SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Chin Peng ni patutkah di beri warganegara Malaysia... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Chin Peng ni patutkah di beri warganegara Malaysia... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Chin Peng ni patutkah di beri warganegara Malaysia...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
QMB5181
FRESHIE
FRESHIE
QMB5181

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kk
Tag ID: : Proton
Points : 11446
Reputation : 1
Number of posts : 46

Chin Peng ni patutkah di beri warganegara Malaysia... Empty
PostSubject: Chin Peng ni patutkah di beri warganegara Malaysia...   Chin Peng ni patutkah di beri warganegara Malaysia... Icon_minitime28/5/2009, 11:29 am

Adam ditembak komunis ketika pertahan negara

KUALA PILAH 27 Mei - Peristiwa lapan anggota 'jungle squad' yang ditembak mati oleh pengganas komunis di Sungkai, Perak sekitar tahun 50-an masih segar dalam ingatan Lans Koperal Adam Yaacob (gambar).

''Saya tidak akan melupakan sejarah hitam itu ketika kami dari pasukan Batalion Ke-2 Rejimen Askar Melayu dikerah menyertai operasi menyelamat tetapi mereka terlebih dahulu diganyang pengganas komunis.

''Pengganas komunis adalah manusia yang kejam. Tiada hati perut dan apa yang mereka tahu ialah menguasai dengan kekerasan," kata Adam yang kini berusia 76 tahun di sini hari ini.

Adam merupakan penerima Military Medal (MM) daripada Pesuruhjaya Tinggi British Tanah Melayu, Sir Donald MacGilivray di King House, Kuala Lumpur pada tahun 1956 di atas jasa membunuh pengganas komunis dengan menggunakan bayonet.

Sambil memperlihatkan riak wajah yang garang, Adam memulakan kisah perjuangannya untuk mempertahankan Tanah Melayu ketika itu dengan menunjukkan aksi cara dia menumbangkan dua pengganas komunis dengan menggunakan senjatanya.

''Saya benamkan bayonet di belakang salah seorang pengganas komunis sehingga mati dan menikam seorang lagi di paha.

''Pengganas yang saya tikam pada paha itu cuba melarikan diri, saya terus kejar dan membenam bayonet juga di belakangnya berkali-kali. Ketika itulah saya terkena satu tembakan mengenai betis daripada pengganas berkenaan," katanya.

Sebab itulah, katanya, amat malang sekali apabila pada hari ini ada pula orang yang cuba membawa pulang pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

''Tiada gunanya membawa masuk penderhaka ke dalam negara ini. Kita tidak bertuankan Chin Peng. Dia musuh kami. PKM telah menyusahkan penduduk Malaya," ujar beliau.

Kata Adam, dia masih ingat ketika memburu Chin Peng dalam hutan di Sungkai dan setiap kali dia bertembung, pemimpin komunis itu pantas melarikan diri.

''Memang kalau saya jumpa dia dan dapat mengejar Chin Peng waktu itu, saya akan menembaknya. Dia cekap melarikan diri," ujarnya.

Adam berkata, Chin Peng mahu menuntut haknya ke atas Tanah Melayu dan mujurlah Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman tidak mengizinkannya.

Jika tidak, katanya, sudah tentu ada Parti Komunis di negara ini.

''Dia telah mengganggu kestabilan negara. Saya adalah orang yang akan menentang kemasukan Chin Peng ke negara ini kerana saya merupakan 'pemburu' Chin Peng waktu itu," jelas beliau.

Klu sya dia ni patut di hukum Gantung sdh bah sbb 'penganas'. rambo cry
Back to top Go down
aku_alli
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
aku_alli

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : WP Labuan
Website : nebiula.blogspot.com
Tag ID: : SFC 04520

Points : 13214
Reputation : 10
Number of posts : 1680

Chin Peng ni patutkah di beri warganegara Malaysia... Empty
PostSubject: Re: Chin Peng ni patutkah di beri warganegara Malaysia...   Chin Peng ni patutkah di beri warganegara Malaysia... Icon_minitime28/5/2009, 11:36 am

untuk apa bawa chin peng masuk malaysia? cuba search di google siapa yang mengusulkan CP di bawa masuk n dr parti mana dia. sori aku trcakap pasal politik sket. setau aku setakat ni tahanan ISA baru india dan melayu. ada harapan mencatat sejarah manusia tu.kohkohkoh.
Back to top Go down
General PG
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
General PG

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Cowboi Town mariiiii...
Tag ID: : SFC 05958
Points : 12415
Reputation : 6
Number of posts : 1024

Chin Peng ni patutkah di beri warganegara Malaysia... Empty
PostSubject: Re: Chin Peng ni patutkah di beri warganegara Malaysia...   Chin Peng ni patutkah di beri warganegara Malaysia... Icon_minitime26/6/2009, 10:05 am

Undang-undang manusia yang cipta,,, manusia kga yang mengubah,, pastu di langgar jgak balik...
Back to top Go down
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14147
Reputation : 6
Number of posts : 2276

Chin Peng ni patutkah di beri warganegara Malaysia... Empty
PostSubject: Re: Chin Peng ni patutkah di beri warganegara Malaysia...   Chin Peng ni patutkah di beri warganegara Malaysia... Icon_minitime5/7/2009, 9:54 pm

tidak payah bawa masuk
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
ShUfFlE BoYz
SENIOR
SENIOR
ShUfFlE BoYz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 28
location : Labuan - Miri
Tag ID: : sfc 05259
Points : 12225
Reputation : 1
Number of posts : 786

Chin Peng ni patutkah di beri warganegara Malaysia... Empty
PostSubject: Re: Chin Peng ni patutkah di beri warganegara Malaysia...   Chin Peng ni patutkah di beri warganegara Malaysia... Icon_minitime6/7/2009, 6:29 pm

x payah bgi masuk
Back to top Go down
Sponsored content




Chin Peng ni patutkah di beri warganegara Malaysia... Empty
PostSubject: Re: Chin Peng ni patutkah di beri warganegara Malaysia...   Chin Peng ni patutkah di beri warganegara Malaysia... Icon_minitime

Back to top Go down
 

Chin Peng ni patutkah di beri warganegara Malaysia...

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: KECOH KECOH SITU SANA SINI :: Fakta kecoh-
Jump to: