ERTI SEBUAHPERSAHABATAN
Dalam hidup ini,
Kita tak punya sesiapa,kecuali diri sendiri………….
Tetapi……dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana…
Mempunyai sahabat yang memahami kita,
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang
sahabat,
Begitulah juga dirinya,
Tetapi kita sering lupa akan hal itu.
Cuma mengambil tahu tentang harapan dan perasaan kita,
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya,
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela
dirinya.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati,
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita,
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya….?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa….tetapi kita sering
lupa…..
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami,
Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya,
Dia mendengar luahan perasaan, segala rasa kecewa dan ketakutan
kita,
Harapan dan impian juga kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah,
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang kita terlupa,
Sahabat kita juga ada
cerita yang ingin dikongsi bersama kita,
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang
rasa bimbang dan rasa takutnya…?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan
kita…?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan rasa gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya,
Sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa
dan menyerah kalah…?
Dapatkah kita yakinkah dia yang kita boleh dipercayai,
Boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar
tidak rebah..?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya
bercerita…
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut,ada rasa
bimbang,sedih dan kecewa….
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan sahabat….
Sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia
tidak setabah yang kita sangkakan,
Disebalik senyumannya, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan….
Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan……
Kita tidak tahu…
Tetapi …jika kita cuba
jadi sahabat sepertinya,
Mungkin kita akan tahu……
RENUNGILAH…
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL
SEGALA-GALANYA.
Cara untuk untuk kita memperoleh kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai,
tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan
balasan………….
WALLAHU’ALAM