SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Hulk Malaysia
JUNIOR
JUNIOR
Hulk Malaysia

location : Kota kinabalu-KL
Points : 12892
Reputation : 0
Number of posts : 145

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime28/8/2007, 10:19 am

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kepada yang berkenaan,

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi 2005865650811304977_rs

Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang
Allah swt. Saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit
maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang diedarkan menerusi
internet yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan
Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh
anjing dan b*b*.

Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan
huraiannya dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah
tafsirkan. TETAPI buat mereka yang tidak mempunyai masa yang
banyak untuk membaca cukuplah saya katakan TIADA APA-APA
MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM
SEBALIKNYA MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH
ANJING DAN b*b*. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI
KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP HAIWAN INI DENGAN
MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.

Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan b*b* itu haram.
Yang haram ialah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam
terhadap 2 makhluk ini. Kedua-duanya adalah ciptaan Allah,
dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya
setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan
anjing dan b*b* ini untuk dipandang hina oleh umatnya?

Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya memberi sedikit
pengenalan diri, saya merupakan salah seorang graduan
Doktor Perubatan Veterinar tahun 2006. Kini menyambung
pelajaran dalam bidang master fisiologi di Fakulti Perubatan
Veterinar UPM semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di
Sek. main. Keb. Agama Kuala Selangor. Saya bukanlah orang
yang paling sesuai untuk memberi penjelasan kerana yang
terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama agar dapat
menjelaskan dengan menyatakan nas-nas serta tafsiran yang tepat
serta mendalam. Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan
dengan pengetahuan agama sedikit yang saya ada dan hasil daripada
perbincangan secara peribadi dengan ustaz-ustaz serta seminar
yang pernah kami adakan di fakulti sendiri berkenaan dengan
isu ini.

Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor haiwan)
sememangnya kami mungkin akan berhadapan dengan situasi
merawat anjing atau b*b*. Bagi doktor veterinar atau ringkasnya
vet, yang bekerja di klinik-klinik haiwan kebanyakannya akan
merawat anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat
sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing sahaja.
Berkenaan dengan b*b*, kebiasaannya tiada vet muslim yang
akan bekerja di ladang ternakan b*b*. Walaubagaimanapun,
bagi vet yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan,
adakalanya mereka akan ke ladang ternakan b*b* untuk membuat
pemeriksaan bagi memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan
pengurusan ladang yang baik supaya bebas daripada penyakit-
penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang merebak pada
tahun 1999 yang turut membahayakan nyawa manusia. Terdapat
juga vet yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel
yang datang daripada b*b* atau anjing seperti darah, najis,
organ-organ dan sebagainya

Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar, pelajar
akan terlibat mengendalikan anjing dan b*b*. Bermula dengan
organ-organ haiwan tersebut dalam amali bagi subjek anatomi
dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat dan
membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya
apabila memasuki tahun para-klinikal dan klinikal. Secara
umumnya saya bersetuju dengan perkataan € '³desensitization€ '´
yang digunakan oleh salah seorang yang menghantar email tersebut
kepada saya. Sebagai vet, proses ini perlu kerana kami tidak
sepatutnya jijik untuk merawat pesakit kami kerana itu merupakan
tanggungjawab kami yang juga terkandung dalam ikrar yang
dilafazkan oleh setiap vet ketika bergraduan.

Apabila memasuki tahun ke 4, pelajar vet akan mengikuti subjek
pengenalan terhadap klinik. Dan subjek klinik pada tahun ke 5.
dalam kedua-dua subjek ini pelajar akan dibahagikan kepada
kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan € '¶ kumpulan ini
akan bergilir membuat praktikal dalam amalan-amalan yang telah
ditetapkan. Pelajar-pelajar ini akan membuat praktis selama
seminggu dalam setiap amalan. Amalan-amalan ini termasuklah
amalan haiwan kesayangan yang melibatkan rawatan terhadap
anjing dan amalan ternakan b*b* yang memerlukan pelajar ke
ladang ternakan b*b* untuk membuat pemerhatian, diagnosis
penyakit serta rawatan. Daripada apa yang saya lihat,
gambar-gambar yang diedarkan menerusi internet itu adalah
gambar yang diambil oleh pelajar ketika praktikal sama ada dalam
subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini. Pada pandangan
saya, pelajar itu berkongsi gambar € '¶ gambar tersebut secara
umum dalam internet bukanlah bertujuan menghina agama atau
sebagainya, sebaliknya sekadar berkongsi suatu pengalaman yang
mungkin tidak dilalui oleh orang ramai.

Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan
b*b* yang dikategorikan sebagai najis € '³mughollazoh€ '´
iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti
mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat melayu. Ramai
yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim
boleh menyentuh anjing dan b*b* yang haram disentuh?. Berdasarkan
pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama
hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis € '³mughollazaoh€ '´
tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila
kita menyentuh najis € '³mughollazoh€ '´ kita dikehendaki
menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang
telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan
air € '³musta€ '²mal€ '´ (air yang bersih dan suci) sebanyak 6x.
Yang haram berkaitan dengan anjing dan b*b* ialah memakannya
bukan menyentuhnya.

Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu
yang merasakan € '±geli€ '² atau jijik terhadap anjing dan b*b*.
Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada
ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak
daripada tersentuh anjing dan b*b* yang mana proses
menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak
dilakukan akan menjejaskan ibadah. Saya sendiri, walaupun
telah jelas berkenaan dengan hukum menyentuh anjing dan b*b*,
merasa kekok dan sedikit € '±geli€ '² apabila kali pertama
memegang jantung b*b* apatah lagi ketika kali pertama mengangkat
anjing untuk diletakkan di atas meja pemeriksaan yang mana
tekniknya memerlukan kita merapatkan badan anjing tersebut
ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik yang selamat
bagi mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses
mengangkat tersebut. Namun, kita perlu jelas pandangan Islam
terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini. Adakah Allah menciptakan
anjing dan b*b* ini untuk dipandang hina kerana itu ianya
diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat
hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh
anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu
berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut.
Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan
dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum
kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?

Anjing dan b*b* juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana
termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi
untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia
memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan
ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari
sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat
apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan b*b*
serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah
dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.

Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab vet untuk mengetahui
tuntutan agama yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya. Vet dan
pelajar doktor perubatan veterinar perlulah berhati-hati dan
tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh badan dan pakaian
kerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah
mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya
pakaian untuk solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana
khuatir pakaian akan rosak dan sebagainya. Bagi orang awam
pula tidak perlu risau kerana najis ini € '³tidak berjangkit€ '´
maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah
membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih
belum menyamak tangannya, ia tidak € '³berjangkit€ '´ jika anda
bersalaman dengannya kerana tiada zat najis (warna, bau dan rasa)
pada tangan vet tersebut. Tetapi vet tersebut perlu menyucikan
tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang sama jika anda
bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara
anjing di rumahnya. Begitu juga dengan tapak kasut anda yang
memijak mukabumi yang pernah dipijak oleh anjing atau b*b*.
Tidak perlu risau dan terlalu was-was selagi tiada zat najis.
Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada sesetengah ustaz
untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awam dan
mungkin berkala bagi vet seperti sebulan sekali supaya jika
terdapat najis € '³mughollazoh€ '´ pada badan yang tidak
diketahuinya, ia dapat disucikan. Namun saya kira ini adalah
sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik untuk mereka
yang was-was praktikkan. Sebenarnya terdapat pelbagai persoalan -
persoalan yang timbul yang berkait dengan kerjaya vet seperti
bagaimana vet muslim merawat kuda yang terlibat dalam lumba kuda,
apakah hukumnya?, bagaimana pula dengan bayaran upah perkhidmatan
yang diterimanya? adakah ianya halal? Begitu juga jika vet muslim
memberi perkhidmatan nasihat untuk memperbaiki usaha perladangan
b*b*, bagaimanakah hukumnya? Adakah ianya berdosa kerana membantu
orang memakan b*b*? Bagaimana jika membuat pembedahan yang panjang
sehingga terlepas solat? Adakah sama seperti pembedahan manusia
yang membolehkan solat tersebut dijamakkan?

Banyak lagi soalan-soalan yang datang samada daripada orang awam,
dikalangan vet atau pelajar vet sendiri yang saya sendiri tidak
mampu menjawabnya dengan ilmu agama yang cetek ini. Saya kira
perkara yang sama juga berlaku atau akan berlaku dalam bidang
kerjaya anda jika anda mencarinya€ '¥ini kerana Islam itu adalah
cara hidup yang syumul, elemennye terdapat dalam semua bidang,
dan yang indahnya, Islam sudah pun ada jawapannya, terpulang
pada kita untuk menyelidik dan memahaminya dengan panduan dan
tunjuk ajar daripada mereka yang ahlinya.

Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil
tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya
masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak
dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya
mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan. Seorang
senior saya dalam projek tahun akhirnya yang berkenaan dengan
kebajikan haiwan, menjalankan satu soal selidik. Salah satu
daripada soalannya adalah € '³jika anda melihat seekor anjing
yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong melepaskan
kakinya? Nyatakan alasan bagi setiap jawapan anda€ '´. Sebagai
seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu
jawapan yang menyatakan € '³Tidak, kerana saya seorang Islam€ '´.
Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita
perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan
sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya
Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya,
terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya.

Wallahua€'²lam

Saya mengalu-alukan mereka yang ingin mengemuka pandangan,
memperbetulkan fakta atau berkongsi maklumat baru berkenaan
dengan hal ini. Anda bolehlah menghantar email kepada
lapanjuta@yahoo. co.uk. Sekian moga bermanfaat untuk semua.

Terima kasih.

Dr. Mohd Dzulhamka Kamaluddin
DVM, UPM

Disemak oleh,
Prof. Dr. Rasedee Abdullah
Pensyarah
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia
Back to top Go down
MiRA_TaSHa
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
MiRA_TaSHa

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 00002
Points : 13032
Reputation : 0
Number of posts : 2047

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime28/8/2007, 1:22 pm

So??? pendek kata...... b*b* ngan anjing nih tak haram kalo pegang tp kene jugak samak kan?? so makan memang haram la kan??
Back to top Go down
http://www.tagged.com/mira_tasha
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 39
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12649
Reputation : -1
Number of posts : 2048

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime28/8/2007, 1:35 pm

ohh..baru faham..sbb terkejut gak tgk pic tuh..
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
MiRA_TaSHa
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
MiRA_TaSHa

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 00002
Points : 13032
Reputation : 0
Number of posts : 2047

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime28/8/2007, 1:36 pm

haibara wrote:
ohh..baru faham..sbb terkejut gak tgk pic tuh..

haibara ko ader pic nyer??? kasi post ar... mira tgk....
Back to top Go down
http://www.tagged.com/mira_tasha
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 39
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12649
Reputation : -1
Number of posts : 2048

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime28/8/2007, 1:48 pm

x der..mase tuh tertgk kat frenster sowg bdk tuh..nnt la klu jumpe agi..hehe ok.. Very Happy
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 39
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12649
Reputation : -1
Number of posts : 2048

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime28/8/2007, 2:01 pm

x dek la..pic tu da delete..ok jugak..x mo r mengaibkan sesape :P..
mmg die da course die mcm tuh...
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
arep
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
arep

Male
Age : 39
location : Malaysia
Points : 12659
Reputation : 0
Number of posts : 1160

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime28/8/2007, 3:08 pm

tak paham lah maksod dier niee.....:?:
Back to top Go down
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 39
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12649
Reputation : -1
Number of posts : 2048

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime28/8/2007, 3:45 pm

arep wrote:
tak paham lah maksod dier niee.....:?:

maksud sape yg ko x faham tuh :?: :?:
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
arep
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
arep

Male
Age : 39
location : Malaysia
Points : 12659
Reputation : 0
Number of posts : 1160

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime28/8/2007, 4:07 pm

dier cakap b*b* ngan anjing
bleh di pegang...........tapi
bukan ker b*b* ngan anjing
nie haram......
Back to top Go down
coolbone
JUNIOR
JUNIOR
coolbone

Male
Age : 41
location : Putra Height (Future Taipan II)
Points : 12790
Reputation : 0
Number of posts : 108

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime30/8/2007, 3:16 pm

panjangnye penjelasan..
tak larat nak baca smpai abih...
dia nak mintak mahap ke?
ok aku maapkan...
Back to top Go down
Blanksforwhatever
JUNIOR
JUNIOR
Blanksforwhatever

location : malaysia
Points : 12830
Reputation : 0
Number of posts : 128

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime30/8/2007, 4:56 pm

alamak.. aku kompius dah sekarang ni...
Back to top Go down
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 15118
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime30/8/2007, 6:07 pm

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi ATT1813979
Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi ATT1813980
Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi ATT1813981
Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi ATT1813983
source:http://isuhangat.blogspot.com
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
save
FRESHIE
FRESHIE


Male
Points : 12748
Reputation : 0
Number of posts : 65

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime2/9/2007, 12:27 pm

arep wrote:
dier cakap b*b* ngan anjing
bleh di pegang...........tapi
bukan ker b*b* ngan anjing
nie haram......

sebenarnya pegang b*b* & anjing x haram di sisi Islam tp yang haramnya adalah memakannya...
ni yang biasanya masyarakat Islam keliru dgn situasi tersebut...

bila dh pegang / sentuh b*b* & anjing untuk bersuci wajib ke atas umat Islam menyucikannya dengan menyamak sepertimana yang telah di gariskan dalam agama Islam...
Back to top Go down
madperak
OBSERVER
OBSERVER
madperak

Male
Countries/State : Johor
location : penang 'n' perak
Points : 12881
Reputation : 2
Number of posts : 351

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime2/9/2007, 6:13 pm

He he he he

mcmnieeee.....

Klau tugas dia, dah kna buat mcm tu xkisah nyer, sebab bnda bole samak.

Tapi klau dia saja pegang, semata2 utk tangkap gambar itu yg salah.

siapa cakap xharam? KOrang pgi jumpa tok guru korang dulu utk pastikan.

Tapi benda bole dielakkan.

Korang jangan duk buat fatwa sendiri.
BERDOSA BESO tu
Back to top Go down
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 39
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12649
Reputation : -1
Number of posts : 2048

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime2/9/2007, 6:23 pm

masalahnya.. die sengaja pegang tu kan..utk amik gambar saje2 tu kan... siap upload kat die nyer friendster lagi... huhuhu.. :roll:
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
budaknakal66
REGULAR
REGULAR
budaknakal66

Age : 40
location : Kajang
Points : 12617
Reputation : 0
Number of posts : 429

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime3/9/2007, 10:42 am

kesimpulan nye....anjing ngn b*b* adalah HARAM DIPEGANG dan DIMAKAN..PHM!!mazhab mane yg kate mkn jerk haram
hah???plak tuh..bleh plak posing'2 ngn b*b* tu...masyaALLAH...ape nk jdik lar ngn owg Islam skang ni....:?:
Back to top Go down
Taufik
JUNIOR
JUNIOR
Taufik

Male
Age : 36
location : Kunak, Sabah
Points : 12709
Reputation : 3
Number of posts : 179

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime5/9/2007, 11:25 am

eee.........NAJIS berat..
Back to top Go down
MiRA_TaSHa
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
MiRA_TaSHa

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 00002
Points : 13032
Reputation : 0
Number of posts : 2047

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime5/9/2007, 7:13 pm

mira dilanda kebingungan....

:?: :idea: :?:
Back to top Go down
http://www.tagged.com/mira_tasha
wiramaroon
REGULAR
REGULAR
wiramaroon

Male
Countries/State : Selangor
Age : 39
location : Selangor
Tag ID: : SFC00231
Points : 12845
Reputation : 0
Number of posts : 411

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime5/9/2007, 9:13 pm

nuzhe wrote:
kesimpulan nye....anjing ngn b*b* adalah HARAM DIPEGANG dan DIMAKAN..PHM!!mazhab mane yg kate mkn jerk haram
hah???plak tuh..bleh plak posing'2 ngn b*b* tu...masyaALLAH...ape nk jdik lar ngn owg Islam skang ni....:?:

mane ko tau pegang anjing/bab* haram?? anjing/bab* tu najis berat.. sama macam taik ayam.. taik ayam still najis gak.. tapi jenis pertengahan.. cuma cara menyucikan tu berlainan.. dlm hal nie ako dah rujuk kat imam besar tmpt ako.. dia cakap xharam.. cume elok hindarkan dari memegang najis.. sebab nanti.. DITAKUTI najis tersebut melekat 1 badan.. ade sesape nak mandi air tanah??? peace Very Happy
Back to top Go down
arep
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
arep

Male
Age : 39
location : Malaysia
Points : 12659
Reputation : 0
Number of posts : 1160

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime8/9/2007, 4:14 am

wiramaroon wrote:
nuzhe wrote:
kesimpulan nye....anjing ngn b*b* adalah HARAM DIPEGANG dan DIMAKAN..PHM!!mazhab mane yg kate mkn jerk haram
hah???plak tuh..bleh plak posing'2 ngn b*b* tu...masyaALLAH...ape nk jdik lar ngn owg Islam skang ni....:?:

mane ko tau pegang anjing/bab* haram?? anjing/bab* tu najis berat.. sama macam taik ayam.. taik ayam still najis gak.. tapi jenis pertengahan.. cuma cara menyucikan tu berlainan.. dlm hal nie ako dah rujuk kat imam besar tmpt ako.. dia cakap xharam.. cume elok hindarkan dari memegang najis.. sebab nanti.. DITAKUTI najis tersebut melekat 1 badan.. ade sesape nak mandi air tanah??? peace Very Happy

ermmmmm.........btol gak ape yg ko cakap tapi
tak patot lah kat gambo tue, kalo nak pegang
pon biar lah pakai sarung tangan ker atau pon
biar lah berlapik tangan tue.......................
aku ingat pompuan nie saje2 carik masalah
pastu nak bg confused kat org2 islam....
tak patot lah..........Sad Sad Sad dont know
Back to top Go down
madperak
OBSERVER
OBSERVER
madperak

Male
Countries/State : Johor
location : penang 'n' perak
Points : 12881
Reputation : 2
Number of posts : 351

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime12/9/2007, 3:11 pm

Yg penting, benda nie xbtui. Sbb sengaja. Bole di hindarkan. Tangkap gambar tu saja2. b*b* haram xkira basah kering. Anjin basah bru samaq kering xper. WAllahualam
Back to top Go down
MiRA_TaSHa
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
MiRA_TaSHa

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 00002
Points : 13032
Reputation : 0
Number of posts : 2047

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime12/9/2007, 11:39 pm

aLFFiaN wrote:
Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi ATT1813979
Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi ATT1813980
Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi ATT1813981
Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi ATT1813983
source:http://isuhangat.blogspot.com

siap posing tuh.... mengom!
Back to top Go down
http://www.tagged.com/mira_tasha
DARKNESS88
OBSERVER
OBSERVER
DARKNESS88

Male
Countries/State : Singapore
location : WOODLAND
Points : 12725
Reputation : 0
Number of posts : 1220

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime13/9/2007, 9:23 pm

no comment.....
huhuuhuu.....
sedih aku tengok org islam....
pegang anak b#b# posing sambil tersenyum lak tu....
biadap.....
bangga lak muka die....
pakailah sarung tangan....
Back to top Go down
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12557
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime14/9/2007, 10:04 am

x lama kg budak tu piara anjung n b*b* lah tu d ruma dia.. x mustahil kan?...
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
Sponsored content




Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Empty
PostSubject: Re: Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi   Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi Icon_minitime

Back to top Go down
 

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & ba.bi

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: