First topic message reminder :
1) Letakkan catatan 'Aku Cinta Padamu' di meja makan ketika kamu dan si dia makan bersama. Mungkin ianya hanya sekeping kertas, tetapi ia mampu membuat si dia tersenyum kembali kerana makna disebalik kertas tersebut cukup membuatkan hatinya kembali berbunga-bunga.
2) Kirimkan sebuah e-mel pada si dia yang berisi sebuah puisi cinta. Si dia pasti terharu apabila membaca bait-bait puisi tersebut kerana tidak menyangka begitu besar cintamu padanya.
3) Kirimkan kad ucapan cinta pada si dia. Lebih romantis lagi andainya kamu melakukannya setiap hari. Si dia yang merajuk pasti akan kembali sejuk melihat usahamu yang tidak putus asa memujuknya.
4) Kirimkan bunga dengan catatan ringkas 'Aku Cinta Padamu'.
5) Senaraikan semua sebab-sebab mengapa kamu mencintainya dan kemudian serahkan padanya untuk dia membaca sendiri isi hatimu. Si dia tentu akan sedar biarpun kamu telah menyinggung perasaannya, namun hakikat sebenarnya kamu juga amat mencintainya.
6) Luangkan waktu khusus hanya untuk berduaan dengan si dia dan meluahkan perasaan kamu padanya. Katakan padanya kamu juga manusia biasa yang punya kekurangan. Maafkanlah kekurangan yang ada pada dirimu itu.
7) Biarpun mungkin suara kamu agak sumbang namun tidak ada salahnya kamu menyanyikan lagu cinta untuknya. Pasti si dia terhibur dengan gelagat kamu itu.
8) Cubalah mengambil hatinya dengan memasak makanan kegemaran si dia. Tentunya apabila si dia merasa makanan tersebut segala yang tersimpan dalam hatinya akan terus dilupakan.
9) Saat menemuinya, berikan senyuman kamu yang paling manis dan tatap matanya dalam-dalam. Biarpun mungikin kamu tidak suarakan cinta kamu padanya namun pandangan mata kamu sudah cukup menjelaskan segala-galanya.
10) Jika kamu dan si dia terpisah jarak, lakukan kunjungan kejutan. Si dia pasti akan terharu melihat pengorbanan kamu yang sanggup datang jauh-jauh semata-mata mahu memujukmu.