SIOLOON FUN CLUB

Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.

SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE

    Sioloon dari mana?

    Share
    avatar
    Berkat Sabar
    FRESHIE
    FRESHIE

    Male
    Countries/State : Sabah
    Age : 25
    location : Malaysia
    Points : 2863
    Reputation : 1
    Number of posts : 3
    01082013

    http://i38.servimg.com/u/f3 Sioloon dari mana?

    Post by Berkat Sabar

    Kisah ini di abadikan sekitar tahun 80-an, pada masa ini aku masih bujang, setahun sebelum ku mendirikan rumahtangga. Pada waktu itu, aku tinggal di tempat yang sama iaitu di Golden Gate seperti yang pernah ku ceritakan sebelum ini cuma di blok yang berbeza.

    Memang tidak dapat dinafikan, menetap di Golden Gate, Batu Sapi Sandakan, memberikan pelbagai pengalaman misteri buat kami seisi keluarga.

    Dimulakan cerita, suatu hari kami sekeluarga baru berpindah ke blok baru Golden Gate, yang sebelumnya adalah pejabat syarikat kilang Sandakan Plywood seperti blok-blok lain yang juga kami pernah huni. Pejabat itu telah diubahsuai mengikut keselesaan kami.

    "Mak, ini lah bilik ku arr" , kata ku kepada ibuku yang tengah membersihkan almari yang memang sudah sedia teguh dikamar itu sebelum kami berpindah ke sana.

    "Kau mahu buat apa ngan poster tu? buat nyemak jaklaa" tegur ibu ku kepadaku yang tengah sibuk melekat poster idola-idola penyanyi rockku. Maklumlah zaman tu, rock menguasai seni muzik tanahair.

    "O.k bha ne mak" jawab ku dengan nada perlahan demi menjaga hati ibuku yang tersayang.

    "Buang laa almari ne" , kata ibuku yang tengah memerhatikan almari itu.

    "X payahlah mak simpan jak." jawabku.

    Malam pertama aku di bilik itu, ku terasa sedikit kejanggalan.

    Maklumlah hari pertama di rumah baru.

    Baru sahaja ku melelapkan mata, ku terdengar bunyi siulan yang seakan-akan mengejutkanku.

    Fruttt~ Fruttttt~


    Setelah aku terjaga, bunyi siulan itu pun turut berhenti.

    Sekali lagi ku melelapkan mata terlena, bunyi siulan itupun semakin membingit suasana.

    Aku terjaga sekali lagi, dan aku memang menjangka, bahawa bunyi siulan itu adalah daripada almari bereka seni ala2 cina itu.

    Bunyi siulan itupun berhenti apabila ku sudah terjaga.

    Ku mengambil langkah seterusnya, ku berpura-pura pejam mata, sedang hatiku tidur.

    Ternyata bunyi siulan itu pun memulai, dan dimulai dari sesuatu yang ada dalam almari yang tidak ku ketahui.

    Keesokan harinya hal ini ku ceritakan kepada ibuku, oleh kerana kurangnya ilmu ketika itu,

    Kami mengambil langkah membakar almari itu.

    ~ TAMAT ~


    Share this post on: Excite BookmarksDiggRedditDel.icio.usGoogleLiveSlashdotNetscapeTechnoratiStumbleUponNewsvineFurlYahooSmarking

    avatar

    Post on 1/8/2013, 1:15 am by Berkat Sabar

    "sedang hatiku TIDAK tidur"

      Current date/time is 24/6/2017, 4:59 pm