SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
onesensei
WEBMASTER
onesensei

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : Membakut - KK - Bangi - Shah Alam
Website : http://onesensei.blogspot.com/
Tag ID: : SFC 03495
Points : 14305
Reputation : 75
Number of posts : 2551

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Empty
PostSubject: Sembang Sukan: Silat Cekak Pusaka Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak   Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Icon_minitime30/5/2009, 9:03 pm

Sejarah Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Pdf_button







Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak SalasilahSilat
Cekak telah diasas dan dilahirkan kembali oleh pemimpin Agung,
Allahyarham Ustaz Hanafi Bin Hj Ahmad pada tanggal 5 Ramadan 1385
bersamaan 28 Disember 1965.
Silat ini berasal dari Kedah dan
berdasarkan dari cerita guru ke guru silat ini pernah digunakan oleh
panglima panglima kanan istana di zaman pemerintahan Sultan Ahmad
Tajuddin II.

Biodata Guru Utama

YM TUAN GURU HAJI MD RADZI BIN HAJI HANAFISembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak MdradziMenerima
mandat sebagai Guru Utama Silat Cekak pada 19 Mei 1993.penyerahan
mandat ini telah diperakui kesahihannya oleh Majlis Muafakat Tertinggi
(MMT) Silat Cekak pada 21 Mei 1993 manakala pengistiharan sebagai Guru
Utama Silat Cekak disempurnakan pada 23 Mei 1993.


Bak
kata pepatah,”ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’,Perumpamaan
orang melayu itu tepat bagi beliau. Dengan ini beliau dapat mengorak
langkah lebih jauh lagi dalam usaha meneruskan perjuangan dan cita-cita
bapanya untuk mendaulatkan seni pusaka bangsa melayu

Anak
keempat Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad dan Puan Maimunah binti
Othman ini telah dilahirkan pd 3 Ogos 1961 di Batu 3 Ύ ,Jalan Gunung,
Alor Setar, Kedah Darul Aman. Mendapat pendidikan formal sekolah rendah
dan menengah di Alor Setar dan Kuala Lumpur manakala pendidikan
agamanya diterima terus daripada Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad
sendiri.Beliau telah mempelajari Silat Cekak pada usia 18
tahun.Kefahaman dan didikan agama diperolehi dari bapanya.Menerima
Sijil Rendah Persilatan Silat Cekak pada tahun 1980 dan Sijil Menengah
Silat Cekak pada tahun 1987.Beliau juga turut mempelajari bidang
perubatan tradisional daripada bapanya.Yang Mulia Tuan Guru Haji Md
Radzi Haji Hanafi telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Masita Binti
Mohd Salleh,yang berasal dari Johor Bahru ,Johor pada tahun 1990.Mereka
kini dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu dua orang anak lelaki dan
dua anak perempuan.


Pengaulannya
yang luas dengan ahli silat yang lebih dewasa ,penelitian yang mendalam
ketika Ustaz Hanafi Haji Amad mengajar Silat Cekak dan pembabitannya
dalam kebanyakan aktiviti Silat Cekak sejak kecil,memupuk minat dan
penghayatan Yang Mulia Tuan Guru Haji Md Radzi Haji Hanafi terhadap
dunia persilatan.


Yang Mulia Tuan Guru Haji Md
Radzi Haji Hanafi mula berkhidmat secara sepenuh masa mengajar Silat
Cekak sejak tahun 1981.Beliau juga diberi kepercayaan menjadi penyelia
kelas di Selangor ,Terengganu dan Johor.Bakat kepimpinannya terselah
apabila beliau diberi tanggungjawab menerajui cawangan Silat Cekak di
negeri Johor Darul Takzim.


Melalui
kepimpinan Yang Mulia Tuan Guru Haji Md Radzi Haji Hanafi,kini Silat
Cekak telah berkembang di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dan
banyak mendapat penghargaan dan pengiktirafan daripada kerajaan.Pada
18 Julai 2005 YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Hj Hanafi telah menerima ‘
Anugerah Gagah Perkasa ‘ daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong XII ,Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed
Putra Jamalullail sempena perhimpunan Rakan Wajadiri 2005 , Beliau
yang kini berusia 47 tahun ,akan terus memastikan Silat Cekak terus
berkembang bagi memastikan pusaka warisan bangsa ini kekal walaupun di
zaman moden ini.

Sumber: www.silatcekakhanafi.org


Last edited by onesensei on 2/11/2009, 1:06 am; edited 2 times in total
Back to top Go down
http://onesensei.blogspot.com/
onesensei
WEBMASTER
onesensei

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : Membakut - KK - Bangi - Shah Alam
Website : http://onesensei.blogspot.com/
Tag ID: : SFC 03495
Points : 14305
Reputation : 75
Number of posts : 2551

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Empty
PostSubject: Re: Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak   Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Icon_minitime30/5/2009, 9:04 pm

Konsep Silat Cekak


  • Pergerakan
    Silat Cekak adalah berdasarkan pergerakkan normal manusia dan tidak
    mengambil ilham dari pergerakkan haiwan, tumbuh – tumbuhan atau apa –
    apa kejadian alam. Malah, Silat Cekak mempunyai kaedah – kaedah
    mempertahankan diri dan menyerang yang diilhamkan dari pergerakan
    sembahyang.


  • Silat Cekak tidak mempunyai tari silat
    atau apa yang lebih dikenali sebagai bunga di dalam kaedah
    persilatannya. Pergerakannya menjurus kepada teknik – teknik persilatan
    atau buah – buah silat.
Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak BerdiriKonsep berdiri lurus secara semulajadi dalam Silat Cekak menjadikan silat ini amat praktikal.

  • Silat
    Cekak tidak mengelak ke kiri, ke kanan atau pun mengundur walaupun
    setapak malah ia mara kehadapan bila menangkis serangan.


  • Silat
    Cekak menanti serangan dalam keadaan berdiri lurus dan tidak berkuda –
    kuda atau langkah melangkah apabila menanti serangan.


  • Silat
    Cekak menekankan mempertahankan diri dan hanya menyerang apabila
    terdesak. Namun, apabila ia menyerang, musuh mengelak, serangan itu
    akan tetap kena dan jikalau serangan itu ditepis, pasti tepisan
    tersebut dapat ditewaskannya (elak kena, tepis makan). Tambahan pula,
    serangan Silat Cekak juga boleh menangkap ketika menyerang (Cekak
    menyerang, Cekak menangkap) yang cukup efektif terhadap gerakan –
    gerakan makan gerak.
  • Dalam
    Silat Cekak tidak ada system dua senjata, yakni tatkala musuh
    bersenjata, Silat Cekak akan berlawan dengan tangan kosong. Tujuan
    Silat Cekak adalah untuk menewaskan musuh dengan merampas senjata musuh
    (senjata makan tuan).


  • Silat
    Cekak tidak mempunyai teknik menyepak yang melebihi paras pinggang.
    Akan tetapi ia mempunyai teknik – teknik untuk berlawan dengan tangan
    pengamalnya diikat ke belakang.


  • Silat
    Cekak menekankan kaedah menurut pergerakan lawan dan bukan membangkang.
    Oleh itu ia dapat menumpang kekuatan lawan dan menggunakan kekuatan
    tersebut untuk menewaskannya.

Peringkat Pembelajaran
Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak KaedahD Kaedah D - Salah satu Kaedah menangkis serangan dari hadapan.

  • Buah Asas - Kaedah-kaedah asas menangkis serangan dari hadapan.
  • Buah Jatuh - Lanjutan dari buah asas, iaitu menangkis serangan dan menjatuhkan lawan.
  • Buah Potong - Digunakan untuk menangkis semula buah-buah di dalam Silat Cekak.
  • Buah Serang -
    Satu-satunya buah dan peringkat di dalam Silat Cekak yang melibatkan
    pengamal Silat Cekak menyerang. Namun jika dielak pasti kena, jika
    ditepis kita akan menangkap dan menjatuhkan lawan. Ia juga boleh
    menyerang sambil menangkap(cekak menyerang, cekak menangkap).
  • Buah Umum - Mempelajari keseluruhan teknik pertahanan dan serangan untuk digunakan secara praktikal.
Senarai Nama Buah
Berikut adalah senarai buah - buah Silat Cekak, sebanyak 21 buah.


  • Buah Pertama
  • Keputusan Gayong Petani
  • Keputusan Sendeng Atas
  • Buah Kilas Belakang
  • Buah Kilas Hadapan
  • Buah Kidong Kiri
  • Buah Kuntau Jatuh
  • Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung
  • Buah Kuntau Kanan Gantung
  • Buah Hentak (Keputusan Silat Harimau)
  • Buah Ali Patah Atas
  • Buah Ali Patah Sudah
  • Buah Selendang
  • Buah Gari & Gari Gunting
  • Buah Paras
  • Keputusan Pasung Kemanga
  • Keputusan Terlak
  • Keputusan Lintau
  • Buah Hempok
  • Buah Luncur
  • Buah Siku Potong
Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Terlak Keputusan Terlak
Back to top Go down
http://onesensei.blogspot.com/
onesensei
WEBMASTER
onesensei

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : Membakut - KK - Bangi - Shah Alam
Website : http://onesensei.blogspot.com/
Tag ID: : SFC 03495
Points : 14305
Reputation : 75
Number of posts : 2551

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Empty
PostSubject: Re: Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak   Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Icon_minitime30/5/2009, 9:05 pm

Ciri-ciri Pembelajaran dalam Peringkat Persilatan

Silat
Cekak diajar secara berpekej dan berkumpulan dan selalunya memerlukan
diantara 6 – 8 bulan untuk tamat dengan kelas sebanyak 2 kali seminggu.


Pembelajaran
selalunya dimulakan dengan pertemuan di antara Guru Utama Silat Cekak
di dalam upacara ijazah pertama. Dalam pertemuan tersebut, Guru Utama
Silat Cekak akan memberi izin kepada bakal penuntut untuk mempelajari
Silat Cekak dan penunut tersebut dikehendaki berjanji untuk menurut
segala pantang larang dalam silat tersebut. Hanya selepas proses
pengijazahan ini berlaku barulah penuntut tersebut dikenali sebagai
ahli Seni Silat Cekak dan boleh menerima matapelajarannya.

Terdapat beberapa peringkat pembelajaran dalam Silat Cekak.

Peringkat
permulaan adalah peringkat asas. Pada peringkat asas ini para penuntut
akan diajar 4 kaedah asas dan juga buah – buah asas Silat Cekak
sebanyak 20 buah kesemuanya. Jangkamasa pembelajaran selalunya
mengambil masa selama sebulan hingga dua bulan.

Peringkat
seterusnya adalah peringkat buah jatuh yakni peringkat dimana para
penuntut akan diajar cara – cara untuk menghabiskan buah asas dan juga
pecahan – pecahannya. Jangkamasa pembelajaran adalah lebih kurang
sebulan hingga sebulan setengah.

Selepas selesai mempelajari peringat buah jatuh, para pesilat akan masuk ke peringkat potong.

Sebelum
penuntut dibenarkan untuk mengikuti matapelajaran peringkat potong,
mereka dikehendaki untuk sekali lagi melalui proses pengijazahan
bersama Guru Utama.

Peringkat
potong adalah peringkat dimana para penuntut akan diajar cara untuk
memotong buah – buah yang telah dipelajari pada peringkat jatuh. Pada
peringkat ini juga, para pelajar akan diajar 2 mata pelajaran untuk
menangkis serangan pisau. Jangkamasa pembelajaran dalam peringkat
potong adalah lebih kurang 2 bulan.

Setelah
selesai memperlajari buah – buah potong, para penunutut akan sekali
lagi diijazahkan oleh Guru Utama bagi menandakan penuntut itu telah
memasuki peringkat tamat.

Pada
peringkat tamat, para penuntut akan diajar teknik 6 tolak 6 yakni satu
teknik di mana sekiranya terjadi pergaduhan di antara 2 penuntut Silat
Cekak, kedua-dua ahli ini tidak dapat mengalahkan diantara satu sama
lain menjadikan keputusannya seri. Teknik ini menjadi bukti secara
praktikal sumpah ke empat dalam Silat Cekak dimana ahli sesame ahli
tidak boleh bergaduh.

Di peringkat ini juga para penunut akan diajar cara – cara untuk menyerang dan juga aplikasinya.
Pada
peringkat tamat ini juga para penuntut akan diajar cara-cara untuk
menangkis serangan-serangan dari seni beladiri yang lain dan juga
serangan-serangan bersenjata.
Dalam
semua peringkat persilatan, para penuntut akan berlatih secara
berpasangan. Para tenaga pengajar akan samada menunjukkan kepada atau
membuat sendiri ke atas para penuntut matapelajaran yang ingin di ajar
supaya mereka belajar dalam satu sistem yang analitikal.



Senjata Rasmi - Parang Lading

Seperti
silat – silat lain, senjata rasmi bagi Silat Cekak adalah Parang Lading
yang kebiasaannya tidak dijumpai di mana – mana tempat lain kecuali di
negeri Kedah Darulaman.

Parang
ini digunakan secara meluas oleh para penduduk terutamanya para petani
di negeri tersebut untuk melakukan kerja – kerja harian. Oleh kerana
kaitan Parang Lading ini dengan penduduk Kedah amat kuat, penggunaan
Parang Lading didalam silat ini secara tidak langsung menjadi bukti
bahawa silat ini berasal dari negeri Kedah.

Ada
kisah yang mengatakan bahawa pada suatu masa dahulu, Parang Lading
telah digunakan sebagai anugerah kepada panglima kerajaan negeri Kedah.
Parang Lading tersebut dikenali sebagai Parang Lading berambu.

Sebagi
suatu senjata, sudah tentu rupabentuk Parang Lading yang digunakan oleh
Silat Cekak mempunyai perbezaan yang ketara berbanding Parang Lading
biasa. Antaranya adalah Parang Lading yang ada dalam silat ini
mempunyai ukuran tertentu yang membolehkan ianya sesuai dengan si
pemakainya. Ukurannya adalah seperti berikut:

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Lading2

  • Panjang parang ini adalah sama dengan jarak dari telinga kiri ke mata kanan atau dari telinga kanan ke mata kiri sipemakai.

    Falsafahnya: Apa yang terlihat dan terdengar pasti kena.


  • Lebar parang di sebelah hulu adalah sama dengan lebar kuku ibu jari si pemakai.


  • Lebar di sebelah hujung parang adalah sama dengan panjang ibu jari pemakai


  • Panjang mata parang pula adalah sama dengan jarak diantara dua mata si pemakai.


  • Hulu parang ini mengambil bentuk tapak rusa dan diperbuat dari tanduk kerbau betina.


Lentik
Parang Lading dalam Silat Cekak juga juga berbeza dengan mengambil
lentik Pelpah Kelapa berbanding lentik Pelepah Pisang yang biasa
dijumpai.

Pengamal
Silat Cekak menggunakan Parang Lading semata – mata untuk
mempertahankan diri dari serangan pelbagai senjata kecuali senjata api.
Ia diletakkan dalam keadaan matanya tersorok dibelakang tangan pengamal
atau pun tersorok di dalam lengan baju seperti diamalkan oleh panglima
– panglima Silat Cekak suatu masa dahulu. Teknik penggunaan Parang
Lading ini tidak jauh bezanya dengan kaedah – kaedah Silat Cekak yang
sedia ada. Ia berfungsi lebih kepada merosakkan “prasarana” musuh
daripada membunuhnya dengan serta - merta.

Sungguhpun
demikian, Parang Lading ini hanya dianugerahkan kepada orang-orang yang
telah mencapai satu peringkat tertentu serta terbukti kesetiaannya
kepada persatuan. Selalunya mereka yang mendapat anugerah ini adalah
mereka yang telah bergiat aktif di dalam persatuan selama lebih dari 10
tahun.

Pada
kebiasaannya apabila seseorang itu dianugerahkan senjata ini, ukuran
penerima parang itu akan diambil sendiri oleh Guru Utama dan beliau
sendiri akan menempahnya bagi memastikan cara pembuatan senjata
tersebut adalah menurut spesifikasi dan kualiti yang dikehendaki. Bagi
mereka yang arif dalam bidang pembuatan senjata akan memahami bahawa
proses pembuatan senjata Parang Lading seperti yang dikehendaki oleh
Silat Cekak ini adalah amat rumit dan mengambil masa yang lama. Adalah
menjadi satu kepelikan jika mendengar seseorang itu boleh membuat
Parang Lading yang benar – benar sesuai dengan hanya mengetahui ukuran.

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Waliparang
Parang Lading dan Wali Jantan




Wali Jantan

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Walijantan

Wali Jantan merupakan satu lagi senjata yang digunakan dalam Silat Cekak selain Parang Lading.

Seperti
juga Parang Lading, Wali Jantan beasal dari bumi Kedah Darulaman. Boleh
dikatakan tiada negari lain yang mempunyai senjata seperti ini.

Penggunaan
Wali Jantan adalah berbeza dengan Parang Lading. Parang Lading
digunakan khusus untuk mempertahankan diri manakala Wali Jantan pula
boleh digunakan untuk menyerang dan juga bertahan.

Antara
kelebihan Wali Jantan ialah penggunanya dapat menyerang tepat sasaran
walaupun di dalam keadaan yang gelap gelita. Selain itu matanya juga
cukup berbisa.

Mata
wali jantan berbeza dengan mata pisau, iaitu mata tajamnya menghala ke
atas dan muncungnya tirus dan tidak mempunyai bentuk seperti mata pisau
biasa (labu pisau).

Wali
Jantan dibuat dengan menggunakan petua – petua tertentu bagi memastikan
ianya beberapa kelebihan yang memanfaakan penggunanya. Antaranya, ia
dibuat berdasarkan ukuran tertentu penggunanya bagi memastikan keadaan
dimana Wali Jantan itu digunakan untuk menikam penggunanya (senjata
makan tuan). Selain daripada itu, terdapat juga bahan – bahan tertentu
yang diletakkan kedalam Wali Jantan bagi menambah bisa (rahsia).
Pembuatan Wali Jantan juga perlu diakhiri pada hari yang sama ianya
dimulakan. Misalnya, jikalau Wali Jantan tersebut dibuat bermula pada
hari selasa, maka ia juga perlu diakhiri pada hari selasa juga.

Dari
segi penggunaan, Wali Jantan akan dikeluarkan sekali bersama sarungnya
apabila penggunnya bersiap sedia untuk bertarung. Apabila pertarungan
sebenar berlaku, pengguna Wali Jantan akan menjentik sarungnya keluar
sejurus sebelum mula bertikam.

Wali
Jantan adalah merupakan salah satu anugerah Guru Utama kepada anak –
anak muridnya. Tidak semua pengamal Silat Cekak mendapat senjata ini
secara otomatik. Selalunya mereka yang mendapat senjata ini adalah
mereka yang telah terlibat lebih 10 tahun dalam perjuangan Silat Cekak.

Falsafah Persilatan

"Pakai, tak pakai; tak pakai, pakai"



Jangkamasa Kursus

Para
penuntut silat cekak boleh mempelajari Silat Cekak sehingga Tamat dalam
pakej secepat 7 bulan, bergantung kepada kesesuaian pusat latihan,
sekolah dan pusat pengajian tinggi. Pakej khas juga boleh diatur
berdasarkan permintaan.
Back to top Go down
http://onesensei.blogspot.com/
onesensei
WEBMASTER
onesensei

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : Membakut - KK - Bangi - Shah Alam
Website : http://onesensei.blogspot.com/
Tag ID: : SFC 03495
Points : 14305
Reputation : 75
Number of posts : 2551

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Empty
PostSubject: Re: Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak   Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Icon_minitime30/5/2009, 9:12 pm

Sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman, maklumat atau cerita bersama, bolehlah sama-sama berkongsi di sini untuk menambah ilmu serta bertukar pendapat di antara satu sama lain.

Kepada ahli-ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi (PSSCPUHM) yang juga merupakan ahli Sioloon, bolehlah update nama di sini. Mana tahu satu hari nanti kita boleh LS dan sama-sama membina team demo ke Pertandingan Waja Diri, InsyaALLAH.

Salam,

Ridhwan Isa
Ahli Tamat
Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia


Senarai nama ahli:

1. onesensei
2. Sapeq Kaminari

p/s: Sila tambah nama anda jika anda salah seorang ahli PSSCPUHM. Terima kasih.


Last edited by onesensei on 2/11/2009, 1:08 am; edited 2 times in total
Back to top Go down
http://onesensei.blogspot.com/
sonofthipareth
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sonofthipareth

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : KB - Putrajaya
Tag ID: : SFC 04835
Points : 12109
Reputation : 6
Number of posts : 1189

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Empty
PostSubject: Re: Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak   Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Icon_minitime30/5/2009, 9:44 pm

Waa..Hebat hebat bro one_sensei..
Time skul dulu pernah jg dengar silat cekak hanafi ni..
Tp kebanyakannya berteraskan kebatinan..
Sori Klu salah tp itu berdasarkan penerimaan halwa telinga sa la hehe..
Apapun, tetap hebat jg la
respekrespek respek
Back to top Go down
onesensei
WEBMASTER
onesensei

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : Membakut - KK - Bangi - Shah Alam
Website : http://onesensei.blogspot.com/
Tag ID: : SFC 03495
Points : 14305
Reputation : 75
Number of posts : 2551

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Empty
PostSubject: Re: Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak   Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Icon_minitime30/5/2009, 10:39 pm

sonofthipareth wrote:
Waa..Hebat hebat bro one_sensei..
Time skul dulu pernah jg dengar silat cekak hanafi ni..
Tp kebanyakannya berteraskan kebatinan..
Sori Klu salah tp itu berdasarkan penerimaan halwa telinga sa la hehe..
Apapun, tetap hebat jg la
respekrespek respek

hehe..baca penerangan di atas bro..
silat cekak hanafi ni mcm karate-do..
moden punya silat..teda suda men batin2 skrg.. dont
cuma masih mengekalkan ciri-ciri kemelayuan ja..
hehehe..
Back to top Go down
http://onesensei.blogspot.com/
madik
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : kota kinabalu-kota belud
Tag ID: : SFC 06312
Points : 11274
Reputation : 1
Number of posts : 67

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Empty
PostSubject: Re: Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak   Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Icon_minitime31/5/2009, 10:20 am

klu mcm aku bro tidak tmt blajar macam mana bro?
boleh kira jgk ka??
Back to top Go down
onesensei
WEBMASTER
onesensei

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : Membakut - KK - Bangi - Shah Alam
Website : http://onesensei.blogspot.com/
Tag ID: : SFC 03495
Points : 14305
Reputation : 75
Number of posts : 2551

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Empty
PostSubject: Re: Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak   Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Icon_minitime31/5/2009, 2:36 pm

madik wrote:
klu macam aku bro tidak tmt blajar macam mana bro?
boleh kira jgk ka??

kira bah bro..
member jua..
semua member update jak nama..
tambah lagi member2 lain bro..



Senarai nama ahli:

1. onesensei
2. Sapeq Kaminari
3. madik

p/s: Sila tambah nama anda jika anda salah seorang ahli PSSCPUHM. Terima kasih.


Last edited by onesensei on 2/11/2009, 1:07 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
http://onesensei.blogspot.com/
madik
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : kota kinabalu-kota belud
Tag ID: : SFC 06312
Points : 11274
Reputation : 1
Number of posts : 67

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Empty
PostSubject: Re: Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak   Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Icon_minitime31/5/2009, 10:05 pm

ada ka kls silat dsna bro klu aku maw smbg belajar silat 2 bro?
Back to top Go down
onesensei
WEBMASTER
onesensei

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : Membakut - KK - Bangi - Shah Alam
Website : http://onesensei.blogspot.com/
Tag ID: : SFC 03495
Points : 14305
Reputation : 75
Number of posts : 2551

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Empty
PostSubject: Re: Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak   Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Icon_minitime31/5/2009, 10:25 pm

ada..tp d kolej ptpl la..
sek13 shah alam..
dkt jua la..
tp aku pun lom pnah pegi lg..
bz aku cni..hehehe..
wat aktiviti sioloon jak aku..
hehehe..
Back to top Go down
http://onesensei.blogspot.com/
madik
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : kota kinabalu-kota belud
Tag ID: : SFC 06312
Points : 11274
Reputation : 1
Number of posts : 67

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Empty
PostSubject: Re: Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak   Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Icon_minitime1/6/2009, 10:16 am

nnt aku dtg kita gerak sma2 la...ada sdh wing man ko...hehehe
Back to top Go down
onesensei
WEBMASTER
onesensei

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : Membakut - KK - Bangi - Shah Alam
Website : http://onesensei.blogspot.com/
Tag ID: : SFC 03495
Points : 14305
Reputation : 75
Number of posts : 2551

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Empty
PostSubject: Re: Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak   Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Icon_minitime1/6/2009, 12:04 pm

madik wrote:
nnt aku dtg kita gerak sma2 la...ada sdh wing man ko...hehehe

lama suda aku nda training ni..
keras suda urat2..
mau jua kasi lembut blk..hehehe..
Back to top Go down
http://onesensei.blogspot.com/
madik
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : kota kinabalu-kota belud
Tag ID: : SFC 06312
Points : 11274
Reputation : 1
Number of posts : 67

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Empty
PostSubject: Re: Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak   Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Icon_minitime1/6/2009, 7:45 pm

ko boleh sdh jurulatih ka bro??
Back to top Go down
onesensei
WEBMASTER
onesensei

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : Membakut - KK - Bangi - Shah Alam
Website : http://onesensei.blogspot.com/
Tag ID: : SFC 03495
Points : 14305
Reputation : 75
Number of posts : 2551

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Empty
PostSubject: Re: Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak   Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Icon_minitime1/6/2009, 7:59 pm

madik wrote:
ko boleh sdh jurulatih ka bro??

belum bro..byk lg buah tmt aku lum abis ni..
hehehe..nti la sambung..
Back to top Go down
http://onesensei.blogspot.com/
madik
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : kota kinabalu-kota belud
Tag ID: : SFC 06312
Points : 11274
Reputation : 1
Number of posts : 67

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Empty
PostSubject: Re: Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak   Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Icon_minitime1/6/2009, 8:13 pm

bru ja maw minta ko jd jurulatih td...senang skit blajar dri ko...huhuh
Back to top Go down
onesensei
WEBMASTER
onesensei

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : Membakut - KK - Bangi - Shah Alam
Website : http://onesensei.blogspot.com/
Tag ID: : SFC 03495
Points : 14305
Reputation : 75
Number of posts : 2551

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Empty
PostSubject: Re: Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak   Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Icon_minitime1/6/2009, 11:18 pm

madik wrote:
bru ja maw minta ko jd jurulatih td...senang skit blajar dri ko...huhuh

uish..mana bleh suka hati ajar2 klu xdpt kbenaran guru utama..
xamanah suda gtu..kta kena bg ilmu utk diri sdiri kan..
tlg2 tambah ilmu tu bleh..tp mo bg buah tu lum lg aku dpt amanahnya dr guru..
jd nda bleh ajar..
Back to top Go down
http://onesensei.blogspot.com/
madik
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : kota kinabalu-kota belud
Tag ID: : SFC 06312
Points : 11274
Reputation : 1
Number of posts : 67

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Empty
PostSubject: Re: Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak   Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Icon_minitime1/6/2009, 11:21 pm

2 la...ingt ko boleh sdh jd jurulatih...mana taw ko ckp syarat sdh,...
Back to top Go down
onesensei
WEBMASTER
onesensei

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : Membakut - KK - Bangi - Shah Alam
Website : http://onesensei.blogspot.com/
Tag ID: : SFC 03495
Points : 14305
Reputation : 75
Number of posts : 2551

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Empty
PostSubject: Re: Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak   Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Icon_minitime2/6/2009, 1:29 am

madik wrote:
2 la...ingt ko boleh sdh jd jurulatih...mana taw ko ckp syarat sdh,...

hehe..belum lagi bro..nti jd jurulatih kena jaga cawangan latihan pla..
payah jua klu pindah randah kan..
tunggu la suda kluar mengajar nti,bru la aku consentrate d skolah yg aku kena posting tu..
mari la kta kembangkan warisan pusaka melayu ni bersama..
Back to top Go down
http://onesensei.blogspot.com/
madik
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : kota kinabalu-kota belud
Tag ID: : SFC 06312
Points : 11274
Reputation : 1
Number of posts : 67

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Empty
PostSubject: Re: Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak   Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Icon_minitime2/6/2009, 8:19 pm

aku kira maw smbg latihan silat ni...mcm boleh sdh smbg latihan ni balik...
Back to top Go down
onesensei
WEBMASTER
onesensei

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : Membakut - KK - Bangi - Shah Alam
Website : http://onesensei.blogspot.com/
Tag ID: : SFC 03495
Points : 14305
Reputation : 75
Number of posts : 2551

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Empty
PostSubject: Re: Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak   Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Icon_minitime2/6/2009, 8:24 pm

madik wrote:
aku kira maw smbg latihan silat ni...mcm boleh sdh smbg latihan ni balik...

bleh bro..jan kasi lama..awl2 la pindah krita..baru sng bjln2..
Back to top Go down
http://onesensei.blogspot.com/
madik
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : kota kinabalu-kota belud
Tag ID: : SFC 06312
Points : 11274
Reputation : 1
Number of posts : 67

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Empty
PostSubject: Re: Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak   Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Icon_minitime2/6/2009, 9:15 pm

mgkn tgh sem bru kn kirm krita p sna...huhu
Back to top Go down
Sponsored content




Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Empty
PostSubject: Re: Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak   Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak Icon_minitime

Back to top Go down
 

Sembang Sukan: Silat Cekak Hanafi - Peneraju Warisan Mutlak

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN SUKAN-
Jump to: