SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
sistem baharu penjualan diesel, petrol bersubsidi September depan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
sistem baharu penjualan diesel, petrol bersubsidi September depan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 sistem baharu penjualan diesel, petrol bersubsidi September depan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15011
Reputation : 31
Number of posts : 1806

sistem baharu penjualan diesel, petrol bersubsidi September depan Empty
PostSubject: sistem baharu penjualan diesel, petrol bersubsidi September depan   sistem baharu penjualan diesel, petrol bersubsidi September depan Icon_minitime3/6/2014, 8:13 pm

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan satu sistem baharu penjualan diesel dan petrol bersubsidi kepada kenderaan komersial yang layak mulai 1 September depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad, berkata sistem yang sama bagi kenderaan persendirian juga akan dilaksanakan pada Oktober atau November depan.


Katanya, maklumat terperinci mengenai pelaksanaan sistem baharu itu akan diummumkan dalam satu sidang media khas tidak lama lagi.

"Kerajaan sedang memuktamadkan satu sistem baharu untuk kira-kira 3,500 stesen minyak seluruh negara bagi memastikan penjualan diesel dan petrol bersubsidi hanya kepada kenderaan yang benar-benar layak sahaja.

"Kerajaan mensasarkan penjimatan sebanyak RM9.8 bilion melalui pelaksanaan sistem baharu yang dijamin lebih efektif dan berkesan itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Ekspo Pengguna Malaysia 2014 di sini, hari ini.

Ekspo selama sembilan hari bermula semalam itu dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, dan menampilkan penyertaan lebih 200 syarikat yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan.

Alias berkata, sistem baharu itu diyakini mampu memastikan bahan api bersubsidi itu dinikmati oleh hanya rakyat yang benar-benar layak dan ia juga mampu mengurangkan salah guna dan mengelak berlakunya ketirisan dan pembaziran.
Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (subsidi 63 sen) dan harga RON97 adalah RM2.80.

Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan oleh kuasa pasaran.

Sementara itu, Alias berkata KPDNKK bercadang untuk turut mengehadkan penjualan diesel dan petrol di setiap stesen minyak di kawasan sempadan di seluruh negara kepada 600,000 liter sebulan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kuota itu diperkenal sebagai langkah awal membendung penyalahgunaan diesel dan petrol bersubsidi sehingga sistem baharu yang lebih efisien diperkenalkan.

Semalam Alias mengumumkan KPDNKK akan mengehadkan penjualan diesel dan petrol di setiap stesen minyak di sempadan Kelantan-Thailand kepada 600,000 liter sebulan berkuat kuasa hari ini bagi membendung kegiatan penyeludupan bahan api bersubsidi yang semakin aktif di sempadan negeri itu.

- BERNAMA
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

sistem baharu penjualan diesel, petrol bersubsidi September depan

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: