SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
XO laptop budak, berharga kurang daripada RM500 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
XO laptop budak, berharga kurang daripada RM500 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 XO laptop budak, berharga kurang daripada RM500

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
MiRA_TaSHa
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
MiRA_TaSHa

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 00002
Points : 12548
Reputation : 0
Number of posts : 2047

XO laptop budak, berharga kurang daripada RM500 Empty
PostSubject: XO laptop budak, berharga kurang daripada RM500   XO laptop budak, berharga kurang daripada RM500 Icon_minitime15/2/2008, 7:37 pm

XO laptop budak, berharga kurang daripada RM500 Childrensmachine

MANFAAT: Negara sedang membangun akan menikmati laptop
yang akan dijual pada harga kurang RM500 apabila MIT
menghasilkannya untuk tujuan pembelajaran dan pengajian.



PROJEK Satu Kanak-Kanak Satu Laptop yang diilhamkan oleh Pengarah Makmal Media, Institut Teknologi Massachusetts (MIT), Nicholas Negroponte dua tahun lalu akan menghasilkan komputer laptop dengan harga kurang daripada RM500 bagi tujuan pengajaran dan pendidikan.

Komputer laptop berkenaan yang dikenali sebagai XO, dihasilkan menggunakan kuasa terhad untuk memastikan ia dapat dijual pada harga sasaran, kurang daripada RM500. Bagi mengurangkan kos, XO akan memanfaatkan sistem operasi Linux, cip prosesor 366 megahertz keluaran Advanced Micro Devices Inc, tiada pemacu cakera keras, memori ‘flash’ 512 megabytes dan USB 2.0 port.

Negroponte berkata, motif utama projek ini ialah merangsang persekitaran pembelajaran kepada kanak-kanak menggunakan komputer sebagai alat bantuan pengajaran dan pembelajaran.

“Amat menyedihkan keadaan pembelajaran sekarang kerana komputer yang digunakan di makmal sekolah lebih menekankan kepada penggunaan Word, Excel dan Power Point sedangkan mereka sepatutnya lebih banyak berkomunikasi, berkongsi minat dan menerokai perkara baru dalam pelajaran,” katanya.

Bagi membezakan XO dengan laptop yang ada di pasaran, ia tidak memiliki ‘folders’ seperti lazim sebaliknya ia menggunakan kaedah jurnal yang mana ia secara automatik menjana log setiap kali kanak-kanak menggunakannya.

Pelajar boleh mendapatkan semula catatan yang dibuat di dalam XO sama ada untuk mengubahsuai atau mencipta fail baru. Penggunaan ‘folders’ di dalam komputer kali pertama diperkenalkan Apple Computer Inc pada 1984.

Beliau berkata, XO dihasilkan dengan tujuan membezakannya dengan komputer laptop sedia ada di pasaran kerana hendak memberikan pengalaman berbeza kepada pengguna terutama bagi kanak-kanak di sekolah.

“Komputer XO adalah komputer pertama yang didedahkan kepada kanak-kanak pada peringkat sekolah dan pencipta XO perlu menghasilkan interaktif pengguna yang dapat merangsang minat mereka. Apabila pelajar memilih ikon ‘neighborhood maka akan keluar ikon warna pada skrin.

“Jika mereka berminat untuk berkomunikasi dengan rakan sekolah yang ada berdekatan, komputer laptop itu akan mengesannya menggunakan sistem rangkaian komunikasi tanpa wayar. Apabila menekan gambar yang tertera dalam skrin, mereka boleh bersembang atau berkongsi pelbagai bahan seperti projek sastera dan program muzik,” katanya.

Sumber : Berita Harian
Back to top Go down
http://www.tagged.com/mira_tasha
 

XO laptop budak, berharga kurang daripada RM500

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: ENTERTAINMENT :: COMPUTER ZONE-
Jump to: