| JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG | |
|
Author | Message |
---|
deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12508 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG 15/1/2009, 10:04 pm | |
| Jagaan selepas Mengandung.
Apa akan terjadi kepada pesakit yang menghidapi penyakit jantung semasa hamil? Penyakit jantung boleh membebankan kehamilan. Perubahan peredaran darah akan menambahkan lagi bebanan pada jantung. Semasa hamil, jantung bekerja dengan lebih kuat dari biasa untuk membekalkan oksigen dan juga nutrien terutamanya kepada bayi di dalam kandungan. Di pertengahan kehamilan, jantung bekerja 50% lebih keras berbanding jantung wanita yang tidak hamil. Mujurlah jantung yang sihat dan normal masih mampu mengatasi bebanan yang meningkat yang disebabkan oleh kehamilan. Tetapi bagi jantung yang bermasalah atau berpenyakit, ia tidak mungkin dapat menahan bebanan ini. Oleh sebab itu, wanita yang mempunyai masalah jantung perlu berbincang terlebih dahulu dengan doktor sebelum mengambil keputusan untuk mengandung.
Apakah penyebab penyakit jantung semasa hamil? 1. Penyakit Jantung Kongenital (wujud sejak lahir) ataupun perolehan (diperolehi selepas dilahirkan). 2. Ubat yang digunakan mungkin menyebabkan kegagalan jantung untuk memampasi fungsinya, seperti ubat yang digunakan untuk merawat kelahiran pramatang. 3. Masalah yang berkaitan dengan jantung yang mungkin berlaku pada wanita yang sihat seperti komplikasi Praeklampsia dan juga sesetengah jenis penyakit Kardiomiopati (kelemahan otot jantung).
Penyakit Jantung Reumatik Pada penyakit ini, injap jantung yang menyempit atau mengalami kecacatan menimbulkan masalah. Peningkatan kadar denyutan jantung, penambahan isi padu darah dan bebanan kerja yang berlaku semasa hamil akan memburukkan lagi keadaan berbanding dengan kehamilan yang sihat dan normal.
Penyakit Jantung Kongenital Jika kecacatan jantung yang dihidapi itu tidak mewujudkan sebarang gejala sebelum kehamilan, maka kehamilan ini tidak akan banyak menimbulkan masalah. Walau bagaimanapun, jika kecacatan itu memberi kesan pada bahagian kanan jantung dan juga paru-paru, pesakit mungkin akan jatuh pengsan atau meninggal dunia selepas kelahiran. Ini kerana ibu tersebut mungkin menghadapi sianosis (tidak cukup oksigen) yang disebabkan oleh gangguan pada proses pengoksigenan darah. Ibu tersebut mungkin tidak menerima oksigen yang cukup untuk menampung keperluannya semasa pelahiran.
Prolaps Injap Mitral Pada penyakit ini, gejalanya termasuklah: • Deruan jantung. • Debaran. • Rentak jantung yang tidak seragam.
Apakah faktor risiko yang dikaitkan dengan penyakit jantung semasa hamil? Wanita yang telah menghidap penyakit jantung sebelum ia hamil berisiko tinggi untuk menghadapi kesulitan semasa mengandung.
Terdapat beberapa faktor lain yang boleh memburukkan lagi gejala dan komplikasi. Antaranya: • Jangkitan. • Tekanan darah tinggi. • Kegemukan. • Kehamilan kembar. • Anemia (masalah kurang darah). • Gangguan rentak jantung. • Hipertiroidisma.
Bagi wanita yang tidak mempunyai sebarang masalah jantung, kehadiran faktor- faktor risiko ini boleh meningkatkan risiko untuk mendapat masalah berkaitan dengan jantung semasa hamil.
Penyusuan susu ibu Sejurus selepas bersalin, suhu badan, denyutan nadi dan tekanan darah ibu akan diambil, terutamanya jika wujudnya masalah sebelum ini, seperti Praeklampsia atau pendarahan yang banyak. Jika ibu melalui pembedahan Episiotomi, atau kelahiran tersebut telah menyebabkan berlakunya koyakan pada faraj, maka luka tersebut akan diperiksa setiap hari semasa ibu berada di hospital. Nasihat mengenai senaman dasar pelvis dan mengempiskan perut mungkin akan diajar kepada ibu bersama-sama dengan nasihat mengenai perancang keluarga. Setelah keluar dari hospital, pemeriksaan akan diteruskan oleh bidan atau jururawat masyarakat semasa ia membuat lawatan ke rumah untuk memeriksa keadaan kesihatan bayi. Ibu juga akan ditanya mengenai lokia (lelehan darah dan puing tisu yang keluar dari rahim selepas bersalin) yang seharusnya bertukar warna dari merah ke perang dan akhirnya kepada putih.
Enam minggu selepas bersalin, ibu akan diminta untuk berjumpa doktor atau datang ke klinik untuk pemeriksaan terakhir. Berat badannya akan diambil dan pemeriksaan fizikal sepenuhnya akan dibuat bagi memastikan tiada sebarang komplikasi yang wujud yang mungkin terlepas perhatian. Pada masa yang sama, bayi juga akan diperiksa bagi memastikan ia juga sihat. Doktor akan mengambil tekanan darah ibu dan mengambil sampel air kencing. Payudara, abdomen dan jahitan jika ada, akan diperiksa. Pemeriksaan dalaman akan dilakukan untuk memeriksa saiz dan kedudukan rahim anda dan PAP Smear akan diambil jika telah sampai masanya. Ibu boleh berbincang dengan doktor berhubung dengan perancang keluarga.
Senaman selepas bersalin Selepas bersalin perut ibu akan mengeleber dan kendur kerana kelemahan otot dan kulit yang teregang di abdomen. Melakukan senaman yang lembut dan perlahan selepas bersalin akan membantu menguatkan otot dan mengembalikan kekejapan otot abdomen dan faraj. Senaman juga boleh mengembalikan bentuk badan ibu dan menjadikannya lebih cergas. Senaman untuk menguatkan dasar pelvis adalah antara senaman-senaman yang penting yang perlu diamalkan oleh ibu-ibu. Otot dasar pelvis mengampu organ-organ seperti pundi kencing, rahim dan rektum. Oleh yang demikian, adalah mustahak kedudukan organ-organ ini dipulihkan kembali setelah mengalami kelasakan bersalin.
Lelehan dari faraj Berikutan kelahiran bayi, ibu akan mengalami lelehan faraj yang dipanggil lokia. Ianya kelihatan seolah-olah seperti kedatangan haid yang banyak. Ia akan keluar untuk beberapa hari dan beransur-ansur hilang dan seterusnya berhenti dalam seminggu dua. Gunakan lampin bersalin atau tuala lampin yang lebih besar untuk menyerapkan lelehan yang keluar dengan banyak itu kerana ditakuti akan berlakunya jangkitan. Risiko jangkitan adalah tinggi jika tampon digunakan di awal-awal minggu selepas bersalin. Rahim akan mengambil masa selama 6 minggu untuk kembali ke saiz asalnya. Jika ibu menyusu anaknya dengan susu badan, ia akan terasa organ tersebut mengecut semasa ia sedang menyusu.
Kesakitan Jika perineum (kulit di antara faraj dan dubur) terluka semasa kelahiran atau jika terdapatnya jahitan atau apa-apa sahaja yang memberi tekanan kepada bahagian tersebut, ia akan menimbulkan kesakitan. Kesakitan ini boleh dilegakan dengan menuamkan bahagian perineum dengan pek ais (ketulan-ketulan kecil ais yang dibalut dalam kain yang bersih) atau mencurahkannya dengan air suam. Keringkan bahagian itu dengan menggunakan pengering rambut yang disetkan ke bahagian sejuk. Jangan menggunakan tuala mandi untuk mengelapkannya. Jangan memegang pengering rambut itu terlalu dekat dengan kulit. Lakukannya di dalam bilik tidur bukannya dalam bilik air. Menambah sedikit garam ke dalam air mandian boleh juga melegakan keadaan.
Diet Walaupun ibu akan kehilangan berat badannya apabila rahimnya mengecut dalam minggu keenam selepas bersalin, ibu perlu menjaga makanannya untuk mengembalikan bentuk badannya seperti dahulu. Cuba makan secara berkala dan sihat. Elakkan dari mengambil snek yang mengandungi terlalu banyak kalori seperti gula-gula, kuih-muih yang manis dan minuman. Jangan berdiet apabila anda menyusu anak dengan susu badan kerana ini akan menganggu sistem badan anda.
Kemurungan selepas bersalin (Meroyan) Dua tiga hari selepas bersalin anda berkemungkinan mengalami rasa sedih dan murung. Ini dikenali sebagai "muram hari ketiga" (third day blues) atau muram susu, kerana ia datang serentak dengan penghasilan susu di dalam payudara. Perasaan ini disebabkan oleh kesemua perubahan hormon yang berlaku di dalam badan. Ia akan hilang selepas beberapa hari kemudian. Jika tidak, anda perlu berbincang dengan doktor atau jururawat anda. Kemungkinan anda sedang mengalami kemurungan selepas bersalin atau dalam masyarakat Melayu disebut sebagai Meroyan. Keadaan ini jika dibiarkan tanpa rawatan boleh berlanjutan hingga berbulan-bulan.
Gejalanya: • Terasa sedih dan sugul. • Kerengsaan dan keletihan. • Tidak boleh tidur. • Hilang minat terhadap makanan atau makan terlalu banyak, kemudian merasa kesal atas perbuatan tersebut.
Meroyan merupakan salah satu dari penyakit yang sangat biasa berlaku selepas bersalin. Kemungkinan ianya disebabkan oleh perubahan besar kepada hormon di dalam badan yang berlaku semasa hendak bersalin. Masalah ini masih tidak jelas kenapa ia berlaku di kalangan sesetengah wanita begitu teruk sekali tetapi tidak kepada yang lain.
Jika anda merasakan anda mengalami masalah ini, jangan merasa malu atau segan. Jangan menidakkan keadaan ini. Anda memerlukan pertolongan. Semakin cepat anda mendapat pertolongan semakin cepatlah anda terlepas dari seksaan ini dan mampu mengembalikan kehidupan anda seperti biasa.
|
|
| |
yiez patzi SENIOR
Countries/State : Age : 40 location : kota kinabalu Tag ID: : SFC 04738 Points : 12458 Reputation : 3 Number of posts : 886
| Subject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG 15/4/2009, 12:45 pm | |
| i like this information, good for me :cantek: |
|
| |
sasukey CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 74 location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$ Tag ID: : SFC ziro Points : 12501 Reputation : -6 Number of posts : 1063
| Subject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG 27/4/2009, 8:51 am | |
| |
|
| |
sasukey CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 74 location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$ Tag ID: : SFC ziro Points : 12501 Reputation : -6 Number of posts : 1063
| Subject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG 27/4/2009, 8:53 am | |
| |
|
| |
deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12508 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG 28/4/2009, 12:37 am | |
| - sasukey wrote:
- info yg bagus. I like.
TQ bro...kita share pa yg ada |
|
| |
sasukey CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 74 location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$ Tag ID: : SFC ziro Points : 12501 Reputation : -6 Number of posts : 1063
| Subject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG 29/4/2009, 8:54 am | |
| |
|
| |
Liah CONTRIBUTOR
Age : 46 location : kota kinabalu Tag ID: : SFC 04179 Points : 12882 Reputation : 15 Number of posts : 1258
| Subject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG 16/5/2009, 11:14 am | |
| good n4-Ibu perlu mengambil makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin selepas bersalin.
- senanam selepas bersalin bertujuan untuk mempercepatkan proses pemulihan kesihatan tubuh dan mental.
- sentiasa memakai selipar dan stokin agar badan tidak di masuki angin. |
|
| |
otai_queen MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : Kudat Tag ID: : SFC 03014 Points : 15192 Reputation : 25 Number of posts : 6310
| Subject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG 16/5/2009, 11:48 am | |
| penjagaan2 seperti ni mmg penting...
walaupun zaman skrg amalan2 spt bertungku dan berbarut jarang sekali org buat... |
|
| |
>Butterfly< SENIOR
Countries/State : Age : 39 location : Selangor Tag ID: : SFC 05070 Points : 11942 Reputation : 12 Number of posts : 610
| Subject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG 27/5/2009, 11:21 am | |
| - otai_queen wrote:
- penjagaan2 seperti ni mmg penting...
walaupun zaman skrg amalan2 spt bertungku dan berbarut jarang sekali org buat... otai_queen dh ada baby ke? |
|
| |
areyang@LA SENIOR
Countries/State : Age : 38 location : KePaYaN ridGE '''' TeNoM Tag ID: : SFC 06134 Points : 12110 Reputation : 10 Number of posts : 766
| Subject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG 22/8/2009, 8:05 pm | |
| Info yg sangat penting utk ibu2 yg selepas bersalin..semestinya ibu yg bersalin harus berpantang..amalkan cara2 org lama..kerna itu adlh benar... |
|
| |
laDy_A REGULAR
Countries/State : Age : 38 location : beaufort-keningau-canada-somalia... Points : 12098 Reputation : 0 Number of posts : 310
| Subject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG 22/8/2009, 8:32 pm | |
| ya... amalkn pantang org lama adalh bgus...n makanan yg seimbang... |
|
| |
ProjectD ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kk-Keningau-Beaufort-Kuching Tag ID: : SFC02081 Points : 14354 Reputation : 10 Number of posts : 6723
| Subject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG 20/9/2009, 4:20 am | |
| uwaa...t pas bni ku beranak mo amalkan la suma ni kan?..nice info!!!! |
|
| |
gurl_usman CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 44 location : labuan Tag ID: : Tag ID : SFC 08199
Points : 12346 Reputation : 1 Number of posts : 1202
| Subject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG 6/10/2009, 9:41 am | |
| good info... up la lg... ada x info ttg baby yg mempunyai sel darah merah yg sgt pekat( hemoglobin tinngi)... mcmna bole jd mcmtu n mcmna mok ubati... |
|
| |
scHa86 REGULAR
Countries/State : Age : 38 location : sandakan-tawau-kunak Tag ID: : SFC 06033 Points : 11659 Reputation : 4 Number of posts : 318
| Subject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG 3/11/2009, 1:02 am | |
| - gurl_usman wrote:
- good info...
up la lg... ada x info ttg baby yg mempunyai sel darah merah yg sgt pekat( hemoglobin tinngi)... mcmna bole jd mcmtu n mcmna mok ubati... mksud sis ne... HB tggi la ne kn... more than 15 la g2....kn?? slalu kalu hb yg sgt tggi..d medical paeds site... kitorg buat 'venesection' a.k.a buang drh yg berlebihan dlm bhasa pasar nya... hehe... 2 setakat yg penah sy alami la... hee.... |
|
| |
bod_supersperm SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : kota kinabalu sabah Tag ID: : SFC 03551 Points : 14147 Reputation : 6 Number of posts : 2276
| Subject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG 14/12/2009, 11:10 am | |
| anti-koagulan tak pakai ka sis? |
|
| |
M!$z D3v!L MODERATOR
Countries/State : Age : 36 location : kay kay Tag ID: : SFC 04114 Points : 12367 Reputation : 1 Number of posts : 1451
| Subject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG 22/12/2009, 9:51 am | |
| owh.........nice info... |
|
| |
Baby Ungu FRESHIE
Countries/State : Age : 42 location : LD Tag ID: : SFC 09425 Points : 11056 Reputation : 1 Number of posts : 32
| Subject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG 8/7/2010, 11:13 am | |
| Suka sngt ni Info To all suami2..sayang la istri anda sepenuhnya...
ada info tntang Sel Stem Tali Pusat? |
|
| |
sarvia SENIOR
Countries/State : Age : 35 location : sandakan to kay kay Tag ID: : SFC 17594 Points : 10635 Reputation : 4 Number of posts : 547
| Subject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG 11/2/2011, 10:23 am | |
| o gooood... |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG | |
| |
|
| |
| JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG | |
|