KAJANG: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia tersedak
susu ketika menyusu susu botol yang diberikan pengasuhnya di sebuah
rumah di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, di sini petang semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, Danial Thaqis Juraimi didapati
tidak sedarkan diri ketika dalam dakapan pengasuhnya.
Pengasuhnya yang risau keadaan bayi itu meminta suami menghantarnya ke
Hospital Serdang untuk rawatan kecemasan, tetapi meninggal dunia tiga
jam kemudian.
Ibunya, Nurnisah Sargiman, 31, berkata beliau dimaklumkan kejadian
oleh jirannya kerana sedang bekerja.
Katanya, beliau bersama suami bergegas ke Hospital Serdang bagi
mendapatkan kepastian dan doktor memaklumkan anak keduanya itu
meninggal dunia akibat tersedak susu.
"Saya sangat terkilan dengan kejadian, malah tindakan pengasuh yang
tidak menjenguk langsung arwah dan memberitahu perkara sebenar kepada
kami sekeluarga seperti tidak mengendahkan apa yang terjadi. Kami akan
membawa pulang arwah ke kampung suami di Kuala Lipis untuk pengebumian
esok (hari ini)," katanya.
BH.