Mas: Bukan Semua Mahukan Ibu Tunggal
KUALA LUMPUR, 10 SEPT 2008: Sudah 5 tahun bekas pelajar
Akademi Fantasia Musim 2 (AF2), Mas 'Sate' atau Asma Ghani, 24, mengharungi hidup sebagai seorang ibu tunggal.
Bukan dia tidak pernah terfikir untuk kembali berumahtangga serta
mencari pasangan hidup, namun dia juga terpaksa menerima hakikat bahawa
tidak semua orang boleh menerima status janda atau ibu tunggal. Mas
mempunyai 2 orang anak iaitu Nur Fadilah, 10 dan Mohd Fadzil, 7.
"Bukan semua orang boleh terima ibu tunggal seperti saya yang mempunyai
anak. Hendak buat macam mana. Memang itulah realitinya kehidupan. Kalau
saya ini lelaki, sudah lama saya pinang anak orang. Tapi, saya hanya
seorang perempuan.
"Rasanya, tak payahlah susah-susah fikirkan soal kahwin atau teman
hidup. Sebab itulah saya sentiasa sibukkan diri saya dengan melakukan
banyak kerja," katanya sewaktu ditemui
murai.com.my. Sungguhpun begitu, Mas yang kelihatan bertambah langsing mengakui dia tidak pernah terasa serik untuk berkahwin lagi.
"Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, tak adalah. Tapi saya tak pernah
serik untuk berkahwin lagi sekalipun perkahwinan pertama dulu, pernah
gagal.
"Apa yang penting, saya mahu membesarkan kedua-dua anak saya. Biarpun
mereka berada jauh di mata dan dibesarkan ibu dan ayah saya tapi apa
yang saya lakukan sekarang adalah segala-galanya buat mereka.
"Dulu saya pernah bawa mereka pindah ke KL bersama ibu dan ayah saya.
Mereka juga pernah bersekolah di sini. Tapi, akhirnya mereka mahu balik
semula ke Tawau, Sabah. Mungkin mereka rasa tidak selesa hendak tinggal
di sini. Saya tidak salahkan mereka kerana saya sendiri pernah melalui
perasaan yang sama," katanya.
Dalam perkembangan terbaru, Mas bakal muncul dengan single terbaru berjudul
Titik Pertemuan ciptaan Najib Ali. Lagu duet itu dibawakan Mas bersama dengan bekas pelajar AF5, Aswad.
"Saya tidak sabar untuk menanti kemunculan
single terbaru
saya ini. Ia adalah sebuah lagu yang memiliki gabungan elemen muzik
rock dan ballad yang cukup menarik. Sepanjang merakamkan suara di dalam
lagu ini, saya rasa cukup seronok sangat apatah lagi bila dapat bekerja
dengan Aswad.
"Dia seorang yang
sporting, senang memberikan kerjasama
dan jenis yang tidak kisah. Mudahan-mudahan lagu duet kami dapat
diterima ramai khususnya di antara peminat saya dengan peminat Aswad,"
katanya.
p/s : pink nya dagu mas ni....
kenapa ramai orang suka dagu panjang??