Sepuluh budak hitam
Main lumba haram
Satu terbunuh dilanggar lori
“Wooooooiiiii !!! Budak mana kena langgar lori, itu ?”
“Ambil nombor plet lori !!! Ambil nombor lori !!!”
“FAJ 4217 !!!”
“Cepat kejar lori! Kejar! Hentam drebar biar mampus! Samseng sangat langgar anak orang!”
“Tolong telefon ambulans! Cepat!”
“Sudah mati !!! Oh Tuhan !!! Otak bersepai-sepai atas jalan! Perut pecah bertaburan!!! Kasihan budak manalah ini …”
“Wooiii !!! Mari tolong belasah drebar lori! Cepat! Bawa mancis kita bakar !”
“Bakar ! Bakar !”
Anak aku !!! Anak aku !!! Apalah jadi macam ini ! Anak aku … anak aku … ooooo … anak aku…”
“Awak buat apa biarkan anak berlumba motosikal ? Bukan ada lesen.”
“Memang
aku selalu tengok dia bawa motosikal bapanya … aku sudah tegur banyak
kali. Jangan lumba motosikal. Ganggu orang. Tapi dia buat tak tau saja
… Yamin anak aku kata dia selalu buat apa itu… buat wili. Yamin aku,
aku tidak beri dia sentuhpun motosikal aku.”
“Budak-budak sekarang bukan boleh larang apa. Kalau larang lagi dibuatnya.”
“Bapanya buat apa tidak tengok anak selalu lumba motosikal ?”
“Bapanya ke Kuala Lumpur malam tadi dengan bas. Ada kerja. Aku tengah cuci kain dalam bilik air!”
“Dia ini anak kakakkah ?”
“Ya.…”
“Saya wartawan dari akhbar Harian Metro. Dia sekolah tingkatan berapa?”
“Tingkatan Dua….”
“Nama dia?”
“Nor Firdaus bin Hasnan. …”
“Anak ke berapa?”
“Ketiga ….”
“Nanti kakak boleh bagi gambar dia?”
“Ada di rumah.”
“Itu polis sudah tiba.…”
“Ini drebar lorinya Encik. …”
Kenapa
belasah sampai lembik tak boleh bangkit, tak boleh celik mata lagi?
Kalau dia mati, nanti semua orang akan kena. Tidak takut jelkah? Lain
kali jangan buat begini. Biar undang-undang yang tentukan.”
“Undang-undang
jalan lambat sangat, Encik. Empat lima tahun belum selesai lagi.
Habis-habis, lesen kena rampas, jel tiga empat tahun! Lepas itu keluar
terhegeh-hegeh bawa lori balik! Nyawa orang melayang tidak berbaloi .…”
“Betul!
Tapi, jalan raya bukan untuk orang-orang bermain, berlumba. Jalan raya
untuk dilalui oleh kenderaan! Budak ini muda sangat lagi. Saya yakin
dia masih belum ada lesen. Topi keledar pun tidak pakai!”
“Encik!
Drebar lori ini memang pelesit Encik! Saya tengok sendiri bawa bukan
main laju lagi. Macam jalan ini hak mak-bapak dia seorang!”
“Tetapi,
sebagai ibu bapa, kita kenalah ajar anak-anak kita jangan buat
kerja-kerja yang bahaya macam ini. Sekarang tengok, mayat kena kutip
secebis, secebis. Nak kapanpun siksa. Banyak lagi perkara lain yang
boleh dilakukan selain dari berlumba haram di jalanraya. Ganggu
lalu-lintas. Merbahaya pula.”
Sembilan budak hitam
Melepak di jambatan
Satu mati lemas tergelincir ke sungai
Tinggal lagi lapan
“Cepat!!! Cepat!!! Cepat!!! Ada orang jatuh sungai!!! Cepat!!!”
“Siapa
jatuh sungai! Anak siapa??? Siapa boleh berenang tolong terjun cepat!
Aku tidak pandai berenang! Cepat! Siapa pandai berenang? Ah, dia dah
tenggelam!!!”
“Biar saya terjun! Mana dia! Di sini takada! Tidak jumpa!!!”
“Cari sebelah hilir! Agaknya sudah hanyut!”
“Hah! Ini dia ….’’
“Bawa ke tebing!!!”
“Mari
semua orang tolong angkat bawa naik ke tebing! Pikul atas belakang!
Kaki ke atas kepala ke bawah! Pikul dua orang, berat nampaknya! Biar
air keluar dari mulut!”
“Tolong pikul! Henjut-henjutkan … bawa berlari-lari anak! Hah air sudah keluar ikut mulut. Bawa lari lagi dua tiga keliling!!!”
“Cukup! letak atas tanah! Tekan perut! Rasa nadi!”
“Nadi tak bergerak! Dada dah senyap … dah tidak ada lagi!”
“Oh Tuhanku!!! Tuhanku!!! Anak aku Anak aku!!! Khairul anak aku!!!”
“Bertenanglah …”
“Oh anak aku!!! Kenapa jadi macam ini!!!”
“Waktu
aku hendak menyeberang ke sana tadi mereka semua duduk-duduk
berkelompok bergurau di palang titi itu. Usik-usik perempuan lalu
lalang … aku sudah tegur jangan ganggu anak bini orang … silap-silap
dapat habuan nanti. Mereka tidak peduli … asyik ganggu orang!
Hisap-hisap rokok! Bergurau sama-sendiri, tepuk-tampar. Agaknya
tertolak jatuh ke sungai!”
“Budak-budak ini memang kerjanya
begitu kalau hari Minggu, tak buat apa-apa. Lepak sana lepak sini.
Bukan kalian tidak tahu. Kalau tidak kerjanya merambu sana-merambu
sini. Yang mana ada motosikal, merempit pula sampai menyusahkan semua
orang. Maghrib buta, masih galak melepak. Tidak ingat sembahyang bang.”
“Kakak … saya wartawan Berita Harian. Siapa nama anak kakak ini?”
“Qamarul Ariffin bin Ab.Muis … anakku! Anakku!”
“Masih sekolah?”
“Ya …”
“Tingkatan berapa?”
“Lima … SPM tahun ini …”
“Anak ke berapa ?”
“Sulung dari lima beradik… oh anakku!”
“Kakak berada di mana waktu berlaku kejadian?”
“Tengah masak di dapur … oh anakku! Anakku!”
Lapan budak hitam
Merokok belakang bilik darjah
Satu dicekup guru
Tinggal lagi tujuh
“Kamu tahu merokok di sekolah adalah satu kesalahan?”
“Tahu, cikgu…”
“Habis kenapa kamu merokok juga?”
“Suka-suka, cikgu …”
“Emak, ayah kamu tahu kamu merokok ?”
“Tak tahu. Tapi ayah saya juga merokok. …”
“Bagaimana kita hendak buat dengan budak ini, Cikgu Besar?”
“Kita panggil ibu bapanya datang ke sekolah esok. Sekarang… biar dia masuk kelas dulu.”
“Kamu boleh pergi sekarang. Ingat, jangan merokok lagi. Tidak kira di sekolah atau di mana-mana.”
“Terima kasih, cikgu.”
“Yang tujuh orang lagi itu, saya yakin mereka merokok juga. Tapi mereka sempat lari !”
“Bukan mudah hendak kawal anak orang, cikgu. Anak kita sendiripun tidak tahu bagaimana di sekolahnya.”
“Entahlah.
Sepatutnya kalau tidak boleh merokok, haramkan saja penjualan rokok.
Naikkan harga pun tidak guna. Habis belanja berjuta-juta buat kempen
tak nak pada rokok. Hasilnya hampas. Macam mana orang tidak beli rokok
kalau ada di jual di semua kedai kecil kedai besar!”
“Ya, lah
cikgu. Kalau buat macam undang-undang dadah itu baru bersungguh
sedikit. Kalau sabit kesalahan merokok, jelkan saja. Baru semua orang
tidak mahu merokok lagi!”
“Alah, kita saja yang ingat
undang-undang itu kebal. Cuba pergi ke bangunan Mahkamah Tinggi di
Jalan Duta. Saya tengok hari itu waktu ada kes membabitkan seorang
keluarga saya di sana, semua lawyernya merokok di luar dewan mahkamah.
Berkepul sana berkepul sini. Tidak ada siapa kata apa-apapun!”
“Ya,
inilah susahnya cikgu. Banyak perkara jadi double-standard. Pelajar
bawah umur tak boleh, orang dewasa, boleh! Pelajar itu manusia biasa.
Ada keinginan-hati-perut macam orang dewasa juga. Kalau duduk tengok
orang hisap rokok di rumah, di sana sini tiap masa, dia pun teringin
juga !”
Tujuh budak hitam
Merempit tengah malam
Satu terbunuh ketika nuat wili
Tinggal lagi enam
“Assalamulaikum… Ini rumah Adilan Shah bin Adnankah?”
Ya. Waalaikumsalam… ada apa encik?”
“Kami
dari Balai Polis Bayan Lepas. Kami hendak beritahu Adilan Shah bin
Adnan mati kemalangan ketika dia merempit di Jalan Mahsuri, Bayan Baru
dekat simpang lampu isyarat Sunshine Square kira-kira jam 2.30 malam
tadi …”
“Allahu Akbar!!! parahkah, encik?”
“Lehernya patah. Kepala terpulas!”
“Sudah matikah, encik?”
“Ya….”
“Apa dia abahnya ??? Abahnya apa dia ??? Apa hal encik ?”
“Anak puan … aksiden, mayatnya ada di Hospital Pulau Pinang sekarang.”
“Ya
Allah !!! Itulah abang! Saya sudah pesan kunci motor jangan letak
merata … jangan bagi dia bawa motor malam-malam buta! Abang kata tidak
apa. Abang ambil mudah saja! Huuuu … huuu … huuu …. ”
“Jangan
menangis, Dini. Sudahlah … mari kita pergi cepat ke hospital … benda
dah nak jadi begitu. Sudah takdir dia. Kita hendak buat macam mana
lagi!”
“Takdir yang dia cari … uuu … uuu … ! Bukan Tuhan bagi!
Saya sudah cakap pada abang banyak kali. Jangan biarkan dia keluar
malam selalu. Ini tidak. Maghrib saja minta motosikal hendak pergi
rumah kawan. Sembahyang bangpun tidak. Pukul dua pukul tiga pagi belum
balik-balik. Abang tidak kata apa. Saya larang mana dia hendak dengar.”
“Ada apanya ?”
“Ah, mak, Shah eksiden motor. Ada di hospital.”
“Aku sudah kata berkali-kali. Mana hangpa nak dengar. Sekarang apa sudah jadi pada dia ? Matikah, hidup?”
“Sudahlah mak, sudahlah !!!”
“Sudah
apa ? Itu, dalam bilik itu ada empat lagi yang tengah galak nak bawa
motosikal… bukan habis dengan yang seorang ini saja. Akupun serabut
duduk dengar kamu laki-bini bergaduh fasal anak … bukan sekali dua. Aku
suruh kamu rotan saja, balun saja, kamu tidak mahu. Aku ini cuma nenek
depa. Kamu ibu dengan bapa depa.”
“Mak ingat senang-senangkah nak balun anak, nak ajar depa?”
“Susah apa? Ambil rotan balunlah atas belakang itu, biar sampai pecah kulit, biar sampai patah belikat! Baru dia rasa!”
“Mak
ingat semudah itukah sekarang? Kalau kena report kes dera, siapa yang
kena tanggung? Ibu bapa yang kena heret ke mahkamah dituduh dera anak!
Bukan mak tidak tahu sekarang, kalau kulit anak lebam sikit saja, terus
dituduh mendera.”
“Betul kata abang, mak. Saya masih ingat ada
menteri wanita kata kena didik anak pakai psikologi. Katanya jangan
sekali-kali kata tidak pada anak-anak …”
“Hah ! Elok sangatlah
tu! Elok sungguh! Kalau anak minta, mak nak pi lumba haram malam ini,
hangpun jawab, ya nak , pi…lah! Kalau anak minta, mak nak pi hisap
dadah dengan kawan-kawan dekat Pantai Seagate, hangpun kata, ya, sayang
pi … lah! Kalau dia kata mak, abah malam ini cek nak pi disko, nak
hisap dadah sama, nanti cek balik pagi. Hangpun kata, pi…lah! Waktu aku
besarkan laki hang dulu, aku cubit, aku pulas telinga tiap hari kalau
dia degil. Bapaknya piat dengan tali pinggang sampai berbilur-bilur …
itu sebab dia jadi elok! Ini tidak. Hangpa didik anak tidak kena.
Jentik sikit tidak mahu. Sekarang rasalah badan hendak rasa.”
“Sudahlah
mak. Kami tengah sedih sangat ni. Orang asuh anak waktu dulu lain mak …
macam mak didik cek. Sekarang kalau pukul anak, siaplah ke balai! hah,
kita dah sampai ke hospital.”
Enam budak hitam
Habiskan malam di disko hingga jam lima
Satu mati kerana bergaduh
Tinggal lagi lima
“Tuan manager! Polis datang! Polis datang!”
“Kalau polis tanya, kata tidak tahu saja. Kata tiba-tiba jadi pergaduhan.”
“Baik tuan …”
“Siapa manager di sini ?”
“Saya encik ….”
“Ada lesenkah disko ini beroperasi sampai jam 5.00 pagi ini ?”
“Tidak ada secara sah, encik. Tapi, Pegawai …… (censored) beri jaminan. Kami diberi perlindungan. …”
“Perlindungan yang bagaimana?”
“Dari segi undang-undang. Dia janji akan beri kerjasama asalkan kami beri saguhati setiap bulan …”
“Tidak mengapa. Nanti awak boleh jawab di mahkamah. Yang ini siapa ?”
“Encik, kami ini kawan-kawan si mati …”
“Boleh bagi mykad masing-masing ?”
“Ya, ini dia …”
“Jam berapa kamu semua datang ke sini?”
“Kira-kira 8.00 malam .…”
“Bagaimana mula pergaduhan ini?”
“Pemuda
yang lari tadi itu hendak rogol teman wanita kawan saya itu di luar
sana. Dia datang untuk selamatkan. Kawan-kawan pemuda itu serang dia.
Kami tidak sempat melawan … bila kami keluar dia sudah terbaring atas
tanah. Kawan-kawan pemuda itu bagi amaran jangan cuba lawan. Mereka
ramai… bawa pisau ….”
“Sekarang semua orang ikut ke balai !”
Lima budak hitam
Merogol remaja bawah jejambat
Satu kena tangkap
Tinggal lagi empat
“Hoooiiiiii!
Cilakat punya orang! Sini tempat juga dia mahu kerja. Takdak malu punya
orang! Lekas!!! Lekas!!! Kasi pukul sama dia … mahu lari mana hah ???”
“Chua !!! Jangan pukul! Kita telefon polis saja. Nanti kita dapat susah !”
“Lajim! Itu, lu cepat pergi tendang motosikal dia!”
“Hah!
Ini bangsa binatang ni! Bukan bangsa manusia. Buat kerja siang hari
buta di tempat terbuka. Berani betul! Kejar yang lari itu, cepat!!!
Kejar! Kejar!!! Hoi!!! Jangan lari!!!”
“Lari cepat! Sairun Jihan! Kita berpecah … kau ikut sana!”
“Anuar sudah kena tangkap. Macam mana?”
“Biarkan. Kita selamat diri kita dulu. Mat Yeh mana?”
“Sudah masuk belukar dengan Jihan!”
“Hah, kacau daun betul si China tua tu!”
“Kau sempat rakam tadi?”
“Sempat. Mari tengok, nah ini, ha, mari tengok. …”
“Ah,
best juga … banyak ini pun dah cukup … sudah dekat dua minit . Wah
tempat ni yang syok, ni … tengok kain uniform sekolah dah terlondeh …
hah … fuuuuuu laaaa mak! Punyalah best! Tengok tangan Anuar tengah buka
kain dia….”
“Sairun … aku takut … nanti kita semua kena tangkap .…”
“Mana boleh, kita sudah lari.”
“Tentu Anuar akan dedahkan nama kita semua kalau dipaksa polis!”
“Kita sembunyilah sekejap.”
“Sampai bila?”
“Sampai kena tangkaplah!”
Empat budak hitam
Pura-pura jadi penjaga
Satu meragut beg dan ditangkap
Tinggal lagi tiga
“Tolong! Tolong! Tolong!!! Peragut !!! Itu, lari ke sana!”
“Kejar! Mari kejar!!!”
“Mari! Mari!!! Kejar!!!”
“Hah! Meragut beg orang ya? Nah ambil ini!!!”
“Jangan tampar di muka saja! Mari, biar aku tendang perut dia! Hah rasakan hero ragut beg orang!!!”
“Nah! Sebiji di belakang! Hah, tersungkur juga dia! Sudah berapa lama engkau buat kerja ini, hah? Memalukan ibu bapa saja.”
“Jangan lepas tangannya. Pegang kuat-kuat. Itu polis sudah datang.”
“Ah, encik, ini peragutnya .…”
“Mana mangsanya?”
“Di sana … dia tercedera, berdarah .…”
“Kalian tolong pegang dia. Saya hendak ambil keterangan dari mangsa dulu.”
“Itu mobil polis sudah datang, encik….”
“Mari
kita tabuh dia sebelum polis bawa naik mobil! Ajar biar cukup! Nah!
Satu di muka! Satu di kepala! Satu di perut! Seronok, kan?”
Tiga budak hitam
Mabuk dadah di bilik sewa
Satu khayal jatuh flat
Tinggal lagi dua
Ooooiiii ! Ada orang jatuh flat !”
“Cepat siapa ada telefon bimbit, telefon ambulans! Telefon polis! pakai nombor 911!”
“Ah … kasihan. Leher sudah patah. Tengok, kepala tergolek muka ke belakang! Kedua-dua kaki juga patah jadi macam kaki cicak.”
“Jatuh dari tingkat berapa?”
“Saya
tengah duduk di pondok jaga. Tiba-tiba nampak melayang dari tingkat
lapan. Ingatkan kain yang disidai di tingkap yang jatuh! Tidak sangka
pula orang yang jatuh!”
“Dia ini siapa?”
“Baru lepas SPM.
Tengah tunggu keputusan. Mak dengan ayah dia pergi berniaga agaknya.
Mereka sewa flat di tingkat itu … sudah lima tahun .…”
Dua budak hitam
Curi motosikal di Tikam Batu
Satu kena tangkap
Tinggal lagi satu
Butterworth,
Rabu: Polis berjaya menangkap seorang remaja yang disyaki salah-seorang
anggota kumpulan curi motosikal di sekitar pekan ini. Remaja berkenaan
dicekup ketika cuba mencuri sebuah motosikal yang diletak di hadapan
Pasar Raya Star Plaza. Sumber polis berkata, remaja yang berasal dari
Sungai Petani itu datang ke Butterworth dengan menaiki bas dan akan
kembali dengan menunggang motosikal yang dicurinya. Dengan penangkapan
itu, polis percaya akan dapat menyelesaikan beberapa kes curi motosikal
di sekitar pekan Butterworth tidak lama lagi.
Satu budak hitam
Termenung sana termenung sini
Lalu ambil dadah masuk pusat Serenti
Jadi kurus kering lama-lama diapun mati.
retreived: berita harian
19/8/07