SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
SANA SINI SUKAN.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
SANA SINI SUKAN.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 SANA SINI SUKAN..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 15941
Reputation : 19
Number of posts : 4935

SANA SINI SUKAN.. Empty
PostSubject: SANA SINI SUKAN..   SANA SINI SUKAN.. Icon_minitime23/9/2009, 8:02 am

MARI KITA KONGSI DAN UPDATE BERITA SUKAN SETEMPAT DAN LUAR NEGARA DI SINI... SANA SINI SUKAN.. 23998 SANA SINI SUKAN.. 23998
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 15941
Reputation : 19
Number of posts : 4935

SANA SINI SUKAN.. Empty
PostSubject: Re: SANA SINI SUKAN..   SANA SINI SUKAN.. Icon_minitime23/9/2009, 8:03 am

Liga Malaysia diswastakan?


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin menswastakan Liga
Malaysia (Liga M) bagi musim 2011 jika pelbagai masalah masih lagi
membelenggu perjalanan liga tahun depan.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, antara masalah
terbabit adalah kewangan seperti pembayaran gaji pemain dan pegawai,
kemerosotan kualiti permainan dan kekurangan sambutan daripada penonton.
"Saingan Liga M musim depan akan menjadi medan terakhir FAM mencari
jalan keluar daripada permasalahan itu dan kerana itu juga terdapat
beberapa syarat tambahan kepada pasukan yang bertanding," katanya
baru-baru ini.
Antara syarat yang perlu dipenuhi semua pasukan adalah membayar
deposit penyertaan kepada FAM dan mempunyai bukti kedudukan kewangan
yang kukuh sepanjang musim bagi mengharungi saingan Liga M musim depan.

Pasukan yang bersaing dalam Liga Super juga perlu membayar deposit
penyertaan sebanyak RM150,000 manakala RM100,000 kepada pasukan yang
bertanding dalam Liga Perdana.
Pasukan Liga Super pula perlu mempunyai bukti kedudukan kewangan berjumlah RM2.5 juta manakala Liga Perdana adalah RM1.5 juta.
"Jika semua syarat-syarat itu dapat dipenuhi dan dipandang serius
oleh anggota-anggota gabungan, ia merupakan satu petanda yang baik
untuk bola sepak negara ini," katanya.
Ketika ditanya kenapa FAM perlu menunggu sehingga 2011 sedangkan
telah terbukti liga-liga luar negara yang diswastakan telah pun
berjaya, Azzuddin berkata, ia berhubung rapat dengan budaya rakyat
Malaysia.
"Cara kita sebagai rakyat Malaysia adalah dengan berdialog terlebih
dulu, serta memberi ruang yang secukupnya sehingga sampai satu tahap
apabila semuanya telah diberi barulah tindakan diambil," katanya.
Azzuddin berkata, anggota-anggota gabungan perlu menggunakan masa
yang ada untuk berubah terutamanya bagi mencari dana serta mengambil
insiatif sendiri untuk membuat hala tuju persatuan.
"Ini kerana dalam beberapa aspek seperti mencari sumber kewangan
serta pengurusan dan pentabdiran anggota-anggota gabungan FAM tidak
boleh campur tangan kerana ia tidak dibenarkan oleh perlembagaan
persatuan," katanya.
Liga M kini diuruskan sepenuhnya oleh FAM di mana terdapat
jawatankuasa-jawatankuasa tertentu dibentuk bagi mengendalikan
perjalanannya. - Bernama
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 15941
Reputation : 19
Number of posts : 4935

SANA SINI SUKAN.. Empty
PostSubject: Re: SANA SINI SUKAN..   SANA SINI SUKAN.. Icon_minitime23/9/2009, 8:04 am

Nicol sudah belajar


SANA SINI SUKAN.. Su_04.1
NICOL sudah bersedia mempertahankan
kejuaraannya pada Kejohanan Terbuka Dunia 2009.


BELANDA - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David sudah belajar daripada kesilapan.
Kini dia bersedia untuk mempertahankan kejuaraannya pada Kejohanan Terbuka Dunia yang bermula hari ini.
Itu pandangan jurulatih Nicol, Liz Irving selepas mengadakan
perbincangan dari hati ke hati dengan pemain No. 1 dunia itu selepas
Nicol tersingkir pada pusingan suku akhir Terbuka Britian minggu lepas.
Nicol yang memegang status No. 1 dunia sejak tiga tahun lepas, gagal
mempertahankan kejuaraanya di Manchester apabila tewas kepada pemain
Ireland, Madeline Perry.
"Dia (Nicol) sudah belajar dari kesilapan," kata Irving.
"Nicol sedar apa yang yang tidak kena dalam permainan di Manchester
lalu. Madeline mempunyai peluang untuk menewaskan Nicol dan dia tidak
mempersiakan peluang tersebut.
"Namun kali ini, saya rasa Nicol akan lebih bersedia untuk mempertahankan kejuaraannya.
"Kami sering berbincang mengenai perkara ini dan ia amat penting
kerana apabila pemain sudah mempunyai kepercayaan yang penuh terhadap
jurulatih, kita dapat menyelesaikan banyak perkara melalui
perbincangan."
Menurut Irving, meskipun Nicol bergelar pemain No. 1 dunia, namun
masih banyak yang perlu dipelajari oleh jaguh kelahiran Pulau Pinang
itu.
"Hakikatnya, Nicol baru berusia 26 tahun," tambah Irving.
"Dia masih muda dan masih banyak yang perlu dipelajari. Dia memang
jujur berkaitan perkara ini. Dia tidak malu untuk belajar meskipun
sudah berada di puncak."
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 15941
Reputation : 19
Number of posts : 4935

SANA SINI SUKAN.. Empty
PostSubject: Re: SANA SINI SUKAN..   SANA SINI SUKAN.. Icon_minitime23/9/2009, 8:07 am

Ranjau liku nanti Chong Wei


HARAPAN
untuk segera menebus dendam mungkin tiada, namun ia tidak bermakna
laluan mudah menanti pemain badminton nombor satu dunia, Lee Chong Wei
apabila turun memburu gelaran pada Siri Super Terbuka Jepun, hari ini.

Tanpa kelibat Lin Dan - yang menundukkannya pada separuh
akhir Masters China, Sabtu lalu - Chong Wei tetap berdepan laluan penuh
ranjau ketika cuba memiliki kembali gelaran pernah dimenanginya, dua
tahun lalu.

“Apa yang penting ialah supaya Chong Wei mampu bangkit
selepas kekalahan di Masters China. Ia akan memberikannya penguat
keyakinan yang terbaik,” kata ketua jurulatih perseorangan, Rashid
Sidek.

Chong Wei sebenarnya memang menanti peluang untuk
segera menundukkan Lin Dan, seperti pernah dilakukannya menerusi
kemenangan pada final Terbuka Switzerland seminggu selepas kalah pada
aksi kemuncak Seluruh England, Mac lalu.

Tetapi di Tokyo kali ini, Lin Dan memilih untuk tidak turut serta.
Cuma bezanya, ujian getir menanti Chong Wei sejak awal lagi,
apabila diundi menentang jaguh Thailand, Boonsak Ponsana - lawan
diatasi Lin Dan pada final Masters China - pada pusingan pertama.
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 15941
Reputation : 19
Number of posts : 4935

SANA SINI SUKAN.. Empty
PostSubject: Re: SANA SINI SUKAN..   SANA SINI SUKAN.. Icon_minitime23/9/2009, 8:12 am

Terbuka Malaysia peluang buru tiket ke Jelajah Dunia

DENGAN
kejohanan tenis utama terakhir kini sudah berlalu dan pemain memasuki
penghujung musim, Terbuka Malaysia Proton, Kuala Lumpur 2009 adalah
satu kejohanan yang membenarkan mereka mengutip mata ranking penting
dalam usaha memburu lapan tempat dalam pusingan akhir Jelajah Dunia ATP
Barclays di London.

Terbuka Malaysia akan membuka minggu jelajah Asia dengan
acara ini berbangga dengan penampilan dua pemain daripada kelompok 10
teratas dan tujuh daripada kelompok 20 teratas iaitu suatu himpunan
membanggakan buat acara Jelajah Dunia ATP 250.

“Kami sedang berusaha ke arah mencipta pengalaman menarik
buat pemain, peminat, penaja dan media pada minggu yang menyaksikan
mereka mempunyai sesuatu untuk dinikmati dan pastinya diingati,” kata
pengarah kejohanan, Nick Freyer.

Nikolay Davydenko dan Fernando Verdasco sudah
mengukuhkan kedudukan mereka dalam kelompok 10 pemain teratas
masing-masing pada kedudukan lapan dan sembilan tetapi Robin Soderling
bergerak satu anak tangga ke tempat ke-11. Ia juga disahkan bahawa
Fernando Verdasco akan bermain perlawanan pertamanya Khamis depan.

“Pastinya ia adalah menarik jika persembahan Robin di KL
membenarkannya menembusi kelompok sepuluh teratas buat pertama kali? Ia
akan menjadikan KL tempat yang istimewa buatnya,” tambah Freyer.

Pemain terkemuka lain yang akan hadir ke Terbuka Malaysia
juga sudah mengesahkan kedudukan ranking mereka selepas Terbuka AS.
Fernando Gonzalez di tempat ke-12, Gael Monfils (13), Tomas Berdych
(18) dan hanya lima mata daripada 17 dan David Ferrer (19).
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 15941
Reputation : 19
Number of posts : 4935

SANA SINI SUKAN.. Empty
PostSubject: Re: SANA SINI SUKAN..   SANA SINI SUKAN.. Icon_minitime24/9/2009, 12:50 pm

24 SEPT 2009

Bawah 20 ke Pra Sukan SEA



SANA SINI SUKAN.. Su_01.1
SKUAD Harimau Muda gigih berlatih bagi menghadapi kejohanan Pra Sukan SEA di Vientiane, Laos dari 2 hingga 6 Oktober depan.



MALAYSIA
hanya akan menghantar skuad bawah 20 tahun (B-20) negara, Harimau Muda
untuk beraksi pada Kejohanan Bola Sepak Jemputan Pra Sukan SEA 2009 di
Vientiane, Laos dari 2 hingga 6 Oktober depan.
Ini kerana, semua pemain skuad B-23 negara kendalian K. Rajagobal
akan beraksi pada siangan Piala Malaysia bermula Sabtu ini kecuali enam
pemain Harimau Muda iaitu Ahmad Shakir Md. Ali, K. Gurusamy, Fandi
Othman, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli dan Faizal Muhamad.
Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata, seramai 29 pemainnya
termasuk enam pemain tersebut mula turun menjalani latihan petang
semalam sebagai persiapan menghadapi Pra Sukan SEA itu.
"Sebenarnya skuad Harimau Muda bakal menghadapi dua kejohanan.
Selepas Pra Sukan SEA di Laos ini, kami akan terus ke Vietnam untuk
Kejohanan Jemputan B-21 Piala Newspaper 2009 bermula 9 Oktober depan.
"Daripada 29 pelatih yang ada ini, kita akan berlepas ke Laos Rabu
depan dengan hanya membawa 20 pemain terbaik gabungan separuh pemain
B-18 dan separuh pemain B-20," katanya ketika ditemui pada sesi latihan
di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.
Menurut Kim Swee, bagi Pra Sukan SEA, Malaysia akan membuka tirai
saingan bertemu Thailand pada 2 Oktober diikuti perlawanan menentang
Vietnam pada 4 Oktober dan Laos pada 6 Oktober.
"Kejohanan berlangsung secara liga satu pusingan. Hanya Laos
turunkan skuad B-23 manakala Thailand dan Vietnam akan hantar pasukan
B-19 yang pernah kita bertemu pada Kejohanan B-19 ASEAN (AFF) di
Vietnam Ogos lalu.
"Kejohanan ini satu pengalaman baik buat pemain muda kita terutama
enam pemain kita yang akan bersama skuad B-23 ke Sukan SEA Disember
depan. Mereka dapat mengambil kesempatan merasai suasana dan keadaan
padang di Laos," jelasnya.
Bagi saingan Piala Newspaper 2009 pula, Kim Swee berkata, Malaysia
akan bertemu Iran B-21 pada 9 Oktober dan China B-21 pada 11 Oktober
bagi saingan Kumpulan B manakala Kumpulan A pula membariskan tuan
rumah, Vietnam, Thailand dan Singapura.
"Kita diundi dalam kumpulan sukar tetapi kita harus cuba beri
saingan untuk mara ke separuh akhir. Dua kejohanan ini cukup penting
sebagai persiapan kita ke pusingan kelayakan Kejohanan B-19 Asia (AFC)
2010 di China, November depan," ujarnya.
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 15941
Reputation : 19
Number of posts : 4935

SANA SINI SUKAN.. Empty
PostSubject: Re: SANA SINI SUKAN..   SANA SINI SUKAN.. Icon_minitime24/9/2009, 12:51 pm

24 SEPTEMBER 2009

Peraturan baru membebankan?



SANA SINI SUKAN.. Su_03.1



KANCAH bola sepak Liga Malaysia
2009 belum berakhir, namun rombakan yang dibuat oleh Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) untuk musim 2010 nampaknya mengundang pelbagai
reaksi daripada persatuan bola sepak negeri.
Rombakan tersebut menyaksikan Persatuan Bola Sepak Sarawak antara
pasukan yang tidak bersedia dan mengancam untuk menarik diri buat
sementara waktu.
Ini berikutan masalah kewangan yang melanda pasukan itu dan beberapa
pasukan lain antaranya UPB-MyTeam yang hampir menarik diri daripada
saingan Piala Malaysia 2009.
Ekoran daripada itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa),
Tan Sri Annuar Musa (gambar) mengambil inisiatif untuk mengadakan
kunjungan hormat ke semua persatuan bola sepak negeri.
Menurutnya, beliau akan menemui rakan sejawatnya bagi membincangkan secara hati ke hati selain berkongsi masalah yang dihadapi.
“Saya dapati banyak persatuan bola sepak negeri mempunyai masalah
tersendiri tetapi mereka tidak menzahirkan masalah tersebut dan
terpaksa memikul beban.
“Sebagai contoh, peraturan FAM yang menghendakkan persatuan bola
sepak negeri mendepositkan RM150,000 untuk menyertai Liga M musim
depan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Tambahnya, peraturan baru ini agak membebankan persatuan kerana
mereka bukan sahaja menghadapi masalah menanggung kewangan semasa
tetapi turut memikul beban hutang lapuk.
Katanya, pertemuan yang akan diadakan ini untuk membincangkan
bagaimana persatuan boleh mengkomersilkan pasukan untuk menarik
penajaan selain menjamin kelangsungan masa depan bola sepak di negara
ini.
“Dalam pertemuan itu nanti, kita akan bincangkan masalah serta mencari formula untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
“Sekiranya terdapat ketetapan, kita akan mengajukannya kepada Majlis
Mesyuarat FAM supaya ia dapat dibincangkan dan diselesaikan dengan cara
yang lebih efisien,” ujarnya.
Ditanya kenapa tidak diadakan satu mesyuarat khas yang dihadiri
semua presiden persatuan bola sepak negeri, Annuar menjawab: “Pertemuan
dengan cara begini mungkin lebih baik kerana dapat saya dapat bertemu
mata dengan presiden-presiden persatuan dan berbincang secara lebih
dekat tentang masalah yang dihadapi.
“Sebelum ini terdapat banyak sangat syarat yang dikenakan FAM sehingga ia menjadi beban kepada pasukan negeri,” jelasnya.
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 15941
Reputation : 19
Number of posts : 4935

SANA SINI SUKAN.. Empty
PostSubject: Re: SANA SINI SUKAN..   SANA SINI SUKAN.. Icon_minitime24/9/2009, 12:53 pm

24 SEPT 2009





Chong Wei mudah atasi cabaran Boonsak


SANA SINI SUKAN.. Su_05.1
CHONG WEI mara ke pusingan kedua Terbuka Jepun.



PERMAINAN kelas dunia dipamerkan oleh jaguh badminton negara, Datuk
Lee Chong Wei yang mudah menumbangkan naib juara China Masters, Boonsak
Ponsana pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Jepun semalam.
Chong Wei, pemain No. 1 dunia yang juga pilihan pertama pada
Kejohanan Super Series ini menang 21-9, 21-15 ke atas bintang Thailand
itu hanya dalam tempoh 34 minit.
Pada pusingan kedua hari ini, Chong Wei akan berdepan Simon Santoso
selepas bintang muda Indonesia itu menewaskan pemain Taiwan, Hsieh Yu
Hsing 21-18, 21-6.
Begitupun, di sebalik kegembiraan yang dilakar Chong Wei itu, khabar
kurang gembira hadir daripada pasangan utama negara, Koo Kien Keat dan
Tan Boon Heong.
Kien Keat-Boon Heong yang diletakkan selaku pilihan kedua dalam
acara beregu lelaki terpaksa pulang awal selepas ditunjuk jalan keluar
oleh pasangan kurang ternama dari Jepun, Kenichi Hayakawa-Kenta Kazuno.
Bekas juara Seluruh England dari Malaysia itu tewas mengejut dua set 16-21, 20-22.
Turut pulang awal adalah pemain veteran negara, Wong Choong Hann
yang tewas 21-16, 13-21, 12-21 kepada pemain Korea Selatan, Park Sung
Hwan.
Pemain muda, Pei Wee Chung turut terkandas selepas tumbang kepada pemain England, Andrew Smith 13-21, 14-21.
Begitupun, perjuangan pasangan muda, Zakry Abdul Latif dan
Fairuzizuan Tazari masih diteruskan selepas mereka melangkah ke
pusingan kedua hasil kemenangan dramtik 21-18, 22-24, 21-16 ke atas
beregu Thailand, Songphon Anugritaywon-Sudket Prapakamol.
Turut melangkah ke pusingan kedua adalah pemain wanita No. 1 negara,
Wong Mew Choo yang menewaskan pemain Taiwan, Cheng Shao Chieh 21-9,
16-21, 21-14.
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 15941
Reputation : 19
Number of posts : 4935

SANA SINI SUKAN.. Empty
PostSubject: Re: SANA SINI SUKAN..   SANA SINI SUKAN.. Icon_minitime24/9/2009, 12:55 pm

24 SEPT 2009


Sathia janji bawa perubahan


SANA SINI SUKAN.. Su_06.1
SATHIANATHAN (kanan, depan) diperkenalkan kepada barisan pemain Kelantan kelmarin.



"SAYA tak pernah jumpa sebuah pasukan yang memiliki penyokong yang
begitu fanatik dan setia di belakang pasukan. Itulah sebabnya saya ke
sini".
Demikian ujar ketua jurulatih baru Kelantan, B. Sathianathan yang
akan menerajui Sang Kijang pada kempen Piala Malaysia 2009 yang bermula
Sabtu ini, lapor KHAIRI MOHAMAD.
Menurutnya, beliau sudah lama mengikuti perkembangan pasukan
Kelantan dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini pasukan ini serius
untuk meningkatkan martabat bola sepak mereka.
"Kelantan kini begitu serius dalam menaikkan mutu bola sepak mereka
dan mereka ada cita-cita dan sasaran untuk menjadi gergasi bola sepak
negara.
"Dengan adanya beberapa pemain yang berkaliber serta memiliki nama
besar dalam dunia bola sepak di negara ini, saya yakin pilihan saya
kali ini tepat," katanya ketika ditemui malam kelmarin.
Tambahnya, sokongan daripada peminat juga memainkan peranan yang
begitu besar dalam bola sepak dan di Kelantan mereka terlalu gilakan
bola.
Jelasnya, beliau tidak menolak berdepan dengan tekanan yang begitu memuncak berikutan harapan peminat yang terlalu tinggi.
"Pengalaman semasa menjadi jurulatih negara mungkin memberi
kelebihan kepada saya untuk mengawal tekanan yang ada dan sebagai
jurulatih tekanan adalah satu cabaran yang baik.
"Sasaran Kelantan untuk kempen Piala Malaysia jelas dan saya harap
saya mampu realisasikan harapan pihak pengurusan dan peminat," jelasnya.
Sathianathan sebelum itu menghadiri majlis memperkenalkan beliau
secara rasmi sebagai ketua jurulatih Kelantan kepada pemain dan peminat
ketika perlawanan persahabatan antara Kelantan dan Pilihan Afrika yang
berkesudahan seri 1-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam kelmarin.
Sementara itu, ketua pasukan baru Kelantan, Indra Putra Mahyuddin
berkata, beliau dan pemain lain tiada masalah untuk memberi kerjasama
kepada jurulatih baru mereka.
"Secara peribadinya saya tiada masalah dengan beliau dan saya sudah
bersama beliau sejak pada usia belasan tahun lagi selain bersama dengan
skuad kebangsaan sebelum ini," jelas Indra.
"Sebagai pemain, kami perlu cepat menyesuaikan diri dengan sebarang
perubahan yang berlaku dalam pasukan ini termasuk menerima kehadiran
jurulatih yang baru."
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 15941
Reputation : 19
Number of posts : 4935

SANA SINI SUKAN.. Empty
PostSubject: Re: SANA SINI SUKAN..   SANA SINI SUKAN.. Icon_minitime24/9/2009, 12:56 pm

24 SEPT 2009


Button jadi pilihan Schumacher


SANA SINI SUKAN.. Su_09.1
BUTTON memiliki kelebihan untuk muncul juara dunia pada perlumbaan F1 tahun ini.


LONDON - Legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher menjangkakan
pemandu Brawn GP, Jenson Button akan muncul juara dunia tahun ini.
Button akan beraksi pada perlumbaan Grand Prix (GP) Singapura minggu
ini selaku pendahulu keseluruhan dengan berada 14 mata di hadapan rakan
sepasukan, Rubens Barrichello.
Berdasarkan prestasi semasa, Barrichello yang menjuarai GP Itali di
Monza dua minggu lalu menjadi penghalang utama kepada misi Button untuk
merekodkan kejuaraan dunia pertamanya dalam karier.
Selain itu, dua pemandu Red Bull, Sebastian Vettel dan Mark Webber juga masih berpeluang untuk bergelar juara dunia musim ini.
Ketika saingan hanya berbaki empat perlumbaan, Vettel kini
ketinggalan 26 mata di belakang Button dengan Webber ketinggalan 28.5
mata untuk berada di tangga ketiga.
Namun, Schumacher yang juga juara dunia tujuh kali percaya Button
berada pada landasan terbaik untuk muncul juara dunia bagi tahun 2009.
"Melihat kepada situasi, saya begitu yakin Jenson akan muncul juara dunia," jelas pemandu Jerman itu.
"Ia memang sukar untuk mengatasinya ketika ini, lebih-lebih lagi melibatkan masalah enjin dalam pasukan Red Bull ketika ini.
"Apa pun, ia tetap menjanjikan cabaran, tetapi perbezaan mata antara pemandu cukup besar."
Dalam pada itu, Schumacher tetap memuji prestasi hebat Vettel yang
membuat penampilan sulungnya bersama Red Bull musim ini selepas
cemerlang bersama pasukan kerdil, Toro Rosso tahun lalu.
"Dia (Vettel) masih muda dan bermula dari sekarang, dia akan pamerkan kualiti sebenar yang dimilikinya," tambahnya. -
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 15941
Reputation : 19
Number of posts : 4935

SANA SINI SUKAN.. Empty
PostSubject: Re: SANA SINI SUKAN..   SANA SINI SUKAN.. Icon_minitime24/9/2009, 12:57 pm

24 SEPT 2009


Liu masih perlukan masa


SANA SINI SUKAN.. Su_10.1
SAMA HEBAT... Liu Xiang (kiri)
bersaing dengan Terrence dalam acara 110 meter lari berpagar pada
Kejohanan Olahraga Grand Prix Shanghai Ahad lalu.



BEIJING - Jaguh lari berpagar China, Liu Xiang mengakui dia masih
memerlukan masa sekurang-kurang enam bulan untuk kembali berada pada
prestasi terbaik.
Pada Kejohanan Olahraga Grand Prix Shanghai Ahad lalu, Liu yang
beraksi buat pertama kali sejak menarik diri daripada temasya Sukan
Olimpik di Beijing tahun lalu berjaya memukau ribuan penonton di
Shanghai.
Dia berjaya memberi tekanan kepada atlet No. 2 dunia, Terrence
Trammell dalam acara 110 meter lari berpagar sebelum akur menerusi
penentuan photo finish dengan masa 13.15 saat.
Begitupun, catatan itu adalah yang kelapan terpantas tahun ini,
namun masih jauh daripada catatan peribadi Liu yang juga bekas rekod
dunia iaitu 12.88s.
"Catatan masa itu sangat mengejutkan kerana kami hanya mensasarkan
untuk berlari dalam lingkungan 13.50s," jelas jurulatih Liu, Sun
Haiping.
"Saya fikir, dia boleh berlari di bawah 13.40s, tetapi kami langsung tidak menjangkakan dia akan berlari sepantas ini."
Begitupun, Sun menjelaskan Liu sebenarnya masih memerlukan masa enam bulan lagi untuk kembali membuktikan kejaguhannya.
"Saya rasa hanya selepas setahun dia menjalani pembedahan, dia telah buktikan larian berkelas dunia," jelas Sun.
"Jadi, kami boleh jangkakan dia akan kembali ke prestasi asal dalam tempoh enam bulan lagi." -
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 15941
Reputation : 19
Number of posts : 4935

SANA SINI SUKAN.. Empty
PostSubject: Re: SANA SINI SUKAN..   SANA SINI SUKAN.. Icon_minitime24/9/2009, 1:04 pm

24 SEPT 2009


Liu Xiang 'kembali', Gay catat 9.69s

Jaguh dari Amerika Syarikat itu berjaya menyamai masa
kemenangan dicatat Usain Bolt ketika memenangi pingat emas Sukan
Olimpik 2008 di Beijing dan diiktiraf rekod dunia ketika itu sebelum
atlit Jamaica itu tampil membuat 9.58s di Kejohanan Dunia bagi rekod
baru.
Gay yang mencatat 9.71s di Berlin membuat larian padu di
Shanghai mengatasi Asafa Powell dari Jamaica yang menyudahkan
perlumbaan dengan 9.85s.
Hari menjadi istimewa juga buat rakan sepasukan,
Carmelita Jeter dalam acara 100m wanita apabila atlit AS itu mencatat
kepantasan kedua terpantas sepanjang zaman 10.64s dengan atlit Jamaica,
Veronica Campbell-Brown meraih perak (10.89s).
Satu lagi acara yang menjadi tumpuan adalah 110m lelaki
dengan jaguh tempatan, Liu Xiang meraih pingat perak dalam perlumbaan
pertama sejak dia menarik diri daripada acara sama di Sukan Olimpik
Beijing, setahun lalu.
Dia menerima sorakan padu dan satu ketika beranggapan dia
adalah pemenang selepas mencecah garisan bersama Terrance Trammell dari
Amerika Syarikat dengan 13.15s tetapi bertukar sedih apabila penyudah
foto menunjukkan lawannya adalah pemenang.
Jaguh lompat bergalah dari Russia, Yelena Isinbayeva membuat satu lagi
usaha untuk mengatasi rekod dunia miliknya tetapi gagal melepasi
ketinggian 5.07m apabila sekadar membuat 4.85m dengan Anna Rogowska
dari Poland, tempat kedua (4.60m) manakala rakan senegaranya, Monika
Pyrek, ketiga (4.50m).


Last edited by neo_sontoloyo on 24/9/2009, 7:22 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 15941
Reputation : 19
Number of posts : 4935

SANA SINI SUKAN.. Empty
PostSubject: Re: SANA SINI SUKAN..   SANA SINI SUKAN.. Icon_minitime24/9/2009, 1:07 pm

24 SEPT 2009


Perlis pilihan juara Kumpulan A

Dijangka bertemu penyandang juara, Kedah pada saingan suku akhir
Di atas kertas, Perlis ditakdirkan bertemu dengan juara bertahan, Kedah
pada suku akhir Piala Malaysia 2009 yang harus menjelmakan segala
intipati bagi perlawanan membabitkan sifat seteru pasukan tetangga dari
utara.
Namun, buat penjaga gol ke Sukan Sea Laos, Mohd Farizal
Marlias, ia tidak boleh dianggap sebagai ketentuan memandangkan Perlis
terpaksa menghadapi saingan sengit daripada pasukan lain dalam kumpulan
mereka.
"Tak dulu, ia bergantung kepada pasukan lain. Ia tak
semudah yang disangka. KL Plus bakal memberi saingan kepada kami dengan
kehadiran Haris Safwan Kamal," katanya.
Kehadiran Pahang, walau pun dianggap pasukan belasahan musim
ini, tidak mahu dipandang enteng oleh Mohd Farizal kerana negeri itu
berjaya memperkuatkan pasukan mereka dengan pemain import tempatan.
"Pahang juga tak boleh dipandang mudah selepas diperkuatkan
oleh pemain import tempatan Shahzan Muda," katanya yang turut mewakili
Shahzan Muda sebelum berhijrah ke Perlis.
Perlis dianggap antara pilihan untuk mara jauh dalam kejohanan ini
memandangkan mereka sudah berjaya mendapatkan khidmat penyerang Proton, Zamri Hassan.
"Kehadiran Zamri Hassan akan memperkuatkan pasukan kami.
Musim ini Zamri sudah menjaringkan sembilan gol buat Proton dan
diharapkan akan melakukan yang sama buat kami," katanya.
Selain KL Plus dan Pahang, Melaka melengkapkan empat pasukan
dalam Kumpulan A. Sebagai pasukan pilihan, Perlis dijangka akan
mengungguli kumpulan dengan lawan mereka pada suku akhir adalah juara
Kumpulan E, berkemungkinan besar, Kedah.
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 15941
Reputation : 19
Number of posts : 4935

SANA SINI SUKAN.. Empty
PostSubject: Re: SANA SINI SUKAN..   SANA SINI SUKAN.. Icon_minitime25/9/2009, 7:47 pm

25 sept 2009


Kapten Pulau Pinang disingkir



SANA SINI SUKAN.. Su_01.1
ZAHRAIN (duduk tengah) memberikan
kata-kata semangat kepada pemain Pulau Pinang yang akan menghadapi
kempen Piala Malaysia bermula Satu ini.



Pulau Pinang menggugurkan enam pemain termasuk ketua pasukan, M.
Prakash bagi menghadapi saingan Piala Malaysia 2009 yang membuka
tirainya esok.
Langkah tersebut adalah untuk memantapkan persiapan mereka agar tampil lebih bertenaga pada saingan Piala Malaysia.
Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri
Zahrain Mohamad Hashim, tindakan itu diambil atas alasan disiplin serta
prestasi mereka yang begitu mengecewakan.
Katanya, tempat enam pemain terbabit digantikan oleh pemain daripada
skuad Piala Presiden yang menunjukkan permainan memberangsangkan pada
beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini.
“Dalam empat perlawanan menentang Selangor, Perlis dan Kuala Muda
Naza, kita berjaya mencipta kemenangan dalam tiga perlawanan dan seri
sekali.
“Oleh itu kita menaruh harapan tinggi kepada pemain muda ini untuk
mencipta sejarah kepada Pulau Pinang yang masih kempunan mengucup piala
berprestij itu sejak 34 tahun lalu,” katanya pada sidang media semalam.
Pulau Pinang diundi dalam Kumpulan E bersama Kedah, Angkatan Tentera
Malaysia dan Kelantan pada saingan Piala Malaysia musim ini.
Zahrain menambah, dalam kempen Piala Malaysia ini, sasaran FAP ialah sekurang-kurangnya melayakkan diri ke saingan suku akhir.
“Sebelum ini sasaran kita untuk kekal dalam Liga Super telah
tercapai biarpun hanya menang lima kali dan seri empat kali daripada 26
perlawanan.
“Bagi meningkatkan motivasi pemain juga, FAP telah berjaya
melangsaikan tunggakan gaji mereka yang kini hanya berbaki sebulan
sahaja,” ujarnya.
Pada sidang media itu, Zahrain turut memperkenalkan pengurus baru
skuad Harimau Kumbang iaitu Datuk Zainal Rahim Seman yang juga
Setiausaha Kerajaan negeri.
Sementara itu, jurulatih Pulau Pinang, S. Veloo berkata, beliau
berpuas hati dengan permainan yang ditunjukkan oleh enam pemain muda
yang dibawa masuk.
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 15941
Reputation : 19
Number of posts : 4935

SANA SINI SUKAN.. Empty
PostSubject: Re: SANA SINI SUKAN..   SANA SINI SUKAN.. Icon_minitime25/9/2009, 7:49 pm

25/09/09


Terbuka Jepun: Chong Wei pulang lebih awal


SANA SINI SUKAN.. Su_04.1
CHONG WEI kecewa selepas ditunjuk jalan keluar oleh Simon Santoso.


PERMAINAN terbaik yang dipamerkan Datuk Lee Chong Wei pada pusingan
pertama Kejohanan Badminton Terbuka Jepun semalam kelmarin gagal
diteruskan.
Pada pusingan kedua semalam, Chong Wei yang turun selaku pemain No.
1 dunia dan pilihan pertama kejohanan terpaksa tunduk kepada kehebatan
pemain Indonesia, Simon Santoso.
Begitupun, Chong Wei yang ketika ini dibelenggu kecederaan lutut kiri berjaya mempamerkan semangat juangnya sebelum tumbang.
Dia berjaya bangkit daripada ketinggalan 5-12 pada set ketiga untuk
menyamakan kedudukan 19-19 sebelum tewas dengan keputusan muktamad
21-19, 15-21, 19-21.
Bagi Santoso, kemenangan ke atas juara edisi 2007 itu cukup memberi
makna kepadanya walaupun dia pernah melakar tiga kemenangan ke atas
Chong Wei sebelum ini.
"Ketika saya mendahului pada set ketiga, saya mula memperlahan
permainan. Peluang itu jelas digunakan Lee (Chong Wei) untuk bangkit
sebelum saya menamatkan permainan serta-merta," jelas Santoso yang kini
menduduki ranking ke-16 dunia.
Dengan kemenangan itu, Santoso akan berdepan rakan senegaranya, Soni
Dwi Kuncoro (juara bertahan) yang menewaskan pemain China, Chen Long
21-19, 15-21, 21-14.
"Saya tidak pernah menewaskannya (Kuncoro) dalam mana-mana kejohanan
antarabangsa. Pada sesi latihan pasukan, saya juga banyak kali tewas
kepadanya. Jadi, saya harap saya dapat menewaskannya kali ini."
Dalam pada itu, cabaran negara dalam acara perseorangan wanita turut
berakhir selepas Wong Mei Choo tewas kepada pemain tuan rumah, Eriko
Hirose 21-12, 18-21, 21-11.
Dengan kekalahan Chong Wei dan Mei Choo itu, sandaran negara pada kejohanan Super Series ini kini dipikul dua pasangan beregu.
Semalam, gandingan Zakry Abadul Latif dan Fairuzizuan Tazari
mengesahkan kemaraan ke suku akhir selepas menewaskan beregu China,
Chai Biao-Zhang Nan 21-15, 21-12.
Beregu wanita No. 1 dunia, Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty turut tidak
berdepan masalah untuk melepasi pusingan kedua menerusi kemenangan
21-19, 21-12 ke atas pasangan Thailand, Savitree Amitrapai-Vacharaporn
Munkit.
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 15941
Reputation : 19
Number of posts : 4935

SANA SINI SUKAN.. Empty
PostSubject: Re: SANA SINI SUKAN..   SANA SINI SUKAN.. Icon_minitime25/9/2009, 7:51 pm

25/09/09


Safiyah masih ada misi penting




SANA SINI SUKAN.. Su_06.1
SAFIYAH mahu tampil cemerlang pada Kejohanan Dunia di Melaka November depan.


PEMAIN boling negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman mengakui dia masih mempunyai misi penting untuk diselesaikan tahun ini.
Meskipun acara boling tidak disenaraikan pada Sukan SEA di Laos
Disember ini, namun Safiyah tetap berdepan dengan cabaran getir apabila
beraksi pada Piala Dunia yang akan diadakan di Melaka, November ini.
Lebih menarik, kejohanan itu akan diadakan ketika Safiyah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-19 pada 14 November.
Menurut Safiyah yang juga juara Kejohanan Ranking Masters Dunia Ke-9
di Naples, Itali pada Mac lalu, kejayaan pada Piala Dunia akan menjadi
hadiah ulang tahun paling manis buat dirinya.
“Sudah tentu saya kecewa apabila acara boling tidak tersenarai pada Sukan SEA tahun ini,” kata Safiyah.
“Tetapi, itu tidak bermakna saya boleh ‘goyang kaki’ kerana masih
ada kejohanan penting lagi yang akan saya sertai sebelum berakhirnya
musim ini.
“Saya akan beraksi pada Kejohanan Boling Piala Dunia yang akan
diadakan bermula 14 November ini ketika saya menyambut ulang tahun
kelahiran yang ke-19.
“Tahun lepas, saya sekadar menduduki tempat ketujuh dan jika boleh, saya ingin mencatat keputusan yang lebih baik tahun ini.
“Jika menang, ia merupakan satu bonus dan juga hadiah hari jadi saya.
“Begitupun, saya sedar, bukan mudah untuk melakukannya.”
Berbeza dengan Safiyah, seorang lagi pemain boling elit negara,
Zandra Aziela Ibrahim Hakimi lebih banyak menyertai kejohanan sirkit
tempatan tahun ini sebelum memberi tumpuan pada Sukan Asia tahun
hadapan.
“Tidak banyak kejohanan besar yang akan saya sertai sehingga
penghujung tahun 2009 selain Terbuka Ancol di Jakarta Oktober ini,”
kata Zandra.
“Selain itu, saya hanya menyertai kejohanan tempatan sebelum memberi tumpuan pada Sukan Asia tahun hadapan.”
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 15941
Reputation : 19
Number of posts : 4935

SANA SINI SUKAN.. Empty
PostSubject: Re: SANA SINI SUKAN..   SANA SINI SUKAN.. Icon_minitime25/9/2009, 7:52 pm

25/09/09


Terengganu miliki kelebihan


SANA SINI SUKAN.. Su_07.1
KEN WORDEN (kanan) memberi arahan kepada pemain-pemain Terengganu pada sesi latihan semalam.



ATAS kertas, pasukan Terengganu dilihat memiliki kelebihan untuk
mengharungi saingan Piala Malaysia yang akan membuka tirainya malam
esok, lapor NORZASRUDIN MOHAMED NOR.
Meskipun diundi dalam Kumpulan B yang dianggap sukar bersama Negeri
Sembilan, Johor dan Sarawak, peluang skuad Penyu untuk mengisi slot ke
suku akhir agak terbuka.
Selain rekod cemerlang pada kempen Piala Super baru-baru ini, skuad
Penyu ini juga semakin menunjukkan peningkatan sejak dikendali
jurulatih Ken Worden.
Selepas hampir setahun membimbing pasukan ini, pengendali dari
Australia itu berjaya mencungkil bakat terpendam beberapa pemain muda
pasukan tersebut.
Kecemerlangan dua pemain berbakat iaitu penyerang, Abdul Manaf Mamat
dan pemain tengah, Mohd. Ashaari Shamsuddin menjadi kunci kejayaan
pasukan itu musim ini.
Sepanjang kempen Liga Super lalu, Abdul Manaf dan Ashaari masing-
masing menyumbangkan 17 dan 10 gol untuk membantu Terengganu menduduki
tempat kelima liga.
Malah, kedua-dua pemain berbakat ini adalah antara pemain yang
membantu pasukan Pantai Timur itu mencipta kegemilangan pada temasya
Sukma di gelanggang sendiri tahun lalu.
Lebih menarik, Abdul Manaf kini disenaraikan dalam skuad bawah 23 tahun kebangsaan.
Selain memiliki barisan pemain muda yang berbakat, kejayaan
Terengganu juga banyak dibantu beberapa pemain senior antaranya pemain
tengah Zairo Anuar Zailani, penyerang Mohd. Azlan Ismail dan pemain
pertahanan Mohd. Marzuki Yusof.
Seandainya prestasi cemerlang itu berjaya dikekalkan, Terengganu
sekali lagi berpeluang untuk mencipta sejarah menjadi juara Piala
Malaysia seperti mana yang dilakukan pada tahun 2001 lalu.
Bagaimanapun Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk
Che Mat Jusoh tidak mahu pemain mudah lupa diri dan berbangga dengan
rekod yang dimiliki.
"Secara dasarnya, dalam saingan Piala Malaysia ini, pasukan kami mempunyai kelebihan berbanding pasukan lain.
"Selain rekod perlawanan pada aksi Liga Super lalu, kami juga
mempunyai barisan pemain yang baik, sekali gus mampu membantu pasukan
mencipta kejayaan," katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu baru-baru ini.
Menurut Che Mat, untuk mereali- sasikan impian itu, pemain tidak
boleh memandang rendah kemampuan pasukan lain dan mengekalkan momentum
yang dimiliki.
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 15941
Reputation : 19
Number of posts : 4935

SANA SINI SUKAN.. Empty
PostSubject: Re: SANA SINI SUKAN..   SANA SINI SUKAN.. Icon_minitime25/9/2009, 7:53 pm

Federer jumpa Nadal


SANA SINI SUKAN.. Su_10.1
FEDERER (kiri) dan Nadal akan membuat perhitungan pada Kejohanan Piala Davis tahun depan.


GENEVA - Dua pemain terbaik dunia, Roger Federer dan Rafael Nadal
bakal berdepan sesama sendiri apabila Sepanyol menentang Switzerland
pada pusingan pertama Kejohanan Tenis Piala Davis tahun depan.
Untuk rekod, Federer dan Nadal, pemain yang kini berkedudukan No. 1 dan No. 2 dunia, tidak pernah bertemu di pentas Piala Davis.
"Kami setuju dengan undian itu dan kami akan cuba menewaskan siapa-
nyol," jelas kapten Switzerland, Severin Luthi mengulas mengenai
keputusan undian Piala Davis kelmarin.
"Sudah pasti ia menjadi undian paling sukar buat kami, namun kami sudah bersedia menghadapinya."
Federer sering menarik diri daripada mewakili Switzerland pada
kempen Piala Davis, namun pemain No. 1 dunia itu telah menghadiahkan
dua mata penting buat pasukannya ketika menewaskan Itali 3-2 untuk mara
ke peringkat Kumpulan Dunia tahun depan.
"Masih terlalu awal untuk mengata- kan sama ada Roger akan beraksi atau tidak," tambah Luthi.
Bagi Nadal pula, dia sering beraksi bersama Sepanyol, iaitu pasukan
yang muncul juara tahun lalu. Kali ini, mereka akan berdepan Republik
Czech pada perlawanan akhir Disember depan.
Sebelum ini, Sepanyol mudah menewaskan Israel 4-1, namun Nadal tidak
beraksi gara-gara kecederaan lutut. Nadal juga tidak beraksi pada
perlawanan akhir tahun lalu.
Sementara itu, undian Kumpulan Dunia turut menyaksikan Amerika
Syarikat menentang Serbia, sekali gus bakal menemukan Novak Djokovic
dengan Andy Roddick.
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 15941
Reputation : 19
Number of posts : 4935

SANA SINI SUKAN.. Empty
PostSubject: Re: SANA SINI SUKAN..   SANA SINI SUKAN.. Icon_minitime26/9/2009, 9:47 am

26/09/09


Gulung tikar


SANA SINI SUKAN.. Su_01.1
PEI TTY (kanan) dan Eei Hui tewas
19-21, 12-21 kepada pasangan dari China pada suku akhir Kejohanan
Badminton Terbuka Jepun semalam.



RENTAK longlai pemain badminton negara berterusan apabila dua lagi
wakil yang beraksi pada pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka
Jepun semalam tumbang.
Kekalahan mengejut beregu wanita No. 1 dunia, Chin Eei Hui dan Wong
Pei Tty selain tumbangnya beregu sensasi, Zakry Abdul Latif dan
Fairuzizuan Tazari menyaksikan tiada satu pun wakil Malaysia yang akan beraksi pada separuh akhir hari ini.
Semalam, Eei Hui-Pei Tty yang diletakkan selaku pilihan pertama pada
kejohanan Super Series ini ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan
China, Ma Jin-Wang Xiaoli.
Eei Hui-Pei Tty tewas mudah 19-21, 12-21 kepada beregu pilihan kelima itu hanya dalam tempoh 34 minit.
Sementara itu, perjuangan Zakry-Fairuzizuan terhenti setakat
pusingan suku akhir apabila pilihan ketujuh itu tunduk kepada kehebatan
pasangan muda Indonesia, Yonathan Suryatama Dasuki-Rian Sukmawan 23-25,
21-16, 10-21.
Sebelum ini, cabaran negara dalam acara perseorangan lelaki dan
wanita berakhir seawal pusingan kedua apabila pemain No. 1 dunia, Datuk
Lee Chong Wei tewas kepada pemain Indonesia, Simon Santoso.
Pemain wanita utama negara, Wong Mew Choo pula gagal menyaingi pemain kelayakan dari Jepun, Eriko Hirose.
Sementara itu, kejutan yang dilakar Simon ke atas Chong Wei kelmarin
diteruskan pada suku akhir semalam apabila dia mudah menjinakkan rakan
senegara, Soni Dwi Kuncoro 21-16, 21-17.
Turut melakar kemenangan ialah pemain veteran Indonesia, Taufik
Hidayat yang menewaskan Park Sung-hwan dari Korea Selatan 12-21, 28-26,
21-15 sambil pemain China, Bao Chunlai menumbangkan pilihan ketiga dari
Denmark, Peter Gade 21-17, 21-14.
Lawan Chunlai pada separuh akhir hari ini ialah pemain Vietnam,
Nguyen Tien Minh selepas pilihan kelapan itu menewaskan pemain tuan
rumah, Kazuteru Kozai 21-14, 21-16.
Acara beregu lelaki pula menyaksikan penguasaan Indonesia apabila
tiga beregunya melangkah ke separuh akhir diketuai Markis Kido-Hendra
Setiawan.
Menyertai beregu No. 1 dunia itu ialah Alvent Yulianto Chandra-Hendra Aprida Gunawan dan Dasuki-Sukmawan.
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 15941
Reputation : 19
Number of posts : 4935

SANA SINI SUKAN.. Empty
PostSubject: Re: SANA SINI SUKAN..   SANA SINI SUKAN.. Icon_minitime26/9/2009, 9:49 am

26/09/09


Kedah merendah diri



SANA SINI SUKAN.. Su_06.1
KHYRIL (kiri) tidak dapat membantu Kedah dalam kempen Piala Malaysia musim ini.



MENANG satu gol sudah memadai bagi pasu- kan Kedah yang turun
menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Piala Malaysia
yang membuka tirai di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.
Skuad Kenari yang dilanda masalah kecede- raan pemain utama tidak
mengejar jaringan besar atau menang selesa, sebaliknya hanya me-
nyasarkan kemenangan tipis.
Jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah memberitahu, fokus
pasukan adalah mahu mencatat kemenangan biarpun masih bergelut dengan
ketumpulan barisan serangan.
Katanya, kejayaan lampau yang dicatat Kedah sebagai juara treble sudah tinggal kenangan.
Menurutnya, ia disebabkan Kedah musim ini adalah pasukan yang berlainan berbanding musim sebelumnya.
"Cukup dengan jaringan tipis walaupun satu gol tetapi menang," katanya kepada Kosmo! semalam.
Pemain utama yang masih dalam senarai kecederaan termasuk Mohd.
Khyril Muhyameen Zambri yang terpaksa berehat panjang, begitu juga
dengan V. Thirumurugan dan Mohd. Fadly Baharum yang mungkin boleh
beraksi semula pada pertengahan saingan Piala Malaysia.
Bagi K. Samransak pula, biarpun sudah menyertai rakan-rakan
menjalani latihan tetapi aksi yang ditunjukkan belum meyakinkan Azraai.
Ketiadaan Khyril ternyata meresahkan Azraai yang terpaksa
menyandarkan harapan untuk merobek gawang lawan kepada Mohd. Azrul
Ahmad, Mohd. Farizal Rozali dan Muhammad Shafiq Jamal.
"Azrul bakal diturunkan dan mungkin bergan- dingan dengan Farizal
atau Shafiq. Saya berharap mereka dapat melakukan yang terbaik,"
katanya.
Azraai memberitahu, beliau tidak memandang mudah pertemuan dengan
ATM kerana menjangkakan saingan yang hebat bakal dihadapi daripada
setiap pasukan yang turut memburu untuk meraih piala berprestij itu.
"Walaupun ATM adalah pasukan Liga Perdana, namun tentangan yang bakal diberikan tidak boleh dipandang mudah," katanya.
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 15941
Reputation : 19
Number of posts : 4935

SANA SINI SUKAN.. Empty
PostSubject: Re: SANA SINI SUKAN..   SANA SINI SUKAN.. Icon_minitime26/9/2009, 9:50 am

26/09/09


Skuad Kijang hanya mahu menyerang


SANA SINI SUKAN.. Su_07.1
KELANTAN menaruh kepercayaan penuh kepada kebijaksanaan jurulatih barunya, B. Sathianathan.



BERBEKALKAN taktikal menyerang, skuad Kelantan optimis untuk melakar
kemenangan pertama menentang Pulau Pinang dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Negeri Batu Kawan malam ini, lapor LUQMAN HAKIM AB. RAHIM.
Taktik tersebut yang sering kali membawa tuah kepada pasukan yang
bergelar Kijang ini menjadi taruhan utama meskipun beraksi di
gelanggang lawan.
Begitupun, skuad kendalian B. Sathianathan ini tidak akan mudah
menyerah kalah dan mereka berazam bermain habis-habisan untuk meraih
tiga mata berharga di tempat lawan.
Tanpa mahu melakukan perubahan drastik, Sathianathan yang baru saja
mengambil alih sebagai jurulatih skuad ini berkata, apa yang mampu
dilakukannya adalah memperkemaskan barisan pertahanan yang terdiri
daripada pemain lama dan baru.
Dengan beberapa siri perlawanan persahabatan baru-baru ini, beliau
melihat penglibatan kedua- dua barisan pemain ini dapat membentuk satu
barisan pertahanan yang kental bagi menahan asakan skuad Harimau
Kumbang nanti.
"Skuad ini (Kelantan) unik sebab ada pemain lama dan baru yang kebanyakannya berpengalaman luas.
"Semua pemain nampak bersemangat. Cuma nasihat saya, jangan pandang
rendah pada pasukan lawan dan sentiasa perlu berhati-hati," katanya
ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan, Azman
Ibrahim pula memberitahu, barisan terbaik akan diturunkan malam ini
bagi memastikan kemenangan memihak kepada mereka.
Menurutnya, semua pemain berada dalam keadaan terbaik dan masing-masing bersedia untuk menghadapi lawan.
"Saya harap semua pemain dapat menyerap tekanan, sebab ini perlawanan pertama selepas berehat panjang.
"Kita mahu bawa pulang tiga mata penuh," tambahnya.
Back to top Go down
neo_sontoloyo
SIFU
SIFU
neo_sontoloyo

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : Telupid/Lahad Datu/Ra
Tag ID: : SFC 05451
Points : 15941
Reputation : 19
Number of posts : 4935

SANA SINI SUKAN.. Empty
PostSubject: Re: SANA SINI SUKAN..   SANA SINI SUKAN.. Icon_minitime26/9/2009, 9:51 am

26/09/09


Irfan Bakti guna tiga penyerang


PERLIS akan menggunakan tiga penye- rang pada aksi menentang Melaka dalam saingan Piala Malaysia yang membuka tirainya hari ini.
Ketua jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim berkata, penyerang utama
mereka, Nizaruddin Yusof dan Ahmad Fakri Saarani akan digandingkan
dengan pemain baru yang dipinjamkan daripada pasukan Proton, iaitu
Zambri Hassan.
Katanya, strategi itu dipercayai mampu menguatkan barisan serangan
Perlis dalam usaha untuk mengutip tiga mata penuh pada perlawanan
pembuka tirai itu.
"Gandingan tiga penyerang ini sesuatu yang menarik dan saya
menjangka ia akan memantapkan lagi kekuatan Perlis untuk memboloskan
gawang lawan.
"Kami perlu menang semua perlawa- nan peringkat kumpulan kerana
hanya juara kumpulan layak secara automatik," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tambahnya, sasaran skuad Singa Utara pada saingan Piala Malaysia tahun ini ialah untuk layak ke perlawanan akhir.
Back to top Go down
Sponsored content




SANA SINI SUKAN.. Empty
PostSubject: Re: SANA SINI SUKAN..   SANA SINI SUKAN.. Icon_minitime

Back to top Go down
 

SANA SINI SUKAN..

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN SUKAN-
Jump to: