Speaker kadang-kadang berbunyi seperti 'distorted' dan 'terbakar' dalam cara berbeza2..'Distortion' selalunya tidak merosakkan speaker,walaubagaimanapun terdapat beza antara speaker distortion dengan overpowering speaker itu.Overpowering inilah yang berbahaya kpd speaker dan boleh menyebabkan speaker terbakar.
Overpowering speaker high frequencyKerosakan tweeter,midrange dan midbass speaker adalah disebabkan masalah
power handling ELECTRICAL dan/atau
MECHANICAL.Kebanyakan kerosakan terjadi disebabkan masalah
ELECTRICAL berpunca daripada pembekalan kuasa yang terlalu banyak kepada
voice coil speaker itu.Overpowering yang berterusan akan membawa kepada
voice coil yg 'terbakar'. Cara mengatasi masalah ini ialah dengan mengurangkan
gain amplifier dan/atau treble/bass
boost ataupun tidak mem
blast sistem dengan terlalu kuat (bagaimanapun cara kedua ini agak sukar dilakukan sekiranya kita memang minat memblast).
Distortion tidak merosakkan speaker. Walaubagaimanapun, sekiranya
distortion berlaku jauh sebelum mencecah
peak volume sistem anda, adalah baik untuk meng'
adjust gain level amplifier atau
signal processor dan/atau
adjust setting equalizer untuk memaksimumkan kualiti bunyi. Masalah
MECHANICAL terjadi disebabkan penggunaan
crossover point yang tidak betul. Selalunya memainkan frekuensi yang terlalu rendah ke atas
driver yang memiliki
suspension kecil (tweeter/midrange) boleh secara fizikalnya mengakibatkan
surround bagi speaker itu
delaminate. satu2nya penyelesaian untuk masalah ini adalah menentukan dengan baik dan teliti
crossover point dan
crossover slope satu2 driver itu (selalunya ada dinyatakan dalam manual atau guideline speaker)
Over-Powering Speaker Low Frequency (subwoofer) Kegagalan
ELECTRICAL terjadi bila membekalkan terlalu banyak kuasa kepada subwoofer dan akhirnya menyebabkan voice coil terbakar. Ini boleh disebabkan oleh setting gain yang tidak betul, ataupun wiring subwoofer yang tidak sesuai yang mana boleh menyebabkan low impedance load terhadap amplifier.Kegagalan
MECHANICAL terjadi apabila subwoofer itu secara fizikalnya koyak. Saiz enclosure (tong) subwoofer yang tidak sesuai merupakan punca utama kegagalan mekanikal ini. Sebagai general rule, pastikan sentiasa berada dalam sekitar +/- 25% daripada saiz (Vb) yg direkomenkan oleh pembuat sub, sekiranya tong sub terlalu besar, suspensi mekanikal sub itu akan terjejas, menyebabkan spider atau surround sub itu terkoyak atau kemungkinan tertanggal dari frame subwoofer. Menggunakan tong yang lebih kecil dari recommendation selalunya tidak mengakibatkan masalah ketara dari segi power handling dan merupakan alternatif yg lebih selamat. Punca kedua kegagalan mekanikal subwoofer ini adalah pembuatan dan tuning port atau lubang angin yang tidak sesuai pada tong subwoofer. Tuning yang tidak sesuai boleh mengakibatkan mekanikal power handling sub itu terjejas kepada lebih rendah daripada frequency tong yg ditune.
Fakta atau Auta mengenai Distortion Kontra dengan kepercayaan popular, distortion tidak menyebabkan kerosakan speaker/sub. Distortion hanyalah detection signal "clipping" yang dapat didengar (audible signal "clipping"). Clipping adalah apabila sesuatu komponen audio itu tidak lagi dapat membekalkan voltan power supply yang cukup untuk menggandakan(amplify) signal audio dengan bersih ('cleanly'). Clipping boleh terjadi di mana2 point dalam rantaian signal (source unit/hu,signal processor,preamp,amplifier,etc). Kepercayaan popular ialah apabila sebuah amplifier 'clip' ianya akan menghantar arus DC kepada voice coil speaker/sub dan 'membakarnya'. INI ADALAH SAMA SEKALI TIDAK BENAR. Anda mungkin tidak percaya sekiranya mengetahui bahawa hampir setiap amplifier dalam sistem audio kereta 'clip' semasa mendengar muzik pada level volume sederhana hingga sangat kuat. Electrically overpowering sesebuah speaker adalah kerana memainkan sistem audio itu dengan sangat kuat secara berterusan, menyebabkan penghantaran tenaga yang melebihi daripada 'rated spec' speaker itu.. inilah sebenarnya yang menyebabkan speaker tu 'terbakar'.