SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 38
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12165
Reputation : -1
Number of posts : 2048

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime7/9/2007, 1:21 am

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?



BAHAYA MEROKOK


Tembakau
mungkin merupakan satu bahan yang paling merbahaya yang biasa digunakan
oleh manusia. Ia boleh dikaitkan dengan kematian.

Banyak
berita memaparkan tentang pelbagai penyakit akibat tabiat merokok.
Antaranya, batuk kering, kanser paru-paru, kanser mulut dan sebagainya.
Merokok juga boleh menimbulkan perasaan takut, gementar, risau,
bimbang, resah, melemahkan akal, mengurangkan nafsu makan, menguningkan
wajah dan gigi, menyempitkan pernafasan, menjadikan manusia malas dan
lemah, dan sebagainya.

Mengapa manusia masih merokok,
walaupun mereka tahu ia merbahaya? Jawapannya ialah KETAGIHAN. Nikotin
adalah sejenis dadah di dalam semua produk tembakau yang memberi
ketagihan kepada penggunanya. Kesannya sekuat dadah yang haram seperti
heroin atau kokain. Ia menyerang sedikit-sedikit dan meletakkan
penggunanya di ambang maut!

Rokok membunuh ramai
penghisapnya - beribu manusia setiap tahun. Sekiranya anda merokok,
dapatkanlah bantuan untuk berhenti. Proses menghentikannya memanglah
susah, tetapi itulah satu-satunya cara untuk menyelamatkan kesihatan
anda. Sekiranya anda bebas daripada tembakau, jangan cuba mengubahnya!




TAHUKAH ANDA? KESAN MEROKOK...




... kepada kanak-kanak


  • Kanak-kanak
    kecil yang dipegang oleh seorang yang merokok akan menyedut bahan-bahan
    kimia yang menyebabkan barah lebih banyak daripada perokok itu sendiri.
  • Kanak-kanak
    yang ibubapanya merokok, lebih kerap batuk dan lelah, lebih ramai
    mempunyai jangkitan telinga, lebih kerap pergi hospital kerana
    bronkitis dan pneumonia, dan mempunyai paru-paru yang kurang berfungsi.
  • Kanak-kanak asma lebih kerap mendapat serangan asma yang teruk sekiranya ibubapa merokok.
  • Terdapat satu kaitan yang mungkin di antara ibu-ibu yang merokok dengan SIDS (sindrom kematian bayi secara tiba-tiba).


... kepada bayi yang belum lahir


  • Nikotin melajukan kadar jantung janin, dan juga menyebabkan paru-paru dan saluran udaranya lambat mengembang.
  • Nikotin boleh menyebabkan keguguran dan kematian bayi sewaktu lahir.
  • Karbon
    Monoksida daripada asap rokok orang lain boleh mengurangkan pembekalan
    udara kepada janin sebanyak 25%, menyebabkan perkembangan terbantut.
  • Ibu-ibu yang merokok biasanya mempunyai bayi-bayi yang lebih kecil.


... kepada perokok


  • Asap
    tembakau membunuh ramai manusia - lebih ramai daripada yang mati kerana
    AIDS, kemalangan jalanraya, membunuh diri, pembunuhan, kebakaran,
    keracunan dan lain-lain.
  • Merokok boleh mempercepatkan proses penuaan bagi wanita dan menyebabkan impoten bagi lelaki.
  • Barah paru-paru membunuh lebih ramai wanita daripada barah payu dara.
  • Wanita yang merokok mendapat lebih batuk, selesema dan penyakit-penyakit yang ringan.
  • 8 daripada 10 orang yang cuba merokok menjadi ketagih kepada rokok.
  • Wanita yang merokok mengalami penyusutan ketumpatan tulang (osteoporosis) dan bertambahnya risiko tulang patah.
  • Wanita
    yang merokok dan menggunakan pil pencegah kehamilan mengalami risiko
    yang lebih tinggi untuk mendapat strok atau sakit jantung.
  • Kematian disebabkan strok adalah lima kali lebih tinggi bagi wanita yang merokok.
  • Rokok-rokok rendah nikotin/rendah tar tidaklah lebih selamat.
  • Merokok menggandakan risiko barah serviks.
  • Perokok-perokok pertengahan umur mungkin sama kedutnya dengan bukan perokok 15 - 20 tahun lebih tua daripadanya.
  • Merokok boleh menyebabkan barah di seluruh badan:
    - barah mulut
    - barah sinus
    - barah esofagus
    - barah otak
    - barah dada
    - barah uterus
    - barah pundi kencing
    - barah buah pinggang
    - tiroid
    - leukemia
    - kelenjar limfa

  • Adakah
    anda fikir semua kawan-kawan anda merokok dan anda mahu turut serta?
    Fikir semula. 84% daripada remaja 15 - 19 tahun tidak merokok, dan
    jumlah ini terus meningkat.


... kepada orang yang berdekatan


  • Nikotin boleh dijumpai di dalam saluran darah bukan perokok 2 - 40 jam selepas terdedah kepada asap rokok orang lain.
  • Kesan-kesan segera yang dialami oleh orang yang berdekatan dengan orang yang merokok termasuklah:
    - iritasi mata
    - sakit kepala
    - hidung rasa tidak selesa dan bersin
    - batuk dan sakit tekak
    - mual dan pening
    - bertambahnya kadar jantung dan tekanan darah.


... kepada persekitaran


  • Satu puntung rokok mengambil masa selama 5 tahun untuk "biodegrade'.
  • Puntung-puntung
    rokok dari tepi jalan, rumput dan longkang biasanya akan berakhir di
    dalam sistem perparitan, lalu mengalir ke dalam tasik-tasik dan
    sungai-sungai yang berdekatan di mana burung-burung menghadamkannya.
  • Satu batang pokok hanya membuat 300 pembungkus rokok.
  • Pengilang-pengilang rokok menggunakan sehingga 4 batu kertas setiap jam.


... kepada kewangan


  • Sebagai
    contoh, seseorang yang mula merokok pada umur 13 tahun dan merokok 1
    kotak sehari. Apabila umurnya mencecah 30 tahun, dia telah
    membelanjakan lebih kurang RM21,000 ke atas rokok pada harga sekarang
    ... cukup untuk membayar deposit rumah!.
  • Apabila
    sampai masa orang yang sama untuk bersara, merokok telah menyebabkan
    tambahan kos sebanyak lebih kurang RM63,000 lagi ---perbelanjaan
    perubatan!






KETAGIHAN MEROKOK



Ketagihan



    Dalam
    kebanyakan kes, ketagihan merupakan penyebab mengapa terlalu susah
    untuk berhenti daripada merokok. Dengan merokok anda memperkenalkan
    bahan-bahan asing kepada badan seperti nikotin. Nikotinlah sebenarnya
    yang menyebabkan ketagihan kepada rokok. Bukan rokok yang menghasilkan
    ketagihan tersebut tetapi bergantungnya badan terhadap nikotin yang
    terdapat di dalam rokok. Walaupun nikotin adalah salah satu daripada
    beribu bahan-bahan di dalam asap rokok, tetapi ia adalah satu-satunya
    yang akan terus membuat anda kembali untuk mendapatkan satu lagi rokok.
    Merokok boleh menjadi satu tabiat yang susah dihentikan.




Nikotin



    Nikotin
    adalah dadah yang mempengaruhi otak dan sistem saraf. Ia merupakan
    dadah terbentuk semula jadi yang terdapat dalam daun tembakau. Nikotin
    tidak pernah dijumpai di mana-mana bahan atau pokok-pokok yang lain.
    Nikotin pada dos yang rendah boleh merangsang sel-sel saraf,
    menimbulkan rasa kewaspadaan atau ketenangan. Pada dos yang tinggi,
    nikotin telah digunakan di dalam beberapa racun serangga.




Kesan-kesan



    Nikotin
    adalah dadah yang kuat. Ia boleh mempengaruhi otak dan sistem saraf.
    Apabila asap daripada rokok disedut, ia akan terus masuk ke paru-paru.
    Dari sana semua bahan-bahan berpotensi merbahaya masuk ke dalam saluran
    darah badan. Lebih kurang 7 saat, satu perempat daripada nikotin dibawa
    terus ke otak. Tiga perempat daripadanya pergi ke tempat-tempat lain.


    "Buzz" (dengung?) yang boleh diperolehi daripada merokok adalah
    sebenarnya nikotin yang sedang bekerja. Apabila nikotin telah memasuki
    otak melalui saluran darah, saraf penerima otak yang kecil menimbulkan
    satu kesan dalam memberi respon kepada nikotin. Kesan ini yang
    menghasilkan kenikmatan merokok. Antara kesan-kesannya ialah perasaan
    kewaspadaan, kebolehan untuk menumpukan perhatian, pencapaian dan
    "mood". Nikotin menyebabkan peningkatan degupan jantung dan kadar
    pernafasan. Satu ciri nikotin yang menghairankan ialah ia boleh
    berfungsi sebagai satu rangsangan atau satu sedatif.




Lebih ketagihan



    Penyelidikan-penyelidikan
    menunjukkan nikotin dalam produk tembakaulah yang menyebabkan
    peningkatan yang tinggi dalam tabiat merokok. Perokok-perokok menjadi
    lali atau membina toleransi terhadap dadah dan bergantung pada nikotin
    yang lebih banyak untuk memenuhi permintaan badannya terhadap dadah.
    Disebabkan toleransi ini, pengguna tembakau mesti menambahkan
    penggunaan tembakau untuk mengalahkan atau melangkau toleransi ini.






MAHU BERHENTI MEROKOK?



    Semua
    orang tahu bahawa untuk berhenti daripada merokok adalah satu proses
    yang susah, dan ia boleh menjadi lebih sukar apabila rakan-rakan anda
    masih merokok dan mempersendakan anda yang mahu cuba berhenti merokok.
    Tetapi, jangan rasa kecewa. Cuba yakinkan setengah daripada rakan-rakan
    anda atau saudara-mara anda untuk berhenti merokok bersama anda. Ia
    mengambil lebih kurang 12 - 15 percubaan untuk seseorang berjaya
    menghentikannya, dan ingatlah bahawa tiada kegagalan apabila mencuba
    untuk berhenti merokok.

    Sekiranya anda dapat mengurangkan
    jumlah rokok yang dihisap dalam satu hari pun dikira sebagai satu
    kemajuan. Di bawah ini diberikan tip-tip untuk menghadapi dan mengatasi
    ketagihan, atau untuk menghadiahkan diri anda sendiri sebagai ganti
    kepada satu bungkus rokok yang anda tidak hisap.



Mengapa anda rasa mahu menghisap rokok?
Mengapa tidak anda...
[color=Navy]Gementar Bersantai Susah menumpukan perhatian Bertukar-tukar aktivitiSembelit Makan buah-buahan Merungut Tarik nafas panjang Letih Dapatkan tidur yang cukup Mulut kering Minum air berais Batuk Mandi air pancuran hangat Pening Dapatkan udara segar Susah tidur Berendam di dalam air yang hangat Tegang Bersenam Sedang menelefon Menconteng-conteng atas sehelai kertas Memandu Menyanyi! Lapar Minum air Bosan Terus aktifTiada tenaga Rehat Murung [color:8bc4=Navy:8bc4]Baca buku atau majalah

Tahniah! Anda telah bersih untuk... Mengapa tidak anda beli...
1 hari = RM3.50
[color=Navy]Burger 2 hari = RM7.00 5 tin Coke 3 hari = RM10.50 Satu set value meal KFC 5 hari = RM17.50 Kaset penyanyi antarabangsa 1 minggu = RM24.50 Tiket menonton wayang untuk 3 orang 2 minggu = RM49.00 Hidangan pizza untuk anda dan 3 orang rakan 3 minggu = RM73.50Kemeja T berjenama 1 bulan = RM147.00 Sepasang kasut sukan 2 bulan = RM196.00 Sepasang jeans berjenama 3 bulan = RM294.00 Stereo walkman 6 bulan = RM588.00 Pemain CD mudah alih 1 tahun = RM1176.001 Set Hi Fi 1 1/2 tahun = RM1,764.001 Set pemain DVD 4 tahun = RM5,110.00 [color:8bc4=Navy:8bc4]Komputer multimedia


Last edited by on 7/9/2007, 10:55 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
MiRA_TaSHa
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
MiRA_TaSHa

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 00002
Points : 12548
Reputation : 0
Number of posts : 2047

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime7/9/2007, 10:53 am

Tahniah! Anda telah bersih untuk... Mengapa tidak anda beli... 1 hari = RM3.50 Burger 2 hari = RM7.00 5 tin Coke 3 hari = RM10.50 Satu set value meal KFC 5 hari = RM17.50 Kaset penyanyi antarabangsa 1 minggu = RM24.50 Tiket menonton wayang untuk 3 orang 2 minggu = RM49.00 Hidangan pizza untuk anda dan 3 orang rakan 3 minggu = RM73.50 Kemeja T berjenama 1 bulan = RM147.00 Sepasang kasut sukan 2 bulan = RM196.00 Sepasang jeans berjenama 3 bulan = RM294.00 Stereo walkman 6 bulan = RM588.00 Pemain CD mudah alih 1 tahun = RM1176.001 Set Hi Fi 1 1/2 tahun = RM1,764.001 Set pemain DVD 4 tahun = RM5,110.00 Komputer multimedia

bugdet nihh... keh keh
Back to top Go down
http://www.tagged.com/mira_tasha
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12073
Reputation : 1
Number of posts : 4411

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime7/9/2007, 11:20 am

dapat ketenangan n rasa sedap bila merokok lepas makan..
hehe... any supporter from smokers here?..
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
wiramaroon
REGULAR
REGULAR
wiramaroon

Male
Countries/State : Selangor
Age : 38
location : Selangor
Tag ID: : SFC00231
Points : 12361
Reputation : 0
Number of posts : 411

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime7/9/2007, 1:43 pm

andypeterh wrote:
dapat ketenangan n rasa sedap bila merokok lepas makan..
hehe... any supporter from smokers here?..

betol tuh.. jiwa rasa tenteram.. cool.. freshing.. lagi² kalau lepas makan.. rase macam ade 1 tenaga mengalir dalam badan.. Very Happy


p/s: ako sebenarnye dalam proses nak berenti.. Very Happy
Back to top Go down
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 38
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12165
Reputation : -1
Number of posts : 2048

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime7/9/2007, 3:50 pm

wiramaroon wrote:
andypeterh wrote:
dapat ketenangan n rasa sedap bila merokok lepas makan..
hehe... any supporter from smokers here?..

betol tuh.. jiwa rasa tenteram.. cool.. freshing.. lagi² kalau lepas makan.. rase macam ade 1 tenaga mengalir dalam badan.. Very Happy


p/s: ako sebenarnye dalam proses nak berenti.. Very Happy

bulan puasa nanti berenti la ramai2 yer.. tak rugi berenti merokok... Smile
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
nabilasayyes
SENIOR
SENIOR
nabilasayyes

Male
Countries/State : Sabah
location : w. p. labuan
Tag ID: : SFC 00422
Points : 12267
Reputation : 0
Number of posts : 762

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime7/9/2007, 3:56 pm

siapa cakap x rugi.. tawkeh kedai rokok akan RUGI kalau ko orang benti merokok laaa... cian dia..
Back to top Go down
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 38
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12165
Reputation : -1
Number of posts : 2048

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime7/9/2007, 3:59 pm

nabilasayyes wrote:
siapa cakap x rugi.. tawkeh kedai rokok akan RUGI kalau ko orang benti merokok laaa... cian dia..

biar la tokey kedai rugi.. korang leh gak save duit tuh.. buat modified kereta ke.. nampak jugak hasilnya.. 8) 8)


Last edited by on 7/9/2007, 6:00 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
wiramaroon
REGULAR
REGULAR
wiramaroon

Male
Countries/State : Selangor
Age : 38
location : Selangor
Tag ID: : SFC00231
Points : 12361
Reputation : 0
Number of posts : 411

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime7/9/2007, 5:51 pm

haibara wrote:
nabilasayyes wrote:
siapa cakap x rugi.. tawkeh kedai rokok akan RUGI kalau ko orang benti merokok laaa... cian dia..

biar la tokey kedai rugi.. korang leh gak save duit tuh.. buta modified kereta ke.. nampak jugak hasilnya.. 8) 8)

betol cakap si haibara tu.. nanti bleh ako midified kasik terbang wira maroon ako tu... huhu Very Happy
Back to top Go down
cherry_cutiey
JUNIOR
JUNIOR
cherry_cutiey

Female
Age : 35
location : KL
Points : 11990
Reputation : 0
Number of posts : 215

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime30/10/2007, 1:22 pm

hurmm
mmg...bnyk bad effect akibat dr smoking nie..
tp..
nak benti susah...
Sad
Back to top Go down
http://cherrybunny.fotopages.com
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 38
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12165
Reputation : -1
Number of posts : 2048

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime30/10/2007, 1:27 pm

cherry_cutiey wrote:
hurmm
mmg...bnyk bad effect akibat dr smoking nie..
tp..
nak benti susah...
Sad

erm..mcm cherry merokok gak je.... Suspect
cube2 la berenti..kalau boleh kan lagi baik... Smile
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
cherry_cutiey
JUNIOR
JUNIOR
cherry_cutiey

Female
Age : 35
location : KL
Points : 11990
Reputation : 0
Number of posts : 215

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime30/10/2007, 1:30 pm

haibara..
yurp..
now tgh usaha nk benti...
:|
wish me luck eaa..
hurmm
Back to top Go down
http://cherrybunny.fotopages.com
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12073
Reputation : 1
Number of posts : 4411

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime30/10/2007, 1:40 pm

sebenarnya klu mo brenti smoking ni dr diri sendiri jak..
pernah jg sya brenti merokok 2 kali jak..
1st tu dptlah brenti selama 3 bulan..
itu pun dlm 10 thn yg lps.. hehehe..
dlm 3 thn lps terberhenti merokok selama sebln..
masuk hospital sebln sbb accident kreta..
(kreta wira a/back ku total lost..)
tp 1st day sya smpi d ruma, trus merokok..
skrg ni pun besanya merokok tp kdg2 tu brenti jg..
bila teda duit mo beli rokok.. wakakakk..
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
cherry_cutiey
JUNIOR
JUNIOR
cherry_cutiey

Female
Age : 35
location : KL
Points : 11990
Reputation : 0
Number of posts : 215

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime30/10/2007, 1:42 pm

yea..
sume nie pon atas usaha diri sndiri jugak..
keyakinan n keazaman yg kuat tu PENTING..
hurmm
Back to top Go down
http://cherrybunny.fotopages.com
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12073
Reputation : 1
Number of posts : 4411

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime30/10/2007, 2:00 pm

iyek.. keazaman..

biar lah harga rokok tu melambung tinggi..
akan ku beli lah jg demi paru-paruku ini..
kedai yg jauh pun akan ku pegi..
agar m'dpt kepuasan d hati..

wakakakk... Laughing
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
cherry_cutiey
JUNIOR
JUNIOR
cherry_cutiey

Female
Age : 35
location : KL
Points : 11990
Reputation : 0
Number of posts : 215

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime30/10/2007, 2:02 pm

haha
siut jerkk
Wink
Back to top Go down
http://cherrybunny.fotopages.com
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 38
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12165
Reputation : -1
Number of posts : 2048

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime30/10/2007, 2:19 pm

andypeterh wrote:
iyek.. keazaman..

biar lah harga rokok tu melambung tinggi..
akan ku beli lah jg demi paru-paruku ini..
kedai yg jauh pun akan ku pegi..
agar m'dpt kepuasan d hati..

wakakakk... Laughing


adeh..lagik mau rokok.... dont dont
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
coolbone
JUNIOR
JUNIOR
coolbone

Male
Age : 40
location : Putra Height (Future Taipan II)
Points : 12306
Reputation : 0
Number of posts : 108

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime2/11/2007, 6:03 pm

setiap kali aku merokok
aku rase aku semakin hensem
sebab tu la aku susah nak berenti isap rokok...
Back to top Go down
Satria Neo84
SENIOR
SENIOR
Satria Neo84

Age : 39
location : Labuan
Points : 12186
Reputation : 0
Number of posts : 834

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime6/11/2007, 4:13 am

Aku pun merokok gak....tpi skg dlm proses nk berhenti la.....
Back to top Go down
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12073
Reputation : 1
Number of posts : 4411

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime6/11/2007, 10:33 am

isap lah ko rokok..
sblm rokok ko kena isap..
wakakkkakk.. Laughing
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
arep
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
arep

Male
Age : 38
location : Malaysia
Points : 12175
Reputation : 0
Number of posts : 1160

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime8/11/2007, 10:11 am

andypeterh wrote:
isap lah ko rokok..
sblm rokok ko kena isap..
wakakkkakk.. Laughing

rokok ape yg kene isap....
Back to top Go down
xiaomao
MODERATOR
xiaomao

Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : Kota kinabalu,sabah
Website : https://www.facebook.com/profile.php?id=100002328674361
Tag ID: : 00735
Points : 13671
Reputation : 24
Number of posts : 7994

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime10/11/2007, 5:18 pm

yg penting jgn isap second hand rokok....
Back to top Go down
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12073
Reputation : 1
Number of posts : 4411

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime10/11/2007, 9:26 pm

isap lah rokok yg btul2 punya..
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
arep
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
arep

Male
Age : 38
location : Malaysia
Points : 12175
Reputation : 0
Number of posts : 1160

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime10/11/2007, 11:21 pm

drpd isap rokok
lebih baik isap
gule2 lolipop
lg sedap.......
Back to top Go down
Satria Neo84
SENIOR
SENIOR
Satria Neo84

Age : 39
location : Labuan
Points : 12186
Reputation : 0
Number of posts : 834

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime23/11/2007, 1:21 am

Merokok boleh menyebabkan barah di seluruh badan:
- barah mulut
- barah sinus
- barah esofagus
- barah otak

- barah dada
- barah uterus
- barah pundi kencing
- barah buah pinggang
- tiroid
- leukemia
- kelenjar limfa
Maklumat yang tepat....
berhentilah merokok.........

Back to top Go down
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 38
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12165
Reputation : -1
Number of posts : 2048

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime23/11/2007, 11:09 pm

Satria Neo84 wrote:
Merokok boleh menyebabkan barah di seluruh badan:
- barah mulut
- barah sinus
- barah esofagus
- barah otak

- barah dada
- barah uterus
- barah pundi kencing
- barah buah pinggang
- tiroid
- leukemia
- kelenjar limfa
Maklumat yang tepat....
berhentilah merokok.........


teng Q..teng Q
ko mrokok ke tak nie.. Suspect
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
Sponsored content




MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Empty
PostSubject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?   MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? Icon_minitime

Back to top Go down
 

MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT?

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: