SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Cara mengatasi masalah enjin tidak berfungsi. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Cara mengatasi masalah enjin tidak berfungsi. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Cara mengatasi masalah enjin tidak berfungsi.

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
mnaz
REGULAR
REGULAR
mnaz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 41
location : tuaran-sipitang
Tag ID: : SFC 05636
Points : 11815
Reputation : 7
Number of posts : 403

Cara mengatasi masalah enjin tidak berfungsi. Empty
PostSubject: Cara mengatasi masalah enjin tidak berfungsi.   Cara mengatasi masalah enjin tidak berfungsi. Icon_minitime4/6/2009, 6:24 pm

ENJIN
adalah elemen terpenting bagi sesebuah kenderaan. Namun, ada ketikanya
jika tidak bernasib baik, enjin tidak dapat dihidupkan walaupun kunci
sudah diputar ke arah start.


Ada beberapa kemungkinan kerosakan yang boleh terjadi berdasarkan gejala, sebab dan pembaikan yang boleh dilakukan.

Jika
ada masalah dengan sistem pemula (starter), kita perlu belajar cara
menghidupkan enjin apabila bateri dan/atau motor starter dalam keadaan
rosak.

Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana
bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat
start dengan prosedur berikut:

l Hidupkan enjin dengan menolak
kenderaan (untuk kereta manual). Meskipun bateri dalam keadaan lemah,
enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila
bateri sekurang-kurangnya masih dapat dapat menerangkan lampu besar.

Pertama,
nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang untuk
menolak kenderaan anda ke depan. Apabila kenderaan sudah bergerak cukup
cepat, maka lepaskan pedal. Apabila enjin sudah dapat berfungsi,
pijaklah segera pedal sementara itu pijaklah pedal minyak untuk
meninggikan putaran enjin.

Menggunakan prosedur yang sama,
kereta juga dapat dihidupkan dengan cara ditarik kenderaan lain.
Prosedur kedua-dua cara itu tidak dapat digunakan untuk kereta

automatik.

l
Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan
bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan lain dengan bateri yang
baik dan tersedia kabel yang cukup panjang, maka enjin dapat dihidupkan
dengan menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan
negatif dari kedua-dua kenderaan itu. Kaedah ini dapat dilakukan
apabila kedua-dua bateri mempunyai kuasa yang sama.

Satu lagi masalah yang mungkin dihadapi ialah motor starter berfungsi tetapi enjin tidak dapat dihidupkan.

Ketika
suis kontak starter diputar, motor starter berfungsi tetapi gandar
enjin tidak berputar. Dan dalam keadaan lain pula, ketika suis kontak
starter diputar, enjin dapat berfungsi tetapi tidak berjalan dengan
baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.

Pelan bersiar-siar
ditangguhkan sehingga masalah diatasi. Kini mereka meneruskan misi
untuk mengesan masalah yang terjadi. Dalam keadaan itu, antara
kerosakan yang mungkin berlaku adalah kerosakan pada motor starter,
gigi motor starter atau roda daya rosak.

Kejadian itu bukan kali
pertama terjadi. Dalam keadaan lain ketika suis kontak diputar, motor
starter berfungsi dan gandar enjin berputar cepat tetapi enjin tidak
dapat berfungsi atau ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat
berfungsi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.

Dalam
kedua-dua kes itu mereka mungkin berhadapan dengan kerosakan pada
sistem penyaluran bahan bakar (sistem petrol) atau sistem penyalaan.
Apabila motor starter berfungsi dan dapat memutar gandar enjin dengan
baik, tetapi enjin tidak dapat berfungsi, maka hal itu menunjukkan
kerosakan tidak berlaku pada bateri dan peralatan start.

Biasanya,
apabila proses mampatan dapat berjalan lancar, enjin tidak akan secara
tiba-tiba rosak. Justeru, kerosakan harus dicari pada sistem penyaluran
petrol dan sistem penyalaannya.

Apabila keadaan itu terjadi,
perkara yang harus diperiksa adalah: adakah minyak dalam tangki, adakah
minyak dalam karburetor cukup? Jika cukup, ini bermakna kerosakan
mungkin terletak pada sistem penyalaan.

Jika melimpah pula
(karburator basah), enjin sukar distart kerana minyak yang masuk dalam
ruang pembakaran terlalu banyak. Minyak melimpah biasanya terjadi
kerana tutup jarum yang mengendalikan kemasukan minyak ke ruang
pelampung (dalam karburator) tidak berfungsi, mungkin kerana tersekat
habuk.

Jika melimpah adalah sebab kegagalan enjin dihidupkan,
keluarkan minyak daripada karburator, bersihkan kotoran di tutup jarum
dan masuk semula minyak.

Enjin yang karburetor melimpah boleh
dihidupkan dengan cara berikut. Pijak pedal petrol sepenuhnya, jalankan
motor starter. Minyak yang masuk dari karburetor ke silinder melalui
saluran isap dapat dihilangkan dan selepas itu enjin dapat berfungsi.
Kawal injak minyak sedemikian sehingga putaran enjin terlalu tinggi.

Meskipun
demikian, ada kemungkinan enjin tidak dapat berfungsi, sedangkan
karburator tetap melimpah. Dalam hal ini, jika tidak tahu membetulkan
sendiri, adalah lebih baik bawa ke bengkel untuk dibaiki...





Back to top Go down
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14161
Reputation : 6
Number of posts : 2276

Cara mengatasi masalah enjin tidak berfungsi. Empty
PostSubject: Re: Cara mengatasi masalah enjin tidak berfungsi.   Cara mengatasi masalah enjin tidak berfungsi. Icon_minitime11/6/2009, 4:30 am

very good la...boleh dipraktikan..tima kasih sifu
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
 

Cara mengatasi masalah enjin tidak berfungsi.

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: TIPS & INFOMATION AUTOMOBILE-
Jump to: