SIOLOON FUN CLUB

Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.

SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE

    Mukadimah SIOLOON

    Share
    avatar
    aLFFiaN
    ADMINISTRATOR
    ADMINISTRATOR

    Male
    Countries/State : Malaysia
    Age : 34
    location : Borneo Island
    Website : www.sioloon.com
    Tag ID: : SFC00001
    Points : 10119
    Reputation : 101
    Number of posts : 7894
    29042008

    http://i38.servimg.com/u/f3 Mukadimah SIOLOON

    Post by aLFFiaN

    Society Of Local Motorsports Network (S.I.O.L.O.O.N) ini merupakan pertubuhan yang ditubuhkan untuk mengabungkan satu unit penjana yang mampu mengerakkan industri ini ke satu arah global komuniti yang berkaliber. Tumpuan penubuhan adalah menarik minat para belia untuk menceburi bidang ini dengan lebih efektif dan berbudaya saing yang sihat.Selain, menerajui aktiviti-aktiviti berkonsepkan sukan permotoran yang sebelum ini tidak mempunyai haluan yang disarankan kerajaan.

    Penubuhan ini akan melakukan pembaharuan bagi para belia untuk menggunakan kelebihan yang ada dengan menganjurkan aktiviti yang sah di bawa undang-undang kerajaan. Ini sekaligus memberi satu impak yang besar kepada kerajaan bagi mengurangkan kegiatan aktiviti yang tidak bermoral seperti menganjur perlumbaan haram yang akhirnya membawa padah kepada individu serta masyarakat. Malah, akan membawa kemusnahan masa depan mereka. Dengan itu, pertubuhan ini akan cuba mencari seberapa banyak iktihar bagi membetulkan situasi demi para belia yang bakal menjadi pemimpin negara masa depan.

    Peraturan-peraturan yang dibentuk oleh pertubuhan ini juga mampu membentuk para belia untuk mematuhi undang-undang. Ini penting bagi mendisiplinkan para belia daripada melakukan kesalahan dan sekaligus imej para belia tidak akan tercemar , lebih-lebih lagi persepsi masyarakat terhadap belia yang berkecimpung dalam pengiat sukan permotoran ini.

    Untuk memastikan pertubuhan ini ditubuhkan dapat diaplikasikan sebaik mungkin, pihak ahli jawatankuasa akan bertindak lebih efeksyen , bijak berkomunikasi dan setiasa memupuk sifat rasional. Disamping tegas dalam mematuhi segala undang-undang yang mampu menerapkan nilai-nilai murni kepada para belia agar tidak mensia-siakan dunia sukan permotoran ini.

    Oleh itu, kerjasama antara semua pihak amatlah diperlukan dalam merealisasikan impian ini. Tanpa sokongan daripada badan-badan kerajaan mahupun swasta, maka saya-sialah perjuangan dari sebelah pihak yang mempunyai azam yang jitu untuk menaikkan martabat negara. Bak pepatah melayu bersatu kita teguh bercerai kita roboh.


    Last edited by aLFFiaN on 29/4/2008, 6:47 am; edited 2 times in total
    Share this post on: diggdeliciousredditstumbleuponslashdotyahoogooglelive

    avatar

    Post on 29/4/2008, 6:45 am by aLFFiaN

    Persatuan ini merupakan sebuah kelab kecil yang telah berkecimpung dalam dunia permotoran seawal tahun 2003. Persatuan ini berasal daripada kampung Beringis , Papar , Sabah yang terletak kilometer 36 dari Bandaraya Kota Kinabalu.

    Tujuan penubuhan kelab tidak rasmi ini adalah untuk mewujudkan satu pertalian yang boleh mewujudkan kemajuan dalam industri permotoran. Setelah sekian lama menyepi persatuan ini telah kembali dengan penuh komitmen,Selaras dengan kemajuan teknologi masa kini telah membuka sebuah laman web www.sioloon.com bagi mengembangkan lagi rankaian yang sedia ada. Di mana tujuan pembukaan laman web ini dapat membantu semua pengiat sukan permotoran untuk berkongsi maklumat disamping mengeratkan silahtulrahim.

    Pembukaan laman web www.sioloon.com pada 23 Mac 2007 lalu merupakan satu fenomena baru yang mampu mengemparkan dunia permotoran di negeri Sabah. Ini kerana laman web tersebut telah menerima sambutan diluar dugaan daripada pengiat sukan permotoran yang terlalu extream dalam industri ini. Laman web ini bukan sahaja menjadi medan bagi pengiat sukan permotoran malah mampu menjana urusan jual beli secara online kepada peniaga barangan permotoran.

    Usaha persatuan ini tidak terhenti di dalam melayari lama web sahaja. Malah telah mengatur perjumpaan sebahagian pelayar laman web tersebut. Perjumpaan demi perjumpaan diatur sehinggalah menjadi satu komuniti besar yang mampu bersatu hati melakukan aktiviti riadah bagi belia. Dorongan dan bimbingan daripada semua ahli, membantu persatuan ini untuk berani tampil ke depan bagi merealisasikan impian pengiat sukan permotoran di negeri Sabah ini.

      Current date/time is 22/1/2018, 6:52 am