SIOLOON FUN CLUB

Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.

SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE

    DEMAM CHIKUNGUNYA

    Share
    avatar
    Ah Leap
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR

    Male
    Countries/State : Sabah
    Age : 33
    location : Kudat - Beaufort
    Tag ID: : SFC 03982
    Points : 7265
    Reputation : 3
    Number of posts : 1291
    07012009

    http://i38.servimg.com/u/f3 DEMAM CHIKUNGUNYA

    Post by Ah Leap

    FAKTA-FAKTA MENGENAI PENYAKIT CHIKUNGUNYA


    1. Apa itu Penyakit Chikungunya?
    Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.
    2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
    Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.
    3. Adakah ia berjangkit?
    Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.
    4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
    Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.
    5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
    Demam panas mengejut
    Sakit teruk pada sendi
    Ruam pada badan
    Sakit kepala Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).
    Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.
    6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
    Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.
    7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?
    Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.
    8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
    Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.
    9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

    Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
    Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
    Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.
    10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?
    Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.
    Share this post on: diggdeliciousredditstumbleuponslashdotyahoogooglelive

    avatar

    Post on 27/4/2009, 3:17 am by sasukey

    good info
    avatar

    Post on 25/5/2009, 10:37 am by bod_supersperm

    sama sikit mcm Malaria kan?
    apa beza dengan Malaria?selain Nyamuk Aedes Ageypti?albupictus mcm baru di dengar tau..
    avatar

    Post on 20/6/2009, 7:14 pm by Ah Leap

    bod_supersperm wrote:sama sikit macam Malaria kan?
    apa beza dengan Malaria?selain Nyamuk Aedes Ageypti?albupictus macam baru di dengar tau..


    Sory bro lama xupdate,,,

    Lain bro..malaria d sebabkan oleh "Parasit" yg d bawa oleh nyamuk tiruk....Chikungunya oleh "Virus"..

    Albopictus pula ialah jenis2 nyamuk Aedes..aedes aegypti & aedes albopictus..

    aegypti selalunya cenderung brada dlam rumah..albopictus pula d luar rumah..
    avatar

    Post on 30/6/2009, 5:04 am by jeff_ranau

    good info lip ehehe
    avatar

    Post on 25/7/2009, 3:47 pm by General PG

    Mmg teda pilihan o kan??? kena pastikan rumah sentiasa bebas dari brg2 yg boleh menakung air...
    avatar

    Post on 26/7/2009, 8:02 am by Ah Leap

    General PG wrote:Mmg teda pilihan o kan??? kena pastikan rumah sentiasa bebas dari brg2 yg boleh menakung air...

    Ya bro..tp jgn dlam rumah jak..pastikan jgak kawasan luar rumah..nyamuk ni bleh terbang dlam lingkungan Radius 200m..eheheh..so paham2lah kan..eheheh
    avatar

    Post on 30/7/2009, 3:09 pm by baby_puteranaga2

    huhuhuuh a good info bro....after penyakit ni....skg penyakit lain pula yang merebk....bahaya oo....so beware lah ttg pnyakit ni...
    avatar

    Post on 18/8/2009, 5:32 am by phill_lex

    lawa la......
    avatar

    Post on 18/8/2009, 6:56 am by Ah Leap

    kalau xbleh pham jgak..bleh tnya phill_lex ni..pakar sgala nyamuk dia ni..eheheh
    avatar

    Post on 4/9/2011, 5:45 am by Nasran

    ni lah penyakit yang selalu menyerang d estate2 kelapa sawit..hehehe.
    avatar

    Post on 4/9/2011, 10:21 am by im

    9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

    Code:
    � Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.

    � Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

    � Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

    10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

    Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.
    cara pencegahan yg sepatutnya telah lama diamalkan, kerana mencegah itu lebih baik daripada merawatnya....

    Post  by Sponsored content


      Current date/time is 16/12/2017, 10:22 am