SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Ilmu Saka Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Ilmu Saka Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Ilmu Saka

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14678
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Ilmu Saka Empty
PostSubject: Ilmu Saka   Ilmu Saka Icon_minitime19/7/2008, 11:45 am

Ilmu Saka Boleh Sakiti Orang Lain Dan Diri Sendiri



Membicarakan
tentang SAKA adalah satu perkara sensitif. Sesuatu yang tidak nampak
dan tidak mudah untuk diyakini. Masyarakat melayu memahami saka sebagai
ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada
waris di bawahnya daripada ibu ataupun bapa kepada anak, daripada datuk
atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau cicitnya, ataupun
ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa saudara kepada anak saudara
atau kepada seseorang yang berada dalam lingkungan keluarga.


Yang
dimaksudkan dengan ‘ilmu yang dipusakai’ itu ialah ilmu yang ada kaitan
dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun
dibuat saudara, disedari atau tidak disedari. Dengan perantaraan
makhluk tadi, waris berkenaan berupaya melakukan rawatan penyakit,
menilik dan sebagainya dalam keadaan menurun atau tidak menurun. Hasil
daripada penglibatan makhluk ini juga waris adakalanya melibatkan diri
dengan ilmu kebatinan mempertahankan diri seperti ilmu amalan wali
suci, budi suci dan lain-lainnya atau ilmu kebatinan yang dinamakan
amalan Al-Fatihah, silat syeikh, amalan sinar Islam dan sebagainya.


Amalan
kebatinan mempertahankan diri ini juga melibatkan ilmu kebal, ilmu
penggerun, ataupun amalan yang lebih bersifat peribadi seperti ilmu
seri muka, ilmu kebidanan tradisional atau ilmu andaman tradisional.
Pemilik saka yang melibatkan ilmu perbomohan ataupun dukun yang
diwarisi oleh seseorang akan membolehkan pewaris memiliki kebolehan
untuk melakukan rawatan dan sebagainya yang berkaitan dengan ilmu
kebatinan seperti yang pernah dilakukan oleh pewaris tadi, berupaya
melakukan rawatan dalam keadaan menurun biarpun dia tidak pernah
mempelajari ilmu kebatinan yang khusus.


Dari sinilah
lahirnya orang yang tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan
diri, menurun lalu melakukan rawatan, berupaya menilik sesuatu yang
tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan sebagainya. Hal demikian
berlaku kerana makhluk tadi meresap dalam tubuh orang berkenaan,
menguasai otak, jasad, lidah dan pergerakkan lalu menggunakan jasad
manusia untuk bertindak.


Keadaan seperti ini dikenali
sebagai ‘menurun’ dimana makhluk halus tadi telah menurun atau meresap
dalam tubuh manusia lalu bertindak melakukan sesuatu menurut tujuan
asal makhluk ini meresap dalam tubuh manusia. Pelbagai natijah luar
biasa (nadir) mencarik kebiasaan adat dan tidak dapat difikiri oleh
akal punca dan sebab musabab berlaku seperti yang dijelaskan. Iaitu
boleh melakukan rawatan, menilik benda-benda ghaib, menjadi kebal,
digeruni, mengangkat benda-benda berat dan sebagainya yang tidak upaya
dilakukan oleh manusia biasa.


Makhluk yang berdampingan itu
dalam proses masa tertentu menjadi sebahagian daripada dampingan
manusia menyebabkan orang yang seumpama ini berupaya melakukan sesuatu
yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa. Jin atau makhluk halus
yang dibela oleh manusia, pada kebiasaannya memerlukan manusia yang
biasanya terdiri daripada kaum keluarga atau terus berdampingan dengan
manusia setelah tuan yang asal tadi meninggal dunia. Makhluk yang
seperti inilah yang dinamakan SAKA yang diperturunkan dari satu
generasi kepada generasi berikutnya.


Penurunan saka boleh
berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja. Dilakukan dengan sengaja
apabila seseorang itu secara berterangan menyatakan pada waris tertentu
seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau
berkelayakkan mewarisi ilmu pemiliknya yang dimiliki selama ini.
Apabila orang yang berkenaan menyatakan kesanggupannya menerima, maka
bermula dari tarikh itu dia telah mewarisi saka tadi.


Penurunan
saka juga boleh berlaku secara tidak langsung apabila seseorang waris
itu menerima barang-barang tertentu, yang pada kebiasaannya terdiri
daripda keris, lembing ataupun tombak atau objek lain seperti tangkal,
azimat, batu geliga, akik dan sebagainya.
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14678
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Ilmu Saka Empty
PostSubject: Re: Ilmu Saka   Ilmu Saka Icon_minitime19/7/2008, 11:46 am

Ilmu Yang Diwarisi Melalui Saka Ada Dua Jenis.


Jenis Pertama


Adalah
seperti yang dijelaskan diatas yang ada kalanya boleh digunakan untuk
sesuatu yang dianggap boleh memberi manfaat seperti untuk tujuan
rawatan, ilmu pengasih, digunakan untuk mencari barang hilang dan
sebagainya. Selain mencari barang hilang saka juga boleh digunakan
untuk mencuri barang kepunyaan orang lain seperti mencuri wang, barang
kemas, pakaian termasuk seluar dalam dan baju dalam. Terlalu banyak
hadis membicarakan tentang keupayaan jin-jin yang mencuri bahan makanan
iaitu kurma dizaman Nabi s.a.w.


Selain boleh ‘digunakan’
untuk tujuan yang dijelaskan tadi, makhluk ini juga sering menyakiti
orang lain, jiran-jiran termasuk kaum keluarga tuan saka tadi malah
dalam keadaan tertentu makhluk ini boleh menyesatkan iman si empunya
diri yang dianggap sebagai tuan tadi akan menyerang tuannya terutama
ketika telah uzur,sakit atau ketika tua.


Orang Melayu yang
memahami hal-hal yang berkaitan dengan saka ini sering beranggapan
bahawa makhluk ini seumpama tidak terkawal apabila tuannya meninggal
dunia dan tidak ada dikalangan keluarga yang sedia untuk mengambil alih
peranan yang dimainkan oleh pewaris selama ini. Keadaan akan menjadi
redha apabila salah seorang daripada waris sudi menjadi tuan kepada
makhluk ini.


Anggapan ini ada kebenarannya tetapi pada
hakikatnya biarpun makhluk ini mempunyai tuan baru ia tetap menjadi
masaalah kepada manusia terutama kepada keluarga yang terlibat kerana
antara tujuan utama iblis dan syaitan itu ialah untuk menyesatkan
manusia seberapa banyak yang boleh agar mereka dapat masuk keneraka
bersamanya.









Back to top Go down
http://www.sioloon.com
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14678
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Ilmu Saka Empty
PostSubject: Re: Ilmu Saka   Ilmu Saka Icon_minitime19/7/2008, 11:46 am

Jenis Kedua


Saka ataupun penyakit yang diwarisi daripada
seorang pewaris kepada seorang atau beberapa orang waris akibat
daripada gangguan atau serangan iblis dan syaitan yang berlaku turun
temurun. Bermaksud sekiranya seorang pewaris itu sakit, sakit yang sama
akan dideritai oleh wrisnya.


Pada kebiasaannya sakit yang
berpunca daripada saka tidak kira samada saka jenis pertama atau kedua
adalah sama. Senagai contoh sekiranya seseorang itu tidak boleh tidur
malam, selalu termenung, berasa sakit kepala seperti dibaji-baji lalu
dia menghantuk-hantukan kepala maka keadaan yang sama akan dialami oleh
keturunannya atau mereka yang diserang oleh saka tadi yang terdiri
daripada kaum keluarganya.



Tidak mudah untuk memberi
penjelasan bahawa seseorang itu sakit akibat saka. Umumnya apabila
sesuatu masaalah atau sakit itu dirujuk kepada mereka yang terlibat
dengan amalan kebatinan, maka selalunya dikatakan bahawa penyakit
tersebut dirujuk sebagai kena buatan orang, kena sihir, gangguan, saka
dan sebagainya.


Hakikatnya masaalah penyakit perlu dirujuk
kepada pakar kerana punca penyakit itu adalah pelbagai akibat
kecederaan seperti luka,patah, keracunan, stress, depress dan
sebagainya akibat gangguan ataupun sihir.


Segala punca
gangguan ini sukar diakui oleh pengamal perubatan moden tetapi kesemua
faktor yang dijelaskan berlaku kepada mangsa.
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
giukmanga
REGULAR
REGULAR
giukmanga

Male
Age : 40
location : Bongawan Papar Sabah
Points : 11763
Reputation : 0
Number of posts : 378

Ilmu Saka Empty
PostSubject: Re: Ilmu Saka   Ilmu Saka Icon_minitime21/7/2008, 2:41 pm

bro need help yang ni sa mau tau siapa2 dpapar yang pandai2 buka n balikkan ilmu ni kepada tuan nya n sa mau kasih balik..very2 need help..urgent minta no pon n namanya..
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 46
location : SU, SA, SB
Points : 11946
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Ilmu Saka Empty
PostSubject: Re: Ilmu Saka   Ilmu Saka Icon_minitime22/7/2008, 6:32 pm

bukan cara nya langgar pantang saja kah bro..
Back to top Go down
giukmanga
REGULAR
REGULAR
giukmanga

Male
Age : 40
location : Bongawan Papar Sabah
Points : 11763
Reputation : 0
Number of posts : 378

Ilmu Saka Empty
PostSubject: Re: Ilmu Saka   Ilmu Saka Icon_minitime23/7/2008, 3:19 pm

drakult wrote:
bukan cara nya langgar pantang saja kah bro..

Ada org kasih ilmu sama sa punya mama bah bro kalau sa boleh balikkan sa balik kan bro sa cuma boleh tengok makluk alus jek bro..kalau sa boleh balik kan kompom korang ada dengan perkataan bertupa 'darah dbalas dengan darah'. sa tak tahu kenapa harus pengamal n pengantar ilmu ni lama hidup.. sa kesian sama mama saya bah.. insyallah sikit hari mati itu org yang hantar kalau sa berdosa sama2 masuk neraka janji mama saya sihat..
Back to top Go down
LoLLiPoP
SENIOR
SENIOR


Male
Age : 45
location : kk-kb-kl-putatan
Points : 11847
Reputation : 0
Number of posts : 656

Ilmu Saka Empty
PostSubject: Re: Ilmu Saka   Ilmu Saka Icon_minitime23/7/2008, 9:30 pm

mem aku punya ni aku pun ndatau klu saka.. mmg diwarisi dari arwah nenek.. mem terima melalui mimpi setelah 40 hari nenek meninggal... nenek dulu bidan terkenal, pastu turun plak pi mem, bidan jugak... skrg mem mmg byk org minta urut hampir tiap2 hari ada saja pelanggan dtg pagi ptg... selalunya org ndada anak, susah mengandung, baru beranak, bw anak bersunat.. cuma satu yg pasti mem aku mengamalkan ayat2 suci Al Quran.. mem pun kuat sembahyang, dan hujung tahun insyallah naik haji... mem ckp tgn kiri beliau seolah2 tahu selok belok urat (yg sejuk tu)... dan bila mem ndada, mmg ada lagi anak cucu yg mewarisi ilmu kebidanan tersebut..

Yang pastinya, bdn mem sejuk sebelah kiri.. kanan panas mcm haba bdn biasa.. selalunya mlm mem mmg mengigau bercakap kdg mcm bunyi org bergaduh.. dan apabila mem aku mengurut pelanggan hari tersebut, yg pasti beliau seperti mengerang kesakitan bila waktu tdo seolah2 sakit tu dtg pindah dgn beliau... dont know

Boleh sepa2 terangkan apa jenis saka turun temurun ini???

p/s sepa2 yg mau berurut selepas beranak, atau belum dikurniakan anak, boleh jugak mencuba berurut dan makan ramuan akar kayu dr mem aku.. kita cuma berusaha, Tuhan menentukan....
Back to top Go down
Yakuza
MODERATOR
Yakuza

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : penampang,beringgis,papar
Points : 12188
Reputation : 3
Number of posts : 1457

Ilmu Saka Empty
PostSubject: Re: Ilmu Saka   Ilmu Saka Icon_minitime29/7/2008, 11:14 am

setahu aku la kan.... kalau org ni memelihara saka... dia memang susah mahu mati..
walaupun si pemelihara saka ni sedang nazak...
Back to top Go down
intrax
ELITE
ELITE
intrax

Male
Countries/State : Australia
Age : 37
location : Kota belud-SaNdAkaN
Website : http://dynastyclub.forumotion.net
Tag ID: : SFC 03293
Points : 12117
Reputation : 9
Number of posts : 3111

Ilmu Saka Empty
PostSubject: Re: Ilmu Saka   Ilmu Saka Icon_minitime12/10/2008, 6:47 pm

ilmu saka ni yang orang panggil sindaat tu ka mau kasi kena orang... eh ...masi lagi tu amalan tu kan
Back to top Go down
http://www.borneoforestheritage.org.my
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12081
Reputation : -6
Number of posts : 1063

Ilmu Saka Empty
PostSubject: Re: Ilmu Saka   Ilmu Saka Icon_minitime28/4/2009, 2:05 pm

sampai sekarg pun masi ada
Back to top Go down
Sponsored content




Ilmu Saka Empty
PostSubject: Re: Ilmu Saka   Ilmu Saka Icon_minitime

Back to top Go down
 

Ilmu Saka

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: ALAM MISTIK :: Artikel Mistik-
Jump to: