SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Jaga kesihatan anak Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Jaga kesihatan anak Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Jaga kesihatan anak

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12529
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Jaga kesihatan anak Empty
PostSubject: Jaga kesihatan anak   Jaga kesihatan anak Icon_minitime10/1/2009, 9:41 am

LAZIMNYA pada musim cuti, ibu bapa akan mengurangkan peraturan makan anak-anak. Dalam keadaan begini, tentulah lebih sukar untuk menjaga kesihatan mereka!

Adalah penting bagi ibu bapa memantau tabiat makan anak-anak dan tahap kesihatan mereka sepanjang tahun, lebih-lebih lagi pada cuti sekolah hujung minggu atau cuti penggal. Sempena tahun baru ini, PAG menawarkan tiga petua berguna untuk membantu ibu bapa menjaga kesihatan anak-anak mereka menerusi pemakanan.

Tabiat makan

Pilihan makanan dan tabiat makan selalunya berubah. Sebagai contoh, semasa cuti sekolah anda tidak perlu menyekat anak-anak daripada menikmati makanan kegemaran mereka. Sebaliknya, cuba buat sedikit perubahan seperti mengurangkan saiz sajian dan menghidangkan makanan dalam pinggan lebih kecil untuk mengelakkan anak-anak terlebih makan.

Menurut tinjauan kaji selidik dalam talian PAG baru-baru ini, kira-kira 72 peratus ibu bapa memberitahu mereka memberi anak-anak mereka kurang daripada tiga hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari, tetapi menambah sedikit perasa dan tekstur baru seperti jagung yang disapu mentega, brokoli atau keledek manis ke dalam sajian makanan untuk membantu menjadikan makanan mereka lebih seimbang dan berkhasiat.

Menonton TV

Terlalu banyak menonton TV dan filem, serta bermain permainan video biasanya berlaku pada musim cuti.

Bagaimanapun, jangan melarang anak-anak daripada menonton TV sama sekali. Sebaliknya, PAG mencadangkan supaya anda membuat jadual yang munasabah.

Sebagai contoh, tetapkan had maksimum dua jam untuk menonton TV setiap hari, atau rancang jadual supaya mereka boleh menonton program kegemaran mereka.

Lebih baik lagi, jadikan waktu menonton TV waktu bersama keluarga dengan makan keropok atau bertih goreng sambil menonton filem atau rancangan TV kegemaran seisi keluarga.

Jadualkan pemeriksaan kesihatan

Musim cuti sekolah selalunya mengganggu rutin dan boleh menyebabkan anda terlupa kesihatan anak-anak. Sambil mencatat temu janji sosial, ingatkan diri anda supaya memberi anak-anak anda vitamin atau ubat.

Jika anda membawa mereka bercuti ke mana-mana, jangan lupa membawa bekalan secukupnya supaya anda tidak mengalami sebarang kesulitan sekiranya penerbangan tertangguh.
Simpan salinan preskripsi anak-anak supaya anda tidak menggelabah sekiranya preskripsi asal hilang.

Jaga kesihatan setiap anggota keluarga pada musim cuti ini dengan mengaturkan jadual pemeriksaan kesihatan dengan pakar penjagaan kesihatan profesional dan jangan lupa untuk memastikan mereka mengambil suntikan pelali mengikut jadual imunisasi. Pastikan anak-anak anda dilindungi dengan mendapatkan pemeriksaan doktor.

Petua ini bukan sahaja berguna semasa musim cuti, tetapi juga sepanjang tahun. Menjelang tahun baru, sentiasa utamakan kesihatan anak-anak anda kerana ini adalah tekad paling penting yang boleh anda buat.

Paling penting, ingatlah masa cuti adalah masa untuk keluarga. Inilah masanya untuk anda menghabiskan masa yang berkualiti bersama anak-anak dan peluang untuk anda meneruskan tradisi yang pernah anda lalui bersama ibu bapa anda semasa kecil dahulu.

Luangkan masa sehari untuk menonton wayang bersama keluarga dengan mendaftar di www.pagonline.org.

Artikel ini disumbangkan oleh Kumpulan Ibu Bapa Proaktif (PAG).
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
tykoo
FRESHIE
FRESHIE


Male
Age : 51
location : Labuan FT
Points : 11506
Reputation : 0
Number of posts : 1

Jaga kesihatan anak Empty
PostSubject: Re: Jaga kesihatan anak   Jaga kesihatan anak Icon_minitime21/2/2009, 6:20 am

Salam,

Saya ingin mencari sedikit informasi. Anak saya berumur 5 tahun. Dia mengadu sakit pada pipinya. Saya bawa berjumpa doktor, dan doktor mengatakan cuma ulser pada gusi gerahamnya sahaja. Dia juga tidak selsema atau resdung.

Apakah kemungkinan lain selain dari masalah ulser gusi dan selsema yang mungkin mengakibatkan kesakitan dan bengkak pada pipi ini?
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12513
Reputation : -6
Number of posts : 1063

Jaga kesihatan anak Empty
PostSubject: Re: Jaga kesihatan anak   Jaga kesihatan anak Icon_minitime27/4/2009, 8:55 am

good info
Back to top Go down
Liah
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Liah

Female
Age : 46
location : kota kinabalu
Tag ID: : SFC 04179
Points : 12894
Reputation : 15
Number of posts : 1258

Jaga kesihatan anak Empty
PostSubject: Re: Jaga kesihatan anak   Jaga kesihatan anak Icon_minitime18/5/2009, 12:08 pm

Very Happy good n4 utk hari akan datang .......... pale pale
Back to top Go down
areyang@LA
SENIOR
SENIOR
areyang@LA

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : KePaYaN ridGE '''' TeNoM
Tag ID: : SFC 06134
Points : 12122
Reputation : 10
Number of posts : 766

Jaga kesihatan anak Empty
PostSubject: Re: Jaga kesihatan anak   Jaga kesihatan anak Icon_minitime22/8/2009, 7:44 pm

Isi-isi penting yang sangat bagus... :cantek:
Back to top Go down
Sponsored content




Jaga kesihatan anak Empty
PostSubject: Re: Jaga kesihatan anak   Jaga kesihatan anak Icon_minitime

Back to top Go down
 

Jaga kesihatan anak

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN KESIHATAN :: Kesihatan Ibu & Anak-
Jump to: