| Norman Hakim buat hal lagi | |
|
|
Author | Message |
---|
uncle del JUNIOR
Countries/State : Age : 47 location : sabah Points : 11916 Reputation : 0 Number of posts : 176
| Subject: Norman Hakim buat hal lagi 3/11/2008, 10:15 pm | |
| ada dengar tu berita c norman hakim n abby? bukan main lagi si norman menegakkan benang yg basah. alaaa org suda taulah, klu ko tidak salah napa ko 'tapuk' pula. jgn contohi kes ini |
|
| |
r3dskai MODERATOR
Countries/State : Age : 32 location : kk Points : 13408 Reputation : 15 Number of posts : 1836
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 4/11/2008, 8:10 am | |
| wakaka..iya bah bro..tpi x pa bah..cantek juga si meymey teman skandalnya tu bah..lgpn c abykn masih dlm pantang..musim ujan lg pla sekarang ni..jd..ngamlah utk mengawan..wakaka! |
|
| |
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15112 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 4/11/2008, 9:36 am | |
| Norman Hakim challenged the person who spread the gossip about him and another girl to prove his point. I guess now the guy has really taken up this challenge and exposed widely his shameful extramarital activities. Awal pagi tadi, pelakon siri Gerak Khas, Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, telah ditangkap khalwatbersama pelakon baru, Memey atau Suhaiza Suhaimi, 20, di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Ampang. Beliau baru sahaja menimang cahaya mata yang bernama MARIA DANISHA HAKIM. Norman adalah suami kepada pelakon dan penyanyi Abby Abadi @ Arbaiyah Abdul Manan dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim. Mereka bernikah pada 8 Januari 2002. Poor Abby..Be strong girl! Pengajaran kepada semua lelaki curang! Jangan sesekali ditangkap basah! I guess marriage life can be a real challenge. There is no easy way out. You have to deal with everyday problem together. But in the case of NORMAN HAKIM, it’s not so much domestic problems, it’s probably due to outside attraction and temptations. |
|
| |
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15112 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 4/11/2008, 9:40 am | |
| Norman Hakim Jejas Reputasi Gerak KhasKUALA LUMPUR, 3 NOV 2008: "Hati saya dan isteri benar-benar terluka. Sebagai orang tua saya selalu menasihati dia supaya jangan libatkan diri dalam skandal peribadi yang sebegini. "Tidak sangka dia (Norman Hakim) selama ini telah membuat drama di belakang saya serta mempermainkan diri saya. Sedikit sebanyak apa yang dilakukannya ini telah menjejaskan reputasi drama bersiri Gerak Khas," kata Datuk Yusof Haslam. Produser serta pengarah siri drama bercorak kepolisan ini berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai laporan berita tangkap khalwat membabitkan Norman dengan pelakon baru, Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20. Sungguhpun begitu, Yusof yang sebelum ini pernah menerbit serta mengarahkan pelbagai filem yang pecah panggung seperti Sembilu, Maria Mariana, Pasrah serta Tragedi Oktober mengakui masih belum mengambil kata putus sama ada mahu mengekal atau menyingkirkan Norman dari dalam siri tersebut. Jangan Tak Lihat"Saya sedar ada segelintir masyarakat yang mahu saya singkirkan Norman kerana telah menjejaskan imej Gerak Khas. Saya baca komen-komen tersebut dalam murai.com.my selepas anak saya tunjukkan pada saya. "Tapi, dalam hal ini saya juga tidak boleh melatah. Bukan sebab tidak mahu ambil pandangan orang ramai tetapi kes ini masih lagi berjalan. Kita kena biarkan segala-galanya selesai dahulu. "Lagipun tidak eloklah saya buat apa-apa keputusan sedangkan Norman & Abby masih lagi berkrisis. Mereka perlukan masa untuk selesaikan dulu masalah rumahtangga mereka," katanya kepada murai.com.my. Yusof bagaimanapun mengakui bahawa dia sudah berkali-kali menasihati Norman supaya menjauhkan diri daripada terbabit dengan skandal peribadi yang sebegini. "Bukan dengan dia seorang saja tetapi juga seluruh pelakon lain yang turut membintangi Gerak Khas. Kalau tersangkut sekali alamatnya bukan hanya imej saja yang akan terjejas tetapi masyarakat juga akan membenci. "Kes Norman ini boleh dijadikan satu pengajaran. Lagipun apabila sudah memakai pakaian seragam polis serta membawakan watak sebagai seorang inspektor, bukankan tidak elok kalau nama tiba-tiba dikaitkan dengan skandal peribadi yang seperti ini. "Hendak pakai uniform dan mainkan watak polis bukanlah semudah yang disangka. Semua nama perlu dihantar dulu ke polis Bukit Aman. Dari situ mereka akan ambil rekod dan menyiasat latar belakang seseorang pelakon yang terbabit. "Namun semua pelakon saya telah melepasi tahap ini. Tapi apabila timbul kes tangkap khalwat Norman dengan Memey ini, segelintir pihak polis di Bukit Aman pun tanya apa sudah jadi. Jadi untuk apa pakai uniform polis itu lagi," katanya. Jelas Yusof lagi, dia tidak tahu bagaimana hendak mempertahankan Norman dalam masalah ini. "Senang cakap, berani buat, beranilah tanggung. Apapun saya hanya mengharapkan yang terbaik untuk Norman dan Abby. Kalau boleh saya mahu mereka berbaik semula," katanya lagi. |
|
| |
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15112 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 4/11/2008, 9:43 am | |
| Abby Harap Norman Pulang Ke Pangkal Jalan
KUALA LUMPUR, 2 NOV 2008: Ramai peminat yang kecewa dan marah apabila mendapat tahu tentang berita Norman Hakim, 32, ditangkap khalwat bersama pelakon baru, Suhaiza Suhaimi, 20, selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana. Ampang, pada awal pagi 30 Oktober lalu.
Rata-rata berpendapat bahawa Norman yang sebelum ini dikenali menerusi drama bersiri kepolisan, Gerak Khas sebagai seorang suami yang tidak bertimbang rasa terhadap rumah tangga dan emosi isterinya itu.
Apatah lagi di saat-saat isterinya, Abby Abadi atau Arbaieyah Abdul Manan, 30, masih lagi dalam berpantang selepas melahirkan anak ketiga mereka. Sebelum ini, Norman dilaporkan sering tidak pulang ke rumah apabila rumah tangga mereka bergolak.
Komen-komen yang dihantar pembaca murai.com.my menerusi ruangan yang disediakan dalam portal ini jelas membuktikan sentimen peminat terhadap apa yang berlaku. Ramai berdiri di belakang Abby dan mengharapkan dia bersabar.
Abby sewaktu dihubungi semalam berkata, dia begitu terharu dengan sokongan yang diberikan kepadanya pada saat-saat yang cukup genting ini.
"Buat semua peminat di luar sana, terima kasih atas sokongan anda. Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya. Insya-Allah, saya akan lebih kuat menerima ujian sebegini.
"Terus terang, saya sebenarnya sudah tidak mampu untuk mempertahankan rumahatangga saya ini. Saya sudah tidak mampu hendak menipu hati saya lagi. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
"Norman Hakim sebenarnya seorang lelaki yang baik. Dia tidak patut lalui semua ini. Tapi, kelalaian akhirnya membuatkan dia hilang pertimbangan," katanya Abby lagi.
Sungguhpun begitu, jauh di sudut hati, Abby berkata, dia dengan seikhlasnya masih lagi menyayangi Norman.
"Tapi biarlah saya korbankan perasaan ini untuk kebahagian dia di luar sana. Doakan yang terbaik untuk kita semua. Nasihat saya pada dia, berubahlah kerana Allah. Kerana apa saja kesilapan yang kita lakukan tetap ada kunci untuk kita kembali ke pangkal jalan.
"Allah sentiasa menduga untuk memberi peringatan pada hamba-hambanya. Insaflah untuk kehidupan yang lebih berkat," kata Abby yang mengakui semua kejadian ini ada hikmahnya.
-source murai- |
|
| |
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15112 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 4/11/2008, 9:45 am | |
| Abby Ke Mahkamah Syariah Tuntut Cerai
KL, 3 NOV 2008: Peminat hanya urut dada mengikuti perkembangan krisis rumah tangga Norman Hakim dan Abby Abadi. Bukan apa, Murai Batu pun kenal dua-dua orang mereka sejak zaman bujang sampai dah kahwin dan beranak-pinak.
Mereka yang kita lihat bahagia kini menempuh detik-detik yang sangat mencabar. Siapa sangka selepas mereka pernah menggemparkan dunia hiburan apabila berpisah dan rujuk balik dalam tempoh yang singkat, sekali lagi dihambat dengan kontroversi. Memang terkedu bila Murai Batu dengar Norman kena tangkap basah dengan pelakon hingusan, Memey.
Berat mata memandang, berat lagilah bahu memikul. Murai Batu sendiri tak mahu bersikap judgemental sebab hal dalam kelambu Norman dan Abby hanya menjadi rahsia mereka berdua saja. Murai Batu tak tahu di mana lebihnya atau kurangnya Abby dan di mana pula cacat cela mahupun kelebihan Norman. Semuanya hanya pada mata kasar kita kerana hanya Tuhan lebih mengetahui apa yang berlaku. Ya, sekalipun Norman dan Memey dah dicekup berkhalwat, terserahlah kepada pihak mahkamah untuk menentukan apa kesudahan jalan hidup mereka. Cuma dalam hal ini, Murai Batu bersimpati dengan Abby kerana dia terpaksa melalui trauma macam dalam lagu Elite sendiri dalam keadaan berpantang anak ketiga.
Norman sebelum ini dilaporkan tidak pulang ke rumah Ramadan lalu dan mulalah timbul macam-macam cerita, gosip panas dengan Memey sehinggalah kemuncak drama apabila dia dan Memey ditangkap basah!
Pagi tadi pula, Murai Batu dengar berlaku kekecohan lagi apabila Abby sudah nekad habis-habisan hendak bercerai lalu pergi ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Keramat, Hulu Kelang, seorang diri. Malah pihak beberapa press juga menyaksikan kekecohan ini.
Tapi Abby dikatakan gagal memfailkan cerai ke atas Norman kerana dokumen yang dibawanya itu tidak cukup lengkap. Difahamkan, Abby akan cuba menghubungi Norman untuk menyelesaikan permohonan cerai itu dengan segera.
Murai Batu akan cuba menghubungi Abby sendiri untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini dan berharap dia janganlah terlalu stess sangat sebab baru sahaja melahirkan anak. |
|
| |
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15112 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 4/11/2008, 9:55 am | |
| Permohonan kali kedua ditolak dokumen disertakan tidak lengkap
KUALA LUMPUR: Cubaan pelakon Abby Abadi memfailkan tuntutan cerai buat kali kedua terhadap suaminya, Norman Hakim di Mahkamah Syariah Gombak Timur dekat sini, semalam, gagal kerana tidak disertakan dengan dokumen diperlukan.
Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 30, tiba di mahkamah kira-kira jam 11 pagi seorang diri dan memfailkan fasakh terhadap suaminya, bagaimanapun menukar niatnya dengan menuntut cerai selepas berbincang dengan Pendaftar Mahkamah.
Bagaimanapun, usahanya terbantut kerana tidak disertakan beberapa dokumen dan maklumat yang memerlukan kerjasama suaminya.
Kehidupan pasangan itu pernah dilanda badai berikutan dakwaan wujud orang ketiga hingga terjadi kes perceraian singkat pada 5 Mei 2006 selepas tiga tahun berkahwin. Mereka kembali rujuk pada 12 Mei 2006.
Bagaimanapun, hati Abby sekali lagi tercalar gara-gara kisah penangkapan khalwat Norman dengan pelakon baru, Memey Suhaiza di Ukay Perdana dekat sini, 30 Oktober lalu.
"Saya sudah memaklumkan niat untuk menuntut cerai padanya (Norman) melalui SMS dan dia membalas supaya saya meneruskannya. Saya rasa inilah jalan terbaik kerana saya sudah berasa tiada lagi ruang untuk saya memperbetulkan keadaan yang sudah keruh.
"Saya cuma harap kerjasamanya untuk menguruskan segala-gala termasuk mengemas kini urusan berkaitan perceraian ini. Ingatkan senang nak uruskan hal perceraian ini, sebaliknya banyak perkara yang perlu diselesaikan dulu.
"Hasrat dan niat saya (untuk bercerai) ini sudah lama difikirkan, malah sebelum kes khalwat lagi. Saya sudah buntu dan sudah tidak nampak lagi jalan untuk kami terus bersama," katanya.
Selepas selesai urusan di mahkamah, Abby mengajak wartawan ke lokasi penggambaran drama polis, Gerak Khas berdekatan Carrefour, Wangsa Maju, di mana beliau bertemu Norman.
Setiba di lokasi itu dan disaksikan sekumpulan wartawan, Abby dalam nada emosi meminta Norman menceraikannya.
Mendengar kata-kata Abby, Norman hanya menangis tanpa berkata apa-apa.
Bagaimanapun, apabila ditemui wartawan, Norman berkata beliau sedia memberi kerjasama kepada Abby bagi memenuhi hasratnya untuk bercerai.
Bagaimanapun dalam nada sedih, Norman berharap supaya rumah tangga mereka masih dapat diselamatkan.
"Saya akan cuba pertahankan rumah tangga kami demi anak-anak. Saya terima dengan reda setiap dugaan dan cabaran (termasuk merujuk kepada kes khalwat dengan Memey) yang saya terima sebelum ini sama ada ia dirancang atau sebaliknya. Setiap hari, saya berdoa semoga diberi petunjuk.
"Saya sedih sangat jika rumah tangga kami akan berakhir dengan perceraian lagi. Dalam apa juga situasi dan keadaan yang saya lalui, banyak hati yang perlu saya jaga. Abby masih isteri saya yang sah," kata Norman. |
|
| |
Fadzliey MODERATOR
Age : 45 location : Beaufort Points : 12594 Reputation : 0 Number of posts : 1268
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 4/11/2008, 1:57 pm | |
| mmmm mcm².. aku harap rumahtangga aku bhgia hingga akhir hayat. amin |
|
| |
Holla RoLLa REGULAR
Age : 41 location : kudat and Lahad Datu Tag ID: : SFC 03674 Points : 12045 Reputation : 0 Number of posts : 410
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 4/11/2008, 8:28 pm | |
| ADUH...PARAHNYA KEADAAN DIORANG NI.....KESIAN SI ABBY MASIH DALAM PANTANG SUDA ADA HAL BEGINI....YG SI NORMAN PULA POK SEDAP JA DIA TAU...... |
|
| |
froneTier ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Jesselton Tag ID: : SFC 03082 Points : 12682 Reputation : 11 Number of posts : 2208
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 4/11/2008, 8:39 pm | |
| kesian si Abby,dlm pantang lg tu.tiada guna lelaki yg bernama Norman ni.bagus2 xda masalah,p cari masalah,kan sdh kena tangkap basah.pa lg yg dia mau nafikan.,Lousy man, |
|
| |
otai_queen MODERATOR
Countries/State : Age : 41 location : Kudat Tag ID: : SFC 03014 Points : 15206 Reputation : 25 Number of posts : 6310
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 6/11/2008, 12:18 am | |
| apalah lagi yang dicari si norman ni.... elok2 sudah ada keluarga bahagia, masalah juga yang dicari nya... |
|
| |
MieY_kItTy SUPERIOR
Countries/State : Age : 40 Tag ID: : SFC 3398 Points : 12458 Reputation : 4 Number of posts : 1858
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 7/11/2008, 8:53 am | |
| hish ntah la c norman hakim nih..c abby tu pnya cantik....jambu lgi tu..mo lgi cri lain dunia oh dunia |
|
| |
bAbY('_') MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : kk-sdk- Tag ID: : SFC 02704 Points : 12231 Reputation : 0 Number of posts : 1867
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 7/11/2008, 9:22 am | |
| ntah la dunia skunk ne kuat gan skandal cne sana....yg jadi mangsa mesti pompoan..uhhhuuu... laki2 mesti perlukan apa2 saja dri bini..dgr g c abby tgh bepantang nahhh..apa g...kali nda tahan uda dya 2...bygkan jua 9 bln c abby sarat mengandung pas 2 tambah g 44 hari pantang...mataii..ekekek.. p pompoan c mimiey 2 pun muka x taw malu..dasar pompoan murahan...punyala rmai laki2 bujang ne..laki owg jua dya mo...adededede...cian c abby ne taw..me mnat bha c abby ne....dri luk g dya x byk gosip..p srjak dya kawen ne..siksa tul dya oleh lelaki durjana 2..perrrgghh!!! |
|
| |
galcute FRESHIE
Countries/State : Age : 42 location : kota kinabalu Points : 11730 Reputation : 0 Number of posts : 17
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 7/11/2008, 10:32 am | |
| |
|
| |
Yen MODERATOR
Countries/State : Age : 39 location : sabah Tag ID: : 02452 Points : 12241 Reputation : 0 Number of posts : 836
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 7/11/2008, 3:32 pm | |
| YA LAH....LELAKI TETAP LELAKI..
KLU NANGIS PUN,PA ORG BLNG TU...'CROCODILE TEARS'??EKEKEKEKEK..
CIAN ABBY.... |
|
| |
zul@LA SUPERIOR
Countries/State : Age : 42 location : kapayan Tag ID: : 03519 Points : 12775 Reputation : 12 Number of posts : 2259
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 7/11/2008, 7:09 pm | |
| mngkin c norman ni mau penuhkan kota dia sbgai lelaki ni,kecian pla sya tngk c abby,kta mrancang,tuhan mnentukan... kta doakan ja la |
|
| |
under18crew SIFU
Countries/State : Age : 33 location : Kota Belud Tag ID: : SFC 02544 Points : 13068 Reputation : 13 Number of posts : 16246
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 8/11/2008, 7:26 am | |
| kta x jga ble slhkn norman..sbb ada sy tnguk kt sbuah forum 2 mngatakan yg mreka bkn dlm rumah yg sma..berasingan rumah cma dlm 1 flat ja..apa2pn kes nie ma c dlm siasatan ka? |
|
| |
M!$z D3v!L MODERATOR
Countries/State : Age : 36 location : kay kay Tag ID: : SFC 04114 Points : 12381 Reputation : 1 Number of posts : 1451
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 20/11/2008, 3:27 pm | |
| yaba...aku plg nda suka laki jenis gini nih...xbole d buat laki nih...fail abih... |
|
| |
Holla RoLLa REGULAR
Age : 41 location : kudat and Lahad Datu Tag ID: : SFC 03674 Points : 12045 Reputation : 0 Number of posts : 410
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 20/11/2008, 8:52 pm | |
| heehehe......jadi yg sudah kawen tu pandai2 lah jaga laki n bini masing2.....dan yg bujang2 pula jgn pandai2 kacau bini org x baik.....heheheh...(na mcm bagi nasihat pula saya),,,heheh.....wokey |
|
| |
babylie89 SUPERIOR
Countries/State : Age : 35 location : Labuan Tag ID: : SFC 03942 Points : 12210 Reputation : 3 Number of posts : 2753
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 22/11/2008, 7:40 pm | |
| - under18crew wrote:
- kta x jga ble slhkn norman..sbb ada sy tnguk kt sbuah forum 2 mngatakan yg mreka bkn dlm rumah yg sma..berasingan rumah cma dlm 1 flat ja..apa2pn kes nie ma c dlm siasatan ka?
walaupn drg bkn tggl sebumbung.. norman ttp hrs tau btsnya bha.. kn drg tme 2 maC g suami istri yg sah.. nie la lelaki.. kt btl nafsu bha.. xckup stu mo lg stu.. adedeh.. yg pmpuan 2 plk gtl btl.. da tau norman ada bini mo gak p kacau rumahtangga org eh.. bkin pnz btl kes2 scandal nie.. huhuhuhuhu.. |
|
| |
tson85 REGULAR
Countries/State : Age : 39 location : keningau Tag ID: : ( SFC 02318 ) Points : 12270 Reputation : 0 Number of posts : 459
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 23/11/2008, 4:39 pm | |
| hemmm.... klu bilang mo salahkan norman 100% ssh jg.... coz siapa suruh c abby mo dia tinggal dlm rumah yg berasingan??? paham2lah klu sda tym ehmmm2xx.... tu...... USA pn bleh sampai dlm sejam tau....wakakkaka |
|
| |
M!$z D3v!L MODERATOR
Countries/State : Age : 36 location : kay kay Tag ID: : SFC 04114 Points : 12381 Reputation : 1 Number of posts : 1451
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 25/11/2008, 3:44 pm | |
| haih....apa mo jadi lah dunia nih..huhuhu |
|
| |
otai_queen MODERATOR
Countries/State : Age : 41 location : Kudat Tag ID: : SFC 03014 Points : 15206 Reputation : 25 Number of posts : 6310
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 25/11/2008, 10:27 pm | |
| |
|
| |
bumbek MODERATOR
Countries/State : Age : 48 location : Tawau/Kudat/ Tuaran Tag ID: : SFC 02666 Points : 14037 Reputation : 10 Number of posts : 2993
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 25/11/2008, 10:34 pm | |
| dah jadi macam artis Hollywood artis Malaysia sekarang ni..... kahwin pastu cerai...... majlis bukan main meriah tdk lama lepas tu apa lagi..... |
|
| |
otai_queen MODERATOR
Countries/State : Age : 41 location : Kudat Tag ID: : SFC 03014 Points : 15206 Reputation : 25 Number of posts : 6310
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi 25/11/2008, 10:40 pm | |
| - bumbek wrote:
- dah jadi macam artis Hollywood artis Malaysia sekarang ni..... kahwin pastu cerai...... majlis bukan main meriah tdk lama lepas tu apa lagi.....
iya bah, majlis berabis sampai berjuta2, tp ada tu bercerai x sampai setahun kawin... |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Norman Hakim buat hal lagi | |
| |
|
| |
| Norman Hakim buat hal lagi | |
|