Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
> Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip
> tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya
> bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
> emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
> Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya
> bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana
> pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai
> pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah
> belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit
> "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut.
> Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya
> melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.
> Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula >
> terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda
> kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu
> terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.
> Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya
> mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan
> memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori
> dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di
> udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di
> Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu
> feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut
> dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke
> jalanraya.
Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.
> Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.
> Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu
> lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!"
> dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting
> Highlands.
>
> Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul > pemandu lori itu
> dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa
> Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap
> orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun
> sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri
> itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang
> ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah
> terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit
> menggunakan pembesar suara.
>
> Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak
> saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar,
> emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging
> dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya
> terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu
> penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat
> sebelum saya mati.
DARJAH 2 PUNYA BUDAK PUNYA KARANGAN LAA
tima asehh
sekian