SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12055
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Empty
PostSubject: Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008)   Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Icon_minitime9/3/2008, 10:10 am

BN kekalkan kuasa dengan majoriti kurang


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional kembali berkuasa dalam pilihan raya umum semalam tetapi kehilangan majoriti dua pertiganya buat pertama kali dalam sejarah dan tewas mengejut di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak.

Pengundi memberikan kekalahan terbesar BN yang digabungi 14 parti itu sejak ia memerintah 50 tahun lepas dengan empat negeri jatuh ke tangan pakatan pembangkang - DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS - melalui gelombang umpama tsunami.

Walaupun bertubi-tubi berkempen di Kelantan, BN turut gagal merampas negeri itu daripada PAS yang telah menguasainya sejak 1990.

Pada pukul 5 pagi dan dengan hanya tinggal tiga daripada 222 kerusi Parlimen yang belum diisytiharkan keputusannya, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan bahawa BN memenangi 137 kerusi termasuk lapan yang dimenangi tanpa ditandingi pada hari penamaan calon 24 Feb lepas, sementara pembangkang memperoleh 82 kerusi yang tidak pernah tercatat dalam sejarah sebelum ini.

PKR yang hanya menang satu kerusi pada 2004 melalui Presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, memperoleh 31 kerusi, DAP 28 dan PAS 23.

Ia merupakan kemenangan terbesar yang pernah dirasai parti pembangkang dalam pilihan raya Malaysia, yang kempen kali ini diketuai oleh bekas timbalan perdana menteri dan pemimpin umum Datuk Seri Anwar Ibarhim.

Pada pilihan raya 2004, BN menang besar apabila menguasai 199 daripada 219 kerusi.

Kubu kuat BN selama ini, Johor, Sabah dan Sarawak menyelamatkan kedudukan parti gabungan itu dengan menyumbang sejumlah besar kerusi Parlimen yang dimenangi.

Ia turut mengekalkan kuasa di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis dan Sabah.

Memburukkan lagi keadaan ialah tiga parti komponennya - Gerakan, MIC dan PPP - hampir terhakis sementara MCA hanya menang 15 daripada 40 kerusi Perlimen yang ditandinginya.
Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden PPP Datuk M. Kayveas, ketiga-tiganya tumpas.

Perdana Menteri dan pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengekalkan kerusi Parlimen Kepala Batas sementara timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak menang dengan jumlah majoriti yang besar di Pekan. - Bernama
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
scorpions
SENIOR
SENIOR
scorpions

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : sandakan
Points : 12097
Reputation : 3
Number of posts : 677

Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Empty
PostSubject: Re: Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008)   Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Icon_minitime9/3/2008, 4:30 pm

hampir-hampir kalah tu.pucat dah paklah.menang parlimen separuh je.tamparan hebat untuk BN ni
Back to top Go down
otai
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
otai

Male
Countries/State : Australia
Age : 41
location : Kudat Sabah
Tag ID: : 999999
Points : 12122
Reputation : 0
Number of posts : 1159

Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Empty
PostSubject: Re: Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008)   Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Icon_minitime9/3/2008, 6:41 pm

suka nya be end kalah..
Back to top Go down
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14636
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Empty
PostSubject: Re: Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008)   Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Icon_minitime9/3/2008, 7:20 pm

kita tunggu sajalah kajian kerajaan lepas ini.. mesti ada ringkasan kena BN banyak kalah kali ni... habislah pengundi yg kerja di goverment tapi mengundi parti pembangkang.. ha ha ha...
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
Hulk Malaysia
JUNIOR
JUNIOR
Hulk Malaysia

location : Kota kinabalu-KL
Points : 12410
Reputation : 0
Number of posts : 145

Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Empty
PostSubject: Re: Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008)   Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Icon_minitime9/3/2008, 7:25 pm

Abdullah patut undur - Mahathir


M Khaleel Kas
Sun | Mar 09, 08 | 5:20:00 pm MYT
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Hrkh) - Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya bagi kekalahan teruk yang dialami Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum semalam.



"Beliau patut memikul tanggungjawab dalam soal ini, sepertimana kemenangan besar-besaran pada 2004 yang dilaporkan disebabkan oleh kewibawaan beliau, 100 peratus, dan itulah yang dikatakan oleh Setiausaha Agung Umno pada ketika itu.

"Tetapi sekarang beliau juga patut memikul tanggungjawab itu 100 peratus. Beliau telah memusnahkan Umno, beliau telah memusnahkan BN, dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini," kata Tun Mahathir Mohamad seperti dipetik Bernama dalam sidang akhbar yang diadakan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata amat mengejutkan bahawa BN tumbang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan menerusi isyarat serupa yang ditunjukkan oleh semua tiga kaum utama - Melayu, Cina dan India.

"Saya fikir orang Jepun akan melakukan harakiri. Tetapi saya rasa orang Melayu tidak sampai ke tahap itu lagi. Saya fikir beliau patut menimbangkan untuk mengundurkan diri," katanya sambil menambah beliau juga akan mengambil tindakan yang sama jika beliau berada dalam situasi seperti Abdullah.

Kepada soalan sama ada BN telah tersilap perkiraan dengan mengadakan pilihan raya umum lebih awal, Dr Mahathir berkata beliau tidak yakin bahawa dengan menangguhkannya setahun lagi akan membawa sebarang perbezaan daripada segi keputusannya, kerana rasa tidak puas hati rakyat terhadap pentadbiran Abdullah sudah tidak dapat dibendung lagi.

"Empat tahun selepas pilihan raya umum lepas, beliau telah melakukan banyak perkara yang salah tetapi mereka ini (media) terus melaporkan betapa rakyat menyayanginya," kata bekas Perdana Menteri itu.

Pelbagai isu yang membawa kepada rasa tidak puas hati terhadap kerajaan termasuk persepsi bahawa disebalik angka pertumbuhan ekonomi yang tinggi diumumkan oleh kerajaan serta pelancaran wilayah-wilayah pembangunan, rakyat di peringkat akar umbi tidak berasa apa-apa (faedahnya).

"Mereka mendapati bahawa kerajaan ini ditadbir oleh sebuah keluarga bagi kepentingan keluarga itu. Selagi wujud keadaan lebih mengutamakan keluarga daripada Kabinet, kerajaan sendiri, saya fikir rakyat akan mahu menentang mereka," katanya.

Kepada soalan lain, Dr Mahathir berkata bagaimanapun terserah kepada Umno untuk memutuskan mengenai pengganti Abdullah sekiranya beliau meletakkan jawatan, atau mungkin Dato' Seri Najib Tun Razak boleh mengambil alih.

"Dato' Seri Najib telah meraih kemenangan mengagumkan, lebih baik daripada keputusan pada 2004 yang merupakan tahun terbaik bagi BN. Majoriti yang diperoleh beliau meningkat manakala kemerosotan undi Abdullah agak ketara," katanya.

Dr Mahathir berkata sebuah kerajaan yang dibentuk dengan majoriti mudah adalah sebuah kerajaan yang lemah terutama dalam sebuah negara berbilang kaum yang antara lain boleh menyebabkan ketidakstabilan, dan kemudiannya menjejaskan keyakinan pelabur.

Beliau, bagaimanapun, berkata masih ada harapan bagi BN untuk memperbetulkan keadaan itu dengan syarat mereka mesti memberi perhatian terhadap isyarat yang diberikan oleh rakyat.

Kepada satu lagi soalan, Dr Mahathir berkata beliau percaya ia pastinya sukar bagi Abdullah untuk mengundurkan diri secara sukarela kerana, sehingga kini, Abdullah masih tidak cuba memahami kerumitan daripada kekalahan itu dan sebaliknya menyalahkan orang ramai bagi kekalahan itu.

Melahirkan rasa sedih beliau dengan kekalahan itu, bekas Perdana Menteri berkata beliau tidak menjangka yang BN akan kalah seteruk itu.

Mengenai kebangkitan semula Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya ini, Dr Mahathir berkata beliau percaya bahawa Anwar masih "relevan" tetapi beliau sama sekali tidak akan menjadi Perdana Menteri negara ini.

Dr Mahathir berkata beliau akan terus memainkan peranan sebagai seorang warganegara dengan menyuarakan dan berkongsi pendapatnya jika perlu.

"Saya tidak mahu sebarang gelaran rasmi, menteri kanan atau penasihat tetapi jika mereka datang kepada saya dan meminta nasihat saya, saya bersedia untuk berkongsinya demi faedah negara," katanya.

Mengenai kemenangan anaknya Dato' Mukhriz di kawasan Parlimen Jerlun, beliau berkata ia cuma kejayaan biasa, meskipun dengan majoriti lebih besar. - mks.


source: harakahdaily.net


Last edited by Hulk Malaysia on 9/3/2008, 7:39 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
Hulk Malaysia
JUNIOR
JUNIOR
Hulk Malaysia

location : Kota kinabalu-KL
Points : 12410
Reputation : 0
Number of posts : 145

Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Empty
PostSubject: Re: Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008)   Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Icon_minitime9/3/2008, 7:29 pm

BA gugat dengan media alternatif, Anwar masih relevan – Agus
Ali Bukhari Amir



Sun | Mar 09, 08 | 2:47:10 am MYT
ALOR SETAR, 9 Mac (Hrkh) – Kehadiran Barisan Alternatif (BA) dalam memberikan cabaran kepada Barisan Nasional (BN) menunjukkan bahawa faktor Anwar masih lagi relevan, kata Penganalisis Politik Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof.



"Kalau kita buka blog-blog dalam kalangan muda-mudi, kita akan dapati rakyat mencipta kejutan dalam pilihan raya kali ini dengan membekalkan saluran maklumat alternatif.

"Satu lagi yang menyebabkan kekalahan BN ialah kerana kempen-kempen anjuran RTM yang berat sebelah. Hal ini menyebabkan rakyat makin menyampah terhadap propaganda BN tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam siaran langsung melalui siaran RTM baru-baru ini ketika mengulas keputusan pilihan raya yang tersiar melalui RTM baru-baru ini.

Calon Umno-BN bagi Parlimen Sungai Petani (P15), bekas Menteri Penerangan Dato’ Seri Zainuddin Maidin yang banyak menyajikan bahan propaganda berat sebelah telah tewas kepada calon KeADILan Johari Abdul.

Parlimen Sungai Petani yang memiliki jumlah pengundi seramai 83,851 menyaksikan jumlah peratusan mengundi sebanyak 70.65 peratus (59,243) sementara undi rosak sebanyak 980 undi.

Johari Abdul (KeADILan) yang mendapat 33,822 undi menewaskan Zainuddin Maidin (BN) (24,441) dengan majoriti 9,381.

Penyandang bagi Sungai Petani sebelum ini ialah Dato' Mahadzir Mohd Khir (BN) dengan majoriti 17,502 undi.

source: harakahdaily.net


Last edited by Hulk Malaysia on 9/3/2008, 7:39 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
Hulk Malaysia
JUNIOR
JUNIOR
Hulk Malaysia

location : Kota kinabalu-KL
Points : 12410
Reputation : 0
Number of posts : 145

Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Empty
PostSubject: Re: Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008)   Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Icon_minitime9/3/2008, 7:32 pm

Calon PAS buat Abdullah tidak tidur lena di Kepala Batas
Mohd Sabri Said


Sun | Mar 09, 08 | 10:46:47 am MYT
KEPALA BATAS, 9 Mac (Hrkh) - Walaupun Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menang di Parlimen P41 Kepala Batas tetapi cukup membuatnya 'tidur tak lena' dengan penurunan majoriti yang mendadak dalam pilihan raya umum ke-12 semalam.



Itulah reaksi awal bekas pencabarnya yang juga calon PAS, Ustaz Subri Md Arshad ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kerjasama yang kuat antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) di ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Penaga, Bertam dan Pinang Tunggal memberi isyarat kepada Dato' Seri Abdullah bahawa masa depan politik Kepala Batas lebih condong kepada Barisan Alternatif (BA). Beliau juga mengucap terima kasih pada pengundi seluruh parlimen kerana memberikan undi kepada BA terutamanya pengundi bukan Islam yang tinggal di pekan ekoran kesungguhan yang tinggi.

"Saya kira walaupun tidak menang tapi dah cukup beri isyarat bahaya kepada Perdana Menteri dalam pilihan raya akan datang, " ujarnya.

Beliau bertekad akan bekerja lebih efesyen di Parlimen Kepala Batas dan akan cuba menyusun berbagai aktiviti yang lebih terancang tambahan lagi negeri ini sudah dikuasai pembangkang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Sokongan masyarakat di Kepala Batas kali ini menyukarkan Umno untuk bertapak lebih lama lagi kerana mereka kini hanya pembangkang.

"Sebagai pembangkang Umno akan sedar betapa deritanya mereka selepas ini terutamanya penggunaan dewan kerajaan secara berleluasa. Umno dan BN selalu salahguna dewan masyarakat tapi kali ini mereka kena akur atau keluar dari mana-mana dewan yang menjadi bilik gerakan, " katanya. - mks.

source: harakahdaily.net


Last edited by Hulk Malaysia on 9/3/2008, 7:40 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
Hulk Malaysia
JUNIOR
JUNIOR
Hulk Malaysia

location : Kota kinabalu-KL
Points : 12410
Reputation : 0
Number of posts : 145

Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Empty
PostSubject: Re: Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008)   Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Icon_minitime9/3/2008, 7:33 pm

Abdullah Badawi bagai telur di hujung tanduk, impian Khairy jadi PM berkecai
Mohd Rashidi Hassan



Sun | Mar 09, 08 | 5:11:01 pm MYT
KEDUDUKAN Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia 'bagaikan telur di hujung tanduk' akibat kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 12 semalam.



Pada saat ini khabarnya Abdullah menerima desakan yang paling hebat untuk beliau meletakkan jawatan sebagai PM dan Presiden Umno selepas BN kehilangan majoriti di Parlimen serta tewas mengejut di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Tiada lagi keangkuhan dan tidak lagi mendabik dada. Kali ini pemimpin Umno/BN senyap sepi enggan menemui wartawan untuk memberikan komen.

Ibu pejabat BN di PWTC semalam begitu muram. Abdullah dan lain-lain pemimpin BN dilaporkan 'menguncikan diri' di dalam bilik mesyuarat.

Tidak ada live telecast seperti biasa dari PWTC. Yang ada cuma paparan celoteh penganalisis politik yang terkejut dengan kebangkitan rakyat menolak BN.

Daripada 222 kerusi Parlimen, BN hanya memperolehi 137 kerusi sahaja. PRU ke 12 mencatat rekod paling buruk apabila BN kehilangan dua pertiga majoriti, pertama kali selepas lebih 50 tahun berkuasa.

Walaupun BN sudah menang simple majority, kerajaan baru masih belum dibentuk kerana ramai pemimpin utama BN tewas mengejut.

Mana dia slogan 'Selamat, Aman dan Makmur'? Mana dia slogan Islam Hadhari? Mana dia janji pembangunan koridor ekonomi? Mana dia WPI?

Semuanya ditolak rakyat dari kalangan Melayu, Cina dan India.

Khairy adalah burden besar bagi BN

Serentak dengan gesaan supaya Abdullah meletakkan jawatan oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin-pemimpin Umno seluruh negara mula menuding jari terhadap menantunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Rata-rata ahli Umno menganggap failure BN khususnya Umno kali ini berpunca daripada campur tangan berleluasa Khairy sebagai menantu PM dalam parti dan kerajaan.

Kesilapan besar Abdullah antaranya walaupun beliau mempunyai anggota Majlis Tertinggi Umno dan Kabinet sebagai penasihat utamanya, namun beliau tidak mengambil pandangan mereka kerana dilaporkan beliau pernah berkata I trust the young one.

Khairy, Kamaluddin Abdullah dan rakan-rakan mereka seperti Kamal Khalid, Kalimullah Masheerul Hassan serta beberapa yang lain didakwa orang-orang Umno sebagai punca kepada kelemahan kepimpinan Abdullah.

Masalah yang paling besar didakwa orang-orang Umno ialah campur tangan Khairy meletakkan orang-orangnya dalam senarai calon BN sehingga mengetepikan ramai incumbent.

Akibat daripada campur tangan ini, orang-orang Umno memboikot calon BN, jentera pilihan raya tidak digerakkan dan mereka enggan keluar mengundi calon pilihan Khairy.

PRU kali ini menyaksikan jentera Umno/BN benar-benar tidak bergerak, kaku dan mandom dalam menghadapi kempen PAS, KeADILan dan DAP.

Keangkuhan Khairy dan juak-juaknya ketika berkempen mengecam PAS untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, dibalas dengan kekalahan yang memalukan.

Ternyata rakyat tidak menerima slogan 'Pade Doh 18 Tahun PAS' (di Kelantan) sebaliknya rakyat membalasnya dengan 'Pade Doh 50 Tahun BN' memerintah Malaysia.

Khairy and his friends has no face right now, komen seorang wartawan asing.

Benar Khairy sudah tidak tahu mana hendak meletak muka, walaupun beliau menang di Rembau, rata-rata ahli Umno tanpa segan silu menyalahkannya.

Rakan-rakan rapat Khairy juga dikhabarkan terpaksa 'menyembunyikan diri' dari orang-orang Umno yang begitu marah sekarang.

‘Tidak pernah terbayang Dato' Seri Mohd Khir Toyo, Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali dan Dato' Seri Mahdzir Khalid menjadi ketua pembangkang di negeri masing-masing’ kata seorang penganalisis.

Krisis dalaman Umno yang memuncak

Umno kini sudah semakin berkecamuk. Keputusan yang mengejutkan ini menyebabkan Umno benar-benar buntu.

MCA, Gerakan dan MIC juga menerima tamparan yang memalukan. Jelas rakyat sudah menolak mereka.

Abdullah Ahmad Badawi, Ong Ka Ting, Samy Vellu dan Koh Tsu Koon sudah tidak diterima rakyat Malaysia.

Dalam Umno, kini krisis dalaman mereka semakin memuncak. Umno harus 'direvamp'. Abdullah didesak melepaskan jawatan untuk diserahkan kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

The fake victory in 2004 sudah berakhir. BN sudah merudum di zaman kepimpinan Abdullah.

Jika dalam waktu yang terdekat ini Abdullah terpaksa melepaskan jawatan, maka impian Khairy untuk menjadi PM dalam usia 40 tahun terkubur buat selama-lamanya.

Episod baru kepimpinan Umno/BN akan bermula pada bila-bila masa. Kita tunggu dan lihat bagaimana rakyat menerimanya. - mks.

source: harakahdaily.net


Last edited by Hulk Malaysia on 9/3/2008, 7:38 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
Hulk Malaysia
JUNIOR
JUNIOR
Hulk Malaysia

location : Kota kinabalu-KL
Points : 12410
Reputation : 0
Number of posts : 145

Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Empty
PostSubject: Re: Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008)   Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Icon_minitime9/3/2008, 7:37 pm

Empat menteri, 10 timbalan tewas

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon adalah antara pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) yang tewas selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diumumkan setakat jam 3 pagi ini.

Selain Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya; Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin; Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, juga kalah.

Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput yang diwakilinya sejak 1974 apabila tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr D Jeyakumar dengan majoriti 1,821 undi. Samy Vellu mendapat 14,637 undi berbanding Jeyakumar, 16,458.



Aziz tewas di Shah Alam apabila meraih 24.042 undi berbanding lawannya, Khalid Abdul Samad daripada PKR yang mendapat 33,356 undi manakala Shahrizat yang mendapat 18,833 undi, kalah di Lembah Pantai kepada calon PKR, Nurul Izzah Anwar yang mendapat 21,728 undi.

Zainudin yang beralih dari kerusi Parlimen Merbok ke Sungai Petani dalam pilihan raya kali ini tewas 9,381 undi kepada calon PKR, Johari Abdul. Zainudin mendapat 24,441 undi berbanding Johari, 33,822 undi.

Dr Koh, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama kali bertanding kerusi Parlimen pula, tewas di Batu Kawan kepada calon DAP yang juga bekas pensyarah, Dr P Ramasamy. Beliau hanya meraih 13,582 undi berbanding Ramasamy 23,067.

Turut tewas, 10 timbalan menteri termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas; Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mah Siew Keong.

Tan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang disandangnya sejak tiga penggal lalu apabila tewas kepada calon PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tan mendapat 25,608 undi berbanding Abdul Khalid yang juga Setiausaha Agung PKR, 28,123 undi.

Kayveas yang juga Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) tewas di Taiping dengan majoriti 11,298 undi apabila mendapat 16,800 undi berbanding lawannya daripada DAP, Nga Kor Ming yang mendapat 28,098 undi.

Mah yang juga Ketua Pemuda Gerakan, gagal mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan yang disandangnya apabila tewas dengan majoriti 1,470 undi kepada calon DAP, M Manogaran. Mah mendapat 17,016 undi berbanding Manogaran, 18,486 undi.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman tewas di kerusi Parlimen Nibong Tebal dengan majoriti 3,087 undi apabila mendapat 17,123 undi berbanding pencabarnya daripada PKR, Tan Tee Beng yang meraih 20,210 undi.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin tewas di kerusi Parlimen Bachok dengan majoriti 2,901 undi apabila mendapat 25,934 undi berbanding pencabarnya, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang meraih 28,835.

Beliau yang turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok, tewas dengan majoriti 1,270 undi kepada calon Pas, Datuk Omar Mohamad. Awang Adek mendapat 8,235 undi berbanding Omar yang meraih 9,505 undi.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, tewas 198 undi di kerusi Parlimen Hulu Selangor kepada calon PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad. Palanivel memperoleh 22,979 undi berbanding Zainal Abidin, 23,177.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuantan pula kalah dengan majoriti 1,826 undi kepada calon PKR, Fuziah Salleh. Fu mendapat 16,572 undi berbanding Fuziah, 18,398.

Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Seri Chia Kwang Chye, kalah dengan majoriti 16,122 undi di Parlimen Bukit Bendera kepada pencabarnya, Liew Chin Tong daripada DAP. Chia yang juga Setiausaha Agung Gerakan, mendapat 15,131 undi berbanding Liew, 31,243.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S Sothinathan kalah dengan majoriti 2.804 undi di Teluk Kemang kepada calon PKR, Kamarul Bahrin Abbas. Sothinathan yang juga Naib Presiden MIC, mendapat 20,544 undi berbanding Kamarul Bahrin, 23,348.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin, kalah dengan majoriti 3,413 di Bagan Serai kepada calon PKR, Mohsin Fadzli Samsuri. Zainal Abidin mendapat 18,943 undi manakala Mohsin Fadzli, 18,943.

Exco Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail sekali lagi gagal untuk merebut kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila tewas dengan majoriti 13,388 undi.

source: bharian.com.my
Back to top Go down
Hulk Malaysia
JUNIOR
JUNIOR
Hulk Malaysia

location : Kota kinabalu-KL
Points : 12410
Reputation : 0
Number of posts : 145

Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Empty
PostSubject: Re: Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008)   Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Icon_minitime9/3/2008, 7:45 pm

Lihat semula kesilapan, kata pemimpin BN


KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN), sekalipun terkejut dengan keputusan pilihan raya umum kali ini, menerima kekalahan BN di beberapa kawasan dan berazam untuk memperbaiki kesilapan yang ada.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau lebih berkeyakinan untuk melihat apakah kesilapan yang telah berlaku dan membina semula parti.

"Supaya bila berdepan dengan rakyat sekali lagi kita akan dapat membuktikan Umno dan BN sentiasa relevan kepada citarasa dan kehendak orang ramai.



"Mungkin terdapat banyak faktor tetapi kami harus turun padang dan mencari punca mengapa pengundi bertindak demikian (mengundi pembangkang), jangan ketepikan hakikat bahawa BN juga memperoleh banyak sokongan,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan BN di Menara Dato’ Onn di sini awal pagi ini.

Beliau berkata bagaimanapun itu tidak bermakna BN tidak ada kelemahan dan ia tidak boleh ditangani mereka.

"Dan kita perlu bekerja lebih keras, rakyat telah memberikan kita mandat dan kami akan membuktikan kepada pengundi bahawa mandat yang diberikan tidak akan disia-siakan,” katanya.

Katanya BN akan tetap melaksanakan tanggungjawab sama ada menang atau kalah yang menjadi lumrah dalam pertandingan dan juga perjuangan tetap diteruskan sama ada memegang jawatan atau tidak.

Pengerusi Barisan Nasional Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata keputusan pilihan raya umum kali ini menunjukkan perubahan dalam pemikiran pengundi.

"Mungkin ada sesuatu yang mereka nak maklumkan kepada kerajaan. Trend pengundi ada berbeza sedikit khususnya di Melaka. Mereka mengundi ikut trend, tak ikut prestasi wakil. Calon-calon dalam bandar dimenangi pembangkang,” katanya.

Mohd Ali berpendapat pengundi keliru semasa membuat keputusan kerana banyak perkara yang dibangkitkan oleh pembangkang dan penjelasan kerajaan kurang berkesan.

Beliau yakin rakyat sebenarnya masih sayang kepada BN cuma mereka mahu menunjukkan terdapat sesuatu yang perlu diambil kira oleh parti dan melakukan pembetulan yang sewajarnya.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata parti itu menerima keputusan yang dibuat rakyat pada pilihan raya ini.

Muhammad berkata berdasarkan keputusan BN dapat membentuk semula kerajaan persekutuan menunjukkan rakyat masih menyokong kerajaan yang sedia ada.

“Kami terima keputusan rakyat. Kami juga terima hakikat BN akan mentadbir negara dengan majoriti yang berkurangan. Kami belum pasti sebab kekurangan majoriti tersebut dan akan buat post-mortem selepas ini,” katanya.

Anggota Parlimen Bagan Datoh Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kekurangan majoriti yang diterima BN kali ini pernah dihadapi oleh parti itu pada pilihan raya sebelum ini.

"Perdana Menteri sendiri telah banyak kali berpesan, jika kita lalai, inilah harga yang perlu kita bayar tunai,” katanya merujuk kepada kekurangan majoriti yang diterima BN kali ini. - Bernama

source: bharian.com.my
Back to top Go down
Hulk Malaysia
JUNIOR
JUNIOR
Hulk Malaysia

location : Kota kinabalu-KL
Points : 12410
Reputation : 0
Number of posts : 145

Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Empty
PostSubject: Re: Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008)   Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Icon_minitime9/3/2008, 7:48 pm

Wan Azizah beri laluan kepada Anwar


PERMATANG PAUH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh, berkata beliau akan memberikan kerusi itu kepada suaminya yang juga penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Namun, kami akan bertemu kepimpinan PKR dulu," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pilihan raya kawasan itu di sini hari ini.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Pirdaus Ismail dengan 13,388 undi majoriti.



Dr Wan Azizah yang memenangi keusi itu sejak dua penggal lepas, mengumpul 30,338 undi manakala Pirdaus memperoleh 16,950 undi.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada beliau akan akan melepaskan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi tersebut.

Di Kuala Lumpur, anaknya, Nurul Izzah Anwar, yang menang kerusi Parlimen Lembah Pantai sebelum itu mengelak menjawab soalan sama ada beliau akan mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada bapanya yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil alih.

“Keputusan ini adalah kemenangan saya dan saya rasa anda wajar memberi saya peluang untuk meraikan kemenangan ini dan merancang masa depan penyokong saya,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman rasmi kemenangan beliau pada pukul 2.20 pagi di Kompleks Sukan Bangsar di sini, di mana beliau dikerumuni 5,000 hingga 7,000 penyokongnya.

Beberapa hari sebelum pilihan raya, Nurul Izzah memberitahu sebuah akhbar harian ekonomi tempatan bahawa beliau bukan proksi bapanya.

Anwar layak bertanding pada pertengahan April.

Dr Wan Aziza Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada penamaan calon berkata beliau akan memberi laluan kepada suaminya, jika menang.

Nurul Izzah yang berbaju kurung oren berbunga dan bertudung ungu, berkata:

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong saya dan semua orang yang telah bekerja keras untuk mencapai kemenangan ini.” “Penduduk di Lembah Pantai memilih perubahan,” kata Nurul, yang diiringi suaminya Raja Ahmad Shahrir Raja Salim.

“Dan saya yakin kami berjaya melepasi segala kesinisian. Kami sudah membuktikan kami mampu lakukannya. Seperti yang saya katakan dulu dalam perjuangan ini, kami mahu menang dan sudah pasti saya sangat berbangga dengan pengundi Lembah Pantai.” Shahrizat yang turut berada di dewan itu kemudiannya mengucapkan tahniah kepada Nurul Izzah dan berpesan supaya beliau meneruskan usaha menjaga penduduk Lembah Pantai.

Menurutnya beliau berat hati melepaskan Lembah Pantai kerana telah bersungguh-sungguh menjaga kawasan itu.

“Penduduk Lembah Pantai penting buat saya. Bagi saya sendiri, saya gembira kerana sepanjang 12 tahun di sana, Lembah Pantai sudah berubah, daripada kawasan mundur kepada sebahagian daripada bandar raya metropolitan hari ini. - Bernama


source: bharian.com.my
Back to top Go down
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14636
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Empty
PostSubject: Re: Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008)   Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Icon_minitime9/3/2008, 7:59 pm

Pimpinan Abdullah punca BN kalah teruk

Posted by Raja Petra
Sunday, 09 March 2008
Datuk Ruhanie Ahmad

Harap Agong tak perkenan beliau jadi PM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi wajar mengosongkan kerusi Pengerusi Barisan Nasional (BN) dengan serta merta dan tidak lagi layak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ini kerana prestasi BN dalam PRU12 - BN hanya beroleh majoriti mudah di peringkat Parlimen dan kehilangan kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, di samping Kelantan yang gagal di tawan semula sejak 1990 - adalah akibat kepimpinan beliau yang pincang, lemah dan amat ditolak oleh rakyat jelata.

Para penganalisis politik tanah air di beberapa rangkaian TV tempatan yang memberikan ulasan selari kepada keputusan PRU12 seolah-olah tercari-cari apakah sebab utama kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum kali ini.

Menerusi analisa saya berasaskan komen-komen rakyat jelata yang diluahkan menerusi media internet sejak setahun yang lalu, punca utama BN era Abdullah kalah teruk adalah kepincangan Abdullah kepimpinan Abdullah, kedolak-dalikan kenyataan dan keputusan Abdullah, perilaku menantu Abdullah yang manipulatif dan umpama kadok naik junjung, dan juga persepsi umum bahawa Malaysia kini seolah-olah sudah digadaikan kedaulatannya kepada sebuah kuasa asing serantau yang tertentu.

Pada waktu yang sama, sejak kira-kira enam bulan yang lalu pula, beberapa kenyataan dan keputusan Abdullah kelihatannya seperti menjadikan orang Melayu tidak lagi relevan kepada usaha BN mempertahankan kuasanya menerusi pilihan raya umum.

Lantaran itulah wujud double standard dalam layanan era Abdullah terhadap kelompok Melayu yang berdemonstrasi di Batu Buruk, Terengganu, dengan kelompok Hindraf yang dituduh sebagai melakukan percubaan membunuh anggota polis sewaktu menunjuk perasaan di Kuala Lumpur.

Seluruh hakikat di atas banyak dipolemikkan menerusi internet. Seluruh hakikat di atas juga menyebabkan segolongan orang Melayu jadi terhiris hati dan terguris jiwa. Tetapi, Abdullah tidak ambil peduli. Akibatnya, hari ini, sindrom penafian Abdullah itu pun dimanifestasikan oleh rakyat jelata menerusi keputusan PRU12.

Oleh itu, Abdullah wajar mengosongkan kerusi Pengerusi BN dengan seberapa segera. Oleh itu juga, Abdullah tidak lagi wajar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Keputusan PRU12 membuktikan bahawa majoriti rakyat Malaysia tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap Abdullah untuk memimpin dan mentadbirkan negara ini.

Antara sebab-sebab utama mengapa Abdullah perlu mengosongkan kerusi kepimpinan BN dan tidak layak dilantik sebagai Perdana Menteri adalah seperti berikut:

Satu: Kerajaan BN pimpinan Abdullah kehilangan empat kerajaan negeri di samping Kelantan.

Dua: BN Pulau Pinang pimpinan Abdullah kehilangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tiga: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menyaksikan lima menteri kabinetnya (termasuk dua presiden parti komponen BN) tewas dalam PRU12.

Empat: Kerajaan BN pimpinan Abdullah gagal menunaikan janjinya untuk mengurangkan kadar rasuah dan kronisme.

Lima: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menimbulkan persepsi umum bahawa ekonomi Malaysia hari ini seolah-olah sedang diasak oleh sebuah kuasa asing serantau yang tertentu.

Enam: Kerajaan BN pimpinan Abdullah mewujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang menimbulkan persepsi umum bahawa Malaysia sedang digadaikan kedaulatannya kepada sebuah kuasa asing serantau yang tertentu.

Tujuh: Malaysia pimpinan Abdullah yang menjadi pengerusi OIC dan NAM kelihatan tidak memberikan perjuangan yang berkesan di pelantar antarabangsa.

Lapan: Kerajaan BN pimpinan Abdullah seolah-olah di kuasai sepenuhnya oleh menantu Abdullah dan kroni-kroninya sehingga menyebabkan kekecewaan rakyat jelata yang paling maksima.

Sembilan: Kerajaan BN pimpinan Abdullah tidak mempunyai sensitiviti terhadap modal asing tertentu dalam perniagaan strategik negara dan juga seolah-olah tidak membuka peluang perniagaan kepada bumiputera.

Sepuluh: Kerajaan BN pimpinan Abdullah kelihatan mengambil for granted sokongan Melayu terhadap BN walaupun jiwa orang Melayu diguris dan dihiris oleh beberapa kenyataan dan tindakan Abdullah sendiri.

Sebelas: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menggula-gulakan rakyat jelata dengan projek-projek koridor mega yang trillion ringgit kosnya semata-mata untuk menutup kesilapan besar akibat pelancaran WPI.

Dua belas: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menyebabkan kesangsaraan rakyat akibat kenaikan harga barang-barang keperluan dan kos sara hidup yang seolah-olah gagal dikawal.

Tiga belas: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menyaksikan peningkatan kadar jenayah dan menjadikan titik permulaan kekuasaan kumpulan penjenayah asing berleluasa di Malaysia.

Demikianlah di antara kepincangan dan ketempangan kepimpinan Abdullah. Perkara-perkara di atas sudah disuarakan secara meluas menerusi media alternatif. Tetapi, Abdullah dan sindrom penafiannya tidak mengambil hirau. Ini kerana Abdullah hanya mahu mendengar nasihat kumpulan pegawainya di Aras Empat JPM sahaja.

Kini nasi sudah menjadi bubur. Abdullah tidak mampu memperbaiki keadaan. Beliau wajar mengundurkan diri secara terhormat, bermaruah dan dengan segera. Ini akan membolehkan Malaysia yang dikuasai dengan hanya majoriti mudah di Parlimen, ditadbir oleh pihak yang lebih cekap, lebih sensitif kepada tuntutan rakyat jelata dan lebih prihatin terhadap pemeliharaan kedaulatan negara pada setiap masa.

source:kuda-kepang.blogspot.com
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12055
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Empty
PostSubject: Re: Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008)   Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Icon_minitime10/3/2008, 12:34 pm

Sabah catat calon hilang deposit teramai


Oleh Mohd Azrone Sarabatin, Rafidah Mat Ruzki, Adha Ghazali, Haneeyzah Bariah Bahrin, Azida Shaharuddin dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi.
[url=mailto://][/url]



58 tanding kerusi DUN, 15 Parlimen gagal dapat jumlah pengundian ditetapkan SPR

KUALA LUMPUR: Sabah mencatatkan jumlah calon paling ramai kehilangan wang pertaruhan apabila 73 calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12 di negeri berkenaan gagal mendapat jumlah undi secukupnya.

Mereka, 58 calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 15 Parlimen.

Paling ramai ialah calon bertanding atas tiket Bebas iaitu 37 bagi kerusi DUN dan 10 di kerusi Parlimen, diikuti 14 calon Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu), masing-masing di 13 DUN dan satu Parlimen.

Dua calon Pas yang bertanding kerusi DUN dan tujuh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di empat kerusi DUN serta tiga Parlimen turut kehilangan deposit.

Tiga calon DAP masing-masing di dua DUN dan satu Parlimen juga mengalami nasib sama.
Jumlah itu bagaimanapun tidak termasuk calon Parlimen Kudat, Parlimen Kota Marudu, DUN Banggi dan DUN Tandek yang lewat diumumkan.

Keputusan berkenaan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Semporna, Datuk Mohd Shafie Apdal, mencatat dua rekod pada Pilihan Raya Ke-12 di Sabah iaitu bilangan pengundi paling ramai dan majoriti tertinggi.

Beliau memperoleh 19,419 undi dan menang dengan majoriti 17,462 orang dalam pertandingan satu lawan satu menewaskan calon PKR, Ab Azis Ab Hamid yang hanya memperoleh 1,957 undi dan hilang deposit.
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman, mencatat rekod sama peringkat DUN selepas memperoleh 10,570 undi dan menang dengan majoriti 7,657 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Majoriti terendah diperoleh calon BN DUN Bingkor, Justin Guka yang menang dengan majoriti tipis 106 undi dalam pertandingan empat penjuru manakala Presiden Bersekutu, Berman Angkap, mendapat undi terendah iaitu 32 dalam pertandingan lapan penjuru di DUN Tanjong Kapor yang dimenangi calon BN, Teo Chee Kang dengan majoriti 3, 619 undi.

Dalam pada itu, undi rosak tertinggi direkod di Parlimen Kudat iaitu 1,058 undi manakala terendah adalah DUN Sook iaitu 63 undi.

Di SARAWAK, antara yang hilang wang taruhan ialah calon PKR Parlimen Lawas, Japar Suyut yang kalah kepada Henry Sum Agong (BN) dengan hanya mendapat 734 undi.

Di Parlimen Stampin, See Chee How (PKR) tewas kepada Datuk Yong Khoon Seng (BN) dengan undi 2,198 manakala di Parlimen Sarikei, ketiga-tiga calon Bebas hilang wang pertaruhan iaitu Lau Kieng Chai, Kung Chin Chin dan Ngu Tieng Hai.

Turut kehilangan wang taruhan ialah di Parlimen Sibu apabila Lim Kum Chuen (PKR) memperoleh 812 undi manakala Ali Semsu (Bebas) meraih 250 undi daripada 14,381.

Calon lain yang turut hangus wang pertaruhan ialah Sylvester Belayong Jayang (SNAP), Lim Chin Chuang (PKR), Hasman Sagaran (PKR), See Chee How (PKR), Lau Kieng Chai (Bebas), Leung Ching Ching (Bebas), Nga Tieng Hai (Bebas) dan Awang Bakar Awang Daud (Bebas).

Calon lain ialah Abdul Razak Esa (PKR), Ramzah Ahmad (Bebas), Md Paiman Jasmin (PAS), Ali Semsu (Bebas), Lim Pok Long (Bebas) dan Guan Dee Koh Hoi (PKR).

Di TERENGGANU, calon tertua Maimun Yusuf (Bebas) yang bertanding di Parlimen Kuala Terengganu memperoleh 685 undi.

Di KELANTAN, tiga calon Bebas kecundang apabila Isma Airfath Hassanuddin dari Parlimen Rantau Panjang mendapat 330 daripada 34,532 undi. DUN Gual Periok, Mohammad Zulkifle Abd Rashid mendapat 147 daripada 13,244 undi dan calon Parlimen Tanah Merah, Asmadi Abu Bakar dengan undi sebanyak 1,439 berbanding 34,963 undi.

Di JOHOR tiga calon kecundang iaitu, Paimon Jasmin dari DUN Penawar dengan jumlah 1,364 daripada 13,002 jumlah keseluruhan undi. Abdul Razak Esa calon PKR juga DUN Tanjung Surat dengan 1,279 undi berbanding 11,981 jumlah undi manakala DUN Sedili Mona'im Hassan (Pas), mendapat 1,259 daripada 15,606 jumlah undi.

Di WILAYAH PERSEKUTUAN, Matusin Abdul Rahman (Pas) dari Labuan dapat 1,106.

Di NEGERI SEMBILAN, calon Bebas, kerusi Parlimen Telok Kemang, Mohd Rashid Arshad mendapat 601 undi daripada 60,186 pengundi manakala Parlimen Port Dickson yang ditandingi calon Bebas, M Jeeva Kumar mendapat 196 daripada 11,848 pengundi.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12055
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Empty
PostSubject: Re: Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008)   Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Icon_minitime10/3/2008, 12:36 pm

Abdullah angkat sumpah sebagai PM



[url=mailto://][/url]



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengangkat sumpah jawatan dan sumpah menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dua hari selepas Barisan Nasional kembali berkuasa setelah memenangi pilihan raya umum Sabtu lalu.

Acara penuh istiadat itu berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara di sini bermula jam 11.10 pagi dengan pengurniaan suratcara pelantikan dan diikuti dengan melafaz ikrar, sumpah taat setia dan angkat sumpah menyimpan rahsia.

Abdullah, 68, memegang jawatan itu bagi penggal kedua.

Turut berangkat ke istiadat ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Abdullah tiba di Balairong Seri jam 11 pagi dengan diiringi isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

Turut hadir di majlis disiarkan secara langsung menerusi RTM 1 ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta orang kenamaan lain.

Antaranya ialah bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan beberapa anggota Parlimen yang baru.

Pada istiadat ringkas selama 20 minit itu, Abdullah menandatangani watikah pelantikan di hadapan Ketua Hakim Negara Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Barisan Nasional (BN) menang 140 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi yang dipertandingkan membolehkan gabungan parti pemerintah itu membentuk kerajaan dengan mandat majoriti mudah.

Abdullah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas di Pulau Pinang dengan menewaskan calon Pas Subri Md Arshad dengan majoriti 11,246 undi. — Bernama
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
zerone
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
zerone

Male
Age : 54
location : Keningau / Kota Kinabalu
Points : 11791
Reputation : 0
Number of posts : 1078

Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Empty
PostSubject: Re: Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008)   Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Icon_minitime10/3/2008, 9:25 pm

sya suda ramal rakyat malaysia tida akan bagi 2/3 majoriti kpd BN untuk kali ini. Masa untuk pemimpin2 BN bangun dari tidur untuk mendengar suara rakyat sekiranya mahu kembali kegemilangan BN.
Back to top Go down
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 44
location : Beaufort
Points : 12118
Reputation : 0
Number of posts : 1268

Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Empty
PostSubject: Re: Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008)   Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Icon_minitime11/3/2008, 2:34 pm

apa yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi. Pihak Kerajaan perlu mendengar suara golongan marhain.. jgn cakap besar n jangan over confident. rakyat penentu segalanya. fikir2kan..
Back to top Go down
Sponsored content




Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Empty
PostSubject: Re: Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008)   Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008) Icon_minitime

Back to top Go down
 

Himpunan artikel pilihan raya ke-12 (2008)

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: