rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Kek Lobak Istimewa 30/3/2009, 8:44 am | |
|
ni gambar contoh saja k
BAHAN-BAHAN: 1 1/2 cawan tepung gandum 1/2 sudu kecil garam 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat 1 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis 1/4 sudu kecil serbuk buah pala 3 biji telur gred A 1/8 cawan madu 1 sudu kecil perasa oren 1 sudu kecil vanila 1 cawan minyak masak 2 1/4 cawan lobak parut 1/2 cawan nanas hancur dalam tin (airnya dibuang) 1/2 cawan walnut (cincang halus) 1/4 kelapa parut 1/4 kismis kuning
CARA MENYEDIAKAN: 1. Panaskan oven pada suhu 180 0C. Sapukan mentega pada dulang pembakar. 2. Sementara itu, ayak tepung, garam, soda bikarbonat, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala dan ketepikan. 3. Di dalam mesin adunan pukul telur, madu dan gula. Pukul selama lima minit dan masukkan vanila dan perasa oren. Masukkan minyak masak secara perlahan-lahan dan pukul lagi. 4. Kemudian masukkan bahan yang diketepi tadi dan pukul sebentar. 5. Akhir sekali gaulkan lobak, nanas, walnut, kelapa dan kismis sehingga sebati. 6. Tuangkan ke dalam dulang pembakar yang dise diakan, bakar adunan selama 45 hingga 50 minit, periksa menggunakan lidi sate. 7. Jika kering bermakna sudah masak. Sejukkan. Hias dengan cream cheese frosting.
CARA MENYEDIAKAN CREAM CHEESE FROSTING:
BAHAN-BAHAN: 1/2 cawan mentega tanpa garam 227 gm (1/2 paun) krim keju (Philadelphia cream cheese) 2 1/2 sudu kecil gula aising (ayak) 1 sudu besar susu masam (sour cream) 1 sudu kecil vanila 1/2 sudu kecil perahan limau
CARA MENYEDIAKAN: 1. Masukkan mentega bersama krim keju ke dalam mesin adunan dan pukul sehingga sebati. 2. Masukkan gula aising, susu masam, vanila dan perahan limau. 3. Sapukan frosting ke atas kek lobak yang telah sejuk, hias mengikut kesukaan. |
|
de@@_le$$ ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 46 location : Penampang, SABAH Tag ID: : SFC 01022 Points : 13911 Reputation : 23 Number of posts : 7093
| Subject: Re: Kek Lobak Istimewa 30/3/2009, 8:53 am | |
| ... huhu nama kek tu pun buat terliur uda tu sis.... |
|
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Kek Lobak Istimewa 30/3/2009, 9:29 am | |
| memang sedap ni |
|
otai_queen MODERATOR
Countries/State : Age : 41 location : Kudat Tag ID: : SFC 03014 Points : 15204 Reputation : 25 Number of posts : 6310
| Subject: Re: Kek Lobak Istimewa 30/3/2009, 1:01 pm | |
| jarang pula terdengar kek yg berasaskan lobak ni...
sekali sekala cuba pasti sedap.... |
|
>Butterfly< SENIOR
Countries/State : Age : 39 location : Selangor Tag ID: : SFC 05070 Points : 11954 Reputation : 12 Number of posts : 610
| Subject: Re: Kek Lobak Istimewa 31/3/2009, 10:52 am | |
| wah... kek letak lobak... try bes ni.. |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Kek Lobak Istimewa | |
| |
|