First topic message reminder :huhu..aku baru tbace kat paper arini.. trk tul accident tuh..cm nak letak pic die jek.. al fatihah wat family2 mangse..
Polis sahkan pemandu bas ekspres ada 15 saman trafik, dua waran tangkapTAIPING:
Dua puluh orang termasuk tiga pasangan suami isteri maut manakala
sembilan lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terbabas dan terhumban
ke dalam parit di Kilometer 229.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran
kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang di sini, semalam.
Nahas
jalan raya terburuk dalam sejarah negara itu sekali gus menimbulkan
semula persoalan berhubung isu pemandu yang mempunyai kesalahan trafik
berulang, tetapi masih ‘bebas’ memandu kenderaan awam.
Siasatan awal polis mendapati pemandu bas berkenaan, Rohizan Abu Bakar,
38, yang turut terbunuh dalam nahas kira-kira jam 4.40 pagi itu,
mempunyai 15 kesalahan trafik termasuk dua waran tangkap.
Ketua
Polis Daerah, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak, berkata bas
milik Syarikat Kenderaan Bukit Gantang Sdn Bhd yang didaftarkan pada
1987 itu pula mempunyai 19 saman sejak 1991.
Ini bukan kali pertama pemandu bas yang mempunyai rekod kesalahan
trafik, terbabit dalam kemalangan yang meragut nyawa ramai penumpang.
Dalam nahas membabitkan bas ekspres Mutiara dan sebuah bas sekolah di
Jalan Kuala Lipis-Merapoh, Pahang yang mengorbankan 15 penumpang pada
30 November 2003 lalu, pemandu bas ekspres itu juga dikatakan memiliki
lima kesalahan lalu lintas termasuk memandu melebihi had laju. Ujian
air kencing pemandu bas sekolah itu pula, disahkan mengandungi dadah.
Mengulas nahas semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong
Choy, berkata kementerian akan menubuhkan pasukan penyiasat yang
dianggotai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Majlis Keselamatan
Jalan Raya bagi mengenal pasti punca kejadian itu.
“Kita akan menyiasat sama ada kemalangan itu disebabkan struktur jalan atau keadaan bas
serta kemungkinan pemandu terbabit mengantuk, keletihan atau memandu di bawah pengaruh dadah,” katanya.
Dalam kemalangan ngeri itu, 19 orang termasuk dua rakyat Indonesia mati
di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia di Hospital Taiping
(HT). Lapan penumpang pula cedera parah termasuk pembantu pemandu bas
berkenaan dan dua rakyat Vietnam manakala seorang rakyat Nepal dirawat
sebagai pesakit luar.
Beberapa saksi memberitahu bas Super
Express itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Alor Star bersama 29
penumpang itu, melilau ke kiri dan kanan beberapa kali sebelum terbabas
apabila tayarnya termasuk dalam longkang kecil di tepi lebuh raya
berkenaan.
Bas itu dikatakan melanggar penghadang jalan dan terhumban ke dalam
parit sebelum merempuh bongkah batu di Kilometer 229.1 lebuh raya
berkenaan.
Rempuhan itu menyebabkan bumbung bas terbabit
tercabut dan semua penumpang tercampak ke hadapan selepas terjunam dan
terbalik ke dalam parit sedalam lima meter.
Semua mangsa
dikatakan bertindih termasuk seorang wanita ditemui dalam keadaan
terkulai dengan anaknya berusia tiga tahun masih dalam pangkuannya.
Suami wanita itu dikatakan turut terbunuh.
Anak pasangan itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi HT dan keadaannya dilaporkan kritikal.
Seramai 41 anggota dari tiga Balai Bomba berhampiran termasuk Kuala
Kangsar dan Sungai Siput dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima
panggilan orang ramai sekitar jam 4.45 pagi.
INFO
Mangsa terkorbanT Krishnan, 46, (Kuala Ketil, Kedah)
Padliz Ahmad, 22, (Jasin, Melaka)
Josli Arshad, 39, (Jambatan Duyong, Melaka)
Rohizan Abu Bakar, 36, (pemandu bas - Kulim, Kedah)
Nazri Noordin, 35, (Ayer Itam, Pulau Pinang)
Pang Tee Min, 58, (Melaka)
Mohd Yazid Md Yusoh, 22, (Jasin, Melaka)
Zuliyani Buang, 25, (Tanjung Keling, Melaka)
Md Basri, (Merlimau, Melaka)
Shahril Afendi, 22, (Alor Star, Kedah)
Sundaram Priyasamy, 31, (Tanah Merah, Jitra, Kedah)
Siti Sophia Ismail, 23, (Alor Star, Kedah)
Norsharumiza Khairy, 27, (Kulim, Kedah)
Teoh Kee Song, 34, (Padang Temusu, Kedah)
Cheng Chun Joo, 37, (isteri Teoh)
Kamis Said, 62, (Masjid Tanah, Melaka)
Zaitun Bachik, 58, (isteri Kamis)
Abu Bakar S Ali, 27, (Medan, Indonesia)
Sri Asiah, 32, (isteri Abu Bakar)
retreived: berita harian 14/8
al-fatihah buat semua mansa.. [-O<