SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Menjaga komputer riba Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Menjaga komputer riba Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Menjaga komputer riba

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12053
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Menjaga komputer riba Empty
PostSubject: Menjaga komputer riba   Menjaga komputer riba Icon_minitime12/6/2008, 8:39 am

Menjaga komputer riba


Apakah langkah yang boleh anda ambil untuk memelihara komputer riba anda daripada hilang dan kecurian?Menjaga komputer riba In_01.1




SEBAGAI pemilik komputer riba, kebimbangan yang paling utama tentunya kehilangan peralatan berharga itu. Apatah lagi jika di dalam komputer riba itu tersimpan pelbagai data penting.
Kecurian komputer riba di tempat letak kereta dan bilik persidangan sering menarik perhatian ramai, tetapi insiden tertinggal komputer riba atau peranti mudah alih yang lain di dalam teksi, tren mahupun kapal terbang turut menjadi lumrah kerana kelalaian.
YouGetItBack.com melaporkan lapangan terbang La Guardia di Amerika Syarikat (AS) sahaja telah menghimpunkan lebih daripada 70,000 komputer riba dan pembantu peribadi digital (PDA) yang tidak dituntut. Menurut Accenture, antara 10 hingga 15 peratus daripada peranti mudah alih hilang akibat kecuaian pemiliknya sendiri.
Komputer riba juga kian menjadi sasaran utama untuk jenayah mencuri identiti. Kajian Ponemon Institute pada tahun 2006 mendedahkan, terdapat kenaikan sebanyak 81 peratus aduan syarikat-syarikat mengenai kecurian komputer riba antara tahun 2006 hingga 2006. Bahkan, komputer riba dalam pejabat juga menjadi sasaran.
Ada beberapa langkah yang boleh mengurangkan risiko kehilangan atau kecurian komputer riba anda dan data di dalamnya:
Kesan komputer riba dengan IDIa dilakukan dengan melabel ID pada setiap komputer riba dan peranti mudah alih anda dan rekodkannya pada perkhidmatan pemulangan. Mengesan tag tersebut memberikan anda peluang untuk memasukkan nombor siri pada peranti berkenaan. Anda boleh menggunakan perkhidmatan pemulangan sebagai sistem inventori asas.
Setiap barangan yang didaftarkan kepada perkhidmatan pemulangan menerusi laman web memuatkan informasi pengenalan barangan. Jadi, sekiranya berlaku kecurian atau kehilangan, mereka akan menghubungi anda apabila ia ditemui. Ia sekali gus mengelakkan barangan dipulang kepada orang yang tidak tepat.
Antara pihak yang menjalankan perkhidmatan melabel dan pemulangan ini termasuklah laman ArmorTag, BoomerangIt, StuffBak, TrackItBack, YouGetItBack.com, dan zReturn.
Perisian penjejak lokasi
Jika pencuri mencuri komputer riba anda, perisian pemulangan boleh membantu anda mendapatkannya semula. Perisian seperti Absolute Software's ComputraceComplete, Brigadoon's PC PhoneHome, Inspice's Inspice Trace, XTool's Laptop Tracker and zTrace Technologies' zTrace Gold mempunyai utiliti untuk berhubung dengan pelayan pusat. Jika berlaku perkara tidak diingini, perkhidmatan berkaitan boleh menjejaki lokasi komputer riba anda di Internet dan menghubungi polis untuk mendapatkannya.
Sesetengah produk pengesan juga mempunyai keupayaan untuk memadamkan data-data utama dalam komputer riba jika dicuri atau merakam gambar pencuri jika ia dilengkapi dengan kamera web bina dalam.
Lokasi komputer riba dapat dikenal pasti menerusi alamat IP atau GPS, bergantung kepada perkhidmatan yang ditawarkan.
Buat salinan dan mengekod data
Walau bagaimana langkah penjagaan, komputer riba masih boleh dicuri. Jadi, adalah penting untuk memelihara data-data penting.
Melakukan salinan dan mengekod data atau dalam terma komputer encrypt ia mungkin boleh menyelamatkan data anda. Encrypt bermaksud mengkodkan teks mesej melalui satu unit pemindahan bagi mengelak ia sampai ke pengetahuan mereka yang tidak bertanggungjawab.
Gunakan penggera keselamatan USB Penggera Keselamatan Komputer Riba Belkin berfungsi sebagai mangga kabel tetapi membunyikan penggera apabila seseorang cuba mencabut kabelnya. Boleh juga menggunakan USB Penggera Komputer Menjaga komputer riba In_01.2
USB penggera keselamatan komputer riba Belkin.



Mudah Alih Penyelamat Komputer Riba Doberman yang mempunyai pengesan pergerakan yang membunyikan penggera apabila peranti yang dipasangkan padanya ditanggalkan.
Jangan sesekali anda meninggalkan komputer riba anda tanpa dijaga sesiapa sama ada di hotel atau bilik persidangan. Jaganya menggunakan mangga kabel atau penjaga hotel. Jika tidak nampak sebarang pilihan keselamatan, bawa komputer riba bersama anda.
Di pejabat, simpan dalam laci khusus yang selamat dan kuncikannya jika anda pulang ke rumah pada waktu malam. Jangan sesekali meninggalkan beg komputer riba anda di tempat duduk kereta atau di tempat yang mudah dilihat.Menjaga komputer riba In_01.3
KOMPUTER riba kian menjadi sasaran utama untuk jenayah mencuri identiti.



Beri lebih perhatian semasa di lapangan terbang (terutamanya di lokasi yang terdedah dengan kecurian). Apabila menunggu giliran, pastikan komputer riba di sisi anda dengan menjinjit, membimbit dan sebagainya.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
Ridzal
REGULAR
REGULAR
Ridzal

Male
Countries/State : Sabah
Age : 49
location : Putatan, Sabah
Points : 11605
Reputation : 0
Number of posts : 345

Menjaga komputer riba Empty
PostSubject: Re: Menjaga komputer riba   Menjaga komputer riba Icon_minitime12/6/2008, 11:54 am

Nice info sis...at least ada juga protection....
Back to top Go down
http://inketiau.blogspot.com/
the BLitz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
the BLitz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : kota belud
Tag ID: : SFC 04544
Points : 12630
Reputation : 11
Number of posts : 1700

Menjaga komputer riba Empty
PostSubject: Re: Menjaga komputer riba   Menjaga komputer riba Icon_minitime10/2/2009, 10:05 am

thanks 4 da info.. even lappy cikai..tpi nilai tetap tggi..so jgn biarkan hidup anda di selubungi misteri akibat kelalaian.,.geek geek
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/user.php?src=login
papara7
JUNIOR
JUNIOR
papara7

Male
Countries/State : Sabah
Age : 53
location : labuan
Points : 10758
Reputation : 1
Number of posts : 82

Menjaga komputer riba Empty
PostSubject: Re: Menjaga komputer riba   Menjaga komputer riba Icon_minitime5/9/2009, 11:00 am

mahal tu...
Back to top Go down
omar
SENIOR
SENIOR
omar

Male
Countries/State : Selangor
Age : 34
location : SELANGOR
Tag ID: : sfc 13010
Points : 11078
Reputation : 1
Number of posts : 860

Menjaga komputer riba Empty
PostSubject: Re: Menjaga komputer riba   Menjaga komputer riba Icon_minitime27/6/2012, 11:40 pm

thanks for the info Agree
Back to top Go down
Sponsored content




Menjaga komputer riba Empty
PostSubject: Re: Menjaga komputer riba   Menjaga komputer riba Icon_minitime

Back to top Go down
 

Menjaga komputer riba

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: ENTERTAINMENT :: COMPUTER ZONE-
Jump to: