SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
10 info kesihatan untuk LELAKI Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
10 info kesihatan untuk LELAKI Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 10 info kesihatan untuk LELAKI

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
maks
JUNIOR
JUNIOR
maks

Male
Age : 47
location : KK
Points : 11860
Reputation : 0
Number of posts : 90

10 info kesihatan untuk LELAKI Empty
PostSubject: 10 info kesihatan untuk LELAKI   10 info kesihatan untuk LELAKI Icon_minitime24/10/2008, 1:27 pm

1) Bigorexia - Gangguan Kepada Lelaki
Siapa kata hanya wanita yang mementingkan bentuk badan menawan? Lelaki juga tidak kurang hebatnya. Ramai lelaki yang mengidamkan bentuk badan yang berotot dan sasa. Bagi lelaki, memiliki susuk tubuh yang cantik dan berotot merupakan satu kebanggaan. Tahukah anda bahawa ‘bigorexia’ adalah sejenis gangguan yang menghantui lelaki yang terlalu berkeingian memiliki bentuk badan berotot? Menurut Dr. Eric Hollander, pakar psikiatri di Mount Sinai School of Medicine, New York, gangguan ini disebabkan oleh faktor reaksi kimia otak dan peranan media massa. Kemungkinan gangguan ini juga ada kaitan dengan faktor genetik. Seseorang lelaki yang mengalami ‘bigorexia’ yang kuat boleh mempengaruhi aktiviti harian. Mereka akan takut dengan tubuh yang kurus dan kecil. Antara simptom gangguan ‘bigorexia’ ialah mengamalkan diet yang terlalu ketat, bersenam pada setiap masa, dan selalu menilik bentuk badan di hadapan cermin.

2) Makan Tiram dan Kerang
Dipercayai dengan makan 50 tiram setiap pagi boleh menambah ‘keperkasaan’ lelaki. Sama ada betul atau tidak, tiram atau kerang sememangnya mengandungi mineral zink penting untuk menjaga daya tahan seksual seseorang. Ini boleh dikaitkan dengan penemuan kajian yang mendapati kekurangan kadar zink dalam badan boleh menyebabkan pengurangan jumlah sperma.

3) Ikan Panjangkan Umur Lelaki
Menurut seorang ahli kesihatan Jepun, Yasuyuki Makamura, Profesor Madya dari Universiti Sains Shiga, lelaki yang kerap memakan ikan berpeluang hidup lebih lama biarpun dihantui kebimbangan diserang keracunan raksa dan toksin lain yang terdapat dalam ikan. Kenyataan ini dikeluarkan hasil daripada kajian yang telah dijalankan selama 19 tahun di Tokyo. Kajian tersebut menunjukkan lelaki terhindar risiko serangan sakit jantung atau lumpuh sehingga 30 peratus sekiranya memakan ikan sekali setiap dua hari. Menurut Nakamura, satu kajian ke atas satu kumpulan lelaki yang memakan ikan dua hari sekali mencatat 0.7 peratus kematian berbanding 1.0 peratus bagi satu kumpulan lelaki lain yang memakan ikan hanya seminggu sekali atau kurang.

4) Lelaki Lebih Ramai Hidap Barah
Kira-kira 93.28 peratus atau 22,351 pesakit barah di negara ini terdiri daripada lelaki manakala 1,611 orang adalah pesakit wanita. Punca utama penyakit barah lebih tinggi di kalangan kaum lelaki adalah disebabkan oleh tabiat merokok yang berterusan dan sukar dikawal. Gaya hidup kaum lelaki yang lebih terdedah kepada persekiran yang tidak sihat dan bahaya juga menyebabkan golongan berkenaan lebih banyak menghidap penyakit itu.

5) Bersenam Kurangkan Risiko Barah Prostat
Apabila usia kian meningkat, tidak kira wanita atau lelaki mudah terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya jika tidak mengamalkan pemakanan seimbang dan rutin senaman. Jika wanita berisiko mendapat penyakit barah payudara dan rahim, lelaki pula mudah terdedah kepada penyakit prostat. Prostat terletak di bahagian bawah pundi kencing, prostat mengelilingi utera iaitu saluran yang mengeluarkan urin (air kencing) atau air mani daripada badan. Apabila prostat menjadi besar ia akan menekan uretera dan menyebabkan pengeluaran kencing terhalang. Tanda prostat semakin membesar termasuk susah kencing, sakit ketika kencing dan kerap kencing terutama waktu malam. Antara langkah pencegahannya ialah bersenam secara tetap, berjalan laju kerana ini baik untuk prostat. Selain itu, banyakkan minum air. Kurangkan pengambilan lemak tepu dan makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.

6) Lupakan Alkohol
Satu lagi tip kesihatan untuk lelaki pertengahan umur dapat mengelakkan mereka daripada nyanyuk ialah dengan meninggalkan atau mengurangkan tabiat mengambil minuman keras. Sekumpulan penyelidik dari Belanda melihat kaitan antara pengambilan alkohol dengan gejala nyanyuk dalam kajian membabitkan hampir 8,000 orang berusia pertengahan umur. Keadaan kesihatan responden diawasi sepanjang tempoh kajian selama enam tahun dan seramai 197 menunjukkan tanda-tanda gejala hilang ingatan, di mana tiga perempat daripadanya mengalami nyanyuk. Mereka yang mengambil minumam keras antara satu hingga tiga kali sehari, menghadapi kemungkinan 42 peratus lebih tinggi mengalami nyanyuk dari mereka yang tidak minum langsung.

7) Sindrom Metabolik Sebabkan Kekurangan Testosteron
Penyelidikan ke atas lelaki yang mempunyai sejarah penyakit diabetes, hypertension, atau hyperlipidemia mempunyai hypogonadism yang tinggi. Ini berdasarkan hasil kajian terbaru yang dibentangkan di dalam American Association of Cinical Endocrinologist (AACE) Fourteenth Annual Meeting and Clinical Congress. Hypogonadism atau tahap hormon testosterone lelaki yang rendah merupakan satu sindrom yang kompleks. Melalui penelitian ke atas 2,162 lelaki mengalami hypogonadism, didapati 50 peratus mempunyai penyakit diabetes, 42 peratus hypertension, dan 40 peratus hyperlipidemia. Simpton yang biasa dikaitkan dengan hypogonodism termasuk disfungsi seksual, keletihan atau perubahan emosi.

Kacang Brazil Kuatkan Sperma
Kacang Brazil kaya dengan selenium, iaitu sejenis vitamin yang dapat mengekalkan kesihatan dan membantu pergerakan (berenang) sel sperma dengan lebih laju. Kajian yang dilakukan di United Kingdom mendapati mereka yang mengalami masalah ini telah berjaya mengatasinya dengan pengambilan kacang Brazil. Kacang ini juga mengandungi vitamin E, dan antioksidan yang membantu melindungi kerosakan sperma akibat bahan radikal.

9) Seleri Tingkatkan Keinginan Seks
Seleri dikatakan boleh membantu meningkatkan seks. Menurut seorang penulis buku masakan Sweden, C.E. Hagdahl daun saderi ini dipercayai boleh meningkatkan keinginan seks atau boleh merangsangkan dengan cepat. la lebih elok jika dimakan mentah. Seleri dikatakan mengandungi hormon androsterone. Menurut pakar kajian, hormon ini dikeluarkan melalui peluh dan dikatakan boleh memikat perempuan.

10) Lelaki Anti-Sosial Berisiko Tinggi Kena Sakit Jantung
Kajian di Amerika Syarikat (AS) mendakwa lelaki pendiam yang kurang bergaul dengan rakan mahu pun keluarga sendiri lebih beriisiko tinggi diserang sakit jantung berbanding mereka yang ceria dan suka bergaul. Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, hasil kajian yang dibentangkan pada satu mesyuarat Persatuan Jantung AS mendapati, paras molekul darah yang tinggi dan menjadi petunjuk berlakunya masalah atau radang, dicatatkan di kalangan lelaki anti-sosial berkenaan.
Back to top Go down
Skunk_II
JUNIOR
JUNIOR
Skunk_II

Male
Countries/State : Sabah
Age : 45
location : Tuaran - Keningau
Tag ID: : 03840
Points : 11752
Reputation : 0
Number of posts : 233

10 info kesihatan untuk LELAKI Empty
PostSubject: Re: 10 info kesihatan untuk LELAKI   10 info kesihatan untuk LELAKI Icon_minitime2/11/2008, 11:06 am

2) Makan Tiram dan Kerang
Dipercayai dengan
makan 50 tiram setiap pagi boleh menambah ‘keperkasaan’ lelaki. Sama
ada betul atau tidak, tiram atau kerang sememangnya mengandungi mineral
zink penting untuk menjaga daya tahan seksual seseorang. Ini boleh
dikaitkan dengan penemuan kajian yang mendapati kekurangan kadar zink
dalam badan boleh menyebabkan pengurangan jumlah sperma.

mana mau dapat itu tiram... 50 biji??? 1 bulan sudah 1 guni... hehehee
Back to top Go down
shalina7981
SUPERIOR
SUPERIOR
shalina7981

Male
Age : 45
location : papar-putatan-tg aru-asia city kk
Points : 12359
Reputation : 0
Number of posts : 2041

10 info kesihatan untuk LELAKI Empty
PostSubject: Re: 10 info kesihatan untuk LELAKI   10 info kesihatan untuk LELAKI Icon_minitime8/1/2009, 1:51 pm

sebenarnya..klu kita tahu apa punca penyakit..kita jadi takut
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12501
Reputation : -6
Number of posts : 1063

10 info kesihatan untuk LELAKI Empty
PostSubject: Re: 10 info kesihatan untuk LELAKI   10 info kesihatan untuk LELAKI Icon_minitime27/4/2009, 11:29 am

memang betul kita mesti tau .best info
Back to top Go down
Sponsored content




10 info kesihatan untuk LELAKI Empty
PostSubject: Re: 10 info kesihatan untuk LELAKI   10 info kesihatan untuk LELAKI Icon_minitime

Back to top Go down
 

10 info kesihatan untuk LELAKI

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN KESIHATAN :: Informasi & Isu Terkini-
Jump to: