sekumpulan katak sedang berjalan2 merentasi sebuah hutan. namun
malangnya dua ekor di antara katak2 tersebut telah jatuh ke dalam
sebuah lubang. katak2 yg lain mengelilingi lubang tersebut, mereka
berkata pada kedua2 katak tersebut bahawa mereka lebih baik mati.
kedua2 katak tersebut tidak mempedulikan kata2 rakan mereka yg lain dan
cuba melompat keluar dari lubang itu dgn segala kemampuan yg ada.
katak2 yg lainnya tetap menasihatkan agar mereka berhenti melompat dan
lebih baik mati.
akhirnya salah seekor daripada katak yang ada dlm lubang itu akur dgn kata2 katak yg lain dan menyerah. ia terjatuh dan mati.
sedangkan katak yang seekor lg terus berusaha untuk melompat setinggi
yg mungkin. sekali lagi katak2 yang berada di atas berteriak kepadanya
agar berhenti beusaha dan mati saja.
tetapi, ia bahkan berusaha lebih keras dan akhirnya membuahkan hasil.
dengan satu lompatan yg kencang ia berhasil sampai di atas.
katak2 lainnya begitu kagum dgn semangat katak yg satu ini, dan bertanya "apakah kau tidak mendengar teriakan kami tadi?"
lalu katak itu (selepas membaca gerakan bibir katak2 yg lain) menjelaskan bahawa ia tuli.
akhirnya mereka sedar bahawa ketika di bawah td mereka dianggap telah memberi semangat kepada katak tuli tersebut.
APAKAH YG DAPAT KITA PELAJARI DARI SITUASI DI ATAS?
kata2 positive yg diberikan kepada seseorg yg sedang jatuh akan dapat
membuat org tersebut bangkit dan membantu mereka dalam menjalani hari2
esoknya. sebaliknya, kata2 buruk yg diberikan kepada seseorg yg sedang
jatuh dapat membunuh mereka. berhati2lah dgn apa yg akan diucapkan.
suarakan kata2 kehidupan kepada mereka yg sedang menjauh dari jalur
hidupnya. kadang2 memang sulit dimengertikan bahawa kata2 kehidupan
untuk membuat rakan dan teman atau bahkan kepada yg tidak kenal
sekalipun untuk membuatnya bangkit dari keputusan, kejatuhan,
kemalangan dan seumpamanya.
sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan semangat kepada mereka yg sedang putus asa.