SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum.Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.


Home­Home­Portal­Calendar­FAQ­Search­Register­Log in
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 Pusat Bumi

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
vijay91hebat
SENIOR
SENIOR


Male
Countries:
Age: 18
location: Labuan
Points: 1820
Reputation: 0
Number of posts: 625

PostSubject: Pusat Bumi   Tue Oct 13, 2009 3:23 pm

Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap umat Islam perlu mengetahui
arah Kaabah, walaupun di mana mereka berada, kerana Kaabah merupakan
kiblat untuk kita menunaikan solat. Berbagai kaedah digunakan bagi
menentukan arah kiblat seperti melihat arah matahari terbit atau
terbenam, dan juga menggunakan kompas. Menyedari betapa pentingnya hal
ini, Profesor Hosien Kamal El Din Ibrahim dari Mesir telah mencuba satu
kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh penjuru dunia.
Beliau banyak menerbitkan artikel-artikel saintifik di bidang
kejuruteraan awam.

Untuk
itu beliau telah melukis peta dunia yang baru, yang dapat menunjukkan
arah Makkah dari kota-kota lain di dunia. Dengan menggunakan perkiraan
matematik dan kaedah "spherical triangle" Prof. Hosien mendapati
kedudukan Makkah betul-betul berada ditengah-tengah daratan bumi.
Penyelidikan beliau ini membuktikan bahawa bumi ini berkembang dari
Makkah, di mana Makkah adalah "pusat bumi". Penyelidik-penyelidik lain
kemudiannya mengakui ketepatan kiraan beliau apabila mereka menggunakan
program komputer bagi membuat kiraan dan melukis peta tersebut.

Sebelum
itu, Abi Fadlallah Al-Emary yang meninggal dunia pada tahun 749 Hijrah
turut melukis peta yang menentukan arah kiblat. Peta tersebut terdapat
di dalam kitabnya "Masalik Al Absar Fi Mamalik Al Amsar". Beliau
menggunakan kaedah astronomi bagi menentukan arah kiblat. eorang lagi
pemikir Islam, Al-Safaksy (meninggal tahun 958 Hijrah) turut melukiskan
peta dengan menggunakan pendekatan astronomi. Penyelidik-penyelidik
zaman moden kemudiannya telah mengkaji kedua-dua peta tersebut dan
membandingkannya dengan kaedah astrologi moden. Mereka mendapati kaedah
yang digunakan oleh Al-Emary dan Al-Safaksy adalah sangat tepat dan
kedua-dua peta tersebut membuktikan Makkah dan Kaabah adalah "pusat
bumi". Hasil kajian ini telah diakui benar dan diisytiharkan oleh "The
Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center" yang berpusat
di Kahirah, Mesir.

_________________
Back to top Go down
ah chong
SENIOR
SENIOR


Male
Countries:
Age: 26
location: northern part of borneo/borneo utara
Tag ID:: SFC 06241
Points: 1300
Reputation: 7
Number of posts: 877

PostSubject: Re: Pusat Bumi   Thu Oct 29, 2009 7:53 pm

apa2 pun kita ikut jak apa yng tertulis d dalam al-quran..jika kita ikut sains jak,akan terpesonglha akidah kita sekiranya tidak berlandaskan al-quran

_________________
Back to top Go down
 

Pusat Bumi

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: FORUM OVERVIEW ::   :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Post new topic   Reply to topic