SIOLOON FUN CLUB

Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.

SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE

    Info minyak pelincir

    Share
    avatar
    aLFFiaN
    ADMINISTRATOR
    ADMINISTRATOR

    Male
    Countries/State : Malaysia
    Age : 34
    location : Borneo Island
    Website : www.sioloon.com
    Tag ID: : SFC00001
    Points : 9933
    Reputation : 101
    Number of posts : 7894
    09052007

    http://i38.servimg.com/u/f3 Info minyak pelincir

    Post by aLFFiaN

    Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder


    MINYAK pelincir atau lazim disebut minyak hitam (walaupun tidak berwarna hitam) cukup penting bagi membolehkan enjin berfungsi dan kereta boleh bergerak dengan lancar. Ia perlu ditukar pada setiap 5,000 atau 10,000 kilometer mengikut jenis dan grednya.



    Namun, bagi kereta baru yang kali pertama menukar minyak hitam, ia boleh dilakukan pada 1,000 kilometer pertama seperti yang disyorkan oleh pengeluar dan pengedar.

    Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.

    Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain memendapkan bahan bakar. Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu digunakan, ia akan menjadi kotor akibat bahan bakar dalam enjin termasuk percampuran dengan air.

    Oleh itu, pemilik kenderaan perlulah membaca buku panduan yang disediakan oleh syarikat pengeluar kereta cara menjaga ketahanan enjin kereta.

    Lazimnya, minyak pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000 hingga 8,000 kilometer atau enam bulan atau mana-mana yang terawal bergantung kepada jenis model kenderaan.

    Bagaimanapun, sesetengah pemilik kereta lebih gemar menukarkan minyak pelincir sendiri kerana ia mudah dilakukan dengan menggunakan beberapa alat asas seperti pemutar skru dan bekas untuk mengisi minyak pelincir lama.

    Peralatan lain yang diperlukan ialah jack atau bicu untuk mengangkat bahagian kereta bagi memudahkan anda memutarkan skru pada kotak minyak pelincir. Adalah lebih baik jika minyak hitam dikeluarkan sehingga titisan terakhir.

    Anda juga disyorkan supaya mengeluarkan minyak pelincir lama untuk diganti ketika enjin masih panas. Ini kerana pada masa itu, minyak pelincir akan bercampur komponen kekotoran bahan bakar yang perlu dihapuskan ketika minyak pelincir itu disalurkan ke luar.

    Jika enjin kereta tidak cukup panas ketika anda bercadang menukar minyak pelincir, eloklah dihidupkan enjin itu untuk beberapa minit terlebih dulu.

    Sementara itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir tetapi apabila diperiksa kelihatan kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca daripada minyak.



    Keadaan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor terutama bagi enjin yang masih baru atau bahagian enjin yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh.

    Masalah itu berlaku mungkin akibat proses penyesuaian bahagian terbabit menyebabkan berlaku kehausan sehingga minyak pelincir akan mengandungi serbuk logam.

    Apabila keadaan itu berlaku, proses penggantian minyak berkenaan terjadi dalam tempoh singkat menyebabkan ia menjadi hitam dan kotor lebih cepat berbanding dalam keadaan biasa.

    Jika keadaan itu berlaku anda tidak perlu bimbang dan tukarlah minyak berkenaan bagi melancarkan perjalanan kenderaan anda.

    Ini kerana minyak pelincir berfungsi bagi membersihkan permukaan dinding silinder daripada oksida, karbon dan kerak yang terjadi hasil pembakaran dalam bahagian berkenaan.

    Jadi, di samping mencairkan sebarang pemejalan minyak, ia turut membawa kotoran yang ada di dalamnya dan membersihkan bahagian berkenaan. Jadi, apabila sudah kotor, minyak itu perlu diganti baru dengan segera untuk mengelakkan kerosakan pada bahagian enjin.
    Share this post on: Excite BookmarksDiggRedditDel.icio.usGoogleLiveSlashdotNetscapeTechnoratiStumbleUponNewsvineFurlYahooSmarking

    avatar

    Post on 20/8/2011, 4:59 pm by im

    minyak masak, pernah nmpk digun dlm kereta...nmpk di kawasan felda...

    Sars9961: bole jgk tu, yg ptg tgk kod minyak pelincir yg bro maw guna..cth 10W40 dll...castrol magnatec mmg mahal klu dlm botolnya, tp klu dlm drum, murah sj...
    avatar

    Post on 20/8/2011, 5:03 pm by Sars9961

    sebelum ni bro aku pkai petronas synthium, 10w40.. mau rasa jgk pakai minyak lain, dorg cakap castrol magnatec best, tp harga kurang best la..d mana mau cari kalau dalam drum bro? kalau idemitsu ok ka jgk bro utk kreta lama? ada siapa sini yg pernah pakai?
    avatar

    Post on 20/8/2011, 5:08 pm by im

    saya skrg pakai magnetec, mmg respon yg sgt baik dgn injin, sy guna 10w40...guna idemitsu pun ok jgk utk kereta2 lama nih, mertua sy pakai skrg...hg pula lbh murah bbanding castrol magnetec...
    klu di tmpt saya, minyak castrol magnatec drum bole beli di kedai2 servis tayar, bateri kereta...klu tdk silap dlm RM9 seliter...
    avatar

    Post on 20/8/2011, 5:10 pm by Sars9961

    apa beza minyak dalam drum dgan yg di dalam botol arr bro? masi nubis ni dalam minyak2 kreta ni.. hehe
    avatar

    Post on 20/8/2011, 5:16 pm by Shinigami_TWU

    Kornurts wrote:aihhh..jgn yam...gila ehh..huhuhu...msti myk khas utk enjin ehh...huhuhu... scratch

    kaw nda dgr ka ckp bro adeqyana hari tu.. mnyk msk tu sifat dia macam mnyk fully sintetik... aku dakda kereta dah.. klu nda aku pi try tu... huahaha
    avatar

    Post on 20/8/2011, 5:17 pm by im

    tanya sama tauke kedai, xada beza cuma packing sj berlainan...bila packing dlm botol agak mhl sbb kos termasuk botol myebabkn minyak mhl...berbanding dlm drum, minyak yg sama tp sbb minyak dlm btk pukal, maka kos dpt dikurangkan jd minyak pun murah...kod minyak sama jgk, macam saya pakai 10w40...botol & drum...prestasi sama&memuaskan...castrol, bukan setakat pelincir tetapi kjuruteraan bendalir...
    avatar

    Post on 20/8/2011, 5:27 pm by Sars9961

    oo jadi kualiti dia sama ja la tu kan bro.. nnt aku try cari la.. kalau rm9 1 liter, 4 liter baru rm36 kan bro.. tq2
    avatar

    Post on 20/8/2011, 5:31 pm by im

    Sars9961 wrote:oo jadi kualiti dia sama ja la tu kan bro.. nnt aku try cari la.. kalau rm9 1 liter, 4 liter baru rm36 kan bro.. tq2
    yup, klu bkn RM9 seliter pun, msh jgk murah tu klu beli yg drum punya...klu tauke tu jnis yg bgs punya, dia tanya dlu kereta brp lama sdh...baru dia suggest minyak macam mn...

    Post  by Sponsored content


      Current date/time is 21/10/2017, 5:12 pm