SIOLOON FUN CLUB

Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.

SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE

    Resdung - Punca dan Petuanya

    Share
    avatar
    under18crew
    SIFU
    SIFU

    Male
    Countries/State : Sabah
    Age : 26
    location : Kota Belud
    Tag ID: : SFC 02544
    Points : 7656
    Reputation : 13
    Number of posts : 16246
    02032009

    http://i38.servimg.com/u/f3 Resdung - Punca dan Petuanya

    Post by under18crew

    Mencegah lebih baik daripada merawat. Lebih kurang macam itulah kata-kata yang selalu kita dengar.

    Apa itu resdung??

    Resdung
    (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki
    beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.


    Apa dia punca resdung ni??

    Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.

    Apabila
    anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di
    dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan
    udara tak dapat dikeluarkan.

    Kalau udara tu tak dapat keluar, ia
    pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan
    kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah
    mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. Huhuhu...

    Lebih
    parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda
    boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.

    Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.


    petua mencegah resdung;


    1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.


    2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.

    Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.


    3.
    Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau
    perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti
    tinggi.


    4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer.


    5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.


    6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.

    Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.


    7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.

    Ok,
    sekarang anda dah tahu apa itu resdung dan puncanya, kan? Kalau anda
    ada ahli keluarga anda atau kenalan yang mengalami masalah resdung ni,
    bolehlah anda share dengan diorang petua ni.
    Share this post on: Excite BookmarksDiggRedditDel.icio.usGoogleLiveSlashdotNetscapeTechnoratiStumbleUponNewsvineFurlYahooSmarking

    avatar

    Post on 2/3/2009, 6:25 pm by babylie89

    thnx 4 da info bro..
    mmg bnr jua larr petua2 nie
    ekekeke
    avatar

    Post on 2/3/2009, 7:26 pm by under18crew

    babylie89 wrote:thnx 4 da info bro..
    mmg bnr jua larr petua2 nie
    ekekeke

    ko kn ada resdung..amalkn lh..hihi.
    avatar

    Post on 18/3/2009, 6:49 pm by siotto

    Bro...mau tanya bah nie...ada ka tempat berubat resdung nie yang ko tau setakat nie..kira boleh tahan la walaupun tak dapat kasi ubat pesakit 100%..tapi sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kepada pesakit yang menghidapinya...kalau yang kat tempat2 kedai area KK tur dah aku cuba tapi tidak berapa berkesan jugak...risau jugak aku dengan penyakit resdung ku nie...setelah dengar2 lagi kawan kawan lain yang passed away pasal penyakit nie..ni la mau berubat nie...kalau ada info nati bagitau ya..thanx bro..
    avatar

    Post on 27/4/2009, 6:20 am by sasukey

    bgus info ne.tau jua aku apa punca punca
    avatar

    Post on 9/11/2009, 4:20 am by napster

    oh... ada pula kena post sini...

    thx bro under18...

    bagus info ni...

    Post on 19/10/2013, 9:22 am by nisabasid

    Assalamualaikum

    Hai,sy nisa. Kepakaran saya adalah menyelesaikan mslh resdung anda hanya dgn pengambilan kapsul Curcuma Mangga Cure, kapsul yg berasaskan dari kunyit putih.
    Kesan blh didapati seawal 3 hari slps pengambilan CMC.

    Curcuma Mangga Cure
    PENAWAR RESDUNG NO.1 DI MALAYSIA
    Untuk keterangan lanjut, sila SMS/WHATSSAP 0135400336 (NISA)
    PAKAR RAWATAN RESDUNG

    Post  by Sponsored content


      Current date/time is 26/6/2017, 10:13 pm