| Nak Tahu Mesyuarat Syaitan.. ? | |
|
Author | Message |
---|
Fadzliey MODERATOR
Age : 45 location : Beaufort Points : 12594 Reputation : 0 Number of posts : 1268
| Subject: Nak Tahu Mesyuarat Syaitan.. ? 2/3/2009, 2:33 pm | |
| Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal ucapannya, syaitan berkata:
"Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca al-Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar.
Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah.
Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus.
"Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung,tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta."
"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah" kata Syaitan:"
Lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari."
"Bagaimana caranya?" jerit para iblis.
"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka, "
Jawabnya "Pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang, hutang.
Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat jangka waktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 - 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu."
"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."
"Rangsa minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu, biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan muzik yang tidak Islamik.
Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah."
"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan.
Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh, katalog, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma dan impian palsu."
"Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuashati dengan isteri- isteri mereka."
"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala!
Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka,suami akan meninjau-ninjau di tempat lain.
Ini akan memporak- perandakan keluarga mereka dengan pantas."
"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut agama lain untuk melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan hari-hari perayaannya."
"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berrekriasi.
Buatlah sehingga mereka terlalu letih untuk berekreasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah.
Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang."
"Jadikan mereka sibuk, sibuk, sibuk!"
"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai."
"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan meminita pertolongan dari Allah.
Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kudrat mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi."
"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan calang-calang perancangan ini!
Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini.
Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka. |
|
| |
m_hafiz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 42 location : Borneo Paradise,)mcm d kK,) Tag ID: : SFC 05031 Points : 12556 Reputation : 7 Number of posts : 1146
| Subject: Re: Nak Tahu Mesyuarat Syaitan.. ? 3/3/2009, 12:27 pm | |
| dahsyat2 mesyuart syitn ni nmpaknya bnyk juga yg wat org lalai,siapa iman tidak kuat n hati pun rosak...Nauzubillah....Bnykan lr bribadat.... |
|
| |
aint_87 CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 67 location : SABAH TANAH AIRKU.. Tag ID: : SFC 04769 Points : 12512 Reputation : 9 Number of posts : 1199
| Subject: Re: Nak Tahu Mesyuarat Syaitan.. ? 29/3/2009, 5:55 pm | |
| astagfirullah al-azim.. kejam btl kan syaitan ni.. mcm2 dorg mo wat.. |
|
| |
cpunk_69 FRESHIE
Countries/State : Age : 38 location : TAWAU Tag ID: : SFC 05219 Points : 11460 Reputation : 1 Number of posts : 14
| Subject: Re: Nak Tahu Mesyuarat Syaitan.. ? 30/3/2009, 11:21 am | |
| BERBALIK KEPEDA SUNNAH DAN AL-QURAN................ |
|
| |
Fadzliey MODERATOR
Age : 45 location : Beaufort Points : 12594 Reputation : 0 Number of posts : 1268
| Subject: Re: Nak Tahu Mesyuarat Syaitan.. ? 30/3/2009, 2:30 pm | |
| - cpunk_69 wrote:
- BERBALIK KEPEDA SUNNAH DAN AL-QURAN................
yap itu yg sebaik2nya spt yg dsyariatkan kpd seluruh ummah manusia. slalulah ingat padaNYA supaya kita lalai dlm menempuh kehidupan kita sbg INSAN |
|
| |
cpunk_69 FRESHIE
Countries/State : Age : 38 location : TAWAU Tag ID: : SFC 05219 Points : 11460 Reputation : 1 Number of posts : 14
| Subject: Re: Nak Tahu Mesyuarat Syaitan.. ? 30/3/2009, 8:20 pm | |
| teman seperjuangan,
agama tidak memerlukan manusia..
walhal manusia yang memerlukan agama..
Jikalau kamu mendekati Allah sejengkal,Allah swt mendekati kamu sehasta, ............. Jikalau kamu mendekati Allah swt dgn berjalan,Allah swt mendekati kamu dengan berlari,
konklusinya:.. jadikan Dunia sebagai jambatan ke akhirat.. dunia yang kekal selama lamanya (abadan abadah) |
|
| |
jebat derhaka REGULAR
Age : 41 location : kota kinabalu, lahat datu,tawau n sem4na. Points : 11957 Reputation : 3 Number of posts : 395
| Subject: Re: Nak Tahu Mesyuarat Syaitan.. ? 31/3/2009, 1:54 am | |
| ish2... uda namanya saitan.. mana ada baik2.. yg peliknya ramai yg uda tau akan hal ni.. tpi masih ramai jua yg lalai.. haha.. renung2 kan.. |
|
| |
sasukey CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 74 location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$ Tag ID: : SFC ziro Points : 12515 Reputation : -6 Number of posts : 1063
| Subject: Re: Nak Tahu Mesyuarat Syaitan.. ? 28/4/2009, 12:30 pm | |
| |
|
| |
joyce JUNIOR
Countries/State : Age : 35 location : kota kinabalu Tag ID: : SFC tag i Points : 11151 Reputation : 1 Number of posts : 108
| Subject: Re: Nak Tahu Mesyuarat Syaitan.. ? 8/1/2010, 9:43 pm | |
| uina...NO COMENT.... |
|
| |
sarvia SENIOR
Countries/State : Age : 35 location : sandakan to kay kay Tag ID: : SFC 17594 Points : 10649 Reputation : 4 Number of posts : 547
| Subject: Re: Nak Tahu Mesyuarat Syaitan.. ? 5/2/2011, 3:37 pm | |
| |
|
| |
Kornurts SIFU
Countries/State : Age : 34 location : KK**TAWAU** Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew] Tag ID: : SFC 15951 Points : 18887 Reputation : 128 Number of posts : 8256
| Subject: Re: Nak Tahu Mesyuarat Syaitan.. ? 5/2/2011, 10:34 pm | |
| Menarik post ni tau...Jgn trtipu dgn bisikan syaitan.... |
|
| |
im MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : |||||TAWAU||||| Tag ID: : SFC 07691 Points : 16978 Reputation : 75 Number of posts : 5575
| Subject: Re: Nak Tahu Mesyuarat Syaitan.. ? 5/2/2011, 10:59 pm | |
| |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Nak Tahu Mesyuarat Syaitan.. ? | |
| |
|
| |
| Nak Tahu Mesyuarat Syaitan.. ? | |
|