| “YANG HIDUP… BERSEDIAKAH KITA UNTUK…?” | |
|
Author | Message |
---|
m_hafiz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 42 location : Borneo Paradise,)mcm d kK,) Tag ID: : SFC 05031 Points : 12556 Reputation : 7 Number of posts : 1146
| Subject: “YANG HIDUP… BERSEDIAKAH KITA UNTUK…?” 24/8/2009, 3:58 pm | |
| TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!! Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Mak a Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah BIJAK |
|
| |
bod_supersperm SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : kota kinabalu sabah Tag ID: : SFC 03551 Points : 14161 Reputation : 6 Number of posts : 2276
| Subject: Re: “YANG HIDUP… BERSEDIAKAH KITA UNTUK…?” 24/8/2009, 4:25 pm | |
| insaf bro..tq tq..di mana ko dpat info ni bro??ada lagi kah?? |
|
| |
veratista OBSERVER
Countries/State : Age : 43 location : PENAMPANG Points : 12111 Reputation : 0 Number of posts : 312
| Subject: Re: “YANG HIDUP… BERSEDIAKAH KITA UNTUK…?” 25/8/2009, 1:12 am | |
| bagus bagus.insaf dalam 7 hari, jadi setan balik selepas tujuh hari |
|
| |
De_Scarlet CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 36 location : B'One.. Tag ID: : SFC06536 Points : 12537 Reputation : 1 Number of posts : 1165
| Subject: Re: “YANG HIDUP… BERSEDIAKAH KITA UNTUK…?” 7/10/2009, 7:13 pm | |
| sungguh meninsafkan la broo.. tq tq dr mana bro dapat ni?
|
|
| |
Drifter@D5 SENIOR
Countries/State : Age : 42 location : kuantan phg Points : 12065 Reputation : 6 Number of posts : 521
| Subject: Re: “YANG HIDUP… BERSEDIAKAH KITA UNTUK…?” 8/10/2009, 4:32 pm | |
| igtan yg bagus thanx for the info |
|
| |
achtung FRESHIE
Countries/State : Age : 42 location : bukit minyak gas - wongwo lo - manumbok - kota kinabalu Points : 11079 Reputation : 1 Number of posts : 26
| Subject: Re: “YANG HIDUP… BERSEDIAKAH KITA UNTUK…?” 8/10/2009, 4:53 pm | |
| ustat&ustajah bilang mun silalu sakit punggung atu tandanya ...malaikat maut parnah datang melawat kita |
|
| |
areyang@LA SENIOR
Countries/State : Age : 38 location : KePaYaN ridGE '''' TeNoM Tag ID: : SFC 06134 Points : 12124 Reputation : 10 Number of posts : 766
| Subject: Re: “YANG HIDUP… BERSEDIAKAH KITA UNTUK…?” 21/11/2009, 7:23 pm | |
| terima ksh kerna memberi info yg sgt baik... lepas baca ni gerenti dah nak insaf... taw2 jak lah ajal maut d tgn tuhan..bila2 masa jak dia nak kita... |
|
| |
aint_87 CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 67 location : SABAH TANAH AIRKU.. Tag ID: : SFC 04769 Points : 12512 Reputation : 9 Number of posts : 1199
| Subject: Re: “YANG HIDUP… BERSEDIAKAH KITA UNTUK…?” 21/11/2009, 7:30 pm | |
| subhanallah.. |
|
| |
m_hafiz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 42 location : Borneo Paradise,)mcm d kK,) Tag ID: : SFC 05031 Points : 12556 Reputation : 7 Number of posts : 1146
| Subject: Re: “YANG HIDUP… BERSEDIAKAH KITA UNTUK…?” 23/11/2009, 4:38 pm | |
| yup bila2 masa ja ajal akn menjemput kita,siapa yg tahu masa dn bila,...allahwualam....Aku dpt info ni masa search2 kt tenet ja,)...yg best aku copy ar....)utk d kongsi bersama2..... |
|
| |
areyang@LA SENIOR
Countries/State : Age : 38 location : KePaYaN ridGE '''' TeNoM Tag ID: : SFC 06134 Points : 12124 Reputation : 10 Number of posts : 766
| Subject: Re: “YANG HIDUP… BERSEDIAKAH KITA UNTUK…?” 23/11/2009, 10:01 pm | |
| - m_hafiz wrote:
- yup bila2 masa ja ajal akn menjemput kita,siapa yg tahu masa dn bila,...allahwualam....Aku dpt info ni masa search2 kt tenet ja,)...yg best aku copy ar....)utk d kongsi bersama2.....
Ok bah ni info .... yupsss copy jak best2 ... klu boleh cr yg utk mnyedarkan manusia yg dah x reti nak hdp baik .... hehehee.. |
|
| |
EzanDinda CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 42 location : Keningau-TamBunan-B`fort Tag ID: : SFC 07877 Points : 12351 Reputation : 16 Number of posts : 1151
| Subject: Re: “YANG HIDUP… BERSEDIAKAH KITA UNTUK…?” 23/11/2009, 10:26 pm | |
| info yg sanggat2 berguna..lebih2 lagi sdah mau hampir dgn hari raya aidiladha..mmg manusia ni akan ingat ALLAH bila dlm kesusahan..tp bila senang siapa pun tdk akan ingat pdNYA.... hehe...tulung2 lagi ahh cari2 info yg macam ni..yg bleh menyedarkan setiap yg membaca dan memahaminya... |
|
| |
m_hafiz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 42 location : Borneo Paradise,)mcm d kK,) Tag ID: : SFC 05031 Points : 12556 Reputation : 7 Number of posts : 1146
| Subject: Re: “YANG HIDUP… BERSEDIAKAH KITA UNTUK…?” 24/11/2009, 8:33 am | |
| insyallah,...Sya sendiri pun kdg pandai tersasar jua dari landasan,tapi bila ada terbaca2 benda macam ni,kenal jua ar diri macam mana,...enjoy2 juga,tapi jgn tidak ingat dunia,) |
|
| |
joyce JUNIOR
Countries/State : Age : 35 location : kota kinabalu Tag ID: : SFC tag i Points : 11151 Reputation : 1 Number of posts : 108
| Subject: Re: “YANG HIDUP… BERSEDIAKAH KITA UNTUK…?” 30/11/2009, 12:33 am | |
| thanks 4 the info..hhuhuhu...insaf seketika...heheheh |
|
| |
m_hafiz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 42 location : Borneo Paradise,)mcm d kK,) Tag ID: : SFC 05031 Points : 12556 Reputation : 7 Number of posts : 1146
| Subject: Re: “YANG HIDUP… BERSEDIAKAH KITA UNTUK…?” 3/12/2009, 10:37 am | |
| insaf sekejap ja pas 2 buat lgiKN,huhuhu...Tu ar tanda akhir Zaman... |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: “YANG HIDUP… BERSEDIAKAH KITA UNTUK…?” | |
| |
|
| |
| “YANG HIDUP… BERSEDIAKAH KITA UNTUK…?” | |
|