|
| Author | Message |
---|
neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: SANA SINI SUKAN.. 23/9/2009, 8:02 am | |
| MARI KITA KONGSI DAN UPDATE BERITA SUKAN SETEMPAT DAN LUAR NEGARA DI SINI... |
| | | neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: SANA SINI SUKAN.. 23/9/2009, 8:03 am | |
| Liga Malaysia diswastakan?
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin menswastakan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2011 jika pelbagai masalah masih lagi membelenggu perjalanan liga tahun depan. Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, antara masalah terbabit adalah kewangan seperti pembayaran gaji pemain dan pegawai, kemerosotan kualiti permainan dan kekurangan sambutan daripada penonton. "Saingan Liga M musim depan akan menjadi medan terakhir FAM mencari jalan keluar daripada permasalahan itu dan kerana itu juga terdapat beberapa syarat tambahan kepada pasukan yang bertanding," katanya baru-baru ini. Antara syarat yang perlu dipenuhi semua pasukan adalah membayar deposit penyertaan kepada FAM dan mempunyai bukti kedudukan kewangan yang kukuh sepanjang musim bagi mengharungi saingan Liga M musim depan.
Pasukan yang bersaing dalam Liga Super juga perlu membayar deposit penyertaan sebanyak RM150,000 manakala RM100,000 kepada pasukan yang bertanding dalam Liga Perdana. Pasukan Liga Super pula perlu mempunyai bukti kedudukan kewangan berjumlah RM2.5 juta manakala Liga Perdana adalah RM1.5 juta. "Jika semua syarat-syarat itu dapat dipenuhi dan dipandang serius oleh anggota-anggota gabungan, ia merupakan satu petanda yang baik untuk bola sepak negara ini," katanya. Ketika ditanya kenapa FAM perlu menunggu sehingga 2011 sedangkan telah terbukti liga-liga luar negara yang diswastakan telah pun berjaya, Azzuddin berkata, ia berhubung rapat dengan budaya rakyat Malaysia. "Cara kita sebagai rakyat Malaysia adalah dengan berdialog terlebih dulu, serta memberi ruang yang secukupnya sehingga sampai satu tahap apabila semuanya telah diberi barulah tindakan diambil," katanya. Azzuddin berkata, anggota-anggota gabungan perlu menggunakan masa yang ada untuk berubah terutamanya bagi mencari dana serta mengambil insiatif sendiri untuk membuat hala tuju persatuan. "Ini kerana dalam beberapa aspek seperti mencari sumber kewangan serta pengurusan dan pentabdiran anggota-anggota gabungan FAM tidak boleh campur tangan kerana ia tidak dibenarkan oleh perlembagaan persatuan," katanya. Liga M kini diuruskan sepenuhnya oleh FAM di mana terdapat jawatankuasa-jawatankuasa tertentu dibentuk bagi mengendalikan perjalanannya. - Bernama |
| | | neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: SANA SINI SUKAN.. 23/9/2009, 8:04 am | |
| Nicol sudah belajar
| NICOL sudah bersedia mempertahankan kejuaraannya pada Kejohanan Terbuka Dunia 2009.
|
BELANDA - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David sudah belajar daripada kesilapan. Kini dia bersedia untuk mempertahankan kejuaraannya pada Kejohanan Terbuka Dunia yang bermula hari ini. Itu pandangan jurulatih Nicol, Liz Irving selepas mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan pemain No. 1 dunia itu selepas Nicol tersingkir pada pusingan suku akhir Terbuka Britian minggu lepas. Nicol yang memegang status No. 1 dunia sejak tiga tahun lepas, gagal mempertahankan kejuaraanya di Manchester apabila tewas kepada pemain Ireland, Madeline Perry. "Dia (Nicol) sudah belajar dari kesilapan," kata Irving. "Nicol sedar apa yang yang tidak kena dalam permainan di Manchester lalu. Madeline mempunyai peluang untuk menewaskan Nicol dan dia tidak mempersiakan peluang tersebut. "Namun kali ini, saya rasa Nicol akan lebih bersedia untuk mempertahankan kejuaraannya. "Kami sering berbincang mengenai perkara ini dan ia amat penting kerana apabila pemain sudah mempunyai kepercayaan yang penuh terhadap jurulatih, kita dapat menyelesaikan banyak perkara melalui perbincangan." Menurut Irving, meskipun Nicol bergelar pemain No. 1 dunia, namun masih banyak yang perlu dipelajari oleh jaguh kelahiran Pulau Pinang itu. "Hakikatnya, Nicol baru berusia 26 tahun," tambah Irving. "Dia masih muda dan masih banyak yang perlu dipelajari. Dia memang jujur berkaitan perkara ini. Dia tidak malu untuk belajar meskipun sudah berada di puncak." |
| | | neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: SANA SINI SUKAN.. 23/9/2009, 8:07 am | |
| Ranjau liku nanti Chong Wei
HARAPAN untuk segera menebus dendam mungkin tiada, namun ia tidak bermakna laluan mudah menanti pemain badminton nombor satu dunia, Lee Chong Wei apabila turun memburu gelaran pada Siri Super Terbuka Jepun, hari ini.
Tanpa kelibat Lin Dan - yang menundukkannya pada separuh akhir Masters China, Sabtu lalu - Chong Wei tetap berdepan laluan penuh ranjau ketika cuba memiliki kembali gelaran pernah dimenanginya, dua tahun lalu.
“Apa yang penting ialah supaya Chong Wei mampu bangkit selepas kekalahan di Masters China. Ia akan memberikannya penguat keyakinan yang terbaik,” kata ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek.
Chong Wei sebenarnya memang menanti peluang untuk segera menundukkan Lin Dan, seperti pernah dilakukannya menerusi kemenangan pada final Terbuka Switzerland seminggu selepas kalah pada aksi kemuncak Seluruh England, Mac lalu.
Tetapi di Tokyo kali ini, Lin Dan memilih untuk tidak turut serta. Cuma bezanya, ujian getir menanti Chong Wei sejak awal lagi, apabila diundi menentang jaguh Thailand, Boonsak Ponsana - lawan diatasi Lin Dan pada final Masters China - pada pusingan pertama. |
| | | neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: SANA SINI SUKAN.. 23/9/2009, 8:12 am | |
| Terbuka Malaysia peluang buru tiket ke Jelajah Dunia
DENGAN kejohanan tenis utama terakhir kini sudah berlalu dan pemain memasuki penghujung musim, Terbuka Malaysia Proton, Kuala Lumpur 2009 adalah satu kejohanan yang membenarkan mereka mengutip mata ranking penting dalam usaha memburu lapan tempat dalam pusingan akhir Jelajah Dunia ATP Barclays di London.
Terbuka Malaysia akan membuka minggu jelajah Asia dengan acara ini berbangga dengan penampilan dua pemain daripada kelompok 10 teratas dan tujuh daripada kelompok 20 teratas iaitu suatu himpunan membanggakan buat acara Jelajah Dunia ATP 250.
“Kami sedang berusaha ke arah mencipta pengalaman menarik buat pemain, peminat, penaja dan media pada minggu yang menyaksikan mereka mempunyai sesuatu untuk dinikmati dan pastinya diingati,” kata pengarah kejohanan, Nick Freyer. Nikolay Davydenko dan Fernando Verdasco sudah mengukuhkan kedudukan mereka dalam kelompok 10 pemain teratas masing-masing pada kedudukan lapan dan sembilan tetapi Robin Soderling bergerak satu anak tangga ke tempat ke-11. Ia juga disahkan bahawa Fernando Verdasco akan bermain perlawanan pertamanya Khamis depan.
“Pastinya ia adalah menarik jika persembahan Robin di KL membenarkannya menembusi kelompok sepuluh teratas buat pertama kali? Ia akan menjadikan KL tempat yang istimewa buatnya,” tambah Freyer.
Pemain terkemuka lain yang akan hadir ke Terbuka Malaysia juga sudah mengesahkan kedudukan ranking mereka selepas Terbuka AS. Fernando Gonzalez di tempat ke-12, Gael Monfils (13), Tomas Berdych (18) dan hanya lima mata daripada 17 dan David Ferrer (19). |
| | | neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: SANA SINI SUKAN.. 24/9/2009, 12:50 pm | |
| 24 SEPT 2009 Bawah 20 ke Pra Sukan SEASKUAD Harimau Muda gigih berlatih bagi menghadapi kejohanan Pra Sukan SEA di Vientiane, Laos dari 2 hingga 6 Oktober depan.
MALAYSIA hanya akan menghantar skuad bawah 20 tahun (B-20) negara, Harimau Muda untuk beraksi pada Kejohanan Bola Sepak Jemputan Pra Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos dari 2 hingga 6 Oktober depan. Ini kerana, semua pemain skuad B-23 negara kendalian K. Rajagobal akan beraksi pada siangan Piala Malaysia bermula Sabtu ini kecuali enam pemain Harimau Muda iaitu Ahmad Shakir Md. Ali, K. Gurusamy, Fandi Othman, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli dan Faizal Muhamad. Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata, seramai 29 pemainnya termasuk enam pemain tersebut mula turun menjalani latihan petang semalam sebagai persiapan menghadapi Pra Sukan SEA itu. "Sebenarnya skuad Harimau Muda bakal menghadapi dua kejohanan. Selepas Pra Sukan SEA di Laos ini, kami akan terus ke Vietnam untuk Kejohanan Jemputan B-21 Piala Newspaper 2009 bermula 9 Oktober depan. "Daripada 29 pelatih yang ada ini, kita akan berlepas ke Laos Rabu depan dengan hanya membawa 20 pemain terbaik gabungan separuh pemain B-18 dan separuh pemain B-20," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam. Menurut Kim Swee, bagi Pra Sukan SEA, Malaysia akan membuka tirai saingan bertemu Thailand pada 2 Oktober diikuti perlawanan menentang Vietnam pada 4 Oktober dan Laos pada 6 Oktober. "Kejohanan berlangsung secara liga satu pusingan. Hanya Laos turunkan skuad B-23 manakala Thailand dan Vietnam akan hantar pasukan B-19 yang pernah kita bertemu pada Kejohanan B-19 ASEAN (AFF) di Vietnam Ogos lalu. "Kejohanan ini satu pengalaman baik buat pemain muda kita terutama enam pemain kita yang akan bersama skuad B-23 ke Sukan SEA Disember depan. Mereka dapat mengambil kesempatan merasai suasana dan keadaan padang di Laos," jelasnya. Bagi saingan Piala Newspaper 2009 pula, Kim Swee berkata, Malaysia akan bertemu Iran B-21 pada 9 Oktober dan China B-21 pada 11 Oktober bagi saingan Kumpulan B manakala Kumpulan A pula membariskan tuan rumah, Vietnam, Thailand dan Singapura. "Kita diundi dalam kumpulan sukar tetapi kita harus cuba beri saingan untuk mara ke separuh akhir. Dua kejohanan ini cukup penting sebagai persiapan kita ke pusingan kelayakan Kejohanan B-19 Asia (AFC) 2010 di China, November depan," ujarnya. |
| | | neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: SANA SINI SUKAN.. 24/9/2009, 12:51 pm | |
| 24 SEPTEMBER 2009 Peraturan baru membebankan?KANCAH bola sepak Liga Malaysia 2009 belum berakhir, namun rombakan yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk musim 2010 nampaknya mengundang pelbagai reaksi daripada persatuan bola sepak negeri. Rombakan tersebut menyaksikan Persatuan Bola Sepak Sarawak antara pasukan yang tidak bersedia dan mengancam untuk menarik diri buat sementara waktu. Ini berikutan masalah kewangan yang melanda pasukan itu dan beberapa pasukan lain antaranya UPB-MyTeam yang hampir menarik diri daripada saingan Piala Malaysia 2009. Ekoran daripada itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa (gambar) mengambil inisiatif untuk mengadakan kunjungan hormat ke semua persatuan bola sepak negeri. Menurutnya, beliau akan menemui rakan sejawatnya bagi membincangkan secara hati ke hati selain berkongsi masalah yang dihadapi. “Saya dapati banyak persatuan bola sepak negeri mempunyai masalah tersendiri tetapi mereka tidak menzahirkan masalah tersebut dan terpaksa memikul beban. “Sebagai contoh, peraturan FAM yang menghendakkan persatuan bola sepak negeri mendepositkan RM150,000 untuk menyertai Liga M musim depan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Tambahnya, peraturan baru ini agak membebankan persatuan kerana mereka bukan sahaja menghadapi masalah menanggung kewangan semasa tetapi turut memikul beban hutang lapuk. Katanya, pertemuan yang akan diadakan ini untuk membincangkan bagaimana persatuan boleh mengkomersilkan pasukan untuk menarik penajaan selain menjamin kelangsungan masa depan bola sepak di negara ini. “Dalam pertemuan itu nanti, kita akan bincangkan masalah serta mencari formula untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. “Sekiranya terdapat ketetapan, kita akan mengajukannya kepada Majlis Mesyuarat FAM supaya ia dapat dibincangkan dan diselesaikan dengan cara yang lebih efisien,” ujarnya. Ditanya kenapa tidak diadakan satu mesyuarat khas yang dihadiri semua presiden persatuan bola sepak negeri, Annuar menjawab: “Pertemuan dengan cara begini mungkin lebih baik kerana dapat saya dapat bertemu mata dengan presiden-presiden persatuan dan berbincang secara lebih dekat tentang masalah yang dihadapi. “Sebelum ini terdapat banyak sangat syarat yang dikenakan FAM sehingga ia menjadi beban kepada pasukan negeri,” jelasnya. |
| | | neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: SANA SINI SUKAN.. 24/9/2009, 12:53 pm | |
| 24 SEPT 2009
Chong Wei mudah atasi cabaran BoonsakCHONG WEI mara ke pusingan kedua Terbuka Jepun.
PERMAINAN kelas dunia dipamerkan oleh jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang mudah menumbangkan naib juara China Masters, Boonsak Ponsana pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Jepun semalam. Chong Wei, pemain No. 1 dunia yang juga pilihan pertama pada Kejohanan Super Series ini menang 21-9, 21-15 ke atas bintang Thailand itu hanya dalam tempoh 34 minit. Pada pusingan kedua hari ini, Chong Wei akan berdepan Simon Santoso selepas bintang muda Indonesia itu menewaskan pemain Taiwan, Hsieh Yu Hsing 21-18, 21-6. Begitupun, di sebalik kegembiraan yang dilakar Chong Wei itu, khabar kurang gembira hadir daripada pasangan utama negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong. Kien Keat-Boon Heong yang diletakkan selaku pilihan kedua dalam acara beregu lelaki terpaksa pulang awal selepas ditunjuk jalan keluar oleh pasangan kurang ternama dari Jepun, Kenichi Hayakawa-Kenta Kazuno. Bekas juara Seluruh England dari Malaysia itu tewas mengejut dua set 16-21, 20-22. Turut pulang awal adalah pemain veteran negara, Wong Choong Hann yang tewas 21-16, 13-21, 12-21 kepada pemain Korea Selatan, Park Sung Hwan. Pemain muda, Pei Wee Chung turut terkandas selepas tumbang kepada pemain England, Andrew Smith 13-21, 14-21. Begitupun, perjuangan pasangan muda, Zakry Abdul Latif dan Fairuzizuan Tazari masih diteruskan selepas mereka melangkah ke pusingan kedua hasil kemenangan dramtik 21-18, 22-24, 21-16 ke atas beregu Thailand, Songphon Anugritaywon-Sudket Prapakamol. Turut melangkah ke pusingan kedua adalah pemain wanita No. 1 negara, Wong Mew Choo yang menewaskan pemain Taiwan, Cheng Shao Chieh 21-9, 16-21, 21-14. |
| | | neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: SANA SINI SUKAN.. 24/9/2009, 12:55 pm | |
| 24 SEPT 2009 Sathia janji bawa perubahanSATHIANATHAN (kanan, depan) diperkenalkan kepada barisan pemain Kelantan kelmarin.
"SAYA tak pernah jumpa sebuah pasukan yang memiliki penyokong yang begitu fanatik dan setia di belakang pasukan. Itulah sebabnya saya ke sini". Demikian ujar ketua jurulatih baru Kelantan, B. Sathianathan yang akan menerajui Sang Kijang pada kempen Piala Malaysia 2009 yang bermula Sabtu ini, lapor KHAIRI MOHAMAD. Menurutnya, beliau sudah lama mengikuti perkembangan pasukan Kelantan dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini pasukan ini serius untuk meningkatkan martabat bola sepak mereka. "Kelantan kini begitu serius dalam menaikkan mutu bola sepak mereka dan mereka ada cita-cita dan sasaran untuk menjadi gergasi bola sepak negara. "Dengan adanya beberapa pemain yang berkaliber serta memiliki nama besar dalam dunia bola sepak di negara ini, saya yakin pilihan saya kali ini tepat," katanya ketika ditemui malam kelmarin. Tambahnya, sokongan daripada peminat juga memainkan peranan yang begitu besar dalam bola sepak dan di Kelantan mereka terlalu gilakan bola. Jelasnya, beliau tidak menolak berdepan dengan tekanan yang begitu memuncak berikutan harapan peminat yang terlalu tinggi. "Pengalaman semasa menjadi jurulatih negara mungkin memberi kelebihan kepada saya untuk mengawal tekanan yang ada dan sebagai jurulatih tekanan adalah satu cabaran yang baik. "Sasaran Kelantan untuk kempen Piala Malaysia jelas dan saya harap saya mampu realisasikan harapan pihak pengurusan dan peminat," jelasnya. Sathianathan sebelum itu menghadiri majlis memperkenalkan beliau secara rasmi sebagai ketua jurulatih Kelantan kepada pemain dan peminat ketika perlawanan persahabatan antara Kelantan dan Pilihan Afrika yang berkesudahan seri 1-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam kelmarin. Sementara itu, ketua pasukan baru Kelantan, Indra Putra Mahyuddin berkata, beliau dan pemain lain tiada masalah untuk memberi kerjasama kepada jurulatih baru mereka. "Secara peribadinya saya tiada masalah dengan beliau dan saya sudah bersama beliau sejak pada usia belasan tahun lagi selain bersama dengan skuad kebangsaan sebelum ini," jelas Indra. "Sebagai pemain, kami perlu cepat menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan yang berlaku dalam pasukan ini termasuk menerima kehadiran jurulatih yang baru." |
| | | neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: SANA SINI SUKAN.. 24/9/2009, 12:56 pm | |
| 24 SEPT 2009 Button jadi pilihan Schumacher
| BUTTON memiliki kelebihan untuk muncul juara dunia pada perlumbaan F1 tahun ini.
|
LONDON - Legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher menjangkakan pemandu Brawn GP, Jenson Button akan muncul juara dunia tahun ini. Button akan beraksi pada perlumbaan Grand Prix (GP) Singapura minggu ini selaku pendahulu keseluruhan dengan berada 14 mata di hadapan rakan sepasukan, Rubens Barrichello. Berdasarkan prestasi semasa, Barrichello yang menjuarai GP Itali di Monza dua minggu lalu menjadi penghalang utama kepada misi Button untuk merekodkan kejuaraan dunia pertamanya dalam karier. Selain itu, dua pemandu Red Bull, Sebastian Vettel dan Mark Webber juga masih berpeluang untuk bergelar juara dunia musim ini. Ketika saingan hanya berbaki empat perlumbaan, Vettel kini ketinggalan 26 mata di belakang Button dengan Webber ketinggalan 28.5 mata untuk berada di tangga ketiga. Namun, Schumacher yang juga juara dunia tujuh kali percaya Button berada pada landasan terbaik untuk muncul juara dunia bagi tahun 2009. "Melihat kepada situasi, saya begitu yakin Jenson akan muncul juara dunia," jelas pemandu Jerman itu. "Ia memang sukar untuk mengatasinya ketika ini, lebih-lebih lagi melibatkan masalah enjin dalam pasukan Red Bull ketika ini. "Apa pun, ia tetap menjanjikan cabaran, tetapi perbezaan mata antara pemandu cukup besar." Dalam pada itu, Schumacher tetap memuji prestasi hebat Vettel yang membuat penampilan sulungnya bersama Red Bull musim ini selepas cemerlang bersama pasukan kerdil, Toro Rosso tahun lalu. "Dia (Vettel) masih muda dan bermula dari sekarang, dia akan pamerkan kualiti sebenar yang dimilikinya," tambahnya. - |
| | | neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: SANA SINI SUKAN.. 24/9/2009, 12:57 pm | |
| 24 SEPT 2009 Liu masih perlukan masaSAMA HEBAT... Liu Xiang (kiri) bersaing dengan Terrence dalam acara 110 meter lari berpagar pada Kejohanan Olahraga Grand Prix Shanghai Ahad lalu.
BEIJING - Jaguh lari berpagar China, Liu Xiang mengakui dia masih memerlukan masa sekurang-kurang enam bulan untuk kembali berada pada prestasi terbaik. Pada Kejohanan Olahraga Grand Prix Shanghai Ahad lalu, Liu yang beraksi buat pertama kali sejak menarik diri daripada temasya Sukan Olimpik di Beijing tahun lalu berjaya memukau ribuan penonton di Shanghai. Dia berjaya memberi tekanan kepada atlet No. 2 dunia, Terrence Trammell dalam acara 110 meter lari berpagar sebelum akur menerusi penentuan photo finish dengan masa 13.15 saat. Begitupun, catatan itu adalah yang kelapan terpantas tahun ini, namun masih jauh daripada catatan peribadi Liu yang juga bekas rekod dunia iaitu 12.88s. "Catatan masa itu sangat mengejutkan kerana kami hanya mensasarkan untuk berlari dalam lingkungan 13.50s," jelas jurulatih Liu, Sun Haiping. "Saya fikir, dia boleh berlari di bawah 13.40s, tetapi kami langsung tidak menjangkakan dia akan berlari sepantas ini." Begitupun, Sun menjelaskan Liu sebenarnya masih memerlukan masa enam bulan lagi untuk kembali membuktikan kejaguhannya. "Saya rasa hanya selepas setahun dia menjalani pembedahan, dia telah buktikan larian berkelas dunia," jelas Sun. "Jadi, kami boleh jangkakan dia akan kembali ke prestasi asal dalam tempoh enam bulan lagi." - |
| | | neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: SANA SINI SUKAN.. 24/9/2009, 1:04 pm | |
| 24 SEPT 2009
Liu Xiang 'kembali', Gay catat 9.69s
Jaguh dari Amerika Syarikat itu berjaya menyamai masa kemenangan dicatat Usain Bolt ketika memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2008 di Beijing dan diiktiraf rekod dunia ketika itu sebelum atlit Jamaica itu tampil membuat 9.58s di Kejohanan Dunia bagi rekod baru. Gay yang mencatat 9.71s di Berlin membuat larian padu di Shanghai mengatasi Asafa Powell dari Jamaica yang menyudahkan perlumbaan dengan 9.85s. Hari menjadi istimewa juga buat rakan sepasukan, Carmelita Jeter dalam acara 100m wanita apabila atlit AS itu mencatat kepantasan kedua terpantas sepanjang zaman 10.64s dengan atlit Jamaica, Veronica Campbell-Brown meraih perak (10.89s). Satu lagi acara yang menjadi tumpuan adalah 110m lelaki dengan jaguh tempatan, Liu Xiang meraih pingat perak dalam perlumbaan pertama sejak dia menarik diri daripada acara sama di Sukan Olimpik Beijing, setahun lalu. Dia menerima sorakan padu dan satu ketika beranggapan dia adalah pemenang selepas mencecah garisan bersama Terrance Trammell dari Amerika Syarikat dengan 13.15s tetapi bertukar sedih apabila penyudah foto menunjukkan lawannya adalah pemenang. Jaguh lompat bergalah dari Russia, Yelena Isinbayeva membuat satu lagi usaha untuk mengatasi rekod dunia miliknya tetapi gagal melepasi ketinggian 5.07m apabila sekadar membuat 4.85m dengan Anna Rogowska dari Poland, tempat kedua (4.60m) manakala rakan senegaranya, Monika Pyrek, ketiga (4.50m).
Last edited by neo_sontoloyo on 24/9/2009, 7:22 pm; edited 1 time in total |
| | | neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: SANA SINI SUKAN.. 24/9/2009, 1:07 pm | |
| 24 SEPT 2009
Perlis pilihan juara Kumpulan A
Dijangka bertemu penyandang juara, Kedah pada saingan suku akhir Di atas kertas, Perlis ditakdirkan bertemu dengan juara bertahan, Kedah pada suku akhir Piala Malaysia 2009 yang harus menjelmakan segala intipati bagi perlawanan membabitkan sifat seteru pasukan tetangga dari utara. Namun, buat penjaga gol ke Sukan Sea Laos, Mohd Farizal Marlias, ia tidak boleh dianggap sebagai ketentuan memandangkan Perlis terpaksa menghadapi saingan sengit daripada pasukan lain dalam kumpulan mereka. "Tak dulu, ia bergantung kepada pasukan lain. Ia tak semudah yang disangka. KL Plus bakal memberi saingan kepada kami dengan kehadiran Haris Safwan Kamal," katanya. Kehadiran Pahang, walau pun dianggap pasukan belasahan musim ini, tidak mahu dipandang enteng oleh Mohd Farizal kerana negeri itu berjaya memperkuatkan pasukan mereka dengan pemain import tempatan. "Pahang juga tak boleh dipandang mudah selepas diperkuatkan oleh pemain import tempatan Shahzan Muda," katanya yang turut mewakili Shahzan Muda sebelum berhijrah ke Perlis. Perlis dianggap antara pilihan untuk mara jauh dalam kejohanan ini memandangkan mereka sudah berjaya mendapatkan khidmat penyerang Proton, Zamri Hassan. "Kehadiran Zamri Hassan akan memperkuatkan pasukan kami. Musim ini Zamri sudah menjaringkan sembilan gol buat Proton dan diharapkan akan melakukan yang sama buat kami," katanya. Selain KL Plus dan Pahang, Melaka melengkapkan empat pasukan dalam Kumpulan A. Sebagai pasukan pilihan, Perlis dijangka akan mengungguli kumpulan dengan lawan mereka pada suku akhir adalah juara Kumpulan E, berkemungkinan besar, Kedah. |
| | | neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: SANA SINI SUKAN.. 25/9/2009, 7:47 pm | |
| 25 sept 2009 Kapten Pulau Pinang disingkirZAHRAIN (duduk tengah) memberikan kata-kata semangat kepada pemain Pulau Pinang yang akan menghadapi kempen Piala Malaysia bermula Satu ini.
Pulau Pinang menggugurkan enam pemain termasuk ketua pasukan, M. Prakash bagi menghadapi saingan Piala Malaysia 2009 yang membuka tirainya esok. Langkah tersebut adalah untuk memantapkan persiapan mereka agar tampil lebih bertenaga pada saingan Piala Malaysia. Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim, tindakan itu diambil atas alasan disiplin serta prestasi mereka yang begitu mengecewakan. Katanya, tempat enam pemain terbabit digantikan oleh pemain daripada skuad Piala Presiden yang menunjukkan permainan memberangsangkan pada beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini. “Dalam empat perlawanan menentang Selangor, Perlis dan Kuala Muda Naza, kita berjaya mencipta kemenangan dalam tiga perlawanan dan seri sekali. “Oleh itu kita menaruh harapan tinggi kepada pemain muda ini untuk mencipta sejarah kepada Pulau Pinang yang masih kempunan mengucup piala berprestij itu sejak 34 tahun lalu,” katanya pada sidang media semalam. Pulau Pinang diundi dalam Kumpulan E bersama Kedah, Angkatan Tentera Malaysia dan Kelantan pada saingan Piala Malaysia musim ini. Zahrain menambah, dalam kempen Piala Malaysia ini, sasaran FAP ialah sekurang-kurangnya melayakkan diri ke saingan suku akhir. “Sebelum ini sasaran kita untuk kekal dalam Liga Super telah tercapai biarpun hanya menang lima kali dan seri empat kali daripada 26 perlawanan. “Bagi meningkatkan motivasi pemain juga, FAP telah berjaya melangsaikan tunggakan gaji mereka yang kini hanya berbaki sebulan sahaja,” ujarnya. Pada sidang media itu, Zahrain turut memperkenalkan pengurus baru skuad Harimau Kumbang iaitu Datuk Zainal Rahim Seman yang juga Setiausaha Kerajaan negeri. Sementara itu, jurulatih Pulau Pinang, S. Veloo berkata, beliau berpuas hati dengan permainan yang ditunjukkan oleh enam pemain muda yang dibawa masuk. |
| | | neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: SANA SINI SUKAN.. 25/9/2009, 7:49 pm | |
| 25/09/09 Terbuka Jepun: Chong Wei pulang lebih awal
| CHONG WEI kecewa selepas ditunjuk jalan keluar oleh Simon Santoso.
|
PERMAINAN terbaik yang dipamerkan Datuk Lee Chong Wei pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Jepun semalam kelmarin gagal diteruskan. Pada pusingan kedua semalam, Chong Wei yang turun selaku pemain No. 1 dunia dan pilihan pertama kejohanan terpaksa tunduk kepada kehebatan pemain Indonesia, Simon Santoso. Begitupun, Chong Wei yang ketika ini dibelenggu kecederaan lutut kiri berjaya mempamerkan semangat juangnya sebelum tumbang. Dia berjaya bangkit daripada ketinggalan 5-12 pada set ketiga untuk menyamakan kedudukan 19-19 sebelum tewas dengan keputusan muktamad 21-19, 15-21, 19-21. Bagi Santoso, kemenangan ke atas juara edisi 2007 itu cukup memberi makna kepadanya walaupun dia pernah melakar tiga kemenangan ke atas Chong Wei sebelum ini. "Ketika saya mendahului pada set ketiga, saya mula memperlahan permainan. Peluang itu jelas digunakan Lee (Chong Wei) untuk bangkit sebelum saya menamatkan permainan serta-merta," jelas Santoso yang kini menduduki ranking ke-16 dunia. Dengan kemenangan itu, Santoso akan berdepan rakan senegaranya, Soni Dwi Kuncoro (juara bertahan) yang menewaskan pemain China, Chen Long 21-19, 15-21, 21-14. "Saya tidak pernah menewaskannya (Kuncoro) dalam mana-mana kejohanan antarabangsa. Pada sesi latihan pasukan, saya juga banyak kali tewas kepadanya. Jadi, saya harap saya dapat menewaskannya kali ini." Dalam pada itu, cabaran negara dalam acara perseorangan wanita turut berakhir selepas Wong Mei Choo tewas kepada pemain tuan rumah, Eriko Hirose 21-12, 18-21, 21-11. Dengan kekalahan Chong Wei dan Mei Choo itu, sandaran negara pada kejohanan Super Series ini kini dipikul dua pasangan beregu. Semalam, gandingan Zakry Abadul Latif dan Fairuzizuan Tazari mengesahkan kemaraan ke suku akhir selepas menewaskan beregu China, Chai Biao-Zhang Nan 21-15, 21-12. Beregu wanita No. 1 dunia, Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty turut tidak berdepan masalah untuk melepasi pusingan kedua menerusi kemenangan 21-19, 21-12 ke atas pasangan Thailand, Savitree Amitrapai-Vacharaporn Munkit. |
| | | neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: SANA SINI SUKAN.. 25/9/2009, 7:51 pm | |
| 25/09/09 Safiyah masih ada misi penting
| SAFIYAH mahu tampil cemerlang pada Kejohanan Dunia di Melaka November depan.
|
PEMAIN boling negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman mengakui dia masih mempunyai misi penting untuk diselesaikan tahun ini. Meskipun acara boling tidak disenaraikan pada Sukan SEA di Laos Disember ini, namun Safiyah tetap berdepan dengan cabaran getir apabila beraksi pada Piala Dunia yang akan diadakan di Melaka, November ini. Lebih menarik, kejohanan itu akan diadakan ketika Safiyah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-19 pada 14 November. Menurut Safiyah yang juga juara Kejohanan Ranking Masters Dunia Ke-9 di Naples, Itali pada Mac lalu, kejayaan pada Piala Dunia akan menjadi hadiah ulang tahun paling manis buat dirinya. “Sudah tentu saya kecewa apabila acara boling tidak tersenarai pada Sukan SEA tahun ini,” kata Safiyah. “Tetapi, itu tidak bermakna saya boleh ‘goyang kaki’ kerana masih ada kejohanan penting lagi yang akan saya sertai sebelum berakhirnya musim ini. “Saya akan beraksi pada Kejohanan Boling Piala Dunia yang akan diadakan bermula 14 November ini ketika saya menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-19. “Tahun lepas, saya sekadar menduduki tempat ketujuh dan jika boleh, saya ingin mencatat keputusan yang lebih baik tahun ini. “Jika menang, ia merupakan satu bonus dan juga hadiah hari jadi saya. “Begitupun, saya sedar, bukan mudah untuk melakukannya.” Berbeza dengan Safiyah, seorang lagi pemain boling elit negara, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi lebih banyak menyertai kejohanan sirkit tempatan tahun ini sebelum memberi tumpuan pada Sukan Asia tahun hadapan. “Tidak banyak kejohanan besar yang akan saya sertai sehingga penghujung tahun 2009 selain Terbuka Ancol di Jakarta Oktober ini,” kata Zandra. “Selain itu, saya hanya menyertai kejohanan tempatan sebelum memberi tumpuan pada Sukan Asia tahun hadapan.” |
| | | neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: SANA SINI SUKAN.. 25/9/2009, 7:52 pm | |
| 25/09/09 Terengganu miliki kelebihanKEN WORDEN (kanan) memberi arahan kepada pemain-pemain Terengganu pada sesi latihan semalam.
ATAS kertas, pasukan Terengganu dilihat memiliki kelebihan untuk mengharungi saingan Piala Malaysia yang akan membuka tirainya malam esok, lapor NORZASRUDIN MOHAMED NOR. Meskipun diundi dalam Kumpulan B yang dianggap sukar bersama Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak, peluang skuad Penyu untuk mengisi slot ke suku akhir agak terbuka. Selain rekod cemerlang pada kempen Piala Super baru-baru ini, skuad Penyu ini juga semakin menunjukkan peningkatan sejak dikendali jurulatih Ken Worden. Selepas hampir setahun membimbing pasukan ini, pengendali dari Australia itu berjaya mencungkil bakat terpendam beberapa pemain muda pasukan tersebut. Kecemerlangan dua pemain berbakat iaitu penyerang, Abdul Manaf Mamat dan pemain tengah, Mohd. Ashaari Shamsuddin menjadi kunci kejayaan pasukan itu musim ini. Sepanjang kempen Liga Super lalu, Abdul Manaf dan Ashaari masing- masing menyumbangkan 17 dan 10 gol untuk membantu Terengganu menduduki tempat kelima liga. Malah, kedua-dua pemain berbakat ini adalah antara pemain yang membantu pasukan Pantai Timur itu mencipta kegemilangan pada temasya Sukma di gelanggang sendiri tahun lalu. Lebih menarik, Abdul Manaf kini disenaraikan dalam skuad bawah 23 tahun kebangsaan. Selain memiliki barisan pemain muda yang berbakat, kejayaan Terengganu juga banyak dibantu beberapa pemain senior antaranya pemain tengah Zairo Anuar Zailani, penyerang Mohd. Azlan Ismail dan pemain pertahanan Mohd. Marzuki Yusof. Seandainya prestasi cemerlang itu berjaya dikekalkan, Terengganu sekali lagi berpeluang untuk mencipta sejarah menjadi juara Piala Malaysia seperti mana yang dilakukan pada tahun 2001 lalu. Bagaimanapun Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh tidak mahu pemain mudah lupa diri dan berbangga dengan rekod yang dimiliki. "Secara dasarnya, dalam saingan Piala Malaysia ini, pasukan kami mempunyai kelebihan berbanding pasukan lain. "Selain rekod perlawanan pada aksi Liga Super lalu, kami juga mempunyai barisan pemain yang baik, sekali gus mampu membantu pasukan mencipta kejayaan," katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu baru-baru ini. Menurut Che Mat, untuk mereali- sasikan impian itu, pemain tidak boleh memandang rendah kemampuan pasukan lain dan mengekalkan momentum yang dimiliki. |
| | | neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: SANA SINI SUKAN.. 25/9/2009, 7:53 pm | |
| Federer jumpa Nadal
| FEDERER (kiri) dan Nadal akan membuat perhitungan pada Kejohanan Piala Davis tahun depan.
|
GENEVA - Dua pemain terbaik dunia, Roger Federer dan Rafael Nadal bakal berdepan sesama sendiri apabila Sepanyol menentang Switzerland pada pusingan pertama Kejohanan Tenis Piala Davis tahun depan. Untuk rekod, Federer dan Nadal, pemain yang kini berkedudukan No. 1 dan No. 2 dunia, tidak pernah bertemu di pentas Piala Davis. "Kami setuju dengan undian itu dan kami akan cuba menewaskan siapa- nyol," jelas kapten Switzerland, Severin Luthi mengulas mengenai keputusan undian Piala Davis kelmarin. "Sudah pasti ia menjadi undian paling sukar buat kami, namun kami sudah bersedia menghadapinya." Federer sering menarik diri daripada mewakili Switzerland pada kempen Piala Davis, namun pemain No. 1 dunia itu telah menghadiahkan dua mata penting buat pasukannya ketika menewaskan Itali 3-2 untuk mara ke peringkat Kumpulan Dunia tahun depan. "Masih terlalu awal untuk mengata- kan sama ada Roger akan beraksi atau tidak," tambah Luthi. Bagi Nadal pula, dia sering beraksi bersama Sepanyol, iaitu pasukan yang muncul juara tahun lalu. Kali ini, mereka akan berdepan Republik Czech pada perlawanan akhir Disember depan. Sebelum ini, Sepanyol mudah menewaskan Israel 4-1, namun Nadal tidak beraksi gara-gara kecederaan lutut. Nadal juga tidak beraksi pada perlawanan akhir tahun lalu. Sementara itu, undian Kumpulan Dunia turut menyaksikan Amerika Syarikat menentang Serbia, sekali gus bakal menemukan Novak Djokovic dengan Andy Roddick. |
| | | neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: SANA SINI SUKAN.. 26/9/2009, 9:47 am | |
| 26/09/09 Gulung tikarPEI TTY (kanan) dan Eei Hui tewas 19-21, 12-21 kepada pasangan dari China pada suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jepun semalam.
RENTAK longlai pemain badminton negara berterusan apabila dua lagi wakil yang beraksi pada pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jepun semalam tumbang. Kekalahan mengejut beregu wanita No. 1 dunia, Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty selain tumbangnya beregu sensasi, Zakry Abdul Latif dan Fairuzizuan Tazari menyaksikan tiada satu pun wakil Malaysia yang akan beraksi pada separuh akhir hari ini. Semalam, Eei Hui-Pei Tty yang diletakkan selaku pilihan pertama pada kejohanan Super Series ini ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan China, Ma Jin-Wang Xiaoli. Eei Hui-Pei Tty tewas mudah 19-21, 12-21 kepada beregu pilihan kelima itu hanya dalam tempoh 34 minit. Sementara itu, perjuangan Zakry-Fairuzizuan terhenti setakat pusingan suku akhir apabila pilihan ketujuh itu tunduk kepada kehebatan pasangan muda Indonesia, Yonathan Suryatama Dasuki-Rian Sukmawan 23-25, 21-16, 10-21. Sebelum ini, cabaran negara dalam acara perseorangan lelaki dan wanita berakhir seawal pusingan kedua apabila pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tewas kepada pemain Indonesia, Simon Santoso. Pemain wanita utama negara, Wong Mew Choo pula gagal menyaingi pemain kelayakan dari Jepun, Eriko Hirose. Sementara itu, kejutan yang dilakar Simon ke atas Chong Wei kelmarin diteruskan pada suku akhir semalam apabila dia mudah menjinakkan rakan senegara, Soni Dwi Kuncoro 21-16, 21-17. Turut melakar kemenangan ialah pemain veteran Indonesia, Taufik Hidayat yang menewaskan Park Sung-hwan dari Korea Selatan 12-21, 28-26, 21-15 sambil pemain China, Bao Chunlai menumbangkan pilihan ketiga dari Denmark, Peter Gade 21-17, 21-14. Lawan Chunlai pada separuh akhir hari ini ialah pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh selepas pilihan kelapan itu menewaskan pemain tuan rumah, Kazuteru Kozai 21-14, 21-16. Acara beregu lelaki pula menyaksikan penguasaan Indonesia apabila tiga beregunya melangkah ke separuh akhir diketuai Markis Kido-Hendra Setiawan. Menyertai beregu No. 1 dunia itu ialah Alvent Yulianto Chandra-Hendra Aprida Gunawan dan Dasuki-Sukmawan. |
| | | neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: SANA SINI SUKAN.. 26/9/2009, 9:49 am | |
| 26/09/09 Kedah merendah diriKHYRIL (kiri) tidak dapat membantu Kedah dalam kempen Piala Malaysia musim ini.
MENANG satu gol sudah memadai bagi pasu- kan Kedah yang turun menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Piala Malaysia yang membuka tirai di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini. Skuad Kenari yang dilanda masalah kecede- raan pemain utama tidak mengejar jaringan besar atau menang selesa, sebaliknya hanya me- nyasarkan kemenangan tipis. Jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah memberitahu, fokus pasukan adalah mahu mencatat kemenangan biarpun masih bergelut dengan ketumpulan barisan serangan. Katanya, kejayaan lampau yang dicatat Kedah sebagai juara treble sudah tinggal kenangan. Menurutnya, ia disebabkan Kedah musim ini adalah pasukan yang berlainan berbanding musim sebelumnya. "Cukup dengan jaringan tipis walaupun satu gol tetapi menang," katanya kepada Kosmo! semalam. Pemain utama yang masih dalam senarai kecederaan termasuk Mohd. Khyril Muhyameen Zambri yang terpaksa berehat panjang, begitu juga dengan V. Thirumurugan dan Mohd. Fadly Baharum yang mungkin boleh beraksi semula pada pertengahan saingan Piala Malaysia. Bagi K. Samransak pula, biarpun sudah menyertai rakan-rakan menjalani latihan tetapi aksi yang ditunjukkan belum meyakinkan Azraai. Ketiadaan Khyril ternyata meresahkan Azraai yang terpaksa menyandarkan harapan untuk merobek gawang lawan kepada Mohd. Azrul Ahmad, Mohd. Farizal Rozali dan Muhammad Shafiq Jamal. "Azrul bakal diturunkan dan mungkin bergan- dingan dengan Farizal atau Shafiq. Saya berharap mereka dapat melakukan yang terbaik," katanya. Azraai memberitahu, beliau tidak memandang mudah pertemuan dengan ATM kerana menjangkakan saingan yang hebat bakal dihadapi daripada setiap pasukan yang turut memburu untuk meraih piala berprestij itu. "Walaupun ATM adalah pasukan Liga Perdana, namun tentangan yang bakal diberikan tidak boleh dipandang mudah," katanya. |
| | | neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: SANA SINI SUKAN.. 26/9/2009, 9:50 am | |
| 26/09/09 Skuad Kijang hanya mahu menyerangKELANTAN menaruh kepercayaan penuh kepada kebijaksanaan jurulatih barunya, B. Sathianathan.
BERBEKALKAN taktikal menyerang, skuad Kelantan optimis untuk melakar kemenangan pertama menentang Pulau Pinang dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Negeri Batu Kawan malam ini, lapor LUQMAN HAKIM AB. RAHIM. Taktik tersebut yang sering kali membawa tuah kepada pasukan yang bergelar Kijang ini menjadi taruhan utama meskipun beraksi di gelanggang lawan. Begitupun, skuad kendalian B. Sathianathan ini tidak akan mudah menyerah kalah dan mereka berazam bermain habis-habisan untuk meraih tiga mata berharga di tempat lawan. Tanpa mahu melakukan perubahan drastik, Sathianathan yang baru saja mengambil alih sebagai jurulatih skuad ini berkata, apa yang mampu dilakukannya adalah memperkemaskan barisan pertahanan yang terdiri daripada pemain lama dan baru. Dengan beberapa siri perlawanan persahabatan baru-baru ini, beliau melihat penglibatan kedua- dua barisan pemain ini dapat membentuk satu barisan pertahanan yang kental bagi menahan asakan skuad Harimau Kumbang nanti. "Skuad ini (Kelantan) unik sebab ada pemain lama dan baru yang kebanyakannya berpengalaman luas. "Semua pemain nampak bersemangat. Cuma nasihat saya, jangan pandang rendah pada pasukan lawan dan sentiasa perlu berhati-hati," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan, Azman Ibrahim pula memberitahu, barisan terbaik akan diturunkan malam ini bagi memastikan kemenangan memihak kepada mereka. Menurutnya, semua pemain berada dalam keadaan terbaik dan masing-masing bersedia untuk menghadapi lawan. "Saya harap semua pemain dapat menyerap tekanan, sebab ini perlawanan pertama selepas berehat panjang. "Kita mahu bawa pulang tiga mata penuh," tambahnya. |
| | | neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: SANA SINI SUKAN.. 26/9/2009, 9:51 am | |
| 26/09/09
Irfan Bakti guna tiga penyerang
PERLIS akan menggunakan tiga penye- rang pada aksi menentang Melaka dalam saingan Piala Malaysia yang membuka tirainya hari ini. Ketua jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim berkata, penyerang utama mereka, Nizaruddin Yusof dan Ahmad Fakri Saarani akan digandingkan dengan pemain baru yang dipinjamkan daripada pasukan Proton, iaitu Zambri Hassan. Katanya, strategi itu dipercayai mampu menguatkan barisan serangan Perlis dalam usaha untuk mengutip tiga mata penuh pada perlawanan pembuka tirai itu. "Gandingan tiga penyerang ini sesuatu yang menarik dan saya menjangka ia akan memantapkan lagi kekuatan Perlis untuk memboloskan gawang lawan. "Kami perlu menang semua perlawa- nan peringkat kumpulan kerana hanya juara kumpulan layak secara automatik," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Tambahnya, sasaran skuad Singa Utara pada saingan Piala Malaysia tahun ini ialah untuk layak ke perlawanan akhir. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: SANA SINI SUKAN.. | |
| |
| | | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 1 of 1 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| Main view | Â Â Apa Yang Anda Mahu?
  Mahu Bincang Tentang?
  Aktiviti Kelab Sioloon?
  Mencari Yang Menarik?
|
|