Che'gu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang
sekolah. Seperti biasa, Che'gu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan
regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat
kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu Berahim
asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya
tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Berahim menyergah muridnya yang
bernama Man Dol. "Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah". "Oh Che'gu
Berahim, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya
berhenti.Takkan nak kayuh jugak.
PART II
Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Berahim telah
bertanya kpd murid²nya.
Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Che'gu Berahim pun
bertanya,
Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi
mana-mana.
PART III
Che'gu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek
didapur.
Che'gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??
PART IV
Seperti biasa, Che'gu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Che'gu
Berahim mengajar budak tahun satuPada hari tersebut, beliau mengajar
bab"cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta
muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.
Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol
Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk
dua kali?
Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu
boleh buat spare part!
Che'gu : Allahhuakbarr!!!
PART V
Che'gu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, che'gu
Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang
pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu
Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun
pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, che'gu....
Che'gu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..