu juga didapati lebih lesu dan kurang memberi tumpuan berbanding rakan sebaya lain.”
Hasil itu berdasarkan kajian penyelidik Sweden berkenaan ke atas 21 remaja sihat berusia 14 hingga 20 tahun yang menjalani jam persekolahan yang biasa dan tidak mengalami sebarang masalah tidur.
Responden itu kemudian diasingkan kepada dua kumpulan, yang pertama membabitkan mereka melakukan kurang lima panggilan sehari atau menghantar kurang lima SMS bagi tempoh sama.
Kumpulan kedua adalah mereka yang menggunakan telefon bimbit itu sekurang-kurangnya 15 kali sehari. - Agensi
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Jun 11, 2008 10:57 am
Mahathir ugut hakim Bekas PM ancam pecat jika penghakiman tak berpihak kerajaan
KUALA LUMPUR: Seorang Hakim Mahkamah Tinggi secara terbuka kelmarin mendakwa, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pernah mengugut untuk melucutkan jawatan mana-mana hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan, 11 tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Sibu, Datuk Ian HC Chin, membuat pendedahan itu sebelum mendengar petisyen pilihan raya yang difailkan calon DAP bagi Parlimen Sarikei, Wong Hua Seh, bagi mencabar keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Ding Kuong Hiing.
Ketika memulakan prosiding berkenaan, Chin berkata, dalam Persidangan Hakim pada 24 April 1997, Perdana Menteri ketika itu secara jelas mengugut akan menggunakan tribunal khas untuk menyingkirkan hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan.
Akhbar The Borneo Post semalam melaporkan, ugutan itu dibuat tiga hari selepas Chin membuat keputusan berhubung petisyen pilihan raya kerusi Bukit Begunan yang memihak kepada calon Bebas, Donald Lawan pada 21 April 1997. Kerusi berkenaan sebelum itu dimenangi calon BN, Mong anak Dagang.
"Perdana Menteri ketika itu menyuarakan rasa tidak gembira dengan keputusan berkenaan dan beliau merujuk kes itu sebagai 'the Borneo Case' serta bertanya sama ada hakim yang membuat keputusan itu, hadir pada persidangan terbabit. "Apa yang saya dedahkan ini berlaku selepas dua penghakiman saya iaitu keputusan kes petisyen pilihan raya kerusi Bukit Begunan dan saman fitnah pada 5 Februari 1997 (Raveychandran v Lai Su Chon & Ors).
"Dalam penghakiman saman fitnah itu, saya merujuk kepada kes 'MGG Pillai V Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun & Other Appeals (1995) 2 MLJ 493' dan menjadikannya alasan untuk menolak pemberian pampasan yang luar biasa tinggi dalam kes saman fitnah terhadap keperibadian seseorang," katanya dipetik oleh The Borneo Post.
Laporan yang turut disiarkan oleh laman Majlis Peguam Malaysia itu juga memetik Chin sebagai berkata, tiada seorang pun yang menghadiri persidangan itu meragui bahawa Dr Mahathir merujuk kepada kes petisyen pilihan raya umum berkenaan walaupun tidak menyatakannya secara khusus.
Selepas membuat ugutan itu, bekas Perdana Menteri turut memberi pendapat bahawa seseorang wajib dikenakan bayaran ganti rugi yang tinggi dalam kes saman fitnah. Chin berkata, persidangan itu disusuli sesi dialog tetapi pada hakikatnya hanya satu pihak (Dr Mahahtir) bercakap, manakala yang lain mendengar walaupun laporan Bernama yang disiarkan oleh 'The Daily Express' pada 25 Mei 1997 melaporkan sebaliknya.
"Hanya seorang Hakim Mahkamah Rayuan memberi maklum balas dengan bertanya sama ada beliau (Dr Mahathir) akan gembira sekiranya sejumlah RM1 juta ditetapkan sebagai ganti rugi dalam kes saman fitnah.
"Beliau (Dr Mahathir) bersetuju dengan cadangan itu dan menunjukkan rasa puas hatinya dengan memberi kenaikan pangkat kepada hakim berkenaan (kini sudah meninggal dunia) ke Mahkamah Persekutuan apabila wujud kekosongan walaupun ada ramai hakim yang lebih kanan.
"Saya amat kecewa dengan semua ini tetapi beberapa Hakim Mahkamah Persekutuan menemui saya selepas sesi dialog itu dan memberi nasihat jangan mempedulikannya. Malah, yang lebih melegakan saya apabila seorang Hakim Mahkamah Tinggi menyifatkan perbuatan bekas Perdana Menteri itu sebagai keterlaluan.
"Seingat saya, sejurus selepas bekas Perdana Menteri itu mengambil alih pentadbiran negara, beliau giat berkempen membanteras rasuah dan mahu setiap orang takutkan Tuhan tetapi berdasarkan apa yang berlaku pada persidangan itu, ternyata beliau mahu orang takut untuk membuat penghakiman yang tidak disukainya," kata Chin.
Chin berkata, selepas persidangan itu, beliau menyertai satu bengkel antara 26 hingga 30 Mei 1997 bersama beberapa hakim dan pegawai kehakiman yang didakwanya berlaku usaha mempengaruhi mereka supaya berpegang kepada pandangan bahawa kepentingan kerajaan harus diberi keutamaan mutlak apabila membuat penghakiman.
"Saranan yang keji itu dilakukan Presiden Mahkamah Rayuan sendiri dan tiada siapa pun bersuara ketika sesi soal jawab. Pencabulan keadilan tidak berakhir di situ. Suatu pagi, rakan sejawat, Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang menemui saya ketika kami bersama-sama berkhidmat di Kuching.
"Beliau menyuarakan kekecewaan berikutan panggilan telefon daripada Ketua Hakim Negara ketika itu, meminta beliau menolak petisyen pilihan raya yang akan didengar di Kota Kinabalu.
"Kamil meminta pendapat saya. Kami menimbang kemungkinan membuat laporan polis atau menulis kepada Ketua Hakim Negara bagi merekodkan apa yang dicakapkan menerusi telefon tetapi beliau memutuskan tidak melakukan apa-apa kerana tiada bukti melainkan dakwaannya terhadap Ketua Hakim Negara," katanya.
Chin berkata, beliau bagaimanapun gembira kerana Muhammad Kamil tidak tunduk kepada tekanan Ketua Hakim Negara ketika mendengar petisyen pilihan raya itu dan seterusnya membuat penghakiman berdasarkan undang-undang serta bukti yang dikemukakan.
Selepas membuat pendedahan itu, Chin meminta kedua-dua pihak terbabit dalam petisyen pilihan raya Parlimen Sarikei, yang didengarinya itu, membuat keputusan sama ada mahu beliau menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.
"Walaupun beliau (Dr Mahathir) kini bukan lagi Perdana Menteri dan tidak boleh mengugut untuk melucutkan jawatan mana-mana hakim dan tidak sepatutnya digeruni hakim, gabungan parti yang pernah diterajuinya masih berkuasa dan responden kedua dalam kes ini menang atas tiket gabungan itu. Jadi mungkin ada yang berpendapat saya masih menyimpan dendam terhadap mana-mana pihak.
"Oleh itu, saya mahu mendengar daripada pihak berkenaan (peguam atau mereka yang terbabit) sama ada wujud kebimbangan seumpama itu dan mahu memohon supaya saya menarik diri. Kerana pendedahan ini, pihak yang terbabit dalam sebahagian besar penghakiman saya sejak insiden 1997 tentu bimbang kemungkinan saya tunduk kepada tekanan sehingga mempengaruhi penghakiman.
"Tiada kata-kata yang dapat melenyapkan semua kebimbangan itu. Anda perlu membaca penghakiman saya dan memutuskan sama ada ia berasaskan bukti dan undang-undang atau sebaliknya dipengaruhi ugutan," katanya.
Chin kemudian menangguhkan kes yang didengarinya kelmarin selama setengah jam bagi membolehkan pihak berkenaan membuat keputusan tetapi mereka mahu beliau terus mendengar petisyen terbabit. Petisyen itu difailkan Wong pada 24 April lalu bagi mengisytiharkan kemenangan Ding dengan perbezaan tipis 51 undi, sebagai batal dan tidak sah.
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Jun 11, 2008 11:04 am
Ronaldo tutup mulut isu Real Madrid
MANCHESTER: Secara terbuka, Cristiano Ronaldo berkata fokusnya ketika ini hanya satu - membantu Portugal menebus kehampaan sekadar bergelar naib juara, empat tahun lalu, dengan aksi cemerlang pada Euro 2008.
Malah bintang muda Portugal itu juga enggan langsung melayan sebarang pertanyaan mengenai persoalan sama ada kekal bersama Manchester United di England ataupun mencuba nasib bersama gergasi Sepanyol, Real Madrid.
Tetapi itu tidak menghalang ‘keributan’ tercipta, dengan United sudahpun ‘mengheret’ Real untuk diadili oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa). United mengemukakan aduan rasmi gara-gara usaha Real memancing Ronaldo biarpun kontraknya akan hanya berakhir, empat tahun lagi.
“Pada 27 Mei, kami secara jelas menyatakan akan melaporkan Real kepada Fifa jika kelab itu terus membabitkan diri dengan persoalan masa depan Ronaldo. Malangnya, Real tidak patuh dan kami berasakan tiada pilihan lain kecuali mengemukakan aduan rasmi,” menurut kenyataan United kepada media.
Fifa mengesahkan sudah menerima aduan berkenaan dan menegaskan betapa badan induk itu perlukan masa untuk mengkaji sebelum mengambil tindakan sewajarnya. Pengurus United, Sir Alex Ferguson, secara terbuka mengecam usaha Real memancing Ronaldo dan bertegas pemain itu tidak akan meninggalkan Old Trafford.
Buat tambah memburukkan keadaan, rakan sejawatnya di Real. Bernd Schuster pula membalas dengan kenyataan terbuka betapa Ronaldo adalah sasaran utama kelab itu sebelum musim baru bermula,
Ronaldo sendiri, di sebalik sikap membisunya, tambah mengusutkan keadaan apabila difahamkan turut enggan menjawab panggilan telefon ataupun membalas kiriman mesej daripada Ferguson.
Dia tampak begitu serius untuk patuh kepada ketegasan tidak diganggu daripada tugas membantu Portugal yang sudahpun menang 2-0 ketika aksi pembukaan Kumpulan A mereka menentang Turki. Skuad bimbingan Luis Scolari itu, dengan Ronaldo selaku kapten, tampak dalam kedudukan selesa untuk ke suku akhir daripada kumpulan yang turut dianggotai tuan rumah bersama Euro 2008, Switzerland dan Republik Czech. - Agensi
iealza JUNIOR
Age: 28 location: kota kinabalu Points: 1363 Reputation: 0 Number of posts: 168
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Jun 11, 2008 11:12 am
punyalah byk betul ko dpt information ne CG..bule taan ko arr..bukan lagi talian astro ko guna tp parabola gtu...hihi..truskan informasi anda tu..hiihhi
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Jun 11, 2008 12:25 pm
iealza wrote:
punyalah byk betul ko dpt information ne CG..bule taan ko arr..bukan lagi talian astro ko guna tp parabola gtu...hihi..truskan informasi anda tu..hiihhi
haha..untuk kebaikan bersama ba tu...
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Jun 11, 2008 12:31 pm
Incest dungeon girl wakes from coma
(CNN) -- A 19-year-old girl whose hospitalization exposed a shocking Austrian incest case has woken from her coma, a development that could shed new light on what occurred in the basement were she was held captive for decades.
Doctors placed Kerstin Fritzl in an artificial coma in April after she emerged for the first time from the cellar where she was held captive from birth by her father Josef.
Kerstin, along with six other children, was born from Josef Fritzl's incestuous relationship with his daughter Elisabeth, now 43, whom he raped repeatedly during the 24 years she was imprisoned beneath his home.
Police say Fritzl, 73, has confessed to holding his Elisabeth captive and fathering seven children, six of whom survived.
Kerstin was admitted to hospital in Amstetten, west of Vienna, in an unconscious state after Elisabeth persuaded Fritzl that she needed medical attention. Suspicious medics alerted police, who opened an investigation.
Detectives began investigating the case after hospital officials started inquiring about the girl's family history.
Kerstin and two of her brothers, aged 18 and 5, had spent their entire lives in trapped the cellar with their mother, never seeing daylight, a television their only contact with the outside world.
Doctors placed Kerstin Fritzl in an artificial coma in April after she emerged for the first time from the cellar where she was held captive from birth by her father Josef.
Kerstin, along with six other children, was born from Josef Fritzl's incestuous relationship with his daughter Elisabeth, now 43, whom he raped repeatedly during the 24 years she was imprisoned beneath his home.
Elisabeth and her children have been treated at a secure medical unit since their release.
Officials at hospital in Amstetten, Austria, did not release any more information about Kerstin Fritzl's condition. A news conference on the case is scheduled for Wednesday.
Last edited by ChristyGwen on Wed Jun 11, 2008 3:49 pm; edited 1 time in total
TRU247 CONTRIBUTOR
Age: 22 location: Penampang Points: 1164 Reputation: 0 Number of posts: 1000
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Jun 11, 2008 12:48 pm
man wihout heart is like a dog better be run down by trains!! 24years raping.. now dia 73years old and still keeping them hostage..? think he'll live for ages..punya BODOH~! :evil:
_________________
Yen MODERATOR
Countries: Age: 24 location: sabah Tag ID:: 02452 Points: 1291 Reputation: 0 Number of posts: 836
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Jun 11, 2008 3:20 pm
christy...punya bnyk news ko ni...
tp yg paling bikin shocked the last news u've posted....jijik nya....
_________________ 'wHaT gOeS aROuND CoMeS ArOuND....eVerYtHiNg HaPPeNs FoR a ReAsoN'
TAG ID NO = SFC 02452
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Jun 11, 2008 3:52 pm
TRU247 wrote:
man wihout heart is like a dog better be run down by trains!! 24years raping.. now dia 73years old and still keeping them hostage..? think he'll live for ages..punya BODOH~! :evil:
Gila o0 py org tua.,.I cant imagine o0 smpai blh ada anak dgn anak sendiri...what a cruel world...
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Jun 11, 2008 3:53 pm
Yen wrote:
christy...punya bnyk news ko ni...
tp yg paling bikin shocked the last news u've posted....jijik nya....
ari2 update kan..untuk kebaikan bersama... yg last post tu..mo ditembak eh org tua tu..Gila..
darrengt CONTRIBUTOR
Countries: Age: 28 location: kota kinabalu Points: 1280 Reputation: 0 Number of posts: 1250
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Jun 11, 2008 4:31 pm
coba ko kasi berita apa kebaikan digi prepaid atau postpaid buli kah 2...saya kira2 mahu register lah
_________________
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Jun 11, 2008 6:20 pm
Incest dungeon girl reunited with family (latest update - Incest dungeon girl wakes from coma)
(CNN) -- The 19-year-old Austrian girl held captive since birth by her father in a basement, has been reunited with her family after waking from a medically-induced coma.
A lawyers for the family said Wednesday that Kerstin Fritzl, one of seven children whom authorities say Josef Fritzl confessed to fathering, met with other family members on Sunday, shortly after doctors woke her from an artificially induced coma she had been in for weeks.
Kerstin was admitted to hospital in Amstetten, west of Vienna, on April 19 in an unconscious state after her mother Elisabeth persuaded Fritzl that she needed medical attention. Suspicious medics alerted police, who opened an investigation.
Police say Fritzl, 73, has confessed to holding his Elisabeth captive and fathering seven children, six of whom survived. Detectives began investigating the case after hospital officials started inquiring about the girl's family history.
Doctors for Kerstin say she was treated for multiple organ failure but is making a 'remarkable recovery' and can now speak, stand and walk with assistance.
The two parts of the family -- those who were locked in a basement, like Kerstin, and those who lived above ground, apparently unaware of the abuse -- are getting to know each other again, the doctors and lawyer said at a media conference.
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Jun 11, 2008 6:26 pm
Austria incest suspect's custody extended (Incest dungeon girl wakes from coma)
VIENNA, Austria (AP) -- An official says an Austrian judge has ruled that a man accused of fathering seven children with a daughter he held captive for 24 years should remain in custody.
St. Poelten prosecutor Gerhard Sedlacek says the decision extends Josef Fritzl's pretrial detention by two months. It has been made Friday during a routine, closed-door session required under Austrian law.
The 73-year-old Fritzl was formally placed in confinement April 29. He is expected to be charged once investigations are completed.
Authorities say Fritzl confessed to locking up his daughter Elisabeth and repeatedly raping her.
Officials also say Fritzl told them three of the children were raised in a cellar at his home in Amstetten, Austria, while three others were brought up above ground, and one died in infancy.
anip MODERATOR
Age: 24 location: kk bah.... Points: 1148 Reputation: 0 Number of posts: 967
Subject: Re: BERITA HARI INI Wed Jun 11, 2008 6:50 pm
adedeh niela DUNIA yg sentiasa berpusing.....sadis :arrow:
_________________
[IMG] jAngAN tGk LamA2...(MUAH - AHAHA)TEAM KAYU ID = SFC 02859
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Thu Jun 12, 2008 9:37 am
Harga minyak kekal tahun ini Gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan mulai Ogos: PM
PUTRAJAYA: Kabinet semalam memutuskan harga pasaran petrol dan diesel tidak akan dinaikkan lagi sepanjang tahun ini, manakala gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan iaitu pada pertengahan dan hujung bulan, mulai Ogos.
Keputusan mengekalkan harga pasaran petrol dan diesel walaupun harga petroleum mentah dunia terus meningkat, bertujuan meringankan beban rakyat yang masih menyesuaikan diri dengan peningkatan harga bahan api itu sejak minggu lalu.
Bayaran ansuran gaji kakitangan awam pula bagi membantu pengurusan perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah berikutan kenaikan harga minyak. Potongan seperti cukai pendapatan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dilakukan dalam pembayaran separuh kedua gaji pada hujung bulan.
Dua langkah itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada sidang media khas di pejabatnya di sini, petang semalam.
Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, mekanisme subsidi 30 sen bagi setiap liter petrol dan diesel seperti diumumkan minggu lalu, tidak dapat diteruskan kerana harga minyak mentah dunia meningkat mendadak kepada AS$139 Ahad lalu dan kini masih pada paras lebih AS$130 setong. "Dengan kenaikan itu, harga pasaran bagi petrol juga meningkat kepada kira-kira RM3.45 seliter dan sekiranya kerajaan mengamalkan mekanisme subsidi 30 sen seliter, maka ia perlu diubah daripada RM2.70 seliter kepada RM3.15 seliter bulan depan.
"Namun, kerajaan sedar rakyat masih berusaha menyesuaikan diri dengan situasi harga minyak yang tinggi. Justeru, Jemaah Menteri memutuskan agar harga petrol dan diesel tidak akan dinaikkan tahun ini," katanya.
Ditanya apakah kerajaan akan mengubah keputusan itu jika harga minyak mentah dunia meningkat melebihi paras tertentu kelak, Abdullah menegaskan: "Kita tak tentukan had itu. Kita hanya buat keputusan ini untuk tahun ini."
Perdana Menteri bagaimanapun berkata harga pasaran petrol dan diesel akan diturunkan jika harga minyak mentah dunia turun. "Kalau harga minyak (mentah dunia) turun, maka kita boleh guna kaedah diskaun 30 sen," katanya.
Ditanya apakah keputusan itu akan memberi kesan kepada pendapatan serta bebanan kewangan kerajaan, Abdullah berkata, kerajaan berharap akan mendapat pendapatan tambahan, termasuk daripada Petronas.
"Kalau keputusan kita dah buat begitu, maka itulah yang kita akan kekalkan. Ini tentulah memberi kesan kepada kerajaan juga dan kerajaan perlu menanggung perbelanjaan tambahan melainkan ada sebab lain yang perlu kita timbang semula," katanya.
Ditanya apakah kerajaan menggalakkan majikan swasta mengikut pendekatan bayaran gaji dalam dua ansuran sebulan, Abdullah berkata:
"Saya percaya pendekatan ini satu pendekatan yang baik, maknanya ia membantu pekerja kita untuk menguruskan aliran tunai, ini amat penting."
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Thu Jun 12, 2008 9:49 am
Adik Sultan Brunei mungkin dipenjara Hakim Britain keluar waran tangkap Putera Jefri
LONDON: Pertikaian pemimpin Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan adiknya, Putera Jefri, membabitkan aset dan wang tunai bernilai £3 bilion (RM21 bilion), berkemungkinan menyaksikan putera itu dipenjarakan, dakwa akhbar Britain, The Daily Telegraph.
Mahkamah Britain sudah mengeluarkan waran tangkap terhadap Jefri bagi membicarakan kes, semalam.
Peguam Jefri, James Lewis memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak tahu menahu di mana putera itu berada dengan laporan mengatakan beliau mungkin ada di Perancis atau Maghribi.
"Apa yang saya tahu, beliau memang tidak mahu hadir dalam prosiding ini," katanya. Pertikaian 10 tahun antara dua bersaudara itu yang dikatakan termahal dalam sejarah perundangan, turut menggemparkan dunia kerana mendedahkan kehidupan mewah kerabat diraja Brunei itu yang terpaksa mendedahkan butiran fakta yang selama ini dirahsiakan. Jefri, 53, dituduh menyalahi syarat satu perintah mahkamah mengarahkannya menyerahkan wang tunai dan aset bernilai berbilion-bilion pound sterling kepada Agensi Pelaburan Brunei (BIA) yang di bawah kawalan Sultan Hassanal yang juga antara 10 orang terkaya di dunia.
Ia membabitkan dakwaan Jefri menggelapkan £8 bilion (RM56 bilion) wang rakyat sepanjang tempoh 13 tahun berkhidmat sebagai Menteri Kewangan di negara kaya sumber minyak itu. Jefri sudah berulang kali menafikan beliau bersalah.
Biarpun Jefri akur dengan penyelesaian luar mahkamah pada 2000 dengan memulangkan wang tunai, harta dan rumah di seluruh dunia yang bernilai kira-kira £3 bilion (RM21 bilion), beliau didakwa membenarkan wang itu dikeluarkan sedangkan akaun bank sepatutnya dibekukan.
Beliau juga didakwa gagal mendedahkan akaun lain dan perbuatan itu dilihat menghina mahkamah. Berikutan itu, Jefri yang dikatakan tidak bertegur siapa dengan abangnya sejak empat tahun lalu, kini berdepan hukuman penjara dua tahun apabila kes itu dikemukakan ke Mahkamah Tinggi, semalam.
Namun, The Daily Telegraph turut difahamkan, Jefri yang menyedari kemungkinan dihukum penjara, tidak akan menghadiri perbicaraan di depan Hakim Peter Smith - hakim sama yang pernah menyelia kes pertikaian hak cipta 'Da Vinci Code' pada 2006.
Selepas mengeluarkan waran tangkap itu, Smith memberi amaran Jefri berdepan hukuman penjara jika terus mengelak perbicaraan.
Peguam Sultan Hassanal dan Jefri cuba sedaya upaya sejak sebulan lalu untuk mencapai persetujuan yang boleh mengelak Jefri dipenjarakan, tetapi gagal mencapai penyelesaian di luar mahkamah. - Agensi
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age: 23 location: KK Tag ID:: SFC 2932 Points: 1092 Reputation: 0 Number of posts: 1013
Subject: Re: BERITA HARI INI Thu Jun 12, 2008 10:22 am
Budak, pejuang mangsa terbaru Israel
GAZA: Tentera Israel membunuh seorang budak perempuan Palestin dan seorang pejuang Hamas secara berasingan dalam satu operasi askar rejim Zionis yang turut dibantu kereta kebal di Semenanjung Gaza, awal pagi semalam.
Angka terbaru itu menjadikan sekurang-kurangnya 497 orang, hampir semuanya warga Palestin dan pejuang di Gaza, maut sejak rundingan damai Israel-Palestin disambung semula November lalu.
Petugas perubatan Palestin berkata mayat budak perempuan berusia 9 tahun itu ditemui di sebuah rumah yang dibedil kereta kebal Israel di perkampungan Qarara, timur Khan Yunis.
Ketika pencerobohan dan operasi tentera Israel berterusan, askar Zionis itu menembak mati pejuang Hamas, kata petugas perubatan itu.
Jurucakap tentera Israel berkata pasukan tenteranya menyerang pejuang Palestin di Semenanjung Gaza yang didakwa cuba melancarkan roket ke Israel dari kawasan berkenaan.
Jurucakap itu turut mendakwa beliau tidak mengetahui sebarang kemalangan jiwa yang berlaku. Kejadian itu menyusuli tindakan askar Israel membunuh tiga pejuang Hamas di Gaza dan mencederakan lima lain selepas askar Yahudi itu mendakwa beberapa serangan mortar dilancarkan ke selatan Israel.
Israel sering menghantar anggota tentera darat dan udaranya menceroboh Gaza atas alasan menyekat serangan roket dan bom mortar.
Pergerakan Hamas menguasai Gaza setahun lalu apabila pejuangnya dapat menumpaskan pejuang Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas.
Mesir cuba menjadi orang tengah bagi menamatkan keganasan di sempadan Israel-Gaza. - Reuters/AFP
blugu ADMINISTRATOR
Countries: Age: 31 location: Kota Kinabalu-Putatan Tag ID:: SFC02202 Points: 1620 Reputation: 10 Number of posts: 2929
Subject: Re: BERITA HARI INI Thu Jun 12, 2008 10:30 am
Berminat dgn latest news mengenai harga minyak terkini... matila kalau naik pergi harga RM3.15 seliter...