SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT - Page 2 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT - Page 2 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2
AuthorMessage
MiRA_TaSHa
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
MiRA_TaSHa

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 00002
Points : 13012
Reputation : 0
Number of posts : 2047

KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT - Page 2 Empty
PostSubject: KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT   KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT - Page 2 Icon_minitime4/9/2007, 8:30 am

First topic message reminder :

~forwarded by e-mail~

KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT - PEMENANG KATEGORI PELAKON KANAK2 TERBAIK FFM20


[size=9]
Malam 4 Ogos lalu, di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang,pelakon filem Mukhsin, Mohd. Syafie Naswip diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada acara gemilang Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20). Sejurus itu, seorang kanak-kanak berusia 15 tahun melangkah yakin ke pentas penerima trofinya. Dewan bergema dengan tepukan gemuruh penonton. Turut menyaksikannya, jutaan penonton Astro yang membuat siaran langsungnya. Namun malam itu, nun di sudut hati Syafie, tercalit rasa hiba kerana kejayaan itu tidak dapat dikongsi bersama ibu yang dikasihi.



"Rumah saya tak ada Astro. Saya dah telefon mak, nak beritahu, tapi tak
dapat," adunya tatkala Kak Tim bertanyakan, apa kata ibunya tentang kemenangannya.

Memang sejak dari awal, kanak-kanak ini menarik perhatian Kak Tim. Walaupun Finas menyediakan bas untuk membawa delegasi festival itu ke Pulau Pinang, tapi pelakon kanak-kanak lain, datang bersama anggota keluarga masing-masing. Cuma Syafie yang Kak Tim perhatikan,
bersendirian.

"Saya nak juga bawa emak. Tapi dia orang kata kena bayar," jelas Syafie selamba. "Bapa kerja apa?" Tanya Kak Tim. "Pemotong rumput. Kadang-kadang cat rumah orang juga," tulus dan bersahaja dia menjawab. "Tak sekolah?" Tanya Kak Tim lagi. "Sekolah di Gombak. Tahun ini ambil PMR. Sebab itu hampir saja saya tidak

dapat ikut festival ni. Cikgu tak beri. Dia kata asyik shooting saja. Dia bimbang, nanti saya tak dapat fokus PMR. "Tapi saya merayu. Keluarga saya orang susah dan saya anak tunggal. Shooting pun dapat duit. Hari tu, saya berlakon empat drama, dapat duit. Boleh juga bantu keluarga," kata Syafie.

"Berlakon filem Mukhsin dulu tu, saya dapat RM10,000. Saya bagi emak RM500 dan ayah RM500. Selebihnya saya simpan.

Saya nak jadi jurukamera filem. Nanti kalau nak ambil kursus tu tentu kena
pakai banyak duit. Nasiblah akhirnya cikgu izinkan saya ke festival."

Begitu cerita Syafie panjang lebar, lalu tersenyum menyerlahkan lesung pipit di pipi kiri dan kanannya. Dan pada pagi delegasi berkumpul di Finas untuk berangkat ke Pulau Pinang, Syafie merupakan orang pertama sampai di Finas. "Saya tak tahu pukul berapa bas nak bertolak. Orang kata pagi. Jadi saya tunggu ajalah. Nasib Finas sediakan nasi lemak"

Rupanya ada yang cerita pada Kak Tim, semasa rombongan berhenti makan tengahari di Tapah, Perak, Syafie tidak turut serta. "Dia tertinggal duit," bisik sumber.

Kasihan. Tapi kanak-kanak itu ada harga diri. Dia tidak kelihatan sewaktu orang sibuk menjamu selera di kawasan Rawat dan Rehat Tapah itu. Entah di mana dia menyembunyikan diri. "Tak apa. Saya dah biasa macam tu," kata Syafie selamba disaat Kak Tim tanyakan kenapa tak beritahu masalahnya. "Tapi sekarang saya dah ada duit. Nek Mah (Ruminah Sidek) bagi. Masa sampai di lobby hotel, tiba-tiba Nek Mah bagi saya RM50." Sekali lagi kanak-kanak ini menyerlahkan lesung pipitnya.

Dan sewaktu perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. ketika bas singgah di Hentian Sungai Perak, Kak Tim tengok Syafie membeli sebiji limau bali. "Duit yang Nek Mah bagi, masih ada baki. Limau ni saya beli untuk mak. Buah
tangan," katanya tersenyum.

Sampai di Finas, Syafie dijemput ayahnya. Dia bukan saja membawa pulang trofi dan buah limau untuk ibunya. Tapi wang hadiah kemenangannya sebanyak RM10,000.

Itulah Mohd. Syafie Naswip, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM20 yang cuba mencari pengalaman sebagai pelakon untuk menjadi jurukamera filem bagi merubah kehidupan keluarganya.

KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT - Page 2 Pic18110
Back to top Go down
http://www.tagged.com/mira_tasha

AuthorMessage
the BLitz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
the BLitz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : kota belud
Tag ID: : SFC 04544
Points : 13094
Reputation : 11
Number of posts : 1700

KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT   KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT - Page 2 Icon_minitime5/2/2009, 7:19 pm

owh tuah ayam nmpk di kaki, tuah org siapa tahu kan...kira more then matang sdh ni budak kan..pndi cari makan utk family udah...halal lagi tu.. Bagus
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/user.php?src=login
napster
MODERATOR
napster

Male
Countries/State : Selangor
Age : 40
location : KLIA (hometown papar)
Tag ID: : SFC 03920
Points : 17602
Reputation : 116
Number of posts : 6364

KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT   KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT - Page 2 Icon_minitime7/2/2009, 11:04 am

uhuhuh... terharu aku baca berita ni...
Back to top Go down
ah chong
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ah chong

Male
Countries/State : Australia
Age : 41
location : melbourne,australia
Website : www.angle-d5.com/ahchong sioloon
Tag ID: : SFC 06241
Points : 12687
Reputation : 10
Number of posts : 1288

KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT   KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT - Page 2 Icon_minitime31/10/2009, 10:41 pm

cayalha...keep it up...jan putus asa n terus kan usaha sampai berjaya...
Back to top Go down
Sponsored content




KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT - Page 2 Empty
PostSubject: Re: KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT   KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT - Page 2 Icon_minitime

Back to top Go down
 

KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 2 of 2Go to page : Previous  1, 2

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: