SIOLOON FUN CLUB

Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.

SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE

    Info minyak pelincir

    Share
    avatar
    aLFFiaN
    ADMINISTRATOR
    ADMINISTRATOR

    Male
    Countries/State : Malaysia
    Age : 34
    location : Borneo Island
    Website : www.sioloon.com
    Tag ID: : SFC00001
    Points : 9929
    Reputation : 101
    Number of posts : 7894
    09052007

    http://i38.servimg.com/u/f3 Info minyak pelincir

    Post by aLFFiaN

    Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder


    MINYAK pelincir atau lazim disebut minyak hitam (walaupun tidak berwarna hitam) cukup penting bagi membolehkan enjin berfungsi dan kereta boleh bergerak dengan lancar. Ia perlu ditukar pada setiap 5,000 atau 10,000 kilometer mengikut jenis dan grednya.



    Namun, bagi kereta baru yang kali pertama menukar minyak hitam, ia boleh dilakukan pada 1,000 kilometer pertama seperti yang disyorkan oleh pengeluar dan pengedar.

    Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.

    Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain memendapkan bahan bakar. Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu digunakan, ia akan menjadi kotor akibat bahan bakar dalam enjin termasuk percampuran dengan air.

    Oleh itu, pemilik kenderaan perlulah membaca buku panduan yang disediakan oleh syarikat pengeluar kereta cara menjaga ketahanan enjin kereta.

    Lazimnya, minyak pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000 hingga 8,000 kilometer atau enam bulan atau mana-mana yang terawal bergantung kepada jenis model kenderaan.

    Bagaimanapun, sesetengah pemilik kereta lebih gemar menukarkan minyak pelincir sendiri kerana ia mudah dilakukan dengan menggunakan beberapa alat asas seperti pemutar skru dan bekas untuk mengisi minyak pelincir lama.

    Peralatan lain yang diperlukan ialah jack atau bicu untuk mengangkat bahagian kereta bagi memudahkan anda memutarkan skru pada kotak minyak pelincir. Adalah lebih baik jika minyak hitam dikeluarkan sehingga titisan terakhir.

    Anda juga disyorkan supaya mengeluarkan minyak pelincir lama untuk diganti ketika enjin masih panas. Ini kerana pada masa itu, minyak pelincir akan bercampur komponen kekotoran bahan bakar yang perlu dihapuskan ketika minyak pelincir itu disalurkan ke luar.

    Jika enjin kereta tidak cukup panas ketika anda bercadang menukar minyak pelincir, eloklah dihidupkan enjin itu untuk beberapa minit terlebih dulu.

    Sementara itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir tetapi apabila diperiksa kelihatan kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca daripada minyak.



    Keadaan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor terutama bagi enjin yang masih baru atau bahagian enjin yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh.

    Masalah itu berlaku mungkin akibat proses penyesuaian bahagian terbabit menyebabkan berlaku kehausan sehingga minyak pelincir akan mengandungi serbuk logam.

    Apabila keadaan itu berlaku, proses penggantian minyak berkenaan terjadi dalam tempoh singkat menyebabkan ia menjadi hitam dan kotor lebih cepat berbanding dalam keadaan biasa.

    Jika keadaan itu berlaku anda tidak perlu bimbang dan tukarlah minyak berkenaan bagi melancarkan perjalanan kenderaan anda.

    Ini kerana minyak pelincir berfungsi bagi membersihkan permukaan dinding silinder daripada oksida, karbon dan kerak yang terjadi hasil pembakaran dalam bahagian berkenaan.

    Jadi, di samping mencairkan sebarang pemejalan minyak, ia turut membawa kotoran yang ada di dalamnya dan membersihkan bahagian berkenaan. Jadi, apabila sudah kotor, minyak itu perlu diganti baru dengan segera untuk mengelakkan kerosakan pada bahagian enjin.
    Share this post on: Excite BookmarksDiggRedditDel.icio.usGoogleLiveSlashdotNetscapeTechnoratiStumbleUponNewsvineFurlYahooSmarking

    avatar

    Post on 1/10/2007, 4:01 am by IVE-C

    tkar minyak pakai sedut dgn bkak terus yg mana lgi ok?
    avatar

    Post on 1/10/2007, 5:09 am by Ben James

    Info yg baik...saya baru tahu nak servis kereta dalam keadaan enjin panas adalah yg terbaik... Very Happy
    avatar

    Post on 1/10/2007, 1:05 pm by junraz

    Tahukah anda..hampir 90% minyak enjin yg berada dipasaran adalah minyak kitar semula..!! Kalau anda berasa was2..beli sja minyak pelincir distesen minyak..(shell atau petronas)..keaslian minyak enjin terjamin..
    avatar

    Post on 1/10/2007, 3:07 pm by kEzz

    petronas syntium..lebih terjamin
    avatar

    Post on 3/10/2007, 7:20 am by Ben James

    minyak kitar semula tu tidak ok ka? (walaupun sudah ada teknologi masing2 mcm HKS,Blitz n Penzoil?). Apa kesan dia? Saya pakai minyak Blitz di kereta oren n Petronas Syntium d Kancil...sama ja pun.
    avatar

    Post on 3/10/2007, 12:38 pm by madperak

    Ben James wrote:minyak kitar semula tu tidak ok ka? (walaupun sudah ada teknologi masing2 mcm HKS,Blitz n Penzoil?). Apa kesan dia? Saya pakai minyak Blitz di kereta oren n Petronas Syntium d Kancil...sama ja pun.

    Kat sini pun, ada debatan pasal minyak jugak bro, ko baca lah....

    http://sioloon.com/ENGINE-f9/Mix-minyak-hitam-t74.htm

    Post on 20/12/2007, 10:35 am by ProjectD

    76 macam mana?ookkkk jak sy guna neh....

    Post on 20/12/2007, 10:49 am by drakult

    apa2 pun ok..ikut pilihan masing2..Castrol Magnatec bah beli sama Nieto..Promote ckit 8) ..MANTAP!!?!!

    Post on 20/12/2007, 1:25 pm by ProjectD

    drakult wrote:apa2 pun ok..ikut pilihan masing2..Castrol Magnatec bah beli sama Nieto..Promote ckit 8) ..MANTAP!!?!!

    tapi aku pernah test castrol,mmg mantap bahhh...

    Post on 21/12/2007, 8:04 pm by drakult

    Mantap kah..??hehehe..
    avatar

    Post on 22/12/2007, 7:41 pm by Nieto

    saya jual banyak jenis minyak, tapi castrol tetap pilihan saya haha... saya sudah try Nasa, Petronas, Shell, BP. Masih juga castrol lebih power bagi saya.

    yg penting jangan campur jenis mineral dan syntetic. sebab formula mereka buat berlainan, so kalau campur kemungkinan kereta makan minyak.

    Top sales minyak engine saya untuk K-car
    Magnatec la... so far, semua bagi positive feedback, kereta ringan, response lebih laju, senyap and sebagainya.

    2nd pulak Nasa, kenapa? MURAH ma, rm35 saja 3 liter. Lagipun minyak nie bukan chap ayam tau, ia telah mendapat Super Brand Award. Nasa dan Stop Oil sama company. Nasa juga USA tech, packing at Msia~

    Post on 22/12/2007, 9:46 pm by drakult

    bagaimana pula dgn X1-R.. Very Happy
    avatar

    Post on 23/12/2007, 3:49 am by Nieto

    X1-R tak de~

    Post on 23/12/2007, 4:13 am by drakult

    bukan ..
    apa pendapat anda tentang X1-R?? 8)
    avatar

    Post on 23/12/2007, 8:25 am by Nieto

    tak tau la, tak pernah guna~

    Post on 23/12/2007, 9:15 am by ProjectD

    Castrol Magnetic bukan sekadar minyak pelincir....

    Tapi ianya Kejuruteraan Bendalir hehehehhe....
    avatar

    Post on 23/12/2007, 1:21 pm by Nieto

    hehe yaya... pembetulan Magnectec~ betul tu ia mempunyai molekul unik yg melekat di piston dan block untuk melindungi dan melancarkan engine. Sedikit pengalaman kawan saya di sini,

    kawan saya mengunakan isuzu invader, juga pakai castrol magnatec. ada satu hari, filter minyak dia loose dan terjatuh, dia pun tak sedar la... kemudian dia terasa kereta kurang power, jadi dia check semua meter dia, tu oil pressurenya kosong, so dia pun turun dan tengok apa yg terjadi. engine dalam kosong, habis minyak. Lepas tu tarik ke workshop check, tiada masalah pulak, isi minyak engine baru, baiki bawa sana siap!! jalan, no problem.

    untuk kereta berusia lebih 10 tahun dinasihati jangan pakai magnatec:-
    asap putih akan keluar walaupun sudah overhaul (kadang-kadang).
    Minyak engine akan kurang dengan cepat walaupun sudah overhaul.

    bukan saja magnatec, asal tu minyak fully syntetic, semi syntetic, atau terlalu cair pun akan menyebabkan masalah untuk kereta lama.

    paling best pakai 20w/50 atau 40

    Post on 23/12/2007, 8:33 pm by drakult

    jadi castrol Magnatec memang power dari yg lain??..hmmmm... 8)
    Next oil change, aku mo try lah..
    avatar

    Post on 23/12/2007, 9:15 pm by Nieto

    sebenarnya saya tak berani cakap castrol lebih power dari yg lain. saya cuma boleh cakap itu adalah minyak yg MANTAP!! haha~

    Post on 23/12/2007, 9:50 pm by drakult

    hahahaha.bagus.. bagus.. nanti aku cari ko..bah kasi discount lor..baru KEMANTAPAN tue terserlah macam pearl.. Very Happy

    Post on 24/12/2007, 2:59 am by ProjectD

    best2 castrol..tp lau xda budget lebih guna 76 pn ok bah....tp myk besa lah...
    avatar

    Post on 24/12/2007, 5:37 am by Nieto

    boleh discount, jangan kau takut~ kalau 76 vs Nasa, aku prefer NASA.. haha~!!
    avatar

    Post on 24/12/2007, 6:41 am by pioneer_syntium

    Conoco Lubricants - terus sa x mo tukar kepada minyak pelincir yg lain ekekeke.
    avatar

    Post on 24/12/2007, 8:11 am by xiaomao

    pioneer_syn wrote:Conoco Lubricants - terus sa x mo tukar kepada minyak pelincir yg lain ekekeke.

    kereta NA bulih pakai juga kan...?? Suspect

    Post  by Sponsored content


      Current date/time is 19/10/2017, 10:27 am