Wasiat terakhir Mak Temah...
Setelah beberapa hari ditempatkan di wad ICU,
keadaan Mak Temah mula beransur stabil.
Keesokan harinya beliau dipindahkan
ke wad biasa, tetapi peralatan pernafasannya
masih belum ditanggalkan.
Tok Ketua bercadang untuk melawat Mak Temah
yang merupakan salah seorang kariah mukimnya.
Bersama isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital
lewat petang itu untuk menziarah jirannya itu.
Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi
masih dapat mengenali tetamu-tetamunya.
Dia memandang ke wajah Mak Bedah dengan
mulut yang terkumat kamit.
Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil
mendekatkan telinganya ke bibir beliau.
Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah
lagi juga turut mendekati bahagian kepala
Mak Temah.
Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami
sesak nafas dan dadanya berombak-ombak
turun naik.
Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua terlihat
tangan Mak Temah seolah-olah meminta pen
dan kertas.
Kebetulan Tok Ketua menyimpan beberapa helai
kertas kecil di dalam saku koceknya dan
dengan segera menyerahkannya kepada Mak Temah.
Tentunya Mak Temah mahu menulis wasiat,
getus fikirannya.
Nafas Mak Temah semakin sesak dan akhirnya
terhenti setelah beliau menuliskan
ayat terakhirnya.
Menghormati jenazah, Tok Ketua tidak mahu
membaca wasiat itu di depan arwah Mak Temah.
Keesokannya setelah jenazah disempurnakan,
barulah Tok Ketua memanggil kesemua waris
Mak Temah dan menyatakan Mak Temah
sempat menuliskan wasiat untuk mereka sebelum
menghembuskan nafas terakhir.
Waris-warisnya berasa hairan kerana setahu
mereka Mak Temah bukan orang berharta.
Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan kertas
yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam
dan memasang cermin matanya.
Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh
daripada tangannya.
Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari bilik
tersebut.
Anak sulong Mak Temah, Rizal mengambil kertas
tersebut dari lantai dan membacanya.
"Tolong jangan pijak salur oksigen aku, Tok Ketua!!!"
Oleh itu....
Baik-baik melawat orang sakit!
Wassalam.