SIOLOON FUN CLUB

Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.

SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE

    Info minyak pelincir

    Share
    avatar
    aLFFiaN
    ADMINISTRATOR
    ADMINISTRATOR

    Male
    Countries/State : Malaysia
    Age : 34
    location : Borneo Island
    Website : www.sioloon.com
    Tag ID: : SFC00001
    Points : 9999
    Reputation : 101
    Number of posts : 7894
    09052007

    http://i38.servimg.com/u/f3 Info minyak pelincir

    Post by aLFFiaN

    Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder


    MINYAK pelincir atau lazim disebut minyak hitam (walaupun tidak berwarna hitam) cukup penting bagi membolehkan enjin berfungsi dan kereta boleh bergerak dengan lancar. Ia perlu ditukar pada setiap 5,000 atau 10,000 kilometer mengikut jenis dan grednya.



    Namun, bagi kereta baru yang kali pertama menukar minyak hitam, ia boleh dilakukan pada 1,000 kilometer pertama seperti yang disyorkan oleh pengeluar dan pengedar.

    Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.

    Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain memendapkan bahan bakar. Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu digunakan, ia akan menjadi kotor akibat bahan bakar dalam enjin termasuk percampuran dengan air.

    Oleh itu, pemilik kenderaan perlulah membaca buku panduan yang disediakan oleh syarikat pengeluar kereta cara menjaga ketahanan enjin kereta.

    Lazimnya, minyak pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000 hingga 8,000 kilometer atau enam bulan atau mana-mana yang terawal bergantung kepada jenis model kenderaan.

    Bagaimanapun, sesetengah pemilik kereta lebih gemar menukarkan minyak pelincir sendiri kerana ia mudah dilakukan dengan menggunakan beberapa alat asas seperti pemutar skru dan bekas untuk mengisi minyak pelincir lama.

    Peralatan lain yang diperlukan ialah jack atau bicu untuk mengangkat bahagian kereta bagi memudahkan anda memutarkan skru pada kotak minyak pelincir. Adalah lebih baik jika minyak hitam dikeluarkan sehingga titisan terakhir.

    Anda juga disyorkan supaya mengeluarkan minyak pelincir lama untuk diganti ketika enjin masih panas. Ini kerana pada masa itu, minyak pelincir akan bercampur komponen kekotoran bahan bakar yang perlu dihapuskan ketika minyak pelincir itu disalurkan ke luar.

    Jika enjin kereta tidak cukup panas ketika anda bercadang menukar minyak pelincir, eloklah dihidupkan enjin itu untuk beberapa minit terlebih dulu.

    Sementara itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir tetapi apabila diperiksa kelihatan kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca daripada minyak.



    Keadaan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor terutama bagi enjin yang masih baru atau bahagian enjin yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh.

    Masalah itu berlaku mungkin akibat proses penyesuaian bahagian terbabit menyebabkan berlaku kehausan sehingga minyak pelincir akan mengandungi serbuk logam.

    Apabila keadaan itu berlaku, proses penggantian minyak berkenaan terjadi dalam tempoh singkat menyebabkan ia menjadi hitam dan kotor lebih cepat berbanding dalam keadaan biasa.

    Jika keadaan itu berlaku anda tidak perlu bimbang dan tukarlah minyak berkenaan bagi melancarkan perjalanan kenderaan anda.

    Ini kerana minyak pelincir berfungsi bagi membersihkan permukaan dinding silinder daripada oksida, karbon dan kerak yang terjadi hasil pembakaran dalam bahagian berkenaan.

    Jadi, di samping mencairkan sebarang pemejalan minyak, ia turut membawa kotoran yang ada di dalamnya dan membersihkan bahagian berkenaan. Jadi, apabila sudah kotor, minyak itu perlu diganti baru dengan segera untuk mengelakkan kerosakan pada bahagian enjin.
    Share this post on: Excite BookmarksDiggRedditDel.icio.usGoogleLiveSlashdotNetscapeTechnoratiStumbleUponNewsvineFurlYahooSmarking

    avatar

    Post on 24/12/2007, 9:58 am by pioneer_syntium

    xiaomao wrote:
    pioneer_syn wrote:Conoco Lubricants - terus sa x mo tukar kepada minyak pelincir yg lain ekekeke.

    kereta NA bulih pakai juga kan...?? Suspect

    boleh, beli yg 10-30w seliter RM 12+ X 3 liter dalam RM40+ la.

    Post on 24/12/2007, 12:21 pm by ProjectD

    Nasa lum try lg eyhh..

    Post on 24/12/2007, 11:16 pm by drakult

    pioneer_syn wrote:
    xiaomao wrote:
    pioneer_syn wrote:Conoco Lubricants - terus sa x mo tukar kepada minyak pelincir yg lain ekekeke.

    kereta NA bulih pakai juga kan...?? Suspect

    boleh, beli yg 10-30w seliter RM 12+ X 3 liter dalam RM40+ la.

    eh murah tue dari Castrol..hehehe
    avatar

    Post on 25/12/2007, 4:01 am by xiaomao

    pioneer_syn wrote:
    xiaomao wrote:
    pioneer_syn wrote:Conoco Lubricants - terus sa x mo tukar kepada minyak pelincir yg lain ekekeke.

    kereta NA bulih pakai juga kan...?? Suspect

    boleh, beli yg 10-30w seliter RM 12+ X 3 liter dalam RM40+ la.

    itu harga di kk atau lahad datu..??
    avatar

    Post on 25/12/2007, 4:59 am by Nieto

    nasa rm35 3 liter~

    tentula castrol mahal, haha... brand bagus la tu
    avatar

    Post on 25/12/2007, 5:12 am by pioneer_syntium

    xiaomao wrote:
    pioneer_syn wrote:
    xiaomao wrote:
    pioneer_syn wrote:Conoco Lubricants - terus sa x mo tukar kepada minyak pelincir yg lain ekekeke.

    kereta NA bulih pakai juga kan...?? Suspect

    boleh, beli yg 10-30w seliter RM 12+ X 3 liter dalam RM40+ la.

    itu harga di kk atau lahad datu..??

    lahad datu.
    avatar

    Post on 25/12/2007, 5:14 am by pioneer_syntium

    Nieto wrote:nasa rm35 3 liter~

    tentula castrol mahal, haha... brand bagus la tu

    mmg mahal tapi sa sdh bandingkan Castrol dan Conoco ni, Conoco the best lembut saja kereta tu perginya.
    avatar

    Post on 25/12/2007, 6:12 am by xiaomao

    pioneer_syn wrote:
    xiaomao wrote:
    pioneer_syn wrote:
    xiaomao wrote:
    pioneer_syn wrote:Conoco Lubricants - terus sa x mo tukar kepada minyak pelincir yg lain ekekeke.

    kereta NA bulih pakai juga kan...?? Suspect

    boleh, beli yg 10-30w seliter RM 12+ X 3 liter dalam RM40+ la.

    itu harga di kk atau lahad datu..??

    lahad datu.

    ba nanti time ko dtg tolong beli satu..kekeke

    Post on 26/12/2007, 2:32 am by drakult

    pioneer_syn wrote:
    Nieto wrote:nasa rm35 3 liter~

    tentula castrol mahal, haha... brand bagus la tu

    mmg mahal tapi sa sdh bandingkan Castrol dan Conoco ni, Conoco the best lembut saja kereta tu perginya.

    uinah toh..jadi mana yang MANTAP nie..Castrol kah atau Conoco..hu hu hu
    avatar

    Post on 26/12/2007, 3:50 am by pioneer_syntium

    drakult wrote:
    pioneer_syn wrote:
    Nieto wrote:nasa rm35 3 liter~

    tentula castrol mahal, haha... brand bagus la tu

    mmg mahal tapi sa sdh bandingkan Castrol dan Conoco ni, Conoco the best lembut saja kereta tu perginya.

    uinah toh..jadi mana yang MANTAP nie..Castrol kah atau Conoco..hu hu hu

    Conoco la, minyak orang amerika pakai utk drag bah...

    Post on 26/12/2007, 3:16 pm by drakult

    itu utk drag..tapi klu utk penggunaan jalan2 makan angin sambil happy sesuai kah??
    avatar

    Post on 26/12/2007, 4:54 pm by pioneer_syntium

    drakult wrote:itu utk drag..tapi klu utk penggunaan jalan2 makan angin sambil happy sesuai kah??

    lagila sesuai Laughing ko mo pakai drag ka, street race ka, pergi dating bawak awek perlahan2 pandu ka, boleh bah.
    avatar

    Post on 26/12/2007, 4:55 pm by Nieto

    conoco tu fully syntetic ka yg u kata tu?
    avatar

    Post on 26/12/2007, 4:57 pm by pioneer_syntium

    Nieto wrote:conoco tu fully syntetic ka yg u kata tu?

    biasa punya bro, 4 liter rm 58 ringgit.
    avatar

    Post on 26/12/2007, 5:00 pm by Nieto

    oh... ic... biasanya racing atau drag baru pakai fully syntetic~

    macam minyak 76 juga, dulu saya ingat tu minyak bagus sebab sponsor untuk nascar. tapi apabila saya pakai, tambah berat pulak, kena pakai fully baru bagus. dia 76 punya biasa tu terlalu rendah gred dia~ haha
    avatar

    Post on 26/12/2007, 5:03 pm by pioneer_syntium

    bagi sa conoco the best lar, sa sdh cuba bermcm2 minyak pelincir sampai x ada brand pun sa cuba Laughing, sekali pakai conoco ni terus sa x mo bertukar kepada yg lain plak Very Happy kelebihan dia miles 5000+ pun masih mcm x berat lagi keta tu.

    avatar

    Post on 26/12/2007, 5:09 pm by Nieto

    oh ic... pernah bro pakai castrol magnatec 10w-30 tak?
    avatar

    Post on 26/12/2007, 5:11 pm by pioneer_syntium

    Nieto wrote:oh ic... pernah bro pakai castrol magnatec 10w-30 tak?

    x pernah, castrol GTX saja 10-30w nya.
    avatar

    Post on 26/12/2007, 5:13 pm by Nieto

    oh GTX M-tec biasa punya tu~ cuba kau pakai magnatec~ hehe... memang mantap, kenari aku pakai terus lekat kerusi. biasanya aku pakai perodua 5w-30 semi syntetic (petronas), tapi masih tak boleh lawan magnatec.

    btw conoco fully syntetic berapa harga? macam mau cuba cuba nie, hehe
    avatar

    Post on 26/12/2007, 5:16 pm by pioneer_syntium

    Nieto wrote:oh GTX M-tec biasa punya tu~ cuba kau pakai magnatec~ hehe... memang mantap, kenari aku pakai terus lekat kerusi. biasanya aku pakai perodua 5w-30 semi syntetic (petronas), tapi masih tak boleh lawan magnatec.

    btw conoco fully syntetic berapa harga? macam mau cuba cuba nie, hehe

    yala tapi tu harga castrol magnetic berapa? conoco yg sa pakai ni 58 ringgit jak.
    avatar

    Post on 26/12/2007, 5:19 pm by Nieto

    rm62, dekat sama harga~ 3Liter, semi syntetic~
    avatar

    Post on 26/12/2007, 5:30 pm by pioneer_syntium

    Nieto wrote:rm62, dekat sama harga~ 3Liter, semi syntetic~

    rm 58 ringgit 4 liter, semi syntetic.

    Post on 26/12/2007, 5:49 pm by drakult

    conoco murah dan lebih seliter dari castrol..hehehe

    Conoco apa jenis yg mantap nie??
    avatar

    Post on 26/12/2007, 5:56 pm by pioneer_syntium

    drakult wrote:conoco murah dan lebih seliter dari castrol..hehehe

    Conoco apa jenis yg mantap nie??

    sa pakai di L2s sa gred 15w-40
    avatar

    Post on 26/12/2007, 5:56 pm by Nieto

    yg 4 liter lebih mahal, rm90, tapi gred dia lain, 10w-40, dan api spec dia pun tak sama dengan yg 3 Liter.

    Post  by Sponsored content


      Current date/time is 23/11/2017, 8:39 am