|
Author | Message |
---|
Viero MODERATOR
Countries/State : Age : 105 location : Melbourne Website : https://www.facebook.com/Vieros Points : 12807 Reputation : 18 Number of posts : 2464
| Subject: Tenusu Tercemar Dimusnah 26/10/2008, 8:51 pm | |
| China bakar 32,200 tan bahan dicemari kimia melamin
Berita Minggu - Ahad, 26/Oktober/2008 BEIJING: China semalam mengambil tindakan memusnahkan 32,200 tan produk tenusu yang dicemari melamin dengan membakarnya dalam usaha membendung masalah kesihatan yang berpunca daripada bahan kimia berkenaan.
Televisyen kerajaan menunjukkan sebilangan besar bungkusan dan kotak susu tepung serta formula bayi yang dimasukkan ke dalam pusat pembakaran bersaiz besar di Shijiazhuang di wilayah utara Hebei, di tempat skandal itu mula dikenal pasti September lalu.
Barang berkenaan dibakar di empat kilang simen dan dua kilang besi dan keluli.
China mula mengkaji semula undang-undang keselamatan makanan kelmarin berikutan kecaman daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana kelewatannya bertindak bagi menangani skandal kesihatan itu.
China meluluskan dengan secara prinsip undang-undang baru makanan Oktober tahun lalu berikutan beberapa skandal, antaranya membabitkan ubat gigi yang tidak selamat, makanan laut serta makanan haiwan.
Sejak itu negara berkenaan menyaksikan empat kanak-kanak meninggal dunia dan ribuan lain jatuh sakit selepas minum susu formula yang dicampur dengan melamin, yang kemudiannya turut ditemui di dalam makanan dan minuman lain, menyebabkan produk buatan China ditarik balik dari kedai di seluruh dunia.
Lebih 3,600 kanak-kanak masih berada di hospital di China kerana menghidapi penyakit yang berpunca daripada makanan dan minuman dicemari melamin.
Sementara itu, Perdana Menteri China Wen Jiabao berkata negara itu akan mengambil langkah segera untuk meningkatkan keselamatan makanan keluarannya. - AP/Reuters |
|
| |
froneTier ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Jesselton Tag ID: : SFC 03082 Points : 12688 Reputation : 11 Number of posts : 2208
| Subject: Re: Tenusu Tercemar Dimusnah 27/10/2008, 7:56 pm | |
| mesti mau hati2 ni kalau barang keluaran dari China,. |
|
| |
chico89 CONTRIBUTOR
Age : 35 location : keningautawau Tag ID: : 03268 Points : 11997 Reputation : 3 Number of posts : 1265
| Subject: Re: Tenusu Tercemar Dimusnah 21/12/2008, 8:51 pm | |
| ni la ni,,, dah 3 baby meninggal bru diketahui klu susu mengandungi bhn berbahaya,, |
|
| |
zhariffz ELITE
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 04040 Points : 12809 Reputation : 7 Number of posts : 3450
| Subject: Re: Tenusu Tercemar Dimusnah 21/12/2008, 10:19 pm | |
| bhya o, skrg kena bjaga2 ni, sana sini heboh psl melamin ni........ |
|
| |
jay-jay SENIOR
Countries/State : Age : 35 location : keningau--->k.k Tag ID: : sfc 03683 Points : 11972 Reputation : 0 Number of posts : 908
| Subject: Re: Tenusu Tercemar Dimusnah 23/12/2008, 9:09 pm | |
| nah kan bahaya ni kin mati orang nie.. |
|
| |
chico89 CONTRIBUTOR
Age : 35 location : keningautawau Tag ID: : 03268 Points : 11997 Reputation : 3 Number of posts : 1265
| Subject: Re: Tenusu Tercemar Dimusnah 3/1/2009, 12:11 am | |
| huh.. akhirnya pemilik perusahaan susu tersebut di hukum mati.. |
|
| |
Silent_Night CONTRIBUTOR
Age : 37 location : Keningau-Kota Kinabalu Tag ID: : 3910 Points : 12022 Reputation : 1 Number of posts : 1137
| Subject: Re: Tenusu Tercemar Dimusnah 5/1/2009, 7:49 am | |
| actually formula susu nie sangat susah utk di handle....hmmm...kena betul2 berhati2..sebab ...pengguna dia sangat ramai....tu la mau untung yang bukan2...skrg apa suda jadi,,,,harap kejadian mcm nie takkan berulang.... |
|
| |
napster MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : KLIA (hometown papar) Tag ID: : SFC 03920 Points : 17622 Reputation : 116 Number of posts : 6364
| Subject: Re: Tenusu Tercemar Dimusnah 6/2/2009, 9:39 am | |
| susu ibu kan lebih berkhasiat... buat apa beli... |
|
| |
>Butterfly< SENIOR
Countries/State : Age : 39 location : Selangor Tag ID: : SFC 05070 Points : 11962 Reputation : 12 Number of posts : 610
| Subject: Re: Tenusu Tercemar Dimusnah 22/4/2009, 11:17 pm | |
| bahaya negara china ni... bnyk brg tak "ORI" |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Tenusu Tercemar Dimusnah | |
| |
|
| |
|