SIOLOON FUN CLUB

Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.

SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE

    SEJARAH KOMPUTER DUNIA!!!!!

    Share
    avatar
    ~zeRo
    REGULAR
    REGULAR

    Male
    Countries/State : Sabah
    Age : 28
    location : sEpaNgGaRz, koTa kiNaBaLu
    Tag ID: : SFC 06039
    Points : 6971
    Reputation : 1
    Number of posts : 405
    12052009

    http://i38.servimg.com/u/f3 SEJARAH KOMPUTER DUNIA!!!!!

    Post by ~zeRo

    Tahukah anda bahawa komputer yang anda gunakan pada hari ini telah
    berkembang teknologinya sejak 6 dekad yang lepas, bahkan pada ianya
    dicipta, anda mungkin belum dilahirkan lagi. Sejarah perkembangan
    komputer telah lama bermula iailu sejak tahun 1940 dan dapat
    dibahagikan kepada 4 generasi dari menggunakan elektronik sepenuhnya
    sehinggalah kepada penggunaan mikro komputer.


    Mari kita lihat perkembangan generasi komputer yang telah dihuraikan oleh pengkaji-pengkaji bidang ini.



    1) GENERASI PERTAMA (1940-1959)

    Komputer dihasilkan adalah elektronik sepenuhnya. Saiznya agak
    besar (hampir menyamai sebuah bilik tidur) dan dikategorikan kepada
    Kerangka Utama (Mainframe), la menggunakan tiub vakum untuk memproses
    dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil
    yang cepat panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan
    amat banyak agar tidak menjejaskan keupayaan komputer. la juga
    menggunakan tenaga elektrik dengan banyak.

    Pada tahun 1946, menyaksikan komputer elektronik sepenuhnya direka
    oleh Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert telah mencipta ENIAC
    (Electronic Numerical Integrator And Calculator). ENIAC mengambil ruang
    sebanyak 140 meter persegi, berat 30 ton, menggunakan 130 kilowatt
    tenaga dan 1800 tiub vakum. Ingatannya disimpan diluar dengan
    menggunakan suiz dan wayar. la berupaya melakukan 5000 pencampuran dan
    300 pendaraban sesaat. la dikendalikan oleh hanya jurutera terlatih.
    John Von Neumann akhirnya mencadangkan penggunaan Konsep Aturcara
    Tersimpan iaitu komputer menyimpan ingatan di dalam storan utama. la
    menggunakan nombor binari.

    Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert sekali lagi mencipta EDVAC
    (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan
    penggunaan tiub vakum. la lebih cekap dari ENIAC dan menggunakan Konsep
    Aturcara Tersimpan. EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic
    Calculator) yang menggunakan raksa dan tiub vakum untuk menyimpan
    ingatan telah dicipta. UNIVAC1 (Universal Automatik Calculator) ciptaan
    Dr. John Mauchly dan Prosper Eckert mula dikeluarkan pada tahun 1951
    adalah komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan.
    la juga menggunakan raksa untuk storan.



    2) GENERASI KEDUA (1959-1964)

    Transistor dan diod digunakan bagi menggantikan tiub vakum walaupun
    ia mudah terbakar. Cara baru untuk menyimpan ingatan iaitu Teras
    Magnetik diperkenalkan. la menggunakan besi-besi halus yang dililit
    oleh litar elektrik. Keupayaannya memproses lebih besar. la mula
    menggunakan bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi iaitu FOTRAN(1954)
    dan COBOL(1959) bagi menggantikan bahasa mesin. Minikomputer
    dihasilkan. la lebih murah dan lebih kecil berbanding dengan Kerangka
    Utama. la digunakan bagi tujuan memproses data perniagaan, universiti
    selain di bidang ketenteraan. (Contoh : DEC PDP-8, IBM 7090 dan IBM
    7094)



    3) GENERASI KETIGA (1964-1980)

    la bermula apabila IBM (Internatinal Business Machine)
    memperkenalkan Sistem/360 iaitu Kerangka Utama yang mengandungi
    alatan-alatan yang lengkap bagi memenuhi semua keperluan pengaturcaraan
    pada masa tersebut.Sistem/360 memperkenalkan ciri baru Sistem
    Pengoperasian iaitu Konsep Perkongsian Masa. Sistem ini adalah satu
    kumpulan aturcara yang mengurus dan menyelaras keseluruhan operasi
    komputer, la memudahkan penggunaan komputer. Disimpan secara kekal
    dalam Ingatan Utama (ROM) komputer atau storan sekunder.

    Konsep ini membenarkan penggunaan banyak stesen secara berasaingan
    dan dikawal oleh Sistem Induk dimana pemprosesan boleh dilakukan
    serentak pada sesuatu masa walaupun stesen yang lain digunakan.
    Supercomputer seperti Cray-1 diperkenalkan bagi mengkaji cuaca dan alam
    semulajadi.



    4) GENERASI KEEMPAT (1980-sekarang)

    Penyelidikan microelektronik telah berjaya menghasilkan Litar
    Bersepadu/Terkamir atau Cip dimana beribu transistor dipadatkan didalam
    kepingan empat segi silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar
    (Large Scale Integration). Cip mula menggantikan transistor sebagai
    bahan logik komputer. MicroKomputer merupakan yang terkecil didalam
    keluarga komputer digital mula dinasilkan seperti Apple II, IBM PC, NEC
    PC dan Sinclair.

    Bahasa pengaturcaraan BASIC, Pascal, PL/1 C dan Logo mula
    digunakan. Kebanyakan komputer dibekalkan dengan bahasa secara
    "bina-dalam" di dalam ROM untuk bahasa BASIC. Bahasa ini merupakan
    bahasa yang paling popular untuk microkompuler. Perisian tambahan juga
    diperkenalkan bagi membantu penyelesaian masalah. Laptop, Notebook,
    Handheld dan Palmtop diperkenalkan. la lebih kecil dari Microkomputer
    serta mudah dibawa ke mana-mana. Internet iaitu Sistem Rangkaian yang
    luas menggunakan protokol TCP/IP diperkenalkan sebagai rangkaian
    perkongsian maklumat secara global. (Processor 6086,80286, 80386,80486,
    Pentium, Celeron, Pentium II, Pentium 111 dan Pentium 4)



















    Share this post on: diggdeliciousredditstumbleuponslashdotyahoogooglelive

    avatar

    Post on 12/5/2009, 9:24 am by mnaz

    maklumat yg bagus....cuba cari lebih byk lagi infomasi.... OK
    avatar

    Post on 12/5/2009, 9:29 am by aLFFiaN

    maklumat macam ini yg perlu ditambah lagi dalam forum kita. good job!! i like..
    avatar

    Post on 12/5/2009, 9:31 am by ~zeRo

    elleh... sya rasa informasi nie da lngkap dah hehe.... wei kongsi la pula maklumat dari u all?? sya nak tau juga
    :cantek:
    avatar

    Post on 12/5/2009, 3:05 pm by siotto

    ok ni info..boleh buat rujukan nanti belajar sama2...
    avatar

    Post on 13/5/2009, 10:02 am by ~zeRo

    ye la bh kan..
    kita guna komputer nee..
    klu kita tau guna jak tp x tau asal usul komputer..
    kan tiada guna juga hehehe...


    respek respek respek respek respek respek respek respek respek respek
    avatar

    Post on 27/6/2012, 7:19 pm by omar

    Terima Kasih Atas Info Anda Boss Agree

    Post  by Sponsored content


      Current date/time is 21/4/2018, 4:35 am