deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12520 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: UJIAN PAP SMEAR 15/1/2009, 9:56 pm | |
| Ujian Pap Smear Ujian PAP, juga dikenali sebagai PAP Smear, merupakan satu cara untuk memeriksa sel-sel yang dikumpul daripada serviks dan faraj. Ujian ini boleh mengesan jangkitan, inflamasi, sel-sel yang tidak normal atau kanser. Ini bermakna, ia merupakan satu ujian untuk mengesan malignan dan perubahan pra-malignan dalam serviks.
BAGAIMANA IA DILAKUKAN? Permukaan serviks dikikis perlahan-lahan dengan kayu spatula, secebis kapas atau berus (seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah) dan kemudian diperiksa di bawah microskop.
Hasil ujian ini akan menunjukkan: 1. Positif: sesuatu yang tidak normal mungkin wujud (sel-sel serviks tidak normal) 2. Negatif: tiada kanser sel ditemui (sel-sel serviks normal)
Remaja yang berumur 18 tahun dan ke atas atau mereka yang telah mula melakukan aktiviti seks digalakkan untuk menjalankan ujian PAP.
MENGAPA IA SANGAT PENTING? 1. Ujian PAP dapat mengesan lebih awal perubahan pra-kanser dalam serviks. 2. Rawatan dapat dilakukan lebih awal dan sembuh sepenuhnya sebelum kanser menjadi lebih serius.
Oleh demikian, adalah sangat penting untuk melakukan ujian PAP setiap 1 hingga 3 tahun.
DI MANA DAN BILA UJIAN DILAKUKAN? Kebanyakan klinik menyediakan ujian ini, ia dilakukan oleh doktor atau pakar-pakar yang terlatih. Anda sepatutnya melakukan ujian ini bukan pada masa datang haid. Masa yang terbaik ialah antara 10 hingga 20 hari selepas hari pertama haid.
Nota penting: 1. Lebih kurang 2 hari sebelum ujian PAP, anda mestilah mengelakkan daripada dusing (pancutan air yang dilakukan oleh doktor ke atas rahim wanita), atau menggunakan ubat-ubatan untuk faraj atau sabun spermisid, krim atau jeli (kecuali dinasihatkan oleh doktor). 2. Jangan malu untuk bertanya doktor tentang ujian PAP.
|
|
sasukey CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 74 location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$ Tag ID: : SFC ziro Points : 12513 Reputation : -6 Number of posts : 1063
| Subject: Re: UJIAN PAP SMEAR 27/4/2009, 10:09 am | |
| info yg bgus bagi kaum wanita |
|
kabbura JUNIOR
Age : 44 location : Sampulnak Points : 11683 Reputation : 1 Number of posts : 197
| Subject: Re: UJIAN PAP SMEAR 27/4/2009, 10:14 am | |
| ujian yg sesuai utk kaum lelaki tiada ka? |
|
deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12520 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: Re: UJIAN PAP SMEAR 28/4/2009, 12:36 am | |
| - sasukey wrote:
- info yg bgus bagi kaum wanita
TQ bro...kita share pa yg ada |
|
sasukey CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 74 location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$ Tag ID: : SFC ziro Points : 12513 Reputation : -6 Number of posts : 1063
| Subject: Re: UJIAN PAP SMEAR 29/4/2009, 9:02 am | |
| pap smear ne mamang bgus untk kaum wanita. Dapat mengelak panyaki wanita |
|
Sponsored content
| Subject: Re: UJIAN PAP SMEAR | |
| |
|